Sistem Endokrin

download Sistem Endokrin

of 1

description

s

Transcript of Sistem Endokrin

Laporan Amali Anatomi Dan Fisiologi ( Tajuk 7 )

NAMA: DEEPAKALA SUBRAMANIAMUNIT: PISMP PJK SJKT SEM 2

TAJUK: Sistem Endokrin

Objektif: Di akhir pembelajaran ini, pelajar diharap dapat :-I. Mengenalpasti kelenjar yang terlibat dalam sistem endokrin

II. Senaraikan hormon-hormon yang dikeluarkan semasa melakukan aktiviti fizikalIII. Dapat mengenalpasti kelenjar-kelenjar yang mengeluarkan hormon

Prosedur:1. Pelajar diminta untuk mengaitkan sistem endokrin dengan sukan, iaitu lari setempat.2. Pelajar perlu mengenal pasti kelenjar yang terlibat dalam sistem endokrin dan hormon yang dikeluarkan. 3. Pelajar menyenaraikan kelenjar dan hormon yang terlibat dalam lari setempat.

Keputusan: Kelenjar yang terlibat dalam lari setempat termasuk kelenjar tiroid, kelenjar pankreas dan kelenjar adrenal. Hormon yang dikeluarkan daripada kelenjar tiroid ialah tiroksin. Kelenjar pankreas mengeluarkan hormon glukagon dan kelenjar adrenal pula mengeluarkan hormon adrenalina dan noradrenalina dari adrenal medulla.

Rumusan :

Sistem endokrin memainkan peranan yang penting dalam membina badan yang sihat. Kesihatan seseorang akan terjejas jika kelenjar-kelenjar tidak berfungsi atau mengeluarkan hormon yang terlalu banyak dan kekurangan. Contohnya, jika insulin telah dikeluarkan secara berlebihan, seseorang akan menghidapi hypoglycaemia yang akan menyebabkan seseorang pening, letih, sakit kepala dan pengsan. Manakala, kalau insulin dikeluarkan secara kekurangan, seseorang akan mengidapi kencing manis.