Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

10
3.0 SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU QIRAAT 3.1 Bilakah tumbuhnya ilmu Qiraat ini ??? Ilmu Qiraat mula wujud bermula dari turunnya al-Qur’an , tetapi bacaan qiraat belum diamalkan kerana umat Arab ketika itu belum beriman dan al- Qur’an juga belum lagi tersebar luas kepada beberapa lahjah atau dialek ( loghat ) Arab yang lain daripada Lahjah Quraisy. Manakala hadith yang menerangkan tentang bacaan qiraat belum diwahyukan. Ilmu ini mulai dikenal pada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW dan semakin berkembang pada masa tabiin. Ilmu ini kemudian berkembang menjadi aliran (mazhab) qiraat. Aliran-aliran tersebut memiliki perbezaan dalam banyak hal , tetapi sudah disatukan dalam harf Quraisy (bahasa Arab dengan dialek Quraisy) yang telah disepakati secara ijmak pada Mushaf Usmani (kumpulan lembaran/catatan Usman bin 8

Transcript of Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

Page 1: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

3.0 SEJARAH PERTUMBUHAN ILMU QIRAAT

3.1 Bilakah tumbuhnya ilmu Qiraat ini ???

Ilmu Qiraat mula wujud bermula dari turunnya al-Qur’an , tetapi

bacaan qiraat belum diamalkan kerana umat Arab ketika itu belum

beriman dan al-Qur’an juga belum lagi tersebar luas kepada beberapa

lahjah atau dialek ( loghat ) Arab yang lain daripada Lahjah Quraisy.

Manakala hadith yang menerangkan tentang bacaan qiraat belum

diwahyukan.

Ilmu ini mulai dikenal pada zaman sahabat Nabi Muhammad

SAW dan semakin berkembang pada masa tabiin. Ilmu ini kemudian

berkembang menjadi aliran (mazhab) qiraat. Aliran-aliran tersebut

memiliki perbezaan dalam banyak hal , tetapi sudah disatukan dalam

harf Quraisy (bahasa Arab dengan dialek Quraisy) yang telah

disepakati secara ijmak pada Mushaf Usmani (kumpulan

lembaran/catatan Usman bin Affan). Pada peringkat awal

perkembangan ilmu qiraat ini, ia dikenal sebagai tabaqah (kelompok

ahli) qiraat dari sahabat Nabi SAW dan tabiin serta kota-kota yang

menjadi pusat pertumbuhan dan perkembangan suatu aliran qiraat.

8

Page 2: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

3.1.1 Sejarah Qiraat Sab'ah

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Jumuah ayat 2 ada menyebut:

Maksudnya : 2. Dialah Yang telah mengutuskan dalam kalangan

orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad

s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka

ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan

kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),

serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah

(pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan

sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu

adalah dalam kesesatan yang nyata.

Berdasarkan ayat di atas dapat menjelaskan kepada kita

bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak mampu membuat atau mereka

al-Qur’an . Ini menunjukkan bahawa al-Qur’an itu datangnya dari Allah.

S.W.T.

Al-Qur’an diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w

melalui perantaraan malaikat Jibril.Baginda menerima bacaan yang

betul daripada Jibril sesuai dengan kehendak Allah. Taala. Kemudian,

Rasulullah telah mengajarkan Al-Qur’an kepada para sahabat

sebagaimana yang diajar oleh Jibril kepada Baginda.

9

Page 3: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

Malaikat Jibril telah mengajar Al-Qur’an kepada nabi dengan

Sab’ah Ahruf. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“ Jibril membacakan al-Qur’an kepadaku dengan satu huruf, maka aku

sentiasa mengulang-ulangnya. Aku juga meminta kepada Jibril agar

menambahnya lagi , ia pun menambah untukku sehingga menjadi

tujuh huruf.”

( Riwayat Syaikhan )

Ilmu Qiraat merupakan salah satu daripada ulum Al-Qur’an atau

ilmu-ilmu tentang Al-Qur’an yang membahaskan dari segi peraturan

membaca Al-Qur’an. Ilmu ini dinisbahkan kepada imam masing-masing

dan para perawinya yang bersambung sanadnya hingga Rasulullah

s.a.w.

Cara pengambilan ilmu Qiraat adalah melalui talaqqi dan

musyafahah iaitu berhadapan terus dengan guru dengan

memerhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru semasa melafazkan

ayat-ayat al-Qur’an.

Oleh kerana itu, Khalifah Uthman r.a telah menyertakan seorang

qari ketika mengirimkan mushaf ke daerah-daerah. Qiraatnya adalah

bersesuaian dengan mushaf yang dikirim itu. Utusan yang dikirim

10

Page 4: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

terdiri daripada sahabat-sahabat yang mahir tentang cara Rasulullah

membaca al-Qur’an. Berikut merupakan senarai guru yang dihantar

oleh Khalifah Uthman ke kota-kota yang ditentukan :

Tempat Nama Qari

Makkah al-

Mukarramah

Abdullah bin Musayyib

Sham Mughirah bin Abi Syihab

Basrah Amru bin Qais

Kufah Abdurrahman bin Abdullah bin Habib As-Sulmi

Madinah al-

Munawwarah

Zaid bin Thabit

Dalam kalangan sahabat, ada yang menerima terus daripada

Rasulullah s.a.w. Terdapat para sahabat menerima hanya satu bacaan

atau dua bacaan atau tiga bacaan. Namun, ada yang menerima lebih

daripada itu. Kemudian, mereka mengajar bacaan yang diterima itu

kepada murid-murid mereka. Oleh itu, wajarlah timbul perbezaan qiraat

pada generasi tabi’in dan generasi seterusnya.

Hasil didikan daripada generasi tabi’in , maka ramailah orang

yang berminat dan mengambil berat tentang ilmu qiraat. Mereka

bersungguh-sungguh menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat

11

Page 5: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

sehingga lahir pakar-pakar qiraat dari generasi ini di beberapa kota

besar.

Pada awal kurun ketiga, Abu Ubaid Al-Qasim bin As-Salam

( meninggal dunia pada 224 Hijrah ) adalah orang yang mula-mula

menyusun ilmu qiraat. Abu Ubaid al-Qasim ibn Salam, tergerak untuk

menjadi orang pertama yang mengumpulkan berbagai qiraat dan

menyusunnya dalam satu kitab. Menyusul kemudian ulama lainnya

yang menyusun pelbagai kitab qiraat dengan method penulisan

masing-masing

Ilmu qiraat mengalami perkembangan pesat pada abad pertama

Hijriah, seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu syariat yang lain. Bagi

memudahkan qiraat yang banyak itu dikenali, pengumpulan dan

pembahagian jenis telah dilaksanakan. Jadi, dari segi bentuk, jenis,

dan cara periwayatan, aliran qiraat dinisbahkan kepada imam yang

menjadi penuturnya. Ada tiga jenis qiraat yang terkenal, iaitu qiraat

Sab’ah, 'Asyrah, dan Syadzah. Sedangkan, Ibn al-Jazari membuat

pembahagian berdasarkan kaedah kesahihan hadis dan kekuatan

sanadnya. Namun demikian, kedua pembahagian ini saling berkait

rapat antara satu sama lain.

Pada abad ke-4 H, seorang ulama Baghdad, Abu Bakar Ahmad

atau yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Mujahid, menyusun sebuah

12

Page 6: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

kitab yang disebut dengan nama Kitab Sab'ah. Akibatnya, Ibnu Mujahid

dikecam dan dituduh membuat kekacauan kepada orang ramai

berkenaan wujudnya banyak jalan bacaan terhadap bacaan Alquran,

termasuk pengertian tujuh kata (sab'atu ahruf). Salah seorang

pengkritiknya adalah Abu Al-Abbas ibn Amar yang pada awal abad ke-

5H tersohor sebagai imam muqri.

Istilah qiraat sab'ah di zaman Abu al-Abbas memang belum

masyhur. Tetapi, ini tidak bererti tiada ilmu Qiraat Qiraat ini

sesungguhnya telah wujud di dunia akademik sejak abad ke-2 H.

Qiraat tersebut tidak popular kerana disebabkan kecenderungan

ulama-ulama saat itu hanya memasyarakatkan satu jenis qiraat

dengan mengabaikan qiraat yang lain.

Ibnu Mujahid telah mengumpulkan tujuh jenis qiraat yang

mempunyai sanad bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW

terkemuka. Ketujuh bacaan itu disandarkan pada Abdullah bin Katsir

al-Dariy (Makkah), Nafi' bin Abd al-Rahman ibn Abu Nu'aim (Madinah),

Abdullah al-Yashibiyn atau Abu Amir al-Dimasyqi (Syam), Zabban ibn

al-Ala bin Ammar atau Abu Amr (Bashrah), Ibnu Ishaq al-Hadrami atau

Ya'qub (Bashrah), Ibnu Habib al-Zayyat atau Hamzah (Kufah), dan

Ibnu Abi al-Najud al-Asadly atau Asim (Kufah).

13

Page 7: Sejarah Pertumbuhan Ilmu Qiraat

Penyebaran ini berlanjutan sehingga generasi pada hari ini

dapat mempelajari ilmu qiraat sepenuhnya sebagaimana yang telah

diajarkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

14