sejauh

38
SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013 KKD2063 – PEMBANGUNAN SAHSIAH TAJUK KUMPULAN EL-A06 (A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON AZRIZA AZWA BT ZAKARIA D20121061710 0185723444 NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT TUGASAN 2 Sejauhmana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu anda dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh membantu memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan beserta contoh.

description

m,,,,,,

Transcript of sejauh

SEMESTER 1 SESI 2012 / 2013KKD2063 PEMBANGUNAN SAHSIAHTAJUK

KUMPULAN

EL-A06 (A121PJJ)DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. IDNO. TELEFON

AZRIZA AZWA BT ZAKARIAD201210617100185723444

NAMA TUTOR E-LEARNING:ENCIK ZULKIFLI BIN MAMAT TARIKH SERAH

:25 NOVEMBER 2012 ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan

42.0 Definasi Sahsiah

52.0.1Secara Am

2.0.2Secara Islam2.0.3Secara Barat2.0.4Kamus Dewan

2.0.5Mohd Nasir 2006

2.0.6Asmah dan Herman 1995

62.0.7Siti Fatimah 1993

2.0.8Wan Azmi 1992

2.0.9Cloninger 2008

2.0.10Ee Ah Meng 1999

2.0.11Abdul Majid dan Rahil 1995

7

2.0.12Kagan 1988

3.0Faktor Pembangunan Sahsiah

3.0.1Faktor Baka

3.0.2Faktor Persekitaran

4.0Teori Keperluan Maslow Bagi Memahami Sahsiah pelajar dan Membantu Memperkembangkan dan Membangunkan Sahsiah Pelajar

84.0.1Latar Belakang Abraham Harold Maslow.4.0.2Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow

4.0.3Perkembangan Personaliti Teori Hierarki Keperluan

12

4.0.3Ciri-ciri Toeri Keperluan Hierarki Maslow

15

a)Keperluan Fisologi

16

b)Keperluan Keselamatan

17

c)Keperluan Kasih Sayang

18

d)Keperluan Penghargaan Kendiri

20

e)Keperluan Kesempurnaan Kendiri

21

5.0Kesimpulan

25

Bibliografi

29Sejauhmana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu anda dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh membantu memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan beserta contoh.1.0 PENGENALAN

Para pelajar adalah satu eset yang penting dalam mewarisi apa yang telah dicapai oleh negara sehingga ke hari ni dan merekalah yang akan melakarkan lagi sejarah kecemerlangan negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian pembangunaan sahsiah yang sempurna dalam diri mereka seperti yang disyariat oleh agama dan norma-norma budaya masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan satu kejayaan yang cemerlang kepada masyarakat dan negara. Bagi institusi pendidikan, pelajar adalah satu eset yang penting bagi menggambarkan kewibawaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah di mata masyarakat betapa kemenjadian pelajar yang didik itu seimbang dari segi akademik dan sahsiah.

Betapa pentingnya seorang guru memahami sahsiah pelajar bagi memperkembang dan membangunkan sahsiah pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebagsaan yang menekan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah. Begitu juga dengan kehendak Kurikulum Kebangsaan yang melibatkan kurikulum dan ko-kurikulum. Ia merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnya dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk meyampaikan pengetahuannya.2.0 Definisi Sahsiah

2.0.1Secara Am

-Pembangunan sahsiah adalah merupakan semua tingkah laku yang tetap iaitu yang pasti pada seseorang individu, namun ianya berlainan dengan orang lain. Setiap tingkah laku mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.2.0.2Sudut Islam-Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, nalui dan akal individu. Ianya boleh membina akhlak, peribadi dan perangai dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai murni serta berdaya maju.

2.0.3Sudut Barat-Pembangunan sahsiah lebih merangkumi aspek jasmani iaitu meningkatkan status kuasa diri serta kelas sosial ekonomi manusia.2.0.4Kamus Dewan 2011

-Sahsiah adalah perkataan Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi.

2.0.5Asmah dan Herman 1995

-Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan.

2.0.6Kagan 1988-Sahsiah sebagai corak perilaku keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitar.2.0.7Siti Fatimah 1993

-Sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini beerti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama sahari ke sehari.2.0.8Abdul Majiddan Rahil 1995-Sahsiah sebagai perkaitan antara penilai, perasaan, emosi dan perlakuan manusia.2.0.9Cloninger 2008

-Maksud peribadi pula ialah menusia sebagai diri sendiri, (kelakuan / sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri intuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain.

2.0.10Ee Ah Meng 1999

-Sahsiah merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruahan. Ini merangkumi perangai, sikap, kecerdasan, sentimen, siap, minat, kepercayaan, cita-cita, dan nilai-nilai.2.0.11Mohd Nasir 2006-Fokus perkembangan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama ada dalaman atau luaran.2.0.12Wan Azmi 1992

-Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif.

3.0Faktor Pembangunan Sahsiah 3.0.1 Faktor Baka

Saiz badan. kurus, gemuk.

penyakit = diwarisi melalui baka, jika sakit kurang aktiviti sosial.

kecerdasan = manusia berbeza kecerdasan. sahsiah akan positif jika tahap kecerdasan tinggi

temperamen. sifat semula jadi. stabil emosi lebih mudah bergaul.

3.0.2 Faktor Persekitaran

Keluarga = didikan keluarga, cara komunikasi, kewangan keluarga,

pengalaman awal = jika selalu dihukum akan rasa bersalah. boleh membentuk sahsiah negatif kebudayaan = jika keluarga menekankan kekayaan, anak akan bersifat materialistik

pengaruh sekolah = sahsiah akan positif jika suasana sekolah baik, bimbingan guru yang baik

pengaruh rakan sebaya = mudah dipengaruhi, ingin buktikan kemampuan diri pada kawan

media massa = bahan menarik yang berguna boleh menggalakan individu berfikir dan meningkatkan sahsiah

masyarakat = nilai yang baik akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab

4.0Teori Keperluan Maslow Bagi Memahami Sahsiah pelajar dan Membantu Memperkembangkan dan Membangunkan Sahsiah Pelajar4.0.1Latar Belakang Abraham Harold Maslow.

Gambar 1

Abraham Harold MaslowAbraham Harold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York dan meninggal pada tahun1970 di usia 62 tahun kerana sakit jantung. Abraham Maslow dibesarkan dalam sebuah keluarga Yahudi dari Rusia dan merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Hubungan Maslow dengan kedua orang tuanya tidak rapat sewaktu mudanya Semasa kanak-kanak dan remaja, Maslow menderita dengan perlakuan kedua orang tuanya terutama ibunya. Beliau hidup miskin dan mempunyai pendidikan yang rendah. Sewaktu kecil, kehidupan Maslow amat susah. Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokan, penuh dengan kekecewaan dan rasa kesunyian. Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan oleh kawan-kawannya kerana perbezaan agama.

Masalah persekitaran di luar rumah dan faktor keluarga banyak mempengaruhi kehidupannya. Keluarganya amat berharap Maslow berjaya dalam bidang pelajaran terutamanya dalam jurusan undang-undang tetapi beliau tidak meneruskannya malah beralih ke bidang psaikologi. Apabila meningkat dewasa beliau telah melanjutkan pelajarannya di City College of New York ( CCNY ) dalam jurusan undang-undang. Namun beberapa tahun kemudian, beliau telah bertukar ke Universiti of Wisconsis kerana lebih berminat dalam jurusan psaikologi. Hasil daripada kelulusan itu, beliau telah mendapat MA pada tahun 1931 dan phD pada tahun 1934 dalam bidang psaikologi di Universiti of Wisconsis. Beliau juga telah menjadi The chair of psychology Department di Brandeis dari tahun 1951 hingga 1969.

Sepanjang menjadi ahli psaikologi beliau telah berjaya menulis buku The Organism. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psaikologi Amerika pada tahun 1969. Maslow adalah merupakan pelopor di bidang Psaikologi Humanistik. Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha semasa masih bergelar penuntut lagi. Beliau telah dianugerahakn gelararan Humanist Of The Year oleh Persatuan Kemanusian Amerika pada tahun 1967.4.0.2Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow

Abraham Harold Maslow (1954, 1968, 1970) melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insayn yang sedang lapar, ianya bukan sebahagian daripada individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri ndividu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow sangat berkaitan dengan personaliti, ini memudahkan para guru memahami pelajar-pelajarnya bagi membantu mereka memperkembang dan membangunkan sahsiah pelajar-pelajarnya. Maslow menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Pendekatan Humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam perkembangan potensi individu. Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu. Walaupun demikian terdapat beberapa batasan dan halangan yang menghindari manusia mencapai tahap kewujudan yang diidamkan. Namun begitu, bagi beliau memenuhi keperluan adalah mustahak jika manusia inginkan kemakmuran, atau kemajuan ( Ahmad Marfadha Mohamed et al., 1999 : 52-53 ; Dauglos Birsch, 2001 : 176 ).

Pendekatan Humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi individu. Konsep Humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Pendekatan Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maslow menggap motivasi sebagai sesuatu yang komplek, di mana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia dan bukannya tingkah laku dalaman. Beliau menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa megambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Sebagai contoh, sekiranya seorang guru mengenalpasti pelajarnya kurang bermotivasi kerana terdapt gangguan sama ada dari faktor emosi, sosial atau pun budaya, guru perlulah membantu pelajar tersebut dengan menanamkan keyakinan pada pelajar terbabit bagi membentuk dan membangunkan sahsiah yang cemerlang. Sekiranya pelajar ini dibiarkan terus tanpa motivasi dari guru, pelajar ini akan menjadi pelajar bermasalah dari segi disiplin, sahsiah dan ketinggalan di dalam pembelajarannya. Guru boleh memberi motivasi secara lisan, kasih sayang dan perhatian serta ganjaran sama ada berbentuk hadiah mahupun pujian. Seperti yang ditekankan oleh Maslow, individu akan terus bermotivasi kerana sesuatu matlamat dan matlamat pelajar ini ialah untuk mendapatkan motivasi secara lisan, kasih sayang dan perhatian serta ganjaran sama ada berbentuk hadiah mahupun pujian, mereka perlulah mempunyai sahsiah yang baik.Menurut Maslow dengan mengkaji manusia yang tidak normal iaitu manusia yang terganggu jiwa dan emosinya, bererti kita telah menafikan akan kewujudan potensi-potensi positif yand ada pada manusia seperti ketenteraman, kasih sayang, kegembiraan, pengiktirafan dan sahsiah. Maslow melihat manusia dengan pandangan yang cukup optimistik. Kebebasan yang sempurna akan menentukan manusia sempurna dan dapat mencari makna hidup. Guru merupakan cermin utama kepada pelajar-pelajarnya di dalam membentuk dan membangunkan sahsiah. Guru perlu memahami potensi-potensi positif yang ada di dalam diri para pelajar seperti mewujudkan hubungan mesra di antara guru dan pelajar. Guru tidak seharusnya melabelkan seseorang murid itu bermasalah tetapi perlu mengkaji sebab yang menjadikan pelajar itu bermasalah. Maslow percaya keperluan adalah diwarisi tetapi tingkah laku untuk mencapainya adalah dipelajari. Pengalaman di zaman kanak-kanak adalah penting bagi membentuk personaliti dan sahsiah para pelajar tetapi para pelajar mempunyai potensi untuk menguruskan kehidupan mereka sama ada melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejak kecil, warisan dan persekitarannya dan faktor personal dan persekitarannya. Guru harus faham bahawa personaliti setiap pelajar adalah unik, iaitu cara bagaimana para pelajar memenuhi keperluannya. Jadi guru haruslah peka bagi membantu para pelajarnya membentuk dan membangunkan sahsiah mereka kerana nilai kemenjadian sahsiah murid banyak terlekat pada bahu guru dewasa ini.

4.0.3Perkembangan Personaliti Teori Hierarki Keperluan

Teori Abraham Maslow lebih dikenali degan Teori Hierarki Keperluan ( Hierarchy of Need Theory ). Teori ini memperkenalkan 5 keperluan tingkah laku yang mempengaruhi dan dan mengarahkan tingkah laku manusia (Maslow, 1970b). Susunan keperluan adalah seperti berikut :

Keperluan fisiologi

Keperluan keselamatan

Keperluan kasih sayang

Keperluan penghargaan kendiri

Keperluan kesempurnaan kendiriDalam Teori Hierarki Keperluan Maslow menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Abraham Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. Beliau berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Pada tahun 1954 Teori Hierarki Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Mativation and Personality.

Beliau menerangkan semua keperluan adalah semulajadi yang bermakna kualiti yang diperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkah laku. Bagaimanapun segala keperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya oleh ketakutan dan degan tidak menyetujuinya. ( Maslow, 1968, pp. : 190 191 ). Abraham Maslow melihat manusia dengan pandangan optimistik. Kajian Maslow adalah terhadap kesihatan psaikologi berbanding penyakit, tentang perkembangan manusia berbanding kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahan manusia. Setiap individu memiliki kebebasan dan dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukan individu mencapai kesempurnaan serta dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar. Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik dan mana yang buruk bagi memenuhi keperluan serta memperkembangkan potensinya.

Sungguhpun keperluan diwarisi sejak lahir, tetapi tingkah laku untuk memenuhi keinginan adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku sentiasa berbeza antara setiap individu. Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yang paling kuat ( utama ) kepada keperluan yang paling lemah ( terakhir ). Keperluan diperingkat bawah sekali adalah keperluan yang perlu dipenuhi sebelum peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan. Tidak semua keperluan perlu dipenuhi pada masa yang sama. Secara umumnya hanya satu keperluan yang akan mendominasikan keperluan personaliti pelajar. Keperluan ini bergantung kepada keperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi.Sebagai contoh, seseorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah tidak lagi terdesak untuk memenuhi keperluan fisologi dan penghargaan kendiri tetapi mereka mungkin akan memilih keperluan keselamatan kerana merasa terancam dengan kumpulan pelajar-pelajar nakal. Di sinilah guru perlu memahami dengan mendalam setiap keperlun pelajar pelajarnya bagi membentuk dan memperkembangkan lagi sahsiah mereka agar tidak keciciran dari segi pergaulan sosial mereka.

Menurut Maslow lagi, keutamaan ( priority ) keperluan adalah berubah-rubah dan bertukar-tukar mengikut masa dan situasi pelajar itu sendiri. Seorang murid yang miskin, yang sentiasa lapar ketika di sekolak akan menjadikan keperluan fisologi sebagai keutamaan. Pelajar miskin ini akan menjadi pasif dan rendah diri kerana merasakan dirinya tidak sama seperti rakan-rakannya yang lain. Guru perlulah membantu pelajar ini memenuhi keperluan fisiologinya dengan memberikan RMT kepadanya. Dengan memenuhi keperluan fisiologi ini, pelajar ini akan menjadi lebih aktif sesama rakan dan dapat merasa selesa ketika sesi pengajaran dan pembelajan berlangsung. Sahsiah pelajar tersebut akan terbina sendiri apabila merasakan keperluan kasih sayang turut dipenuhi apabila merasakan gurunya mengambil berat mengenai dirinya.

Keperluan fisologi dan keperluan keselamatan amat diperlukan oleh golongan bayi dan kanak-kanak. Manakala keperluan kasih sayang dan penghargaan kendiri diperlukan ketima meningkat remaja, sementara penghargaan kepada kesempurnaan kendiri hanya akan wujud apabila seseorang itu telah dewasa terutama apabila mencapai pertengahan umur. Kegagalan memenuhi keperluan di bahagian bawah hierarki ini akan meyebabkan pelbagai masalah timbul. Maslow menamakan keperluan peringkat bawah ini kekurangan ( defisit ) atau kekurangan keperluan ( defiency needs ). Keperluan peringkat bawah tidak bergantung kepada suasana dan faktor luaran. Jika keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akan menjadi lebih bermakna, jangka hayat lebih panjang dan menambahkan lagi kecekapan bialogi. Memenuhi keperluan peringkat ini akan menyebabkan hidup menjadi gembira dan memberi faedah kepada aspek biologi dan psikologi. Atas alasan ini Maslow menamakan keperluan peringkat atasan ini sebagai pertumbuhan ( growth ) atau menjadi keperluan ( being needs ). Keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi sekiranya seseorang itu berada dalam suasana luaran dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang baik dan harmoni.

Rajah 1 Hierarki Keperluan Maslow4.0.3Ciri-ciri Toeri Keperluan Hierarki MaslowBeliau berpendapat tidak semua keperluan perlu dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluan lain dalam hierarki menjadi penting atau dipenuhi. Dalam kejiannya, Maslow menerangkan bahawa hanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluan kasih sayang dan penghargaan, 40% keperluan penghargaan kendiri dan 10% keperluan kesempurnaan kendiri.a)Keperluan Fisologi

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan tahap kedua tidak akan wujud jika keperluan di peringkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Keperluan ini bersifat biologikal dan jika keperluan asa ini tidak dipenuhi, maka keperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting. Keperluan asas merupakan keperluan utama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, tempat tidur, rehat, seks, pakaian dan lain-lain. Apabila keperluan asas ini tidap dapat memenuhi kehendak mereka, isu-isu lain seringkali diabaikan seperti pendidikan anak-anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan Teori Hierarki Maslow, ternyata pendidikan anak-anak tidak akan diberi perhatian oleh ibi bapa sehinggalah keluarga tersebut dapat menikmati status ekonami yang memuaskan. Adalah sukar bagi anak-anank ini untuk member perhatian yang lebih terhadap pelajaran sedangkan pada masa yang sama mereka perlu memikirkan apa yang perlu di makan untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai duit untuk membeli makan dan minum semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak ini untuk belajar hanya tinggal impian dan seterusnua kejayaan yang diingini tidak akan kesamapian.

Sebagai seorang guru, memastikan keperluan fisiologi pelajar dipenuhi adalah tidak mustahil kerana terdapat pelbagai program bantuan kewangan yang boleh ditawarkan kepada pelajar yang layak. Bantuan seperti KUWAP dan RMT boleh membantu pelajar meringgankan bebean mereka. Dengan memenuhi keperluan fisiologi ini, pelajar akan menjadi lebih focus kepada pelajaran. Masalah keciciran akan berkurangan. Potensi pelajar dapat digilap dengan sepenuhnya. Guru dapat memperkembangkan sahsiah pelajar itu apabila mereka selalu hadir ke sekolah dan bersedia untuk menerima pembelajaran. Dengan ini sahsiah murid dapat dibangunkan dengan sepenuhnya. b)Keperluan KeselamatanKeperluan keselamatan termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Pada pendapat Maslow keperluan keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan. Sewaktu zaman kanak-kanak rasa ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Kanak-kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan kewujudan undang-undang dalam masyarakat. Ia amat menolong memenuhi keperluan ketenteraman, kedamaian, bebas dari perasaan resah dan gelisah serta boleh mengancam nyawa, fizikal dan emosi. Keadaan yang membahayakan manusia akan timbul jika gagal memenuhi keperluan ini.

Bagi seorang guru yang perhatin, menyediakan keadaan persekitaran yang selamat di dalam bilik darjah akan membuatkan pelajar merasa selesa dan tidak takut untuk terus berada di dalamnya. Suasana pembelajaran yang aman, selesa dan tenteram akan membantu pembentukan sahsiah dapat dikembangkan. Sentiasa memberi senyum dan ucapan kata-kata semangat akan meyakinkan lagi pelajar-pelajar untuk membangunkan lagi sahsiah dalam diri mereka.

c)Keperluan Kasih SayangKeperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan dipenuhi. Kanak-kanak telah merasa selamat dalam persekitarannya akan mula memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa atau ahli keluarganya. Pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhi untuk mendapatkan penerimaan daripada sahabat dan rakan sebaya. Keadaan masyarakat yang sentiasa berubah keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai. Individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara jika berlaku perubahan tempat tinggal, tempat kerja, tempat belajar dan sebagainya. Menurut Maslow keperluan kasih sayang ini juga akan menyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembangan emosi.

Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap. Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Ini juga akan dapat memelihara hubungan yang baik di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya. Selain itu, guru perlu sentiasa menunjukkan kemesraan dan kasih sayang bagi memupuk nilai mempercayai dikalangan para pelajar. Pelajar akan merasa disayangi apabila guru sentiasa memberi perhatian kepada mereka dengan memberi galakan, sokongan, pujian dan kata-kata semangat.d)Keperluan Penghargaan KendiriKeperluan penghargaan kendiri merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatan daripada orang lain, rasadikenali dan mendapat kejayaan sosial. Keperluan penghargaan kendiri dibahagikan kepada dua jenis iaitu penghargaan terhadap diri sendiri dan penghargaan yang diberikan oleh orang lain. Jika keperluan penghargaan kendiri dapat dipenuhi dengan sebaiknya ia boleh membuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut menjadi lebih produktif. Bagi mendapatkan penghargaan daripada orang lain diperlihatkan daripada keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengiktirafan, penghormatan dan sebagainya. Jika keperluan ini tidak tercapai ia akan menimbulkan masalah seperti tidak bermotivasi, berserah, sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain, rasa rendah diri, takut, tidak bermaya, takut dikritik oleh orang lain dan suka melihat kekurangan diri sendiri.

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran. Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri. Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir. Pelajar yang diterima oleh kumunitinnya kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Pelajar yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai. Oleh itu, mereka dapat berinteraksi secara positif, iaitu sentiasa berbincang mengenai masalah pembelajaran dalam kumpulan. Mengaplikasikan kaedah projek di dalm kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar berdamping dan mendampingi pelajar yang lain. Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik. Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka.

e)Keperluan Kesempurnaan KendiriKonsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya. Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya. Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya. Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan persekitarannya.

Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup, ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain, ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.

Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain. Sikiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya. Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini. Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya. Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan personoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya. Untuk membina konsep kendiri yang positif, para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada pelajar. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Bagi membantu pelajar mengembangkan sahsiah dan potensi mereka, terdapat banyak peluang yang disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah. Keperluan kesempurnaan kendiri setiap pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Guru perlulah memainkan peranannya untuk memastikan keperluan ini berada pada tahap yang betul bagi melengkapkan sasiah pelajar. Pada peringkat ini guru perlulah memperkenalkan kepada pelajar mengenai motivasi beta sepaerti yang dicadangkan oleh Maslow dalam kajiannya. Motivasi beta ialah dorongan faktor dalaman untuk mencapai sesuatu matlamat. Pelajar yang telah mencapai keperluan kesempurnaan kendiri akan sentiasa mempunyai persepsi yang jelas tentang realiti, penerimaan terhadap diri sendiri,orang lain dan persekitaran. Selain itu mereka akan dengan tersendirinya mempunyai sahsiah yang telah berkembang dengan memenuhi aspek kesopanan, suka mempermudahkan dan berkecuali. Mereka lebih cenderung bersosial dan bertolenrasi serta menolak tekanan.5.0Kesimpulan

Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensi dan personalitinya. Keperluan mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai kehendak tertentu kepada seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow memberi konsep bahawa perkembangan potensi dan personaliti pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan di dalam meperkembangkan dan membangunkan sahsiah atau personaliti mereka.

Jika diteliti secara mendalam, kesemua tahap keperluan Maslow adalah sangat berkaitan rapat dengan langkah untuk mewujudkan insentif dan ganjaran. Perlu kita ingat, sebagai guru kejayaan seseorang pelajar di dalam membangun dan memperkembangkan lagi potensi, bakat dan personaliti memerlukan insentif dan ganjaran. Guru hendaklah mempelbagaikan insentif dan ganjaran supaya motivasi pelajar untuk mencapai matlamat meningkat.

Dari segi terminologi, insentif bermaksud peransang, penggalak pendorong dan stimulasi kepada seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat atau sasaran. Ganjaran pula bermaksud sebagai hadiah (untuk perbuatan baik dan lain-lain). Erti kata lain, insentif dan ganjaran adalah alat penggerak kepada perlakuan untuk membangkitkan tindakan-tindakan ke arah positif. Selain itu, ia juga sebagai alat untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk menghargai serta mengiktiraf ke atas sumbangan mereka di peringkat sekolah ataupun di peringkat yang lebih tinggi. Selain daripada itu, pelajar-pelajar yang dapat meningkatkan pencapaian peperiksaan, mereka akan dinaikkan ke kelas yang lebih baik. Kemudian, guru boleh juga sediakan insentif alternatif seperti pelajar yang tidak pernah ponteng sekolahakan diberikan kemudahan meminjam buku lebih di perpustakaan. Semua insentif di atas akan memenuhi keperluan pertama dan kedua dalam Teori Keperluan Maslow.

Manakala ganjaran yang dapat disediakan oleh guru itu sendiri terbahagi kepada ganjaran sosial, ganjaran simbolik, dan ganjaran kewangan. Ganjaran sosial yang dimaksudkan adalah seperti pujian lisan, surat penghargaan, ucapan terima kasih, hadiah, berjabat salam, pujian, diminta pendapat, kata-kata dorongan dan lain-lain. Manakala ganjaran simbolik adalah pemberian yang memberi nilai dan makna kepada penerimanya. Contohnya seperti trofi, hadiah peribadi. Akhir sekali, ganjaran yang menjadi kesukaan pelajar adalah ganjaran kewangan. Guru boleh memberi wang atau diskaun membeli barang di koperasi sekolah dan lain-lain. Apabila diteliti semua insentif dan ganjaran yang telah diterangkan di atas,ianya mampu untuk membangkitkan semangat pelajar-pelajar kita untuk membangun dan memperkembangkan potensi, bakat dan sahsiah diri. Secara tidak langsung memenuhi tahap ketiga, keempat dan seterusnya tahap tertinggi Teori Keperluan Maslow iaitu Keperluan Pencapaian Hasrat Diri. Bibliografi 1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.2.Calvin S. Hall & Gardner Lindzey, Jhon willy & Son (1978), Theories of Personality New York : Gunggenhelm Foundation 3. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta : PT Bina Aksara. 4. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5.Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York : American Book Company.6. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 7. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York : McGraw-Hill Book Company. 8. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : PTS Publisher & Distributers Sdn. Bhd.

9. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..10.Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 11.Abraham Maslow

http://id.wikipedia.org/wiki/Abraham_Maslow12.Google Image Abraham Maslow http://www.google.com.my/imgres?num=10&um=1&hl=en&biw=1280&bih=675&tbm=isch&tbnid=KqBI-96QThrz0M:&imgrefurl=http://www.homeopathyworldcommunity.com/photo/active-impulse-toward-health-maslow%3Fcontext%3Dlatest&docid=Ox5eDl0g6KTRlM&imgurl=http://api.ning.com/files/atIBr2CxMmIJz1fuHQGFqi4pSQzNxXwVQwVzlztMfFpbqrDlEfijm9H0KwPo7vk4f7cr7VPZrjRqR1fBpR1REhidRJ7mOImI/maslow.jpg%253Fwidth%253D520%2526height%253D432&w=520&h=432&ei=cbyrUKX-O8mrrAfr7IGICQ&zoom=1&iact=hc&vpx=528&vpy=154&dur=1393&hovh=205&hovw=246&tx=114&ty=96&sig=100695936014800225110&sqi=2&page=1&tbnh=153&tbnw=189&start=0&ndsp=21&ved=1t:429,r:16,s:0,i:17913.Teori Abraham Maslow Humanistikhttp://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-abraham-maslow-humanistik.html

TUGASAN 2

Sejauhmana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu anda dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh membantu memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan beserta contoh.

29