RPH-Menggambar

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : 4 Inovatif Tarikh : 2 Mac 2011 Masa : 1 jam (8.30 a.m-9.30 a.m) Bilangan murid : 35 Orang (18 Lelaki, 17 Perempuan) Bidang : Menggambar Tema : Tempat Menarik Tajuk : Di Tepi Pantai Teknik : Catan Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- ARAS 3 i. Menghasilkan gambar berdasarkan kreativiti murid dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai. ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga. Bahan Bantu Mengajar : Laptop dan LCD, contoh-contoh hasilan catan. Alatan dan Bahan : Pensil, pemadam, berus, warna air dan kertas lukisan. Buku : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Buku Artis Muda Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Nilai :Kreativiti, kekemasan, ketelitian dan kesungguhan.

Transcript of RPH-Menggambar

Page 1: RPH-Menggambar

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 4 Inovatif

Tarikh : 2 Mac 2011

Masa : 1 jam (8.30 a.m-9.30 a.m)

Bilangan murid : 35 Orang (18 Lelaki, 17 Perempuan)

Bidang : Menggambar

Tema : Tempat Menarik

Tajuk : Di Tepi Pantai

Teknik : Catan

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-

ARAS 3i. Menghasilkan gambar berdasarkan kreativiti murid

dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan

rakan.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama

keluarga.

Bahan Bantu Mengajar : Laptop dan LCD, contoh-contoh hasilan catan.

Alatan dan Bahan : Pensil, pemadam, berus, warna air dan kertas lukisan.

Buku : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Buku Artis Muda Pendidikan Seni Visual Tahun 4

Nilai :Kreativiti, kekemasan, ketelitian dan kesungguhan.

Page 2: RPH-Menggambar

LANGKAH

ISI PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID STRATEGI PENGAJARAN

Set Induksi(5 Minit)

PengenalanTayangan Powerpoint

i) Guru menayangkan slide show powerpoint berkaitan dengan contoh-contoh tempat menarik kepada murid.

ii) Guru menunjukkan contoh hasilan catan berkaitan dengan tempat menarik.

iii) Guru mengaitkan dengan aktiviti pembelajaran.

i) Murid melihat slide show powerpoint yang ditayangkan oleh guru dengan penuh minat.

ii) Murid melihat dan memberi respon tentang hasilan catan tersebut.

iii) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan visual-Ruang

Kontekstual

KBKK-mengenalpasti-mencirikan

Langkah 1(5 Minit)

Perkembangan Pelajaran

Langkah kerja teknik catan :-a. Lakarkan sebuah gambar

berdasarkan tema dan tajuk yang diberi menggunakan pensil.

b. Warnakan bahagian latar dan objek yang jauh terlebih dahulu.

c. Warnakan objek yang dekat dengan lebih jelas.

i) Guru memberi penerangan tentang cara menghasilkan teknik catan pada lukisan.

ii) Guru menunjuk cara tentang teknik catan ke atas sebuah lukisan.

i) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

ii) Murid melihat dan memberi respon ke atas tunjuk cara guru tentang teknik catan.

TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan Visual-Ruang-Kecerdasan Naturalis

KBKK-Menjana Idea-Menghubungkait-Mensintesis

Langkah 2(30 minit)

Perkembangan Isi i) Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan.

ii) Guru meminta murid untuk menghasilkan gambaran di tepi pantai menggunakan teknik catan.

iii) Guru memantau dan memberi bimbingan aktiviti murid.

i) Murid mendengar arahan dan memulakan tugasan dengan teliti.

ii) Murid melaksanakan tugasan dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.

iii) Murid minta cadangan daripada guru.

TKP-Kecerdasan Visual-Ruang-Kecerdasan Verbal-Linguistik

KBKK-Membuat urutan-Menjana idea

Langkah 3(15 Minit)

Apresiasi dan Refleksi i) Guru memilih 3 contoh hasilan yang terbaik daripada murid.

ii) Guru meminta 3 orang murid untuk memberi pandangan ke atas hasil kerja rakan mereka.

iii) Guru memberi pujian ke atas karya terbaik daripada murid

i) Murid-murid mendengar ulasan guru dengan teliti.

ii) Murid memberi komen ke atas hasil kerja rakan mereka.

iii) Murid berbangga atas pujian yang guru berikan.

TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan Intrapersonal.

KBKKMenilai

Penutup(5 Minit)

Rumusan i) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini berkaitan dengan teknik catan.

i) Murid mendengar rumusan guru dengan penuh teliti.

TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik

Masteri

Page 3: RPH-Menggambar

REFLEKSI

Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dan teratur. 90% murid menunjukkan minat dan kesungguhan ketika membuat teknik catan. Masing-masing menunjukkan kreativiti yang sangat tinggi dalam membuat kerja. 10% murid didapati masih belum menguasai teknik catan dengan betul. Maka, guru telah mengambil inisiatif untuk membantu murid yang lemah dari segi teknik catan.