SOALAN TUGASAN SBM

download SOALAN TUGASAN SBM

of 7

description

semantik bahasa malaysia

Transcript of SOALAN TUGASAN SBM

SOALAN TUGASANFrasa mempunyai tugas-tugas yang tertentu dalam pembinaan ayat. Ooleh sebab itu, frasa hanya wujud dalam ayat. Sekiranya sesuatu kata atau kata-kata itu tidak wujud dalam ayat, kata atau kata-kata itu tidak boleh disebut sebagai frasa kerana tidak mendukung apa-apa tugas.a) Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang panjangnya kira-kira 150 patah kata daraipada Majalah Pelita Bahasa, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan itu.

PENGENALANFrasa ialah sekumpulan perkataan yang disebut Zaba sebagai rangkai kata yang terdiri daripada beberapa perkataan. Sungguhpun begitu, satu perkataan oleh menjadi frasa. Sebagai contoh, lihat ayat-ayat berikut:1. Sekawan burung terbang tinggi.Dalam ayat Sekawan burung terbang tinggi mengandungi dua frasa iaitu frasa nama Sekawan burung sebagai predikat ayat dan frasa kerja tak transitif terbang tinggi sebagai predikat.

Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Tatabahasa Dewa Edisi Ketiga,frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya:Buku tebal itu / sudah hilang.

Inti frasa

Binaan frasa terbahagi kepada 4 jenis iaitu: Frasa Nama (FN)Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu, boleh berdiri sendiri terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam ayat .Contoh:Bapa, Orang itu

Frasa Kerja (FK)Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.Contoh:menang, sedang tidur. Frasa Adjektif (FA)Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya.Contoh:tinggi, gemuk

Frasa Sendi Nama (FS)Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Contoh: di rumah, ke sana.

Menurut Abdullah Hassan dalam buku Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, setiap klausa atau ayat mempunyai sekurang-kurangnya dua bahagian atau frasa. Ada frasa subjek dan ada frasa predikat. Menurut beliau juga frasa terbahagi kepada dua iaitu frasa besar dan frasa kecil. Frasa besar mengandungi frasa-frasa kecil.Contoh:Ayat: Pelajar sekolah muzik sedang bercuti.Frasa subjek: pelajar sekolah muzik.Frasa kecil 1: pelajarFrasa kecil 2: pelajar sekolahFrasa besar: pelajar sekolah muzikFrasa predikat: sedang bercutiFrasa kecil 1: becutiFrasa kecil: sedang bercuti.

KESIMPULAN:Frasa ialah sepatah kata atau kata-kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau obejk dalam sesuatu ayat. Subjek ayat terdiri daripada frasa nama tetapi predikat ayat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa sendi, frasa adjektif dan frasa kerja (sama ada frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif).Contohnya: AIi doktor Dalam ayat Ali doktor terdiri daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Frasa nama Ali berfungsi sebagai predikat ayat dan frasa nama doctor sebagai predikat ayat. Oleh itu, Ayat Ali doktor ialah bersusunan biasa dan oleh sebab itu, subjek ayat wujud pada bahagian awal ayat.

Sumber: Majalah Pelita Bahasa Ogos 2009.Petikan:Bahasa Melayu Medium Penyatuan Bangsa. (ms 28-29)

Ayat 1:Saya berasal dari Kedah.Huraian:Ayat 1 Saya berasal dari kedah ialah ayat aktif tak transitif yang terbentuk daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Frasa nama Saya berfungsi sebagai subjek ayat. Frasa kerja tak transitif berasal dari Kedah berfungsi sebagai predikat ayat. Oleh sebab Saya berfungsi sebagai subjek dan berasal dari Kedah berfungsi sebagai predikat, maka kedua-dua bahagian tersebut dikenali sebagai frasa. Hal ini demikian kerana, frasa ialah kata atau kata-kata yang dapat berfungsi sebagai subjek atau predikat atau objek dalam ayat. Dalam predikat ayat, frasa sendi dari Kedah merupakan pelengkap kepada kata kerja tak transitif berasal dan berfungsi sebagai keterangan predikat ayat. Ayat Saya berasal dari Kedah ialah ayat bersusunan biasa dan oleh sebab itu, subjek ayat wujud pada bahagian awal ayat.

Ayat 2:Setiap hari saya membaca akhbar harian berbahasa Melayu.Ayat Biasa:Ayat 2(i):Saya membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari.Huraian:Ayat 2 Setiap hari saya membaca akhabar harian berbahasa Melayu ialah ayat songsang terbahagi dengan sebahagian predikat dari ayat asal Ayat 2 (i) Saya membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari berada di hadapan dan belakang ayat dan subjek ayat di tengah ayat. Ayat 2 (i) Saya membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari ialah ayat aktif transitif yang terbentuk daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Frasa nama Saya berfungsi sebagai subjek ayat. Frasa kerja transitif membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari berfungsi sebagai predikat ayat. Oleh sebab Saya berfungsi sebagai subjek dan membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari berfungsi sebagai predikat, maka kedua-dua bahagian tersebut dikenali sebagai frasa. Hal ini demikian kerana, frasa ialah kata atau kata-kata yang dapat berfungsi sebagai subjek atau predikat atau objek dalam ayat. Dalam predikat ayat, frasa nama akhbar harian merupakan objek kepada kata kerja transitif membaca dan kata berbahasa Melayu berfungsi sebagai penerang kepada frasa nama akhbar harian dan kata setiap hari berfungsi sebagai keterangan predikat ayat. Ayat Saya membaca akhbar harian berbahasa Melayu setiap hari ialah ayat bersusunan biasa dan oleh sebab itu, subjek ayat wujud pada bahagian awal ayat.

Ayat 3:Yang penting ialah komunikasi dua hala.Huraian:Ayat 3 Yang penting ialah komunikasi dua hala ialah ayat bersusunan biasa yang terbentuk daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Frasa nama Yang penting berfungsi sebagai subjek ayat. Kata Yang penting menjadi frasa nama apabila kata adjektif penting menerima kata sandang yang.Frasa nama ialah komunikasi dua hala berfungsi sebagai predikat ayat. Oleh sebab Yang penting berfungsi sebagai subjek dan ialah komumikasi dua hala berfungsi sebagai predikat, maka kedua-dua bahagian tersebut dikenali sebagai frasa. Hal ini demikian kerana, frasa ialah kata atau kata-kata yang dapat berfungsi sebagai subjek atau predikat atau objek dalam ayat. Dalam predikat ayat, kata ialah berfungsi sebgai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama komunikasi dan kata dua hala merupakan keterangan predikat kepada frasa nama komunikasi. Ayat Yang penting ialah komunikasi dua hala ialah ayat bersusunan biasa dan oleh sebab itu, subjek ayat wujud pada bahagian awal ayat.