Resipi Ibu Berpantang

14
Makanan ibu dalam pantang – Petua orang dulu-dulu Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. Jenis ikan Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. Ulam-ulaman Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana- mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. Jenis sayuran dan buahan Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu,

description

panduan untuk ibu-ibu berpantang

Transcript of Resipi Ibu Berpantang

Page 1: Resipi Ibu Berpantang

Makanan ibu dalam pantang – Petua orang   dulu-dulu

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.Jenis ikanIbu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.Ulam-ulamanTerdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.Jenis sayuran dan buahanIbu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot

Page 2: Resipi Ibu Berpantang

serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.Jenis ayam dan burungIbu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Resipi Ibu Berpantang

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan2 cawan air2 sudu makan minyak jagung1 sudu makan lada hitam – ditumbuk3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]2 sm halia - ditumbuk [A]1 keping asam keepingGaram secukup rasaDaun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

Page 3: Resipi Ibu Berpantang

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan – dibersihkan1 cawan air asam jawa3 sudu makan minyak jagung2 sudu makan kicap cair1 sudu makan serbuk lada hitamsudu teh gula pasir1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air1 tangkai daun kesum1 batang bunga kantan – dihirisGaram secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2 sm kunyit hidup1 sm lengkuas1 batang serai – diketuk1 sudu teh lada hitam – ditumbuk

Cara menyediakan:

a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.

Page 4: Resipi Ibu Berpantang

b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.

d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.

e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.

3. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu1 biji bawang besar - dihiris5 ulas bawang putih - dicincang halus2 sudu makan minyak jagung1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar1 sudu makan kicap manisGaram secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.

d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

4. PAIS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:

Page 5: Resipi Ibu Berpantang

2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air1/2 sudu teh serbuk kunyit3 helai daun pisang - dilayur3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)1 biji cili merah - ditumbuk (A)1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

5. IKAN SIAKAP PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap50 ml pati santan1 batang serai - dikisar [A]2 ulas bawang merah - dikisar [A]1 sm kunyit hidup - dikisar [A]1 ulas bawang putih - dikisar [A]1 sudu makan minyak masak1 sudu teh gula pasirGaram secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.

b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Page 6: Resipi Ibu Berpantang

c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.

d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.

6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahan-bahan:

1 keping ikan tenggiri4 sm halia - dihiris & digoreng2 sudu makan minyak bijan1-2 sudu makan kicap manis1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:

a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.

b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.

d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

7. IKAN GELAMA PANGGANG

Bahan-bahan:

1 ekor ikan gelama1/2 sudu teh serbuk kunyitSedikit garam

Cara menyediakan:

Page 7: Resipi Ibu Berpantang

a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.

b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.

c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

8. AYAM KUKUS BERCUKA

Bahan-bahan:8 ketul ayam4 ulas bawang putih - ditumbuk1 sm halia - ditumbuk3 sudu makan cukaGaram secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.

b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

9. AYAM MASAK BIJAN

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan4 sm halia tua - dihiris halus

Page 8: Resipi Ibu Berpantang

3 sudu makan minyak bijan1 - 2 sudu makan kicap manisSedikit garamAir secukupnya

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.

b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.

10. HATI MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:

300 gm hati lembu2 sudu makan serbuk lada hitam1 sudu makan serbuk rempah kari1 sudu teh serbuk ketumbar4 ulas bawang putih - dikisar [A]2 ulas bawang merah - dikisar [A]2 sm halia - dikisar [A]1 sm lengkuas - dikisar [A]Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau

Page 9: Resipi Ibu Berpantang

sehingga masak.

Nota: Hati lembu menambahkan darah.

11. HALWA HALIA

Bahan-bahan:

250 gm halia - dihiris nipis250 ml air5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua2 sudu makan gula pasir1 sudu teh cukaGaram secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan.

b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.

c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan biarkan semalaman.

12. JUS HALIA KURMA

Bahan-bahan:

200 gm halia20 biji buah kurma750 ml air masak

Cara menyediakan:

a) Tumbuk halia hingga lumat.

b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.

c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila

Page 10: Resipi Ibu Berpantang

mendidih, perlahankan api.

d) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

13. REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahan:

5 biji buah manjakani500 ml air2 sm halia tua2 sm kunyit tua2 keping asam keping

Cara menyediakan:

a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.

c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.

14. REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga5 cawan air

Cara menyediakan:

a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja.

Page 11: Resipi Ibu Berpantang

b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

15. TUMIS SAWI PUTIH

Bahan-bahan:

5 tangkai sawi batang putih - dipotong1 sm halia - dihiris10 ekor ikan bilis - dibersihkan1 sudu teh minyak masakGaram secukup rasaAir secukupnya

Cara menyediakan:

a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.

b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.

c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

16. PERIA LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 biji buah peria - dihiris200 ml air100 gm ikan bilis - dibersihkan2 ulas bawang putih - dicincang halus2 batang serai - diketuk1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar1 sudu teh serbuk ketumbar

Page 12: Resipi Ibu Berpantang

1 sudu teh serbuk lada sulahGaram secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.

b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.

d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

17. TEMPE GORENG KICAP

Bahan-bahan:

5 keping tempe - dihiris panjang50 gm ikan bilis - dibersihkan3 ulas bawang merah - dikisar [A]2 ulas bawang putih - dikisar [A]2 biji cili merah - dikisar [A]1 sudu makan kicap pekat1 1/2 sudu teh cuka1 sudu teh gula pasirSedikit daun bawang - dihirisMinyak masakGaram secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.

b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.

c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.

d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.

Page 13: Resipi Ibu Berpantang

18. SUP SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan:

400 ml air200 gm brokoli1 biji lobak merah1/2 biji lobak putih1/2 batan seleri3 helai daun kubisSecubit serbuk pati ikan bilis1 sudu makan minyak masakGaram secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

2 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 sudu teh rempah biji1 sudu teh lada hitam1/2 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar.

b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.

d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.

e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu. Posted by Ammeru at 11:33 AM