Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

20
SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2012 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS PENDIDIKAN RENDAH) MENEROKA BAHAN NO. KOD : SCE 3103 TARIKH: Mei 2011 ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit PUSAT : ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A : 20 soalan objektif Bahagian B : 4 soalan struktur Bahagian C : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C. 3. Jawab soalan: Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan. Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan. Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan. 4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan. UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH A (20 markah ) 1 - 20 KERTAS INI MENGANDUNGI 20 HALAMAN BERCETAK

description

1

Transcript of Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

Page 1: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2012

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN(SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

MENEROKA BAHAN

NO. KOD : SCE 3103 TARIKH: Mei 2011

ANGKA GILIRAN: MASA : 2 jam 30 minit

PUSAT :

ARAHAN KEPADA CALON

1. Kertas ini mengandungi tiga bahagian:Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 3 soalan esei

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan B dan dua soalan dalam Bahagian C.

3. Jawab soalan:Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIAN NO. SOALAN/ MARKAH JUMLAH

A(20 markah )

1 - 20

B(40 markah )

1a 1b 1c 1d 1e 1f 2a 2b 3a 3b 4a 4b

C(40 markah )

1a 1b 2a 2b 3a 3b

JUMLAH KESELURUHAN

KERTAS INI MENGANDUNGI 14 HALAMAN BERCETAK

Page 2: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

BAHAGIAN A(20 markah)

Jawab semua soalan.

1. Antara pernyataan yang berikut yang manakah benar tentang bahan buatan manusia?

A. Bahan buatan adalah tulen dan asli.

B. Bahan buatan boleh terurai dan terdegradasi dengan senang.

C. Bahan buatan biasanya dibuat daripada beberapa bahan asli.

D. Bahan buatan diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau dari dalam tanah.

2. Gasolin boleh diperoleh daripada minyak mentah. Antara proses yang berikut yang manakah boleh meningkatkan penghasilan gasolin daripada satu sampel minyak mentah?

A. Hidrolisis

B. Pemecahan (cracking)

C. Pengaromatisan

D. Penyulingan berperingkat

3. Manakah antara yang berikut merupakan padanan yang betul antara bahan pencemar yang dikeluarkan oleh penggunaan bahan api hidrokarbon di dalam kenderaan dan kesannya ke atas alam sekitar?

Bahan Pencemar Kesan ke atas alam sekitar

A. Karbon monoksida Menyebabkan kesan rumah hijau yang membawa kepada pemanasan global.

B. Hidrokarbon tidak terbakar

Dalam cahaya matahari terik, hidrokarbon tidak terbakar bergabung dengan nitrogen oksida membentuk asbut fotokimia.

C. Oksida nitrogen Larut dalam air hujan membentuk hujan asid. Hujan asid merosakkan tumbuhan, bangunan dan memusnahkan hidupan di dalam air.

D. Sulfur dioksida Larut dalam air hujan membentuk hujan asid. Hujan asid merosakkan tumbuhan, bangunan dan memusnahkan hidupan di dalam air.

SULIT2

Page 3: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

C + O2  CO2 ……… (1) CO2 + C CO  ……… (2) Fe2O3 + CO Fe + CO2  ……… (3) CaCO3 + SiO2  CaSiO3 + CO2 ……… (4)

Pernyataan yang manakah antara yang berikut adalah benar?

A. Dalam tindak balas (1) karbon dioksidakan

B.  Dalam tindak balas (2) karbon diturunkan

C.  Dalam tindak balas (3) karbon dioksida dioksidakan

D.  Dalam tindak balas (4) kalsium karbonat diturunkan

5. Dalam elektrolisis aluminium oksida untuk mengekstrak aluminium, elektrod-elektrodnya dibuat daripada

A. kriolit

B. karbon

C. bauksit

D. hematit

6. Keluli kalis karat ialah aloi yang mengandungi besi, kromium dan nikel.

Pernyataan yang manakah antara yang berikut benar tentang keluli kalis karat?

I Mudah berkarat apabila ada air dan udara.

II Keluli kalis karat yang bermutu tinggi tiada sifat magnet.

III Keluli kalis karat mahal, maka bahan ini tidak digunakan dalam pembinaan berskala besar IV Keluli kalis karat akan rosak apabila terdedah kepada asid

berkepekatan tinggi.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, III, dan IV sahaja

D. II, III, dan IV sahaja

SULIT

4. Tindak balas di dalam relau bagas untuk menghasilkan besi diringkaskan oleh persamaan (1) hingga (4). Simbol persamaan mungkin nombornya tidak diseimbangkan.

3

Page 4: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

7. Pewter halus ialah aloi yang mengandungi 96 peratus timah dan 4 peratus kuprum.

Apakah fungsi atom kuprum dalam aloi ini?

A. Menjadikan aloi lebih mulur.

B. Menjadikan aloi lebih kuat dan keras.

C. Meningkatkan kekonduksian elektrik.

D. Menjadikan aloi lebih mudah tertempakan.

8. Persamaan kimia yang berikut mewakili tindak balas antara benzena dan asid sulfurik pekat di bawah keadaan yang sesuai.

C6H6 + H2SO4 C6H5SO3H + H2O

Dalam tindak balas ini, asid sulfurik bertindak sebagai suatu

A. asid kuat.

B. agen elektrofilik.

C. agen nukleofilik.

D. agen penyahhidratan.

9. Apakah ciri yang boleh dicerap apabila fenol bertindak balas dengan ferum (III) klorida?

A. Warna biru-ungu

B. Mendakan putih

C. Larutan homogen

D. Mendakan merah bata

10. Suatu sebatian organik, X, mempunyai sifat-sifat kimia yang berikut:

Memberi hasil positif dengan ujian iodoform.

Melunturkan warna kalium manganat(VII) berasid.

Bertindak balas dengan fosforus pentaklorida menghasilkan gas hidrogen klorida

Sebatian organik X ialah

A. CH3 CO CH3

B. (CH3 )3CHO

C. CH3CH2 OH

D. (CH3CH2 )2 CHOH

SULIT4

Page 5: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

11. Antara pasangan sebatian yang berikut yang manakah boleh dibezakan melalui tindak balas dengan reagen Tollen?

A. HCOOH dan HCHO

B. CH3COOH dan HCOOCH3

C. CH3CHO dan CH3CH2NH2

D. CH3COCH3 dan CH3CH2CH2OH

12. Tindak balas antara asid etanoik dan etanol dengan kehadiran asid sulfurik menghasilkan ester yang melibatkan proses refluks. Pernyataan yang manakah antara yang berikut yang memperihalkan proses refluks?

I Pemanasan semasa refluks tidak perlu dilakukan berterusan.

II Amaun hasil tindak balas dikekalkan malar di dalam salur tindak balas.

III Refluks menghalang bahan tindak balas terbebas keluar dari salur tindak balas.

IV Radas yang disediakan adalah untuk mencegah udara masuk ke dalam campuran tindak balas.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

13. Manakah antara yang berikut merupakan sifat polikarbonat yang menjadikannya berguna untuk menggantikan logam dalam pembuatan topi keselamatan?

A. Mudah ditempa

B. Stabil terhadap api

C. Tahan renyukan yang baik

D. Mempunyai kestabilan haba dan kimia yang baik

SULIT5

Page 6: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

14. Manakah antara yang berikut merupakan fungsi serbuk besi dalam proses Haber?

A. Merendahkan kos pengeluaran ammonia.

B. Mencepatkan kadar pengeluaran ammonia

C. Meningkatkan peratus penghasilan ammonia.

D. Merendahkan tekanan yang diperlukan dalam pengeluaran ammonia.

15. Seramik ialah bahan komposit yang mengandungi tanah liat, pasir dan feldspar.

Pasangan yang manakah antara yang berikut merupakan padanan yang betul untuk seramik.

Sifat Kegunaan

A. Tahan haba Komponen kenderaan

B. Tidak berkarat Badan kapal angkasa

C. Keras seperti intan Pemotong berlian

D. Mulur dan boleh tempa Peralatan mesin

16. Detergen ialah agen pencuci yang amat berkuasa berbanding dengan sabun.

Pernyataan yang manakah antara yang berikut benar tentang detergen?

I Mudah terbiodegradasikan.

II Boleh digunakan dalam keadaan berasid.

III Produk sintetik dibuat daripada hidrokarbon petroleum.

IV Garam kalsium dan magnesium daripada detergen larut dalam air, oleh itu tiada pembentukan kekam (scum).

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

SULIT6

Page 7: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

17. Lateks boleh dicegah daripada membeku untuk selama beberapa hari dengan menambahkan sedikit larutan ammonia.

Pernyataan yang manakah antara yang berikut yang menerangkan tindakan larutan ammonia?

A. Memelihara cas negatif pada zarah getah.

B. Merosakkan membran protein dalam lateks

C. Meneutralkan asid yang ada di dalam lateks.

D. Meneutralkan cas negatif pada molekul-molekul polimer getah

18. Bahan Y mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Kuat

Tahan regangan

Kelihatan anggun

Bahan Y ialah

A. wul

B. nilon

C. kapas

D. sutera

19. Pernyataan yang manakah antara yang berikut bukan manfaat daripada polimer yang boleh terbiodegradasikan?

A. Murah dan terbukti.

B. Sampah yang degradasi terkawal.

C. Jika dicampurkan dengan plastik lain untuk dikitar semula, nilai kitar semulanya rendah.

D. Polimer tersebut kelihatan dan bertindak seperti polimer yang tidak boleh terbiodegradasikan, kecuali polimer tersebut akan terurai sebaik sahaja dibuang.

20. Kertas yang berasid mempunyai tempoh hayat yang pendek.

SULIT7

Page 8: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

Pernyataan yang manakah antara yang berikut benar tentang proses pembuatan kertas yang mempengaruhi sifat berasid kertas?

A. pH kertas akan mengeraskan selulosa.

B. Kertas kemasan tidak mengandungi benda asing.

C. Kehadiran lignin akan meningkatkan pH kertas melebihi 4.5.

D. Penimbal digunakan dalam pembuatan kertas untuk menyerap sejumlah asid yang agak ketara.

SULIT8

Page 9: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

BAHAGIAN B(40 markah)

Jawab semua soalan.

1. Jadual 1 menunjukkan pecahan yang terkandung di dalam minyak mentah.

PecahanAnggaran julat takat

didih oC

Anggaran bilangan atom karbon setiap

molekulKegunaan utama

petroleum bawah suhu bilik 1-4 gas untuk memasak

petrol/gasolin 35-75 5-10petrol untuk kenderaan (kereta & motor)

P 70-190 8-12 petrokimia

Q 190-250 10-14bahan api untuk kapal terbang; untuk lampu dan kegunaan memasak

R 250-340 15-25bahan api untuk enjin seperti bas, lori and kereta api

minyak pelicir 340-500 19-35

pelincir enjin untuk kurangkan geseran(biasanya pada suhu tinggi); juga untuk lilin dan pengilat

bitumen >500 >70 permukaan jalan raya

Jadual 1

(a) Namakan proses yang mengasingkan minyak mentah kepada komponen pecahan-pecahannya yang berlainan.

_______________________________________________________

(1markah)

(b) Nyatakan sifat fizikal yang digunakan untuk mengasingkan pecahan-pecahan yang terhasil di dalam proses (a).

_______________________________________________________

(1markah)

(c) Membandingkan pecahan P dan R, nyatakan perbezaan (jika ada) berdasarkan sifat-sifat yang berikut:

(i) saiz molekulnya

_______________________________________________

(1markah)

(ii) takat didih

________________________________________________

(1markah)

(iii) warna

________________________________________________

(1markah)

SULIT9

Page 10: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

(d) Jika Q ialah kerosin, namakan satu pecahan yang mungkin bagi

(i) pecahan P:___________________________________________

(ii) pecahan R:__________________________________________

(2markah)

(e) Nyatakan satu isu alam sekitar yang berpunca daripada pembakaran bahan api fosil.

_______________________________________________________

(1markah)

(f) Ahli sains berusaha mencari sumber tenaga alternatif untuk menggantikan bahan api fosil yang merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan terhad bekalannya. Antaranya dengan menggunakan bahan api biodiesel.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan biodiesel?

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(1markah)

(ii) Cadangkan satu kelebihan menggunakan biodiesel.

_______________________________________________________

_______________________________________________________

(1markah)

SULIT10

Page 11: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

2. (a) Etanol dihasilkan apabila glukosa, C6H12O6 dicampurkan dengan yis dalam keadaan panas.

(i) Namakan tindak balas yang berlaku.

_________________________________________________(1markah)

(ii) Tuliskan satu persamaan kimia seimbang yang menunjukkan tindak balas yang telah menghasilkan etanol.

__________________________________________________(2markah)

(iii) Berikan satu kelebihan dan satu kelemahan apabila menggunakan etanol sebagai bahan api kenderaan.

Kelebihan:_________________________________________

Kelemahan:________________________________________(2markah)

(b) Sebatian Z yang mempunyai formula empirikal, C3H8O,adalah lengai di dalam reagen biasa; larut di dalam asid sulfurik pekat; terurai oleh hidrogen iodida pekat, HI; dan tidak larut campur dengan air.

(iv) Namakan sebatian Z.

__________________________________________________(1markah)

(v) Tuliskan persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas antara Z dan hidrogen iodida, HI.

__________________________________________________

__________________________________________________(2markah)

(vi) Berikan satu contoh kegunaan eter and amina dalam kehidupan seharian.

Eter:_______________________________________________

Amina:_____________________________________________(2markah)

SULIT11

Page 12: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

3. Penghasilan asid nitrik secara industri adalah dengan menggunakan kaedah pengoksidaan bermangkin ammonia atau dikenali sebagai proses Oswald.

(a) (i) Namakan dua bahan pemula yang diperlukan untuk pembuatan asid nitrik secara industri.

______________________________________________________

______________________________________________________(2markah)

(ii) Namakan mangkin yang digunakan dalam tindak balas ini.

______________________________________________________(1markah)

(iii) Tuliskan tiga persamaan kimia yang seimbang yang berlaku dalam proses Oswald.

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________(3markah)

(b) (i) Nyatakan dua kegunaan asid nitrik selain kepentingannya di dalam industri baja.

_____________________________________________________

_____________________________________________________(2markah)

(ii) Nyatakan dua kelebihan menggunakan baja ammonium nitrat.

_____________________________________________________

_____________________________________________________(2markah)

SULIT12

Page 13: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103 Angka Giliran:

4. (a) Pembuatan basikal pelbagai guna mountain bike memanfaatkan bahan komposit yang disepadukan dengan beberapa bahan struktur lain.

(i) Namakan jenis bahan komposit yang digunakan dalam pembuatan kerangka basikal jenis ini.

___________________________________________________(1markah)

(ii) Nyatakan dua kelebihan menggunakan bahan komposit yang dinyatakan di dalam (i).

__________________________________________________

__________________________________________________(2markah)

(iii) Cadangkan satu kegunaan jenis bahan komposit yang dinyatakan di dalam (i) dalam kehidupan seharian kita.

__________________________________________________(1markah)

(b) Kaca gentian diperoleh apabila resin poliester ditambah kepada leburan kaca.

(i) Apakah nama lain bagi kaca gentian?

___________________________________________________(1markah)

(ii) Nyatakan dua sifat kaca gentian.

___________________________________________________

___________________________________________________(2markah)

(iii) Nyatakan dua perbezaan antara plastik dan kaca.

__________________________________________________

__________________________________________________(2markah)

(iv) Berikan satu kegunaan kaca gentian dalam kehidupan seharian.

(1markah)

SULIT13

Page 14: Sce 3103 Meneroka Bahan (Edited) 2012

No. Kod: SCE 3103

BAHAGIAN C(40 markah)

Jawab dua soalan sahaja.

1. Sabun ialah garam natrium yang boleh dihasilkan di dalam makmal daripada minyak kelapa sawit. Sabun dikatakan kurang berkesan sebagai bahan pencuci di dalam air liat berbanding menggunakan detergen.

(a) Dengan menggunakan bahan-bahan dan reagen yang sesuai, perihalkan dengan ringkas proses penyediaan sabun di dalam makmal dan terangkan mengapa sabun disebut sebagai suatu garam natrium.

(10markah)

(b) Terangkan perbezaan antara sabun dan detergen dengan merujuk kepada sifat-sifat kimianya dan kebolehannya mencuci kotoran.

Tunjukkan mengapa detergen mencuci kotoran dengan lebih baik di dalam air liat berbanding sabun.

(10markah)

2. Getah asli ialah polimer asli yang mempunyai sifat elastik yang unik. Untuk menjadikan getah lebih berguna, getah asli boleh divulkankan untuk menjadi getah vulkan yang banyak kegunaannya dalam kehidupan seharian.

(a) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, terangkan proses pemvulkanan getah asli.

(10 markah)

(b) Perihalkan lima (5) perbezaan sifat-sifat antara getah asli dan getah vulkan.(10markah)

3. Kertas adalah satu penciptaan yang hebat sepanjang zaman dan amat luas kegunaannya dalam kehidupan seharian.Berasal daripada gentian selulosa dalam tumbuhan, melalui proses kimia dan mekanikal yang panjang sebelum gentian selulosa dijadikan kertas.

(a) Huraikan dengan jelas kaedah kimia dan mekanikal yang digunakan untuk mengekstrak gentian daripada kayu. Terangkan perbezaan antara kedua-dua kaedah ini.

(10markah)

(b) Terangkan lima(5) kegunaan kertas dan huraikan sifat-sifat kertas itu yang membolehkannya digunakan mengikut kegunaannya.

(10markah)

© Hakcipta Kerajaan Malaysia, 2011

14