Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana...

8
PERSEKITARAN RANGKAIAN WINDOWS DOMAIN DI MOF Selaras dengan pengagihan komputer yang baru... ms: 7 Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan Edisi 3 2013 www.treasury.gov.my BULETIN ICT Enterprise Achitecture Enterprise Architecture adalah pengurusan data, aplikasi dan infrastruktur yang diterjemahkan... ms: 2 SISTEM TEMPAHAN PREMIS GUNASAMA Sistem Tempahan Premis Gunasama ini telah mula dibangunkan pada... ms: 6 e-Booking Sistem Tempahan Online Business Architecture Technology Architecture Information Architecture Application and Software Architecture Business Architecture Technology Architecture Information Architecture Application and Software Architecture Komponen Utama EA ENTERPRISE ARCHITECTURE

Transcript of Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana...

Page 1: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

PERSEKITARAN RANGKAIAN WINDOWS DOMAIN DI MOF Selaras dengan pengagihan komputer yang baru...

ms: 7

Penyebar Berita, Maklumat Semasa & Ilmu ICT kepada Warga Perbendaharaan

Edisi 3 2013 www.treasury.gov.my

BULETIN ICT

Enterprise Achitecture Enterprise Architecture adalah pengurusan data, aplikasi dan infrastruktur yang diterjemahkan...

ms: 2

SISTEM TEMPAHAN PREMIS GUNASAMA Sistem Tempahan Premis Gunasama ini telah mula dibangunkan pada...

ms: 6e-BookingSistem Tempahan Online

BusinessArchitecture

TechnologyArchitecture

InformationArchitecture

Application andSoftware Architecture

BusinessArchitecture

TechnologyArchitecture

InformationArchitecture

Application andSoftware Architecture

Komponen Utama EA

ENTERPRISEARCHITECTURE

Page 2: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

Perbendaharaan pada masa ini sedang giat melaksanakan Program Transformasi (Treasury Transformation Program - TTP) organisasi secara menyeluruh bagi meningkatkan fungsi dan peranan utama Perbendaharaan. Hasil kajian TTP mendapati ICT merupakan pemangkin dalam melaksanakan aspirasi transformasi Perbendaharaan.

Penggubalan Enterprise Architecture (EA) Blue Print bagi Perbendaharaan juga merupakan salah satu inisiatif dari TTP untuk meningkatkan kecekapan strategi pengurusan organisasi di Perbendaharaan Malaysia yang mengalami transformasi. Perbendaharaan perlu melaksanakan EA ini, memandangkan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) yang disediakan untuk tempoh 2011 hingga 2014 akan tamat pada tahun 2014.

Pelbagai program akan direncanakan termasuk meningkatkan kebolehsediaan dan penambahan kapasiti bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan, pengukuran prestasi yang lebih jitu serta mewujudkan inisiatif-inisiatif ICT yang mampan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan dan ekonomi di Perbendaharaan.

Definisi Enterprise Architecture

Enterprise Architecture adalah pengurusan data, aplikasi dan infrastruktur yang diterjemahkan ke dalam bentuk polisi, dasar dan standard bagi mencapai matlamat organisasi dan piawaian teknikal.

In 2013, Gartner’s definition is this: “Enterprise architecture (EA) is a discipline for proactively and holistically leading enterprise responses to disruptive forces by identifying and analyzing the execution of change toward desired business vision and outcomes. EA delivers value by presenting business and IT leaders with signature-ready recommendations for adjusting policies and projects to achieve target business outcomes that capitalize on relevant business disruptions. EA is used to steer decision making toward the evolution of the future state architecture.”

SIDANG REDAKSI BULETIN ICT

PENAUNG: YBhg. Dato’ Dr. Azizah binti Arifin

KETUA EDITOR: Pn. Rohani binti Mohamad

Cik Tan Siew Mooi

SIDANG EDITOR: Pn. Siti Sapura binti Raffee

Pn. Sharifah Norhazira binti Said Hamid

SUMBANGAN BAHAN: En. Mohd Saffuan bin Suntong

Pn. Sharifah Norhazira binti Said HamidPn. Nor Sharimah binti Mohd Shariff

REKA BENTUK: En. Saidi bin Murtada

EDARAN: En. Asahar bin Ahmat

Pn. Nik Fadhlina binti Nik Marwan

DITERBITKAN OLEH:

Bahagian Pengurusan Teknologi

Maklumat, Aras 7, Blok Selatan,

Kompleks Kementerian Kewangan,

No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62592 Putrajaya

T : 603-8882 3448 F : 603-8882 4052 P : www.treasury.gov.my

Enterprise Achitecture Perbendaharaan

Page 3: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

Kepentingan EA Bagi Sesebuah Organisasi Dalam Era Teknologi Maklumat

EA adalah fungsi perancangan yang kukuh bagi membantu agensi kerajaan dalam menghadapi cabaran bisnes semasa. Penggubalan EA adalah penting bagi sesebuah organisasi bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek ICT dari segi pengurusan fungsi, kos yang terlibat, aplikasi dan teknologi yang digunakan. Selain itu, EA juga dapat memastikan strategi teknologi ICT dilaksanakan sejajar dengan strategi bisnes dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Ianya merupakan satu pendekatan yang menyediakan hala tuju yang jelas dalam menguruskan maklumat, aplikasi serta teknologi dalam memacu pembangunan pengurusan organisasi secara lebih efektif. Ia juga merupakan satu proses untuk menterjemahkan visi serta strategi organisasi kepada operational reality serta memanfaatkan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Melalui pelaksanaan EA, proses perkongsian maklumat antara agensi akan menjadi lebih berkesan dan efektif.

Pelaksanaan EA di agensi/jabatan sektor awam masih kurang dan baru-baru ini Malaysia Administrative Mordernisation and Management Planning Unit (MAMPU) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan telah mengumumkan akan mewujudkan National Enterprise Architecture Framework atau lebih dikenali sebagai 1GovEA. Usaha-usaha sedang giat dilaksanakan dengan menubuhkan Community of Practice for Enterprise Architecture (COP EA) yang ahli-ahlinya meliputi wakil daripada kerajaan, industri dan akademik untuk menerajui pembangunan National Enterprise Architecture Framework bagi sektor awam.

3Enterprise AchitectureBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

EA ini akan memberi manfaat kepada agensi-agensi kerajaan dengan mengenal pasti dan menyelesaikan cabaran bisnes semasa, bukan hanya menekankan inisiatif yang dipacu oleh teknologi saja. Ia juga akan melihat kepada cara-cara simplified systems, mengatasi pertindihan dan memanfaatkan teknologi yang akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan sektor awam dan komunikasi dengan orang ramai dan perniagaan.

Rujukan:1. Gartner IT Glossary - Enterprise Architecture (EA).

Gartner.com. Retrieved on 2013-07-292. Buku Panduan Ketua Pegawai Maklumat (GCIO)

Sektor Awam3. Digital News Asia (You Eye in the Tech Eco

System) http://www.digitalnewsasia.com/digital-economy/mampu-implements-national-enterprise-architecture

Enhance Bussiness Flexibility

Improve Operational Efficiencies

Enhance Management’s Ability to Deliver Effective & Timely Services

Enable Information Sharing

Enable More Innovation

Promote a Climate of Continuous Business Evolution

Rajah 2: EA Benefits

Page 4: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

Microsoft Surface Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

Microsoft Surface merupakan siri tablet pertama yang dihasilkan

oleh Microsoft. Surface beroperasi di dalam Windows 8 di mana ia boleh berfungsi dalam dua keadaan yang berbeza samada boleh bertindak sebagai laptop atau tablet pada satu-satu masa.

Surface diperbuat daripada magnesium yang telah diproses yang dinamakan “VaporMg”. Oleh yang demikian, ia sangat ringan dan tahan lasak.

Antara ciri-ciri terkini tablet tersebut ialah menggunakan teknologi Microsoft ClearType HD yang menyokong paparan sudut ultra-lebar dan auto-adjusting screen intensity. Hasilnya, gambar serta video yang dipaparkan lebih jelas, kurang refleksi serta silau dan lebih transmisi cahaya untuk paparan yang seakan imej sebenar. Menariknya di sini, jika sebelum ini pengecaj (charging) mana-mana tablet adalah menggunakan wayar yang di’plug-in’ ke dalam soket yang disediakan, namun Microsoft telah membuat pembaharuan dimana ia dilengkapi magnetic connector iaitu wayar untuk pengecaj akan dihubungkan ke Surface dengan menggunakan magnet. Ia adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar kemalangan kecil akan berlaku. Namun, dengan pendekatan baru ini hal ini dapat dielakkan.

MICROSOFT

SURFACETM

4

Page 5: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

5Microsoft SurfaceBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

Jika dibandingkan dengan tablet di pasaran sedia ada, adalah mustahil untuk menegakkan tablet tanpa sokongan casing tablet itu sendiri, namun berlainan dengan Surface. Ia dilengkapi

dengan foldable kickstand supaya ia boleh diletakkan secara stabil untuk keselesaan menaip atau menonton video. Kepada pengguna yang menggemari penggunaan keyboard, Microsoft juga menyediakan aksesori tambahan magnetic cover iaitu touch cover dan type cover.

Microsoft Surface didatangkan dengan dua pilihan iaitu Surface RT dan Surface Pro. Perbezaan Surface RT dan Surface Pro adalah seperti yang tertera di bawah:

Kehadiran Microsoft Surface di dalam pasaran memberikan sedikit kelainan dengan ciri-cirinya yang unik. Ia seakan-akan komputer riba dengan menyediakan USB slot, aplikasi

Microsoft Office, paparan antara muka yang sama dengan PC iaitu Windows 8 dan memudahkan synchronizing dengan mana-mana peranti yang menggunakan sistem pengoperasian (Operating System) Microsoft dan sebagainya.

APLIKASI OFFICEMicrosoft Office Home and Student 2013 RT Preview1, (Word, PowerPoint, Excel, OneNote); Windows Mail and Messaging; SkyDrive; Internet Explorer 10; Bing; Xbox Music, Video, and Games.

PRODUKTIVITIJangka hayat bateri selama 8 jam membolehkan anda menyiapkan lebih banyak kerja. Surface dengan Windows RT didatangkan dengan Microsoft Office Home and Student 2013 RT Preview.

KESELAMATANSurface dengan Windows RT mempunyai device encryption dan didatangkan dengan Windows Defender.

RANGKAIANWi-Fi & Bluetooth sentiasa disambung kepada rangkaian internet, walaupun dalam keadaan standby supaya sistem aplikasi sentiasa dikemaskini.

Windows Mail and Messaging; SkyDrive; Internet Explorer 10; Bing; Xbox Music, Video, and Games.

Surface dengan Windows 8 Pro menyokong penuh ciri-ciri Microsoft Office. Anda boleh gunakan Outlook, Word, SharePoint Designer, PowerPoint dan banyak lagi. Surface dengan Windows 8 Pro boleh menjalankan aplikasi yang berfungsi pada persekitaran versi Windows terdahulu.

Windows 8 Pro mempunyai pengurusan IT dan rangkaian yang lebih baik. Surface dengan Windows 8 Pro dengan ciri-ciri BitLocker drive encryption, mengaplikasikan Remote Desktop, Active Directory, dan Client Hyper-V. Serasi dengan aplikasi pihak ketiga.

Wi-Fi & Bluetooth terputus dari rangkaian internet ketika dalam keadaan hibernate/sleep untuk menjimatkan kuasa bateri.

Surface RT Surface Pro

Page 6: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

Ciri-ciri serta Carta Alir Proses Sistem Tempahan Premis Gunasama ini adalah sama seperti Sistem Tempahan Kenderaan Rasmi Pejabat.

Selain itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) juga telah membangunkan tempahan Bilik Mesyuarat dan Perbincangan Bahagian. Ia akan digunakan secara pilot di BPTM terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke semua bahagian. Nantikan sebarang perkembangan terkini mengenai modul ini pada penghujung tahun ini!!

6 Sistem Tempahan Premis GunasamaBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

Sistem Tempahan Online (e-Booking) telah dibangunkan untuk tempahan kenderaan pejabat di Perbendaharaan. Beberapa penambahbaikan terhadap sistem tersebut telah dilaksanakan. Penambahbaikan tersebut telah diperluaskan kepada tempahan untuk semua Premis Gunasama di Perbendaharaan dimana ia boleh dibuat secara atas talian (online). Premis tersebut merangkumi:

i. Dewan Utama, Aras G, Blok Tengahii. Dewan Galeri, Aras G, Blok Tengahiii. Ruang Legar, Aras G, Blok Tengahiv. Dewan Auditorium, Aras 1, Blok

Tengahv. Ruang Legar, Aras 1, Blok Tengahvi. Bilik Mesyuarat, Aras 1, Blok Tengahvii. Bilik Taklimat, Aras 1, Blok Tengahviii. Ruang Legar, Aras 2, Blok Tengahix. Bilik Mesyuarat, Aras 8, Blok Selatanx. Bilik Latihan, Aras 8, Blok Selatanxi. Ruang Legar, Aras 8, Blok Selatanxii. Asrama, Aras 8, Blok Selatanxiii. Bilik Mesyuarat, Aras 12, Blok Tengahxiv. Dewan Makan, Aras 12, Blok Tengah

Sistem Tempahan Premis Gunasama ini telah mula dibangunkan pada Jun 2012 oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan telah digunapakai pada April 2013 oleh Warga Perbendaharaan. Sistem ini membolehkan Warga Perbendaharaan memohon premis gunasama di bawah seliaan Unit Pengurusan Kompleks, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan (BSWP).

Tujuan pelaksanaan Sistem Tempahan Premis Gunasama ini adalah untuk memastikan penyelarasan, penyeliaan dan pengurusan tempahan premis gunasama di Perbendaharaan ini lebih mudah, lebih efisen dan lebih cekap.

Sistem TempahanPremis Gunasama

e-BookingSistem Tempahan Online

http: //ebooking.treasury.gov.my

Notifikasi Via Emel

Web Based

Satu ID

LDAP

Rajah 4: Carta Alir Sistem Tempahan

Page 7: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

Selaras dengan pengagihan komputer baru di Perbendaharaan Malaysia, persekitaran rangkaian baru untuk Windows Domain telah diwujudkan dengan menggunakan Pengawal Domain atau Domain Controller.

APAKAH ITU DOMAINCONTROLLER

Domain Controller adalah pelayan atau server yang memberi maklum balas terhadap pengesahan keselamatan dalam sesebuah persekitaran rangkaian Windows Domain. Ia bertanggungjawab untuk membolehkan akses sesebuah hos atau komputer terhadap sumber-sumber yang berada di dalam domain yang sama.

Windows Active Directory merupakan perkhidmatan utama Domain Controller. Ia membuat pengesahan kepada pengguna sebuah komputer,

PERSEKITARAN RANGKAIAN Windows Domain di Perbendaharaan

menyimpan maklumat akaun pengguna seperti nama, login ID dan katalaluan serta menguatkuasakan dasar keselamatan untuk sesebuah Windows Domain. Domain membenarkan capaian daripada seorang pengguna yang telah login untuk mengakses sumber lain seperti komputer atau pencetak di dalam domain yang sama.

PERSEKITARAN DOMAIN DI PERBENDAHARAAN

Untuk mewujudkan sebuah persekitaran rangkaian Windows Domain, sebuah perisian Domain Controller seperti Microsoft Active Directory perlu dipasang di dalam sebuah rangkaian. Walaubagaimanapun, terdapat banyak perisian sumber terbuka (open source) Domain Controller yang lebih murah dan menjimatkan di pasaran.

Oleh yang demikian, Perbendaharaan mengambil inisiatif untuk menggunakan perisian open source iaitu Samba bagi membentuk persekitaran domain yang diberi nama TREASURY.

Semua komputer, server dan peranti yang telah menyertai domain TREASURY boleh berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain melalui rangkaian.

Contohnya, sebuah pencetak boleh dikongsi dengan semua komputer yang berada di dalam domain yang sama. Perkongsian direktori dan fail juga boleh dilakukan di kalangan komputer yang mempunyai domain yang sama dengan syarat direktori dan fail tersebut telah diberikan kebenaran untuk berkongsi dengan pengguna tertentu.

7Persekitaran Rangkaian Windows Domaian di Perbendaharaan Buletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

Page 8: Sistem Tempahan Online BULETIN ICT - Kementerian ... adalah satu inovasi yang mesra pengguna kerana bayangkan jika terdapat anak kecil terlanggar tablet semasa dicaj, kemungkinan besar

8Taklimat Windows 8 di PerbendaharaanBuletin ICT Perbendaharaan | Edisi 3 2013

TAKLIMAT

Umum mengetahui bahawa sebahagian besar komputer peribadi warga Perbendaharaan telah digantikan dengan komputer baru yang lebih efisien dan dilengkapi dengan produk Microsoft terbaru iaitu Windows 8.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu taklimat bertajuk “Preparing users for Windows 8 - Essentials & Security” bagi memberi pendedahan kepada warga Perbendaharaan tentang penggunaan Windows 8 yang mula digunapakai pada Julai 2013.

Taklimat tersebut telah diadakan pada 28 Jun 2013 dan dihadiri seramai lebih kurang dua ratus

WINDOWS 8DI PERBENDAHARAAN

TMwarga Perbendaharaan. Ianya dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada warga Perbendaharaan yang ingin mengenali produk terbaru Microsoft tersebut. Taklimat selama dua jam ini disampaikan oleh dua Pegawai Teknologi Maklumat dari BPTM iaitu En. Muhammad Fendi Bin Osman dan En. Ab. Malek Bin Idris. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan perbezaan Windows 8 berbanding produk sebelum ini, penerangan penggunaan Windows 8, ciri-ciri keselamatan bagi Windows 8 dan sebagainya. Pelaksanaan Windows 8 di Perbendaharaan telah mendapat pelbagai reaksi dari warga Perbendaharaan dan yang pastinya kursus bagi Windows 8 mendapat permintaan yang tinggi.

Sehubungan itu, BPTM sedang dalam perancangan untuk menganjurkan kursus tersebut pada penghujung tahun ini. Menariknya di sini, ia pasti menyajikan pelbagai teknik dan kaedah yang sangat berguna dalam menerokai ciri-ciri baru Windows 8.

ICT dikenalpasti sebagai core enabler bagi Treasury Transformation Programme (TTP). Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) sentiasa memberi reaksi positif dan menyokong sebarang aktiviti anjuran TTP. Dalam kerancakan transformasi di Perbendaharaan, satu lagi program di bawah TTP telah dilancarkan pada bulan September baru-baru ini. Program ini difokuskan kepada golongan kumpulan sokongan yang merupakan barisan hadapan Perbendaharaan yang turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat utama TTP ini.

Program bertajuk TTP Support Staff Fiesta ini diadakan pada 18 September 2013 adalah berkisar tentang interpretasi kakitangan sokongan terhadap TTP. Ia boleh digambarkan dengan pertandingan Pengucapan Awam, Video Kreatif : Transformasi Perbendaharaan, Laungan Transformasi serta pameran karya seni Janji Transformasiku. Selain itu, program ini juga menyelitkan acara TTP Town Hall Message dari KSP.

BPTM telah memberi komitmen dengan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Berkat usaha berterusan warga BPTM berbaloi kerana telah menjuarai tempat pertama bagi pameran karya seni Janji Transformasiku. Selain itu, BPTM juga menggondol tempat kedua bagi Laungan Transformasi serta mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua pertandingan Pengucapan Awam serta Video Kreatif. Tahniah diucapkan!!

Treasury.Support.Staff.Fiesta