Soalan Tugasan Projek Edu3101 Ms2 2

download Soalan Tugasan Projek Edu3101 Ms2 2

of 1

description

fpk

Transcript of Soalan Tugasan Projek Edu3101 Ms2 2

Tugasan Projek (100%)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 19961. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi sandaran kepada sistem pendidikan negara bagi melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan terhadap negara.

Berdasarkan pernyataan di atas, tulis satu esei yang membincangkan bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat membantu dalam pembentukan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada negara. Sejauhmanakah pula guru mampu merealisasikan elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

(80%)

2. Anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan refleksi yang ditullis hendaklah menunjukkan kefahaman anda tentang tatacara penulisan refleksi.

(20%)Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh bertindak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini

3.2. Fon Arial

3.3. Saiz huruf - 12

3.4. Langkau 1.5 baris

3.5. Rujukan ditulis mengikut format APA( American Psychological Association)

3.6 Lampiran adalah wajib

3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris sahaja

4. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual)

5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan