syarahan 1.doc

6

Click here to load reader

description

syarahan 1.doc

Transcript of syarahan 1.doc

Page 1: syarahan 1.doc

Al-Quran dan As-Sunnah Panduan Ummat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalungan apreasiasi buat

pengerusi majlis, barisan panel hakim intelek, berkarisma, konstruktif

pemikirannya. Guru-guru pemangkin perubahan generasi minda kelas

pertama seterusnya rakan-rakan seprjuangan yang beriman lagi

budiman. salam ukhuwah syarahan saya sampaikan. Kini tibalah giliran

saya pula untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Al-

Quran dan As-Sunnah Panduan Ummat

Pendidikan bestari merujuk kepada pendidikan yang mencakupi

keperluan hidup dunia dan akhirat yang sesuai dengan peradaban

zaman. Persoalannya disini, mengapa Al-Quran dan As-Sunnah yang

dijadikan teras pendidikan bestari?.

Sidang pendengar yang budiman,,

Setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, baginda telah

meninggalkan panduan kepada umat Islam iaitu Al-Quran sebagai

risalah Illahi dan contoh kehidupan untuk setiap umatnya dalam

bentuk As-Sunnah.

Al-Quran seperti yang diketahui oleh setiap umat Islam merupakan

mukjizat Islam yang paling unggul mengandungi ilmu pengatahuan

yang yakin dan jitu serta tidak ada percanggahan didalamnya. Menurut

seorang doktor perubatan, Maurie Bucaille, beliau tidak menjumpai

satu kesalahan pun dalam Al-Quran tetapi terdapat kesalahan yang

amat ketara dalam Bible, dalam bukunya 'The Bible, The Quran and

Science' pada tahun 1978.

As-Sunnah adalah sumber hukum Islam yang menjadi pedoman

hidup kaum muslimin yang kedua setelah Al-Quran. Dalam

hubungannya dengan Al-Quran, As-Sunnah berfungsi sebagai penafsir

Page 2: syarahan 1.doc

dan penjelas ayat-ayat tertentu. Bagi mereka yang telah beriman

dengan Al-Quran, secara otomatis mereka harus percaya bahawa As-

Sunnah sebagai sumber Islam yang kedua. seperti dalam surah 'Al-

Anfal yang bermaksud, "Setiap mukmin harus percaya kepada Allah

dan Rasulnya".

Sidang hadirin sekalian,,

Tirai syarahan ini saya singkap dengan mengutarakan hujah

pertama dibawah kata kunci, Al-Quran pencentus kepada

perkembangan segala cabang ilmu yang diterokai oleh manusia, baik

dari zaman dahulu hinggalah ke masyarakat moden hari ini.

Dari Al-Quran berkembanglah ilmu-ilmu seperti Fizik, Matematik,

Geologi, Perubatan, Astronomi dan sebagainya. Saya mengambil

contoh dari surah Al-Anbiya' ayat 30. Ayat tersebut menjelaskan

bahawa langit dan bumi asalnya adalah satu bahagian, kemudian

dipisahkan antara keduanya secara beransur-ansur. Maka terjadilah

daripadanya langit dan bumi yang mengelilingi matahari.

Sesungguhnya ayat-ayat ilmiah yang menjadi mukjizat Al-Quran

terbukti kejadiannya pada hari ini.

Hadirin Sekalian,,

Isi syarahan saya yang kedua di bawah premis Al-Quran sebagai

sumber pendidikan kepada akidah manusia. Sebagai suatu ekspresi

wahyu, di dalam Al-Quran terkandung beberapa ayat mengenai alam

semesta yang mendorong manusia untuk berfikir tentang fakta yang di

nyatakan. Sains moden telah mendapati semua unsur-unsur dan

mahluk baik yang besar sehinggalah yang amat seni mempunyai

pasang-pasangan.

Page 3: syarahan 1.doc

Seperti dalam surah Yasin ayat 36,

Yang bermaksud, Maha suci Allah yang telah mencipta berpasang-

pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan dari bumi dan

dari mereka, mahupun apa yang mereka tidak ketahui. Terbuktilah

bahawa segala ciptaan Allah, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Jika diteliti sedalam-dalamnya akan membawa kepada pengakuan

bahawa Allah itu adalah Pencipta yang Maha Bijaksana.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,,

Sebagai pengorak langkah untuk mencapai tahap pendidikan

bestari, seseorang insan itu perlu memiliki kemantapan dari segi

rohaniah terlebih dahulu. Maka, sebagai kata kunci saya yang ketiga,

Al-Quran dan As Sunnah sebagai sumber kepada perkembangan

rohaniah.

Hanya orang mukmin yang beriman dan yang mahu berfikir sahaja

mengatahui hikmat diturunkan Al-Quran dan keistimewaannya dari

segala kitab.Huruf dan kalimahnya menimbulkan kelazatan

pendengaran yang tidak jemu-jemu. Maknanya membangkitkan hati,

membukakan fikiran untuk menerima ilmu serta mengubah persepsi

insan ke arah mencari keredhaan ALLAH.

Para pendengar budiman lagi beriman,,

Kata kunci saya keempat, Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber

perkembangan jasmani. Kekuatan jasmani manusia sebenarnya

Page 4: syarahan 1.doc

berpunca daripada kekuatan jiwanya. Jiwa hanyalah pelengkap kepada

kewujudan konkrit jasmani manusia dan jasmani diibaratkan sebagai

kenderaan kepada roh manusia. Jiwa yang sakit berpenjangan akan

mempengaruhi kesihatan jasmani.

Jika kita renungkan, kemantapan rohani dan kekuatan jasmani yang

telah disebutkan daripada dua kata kunci tadi sangat berkait rapat

kepada hubungan seseorang itu dengan Al-Quran dan sejauh mana

penghayatannya dengan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Dalam hadis Ibn mas'ud ada menyatakan pada zaman sahabat

pengajaran Al-Quran dan penerapan amalan Rasulullah dalam

kehidupan seharian sanagt mempengaruhi jiwa, rasa kasih sayang

yang meresap ke lubuk hati. Mereka gemar memanjangkan solat

hingga terpancarlah keperibadian serta akhlak muslim yang

berteraskan Al-Quran dan Sunnah, baik dari segi pertuturan mahupun

perbuatan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,,

Kata kunci saya yang kelima mengutarakan tentang peranan Al-

Quran dan As-Sunnah sebagai sumber pendidikan ibadah. As-Sunnah

berperanan sebagai sumber pendidikan yang menjadi pedoman kaum

muslimin. Apabila sunnah tidak berfungsi sebagai sumber hukum,

maka kaum muslimin akan mendapat kesulitan dalam hal-hal ibadah

seperti cara solat, kadar ketentuan zakat, cara haji, hukum-hakam

sembelihan, maumalat dan sebagainya. Hal ini dapat diperjelaskan

dalam hadis Rasulullah yang berbunyi:

"shollukama ra'aitumuni usholli"

yang membawa maksud: "solatlah kamu sebagaimana kamu melihatku

solat" adalah tafsiran dari ayat Al-Quran yang menyarankan agar umat

Islam menunaikan solat mengikut cara yang dianjurkan oleh Rasulullah

S.A.W.

Page 5: syarahan 1.doc

Sidang pendengar,,

Demikianlah kehebatan kitab Al-Quran, mutiara segala hikmat dan

kekuatan sunnah Rasulullah yang dibekalkan kepada umat Islam. Tidak

dapat disangkal lagi Al-Quran dan As-Sunnah teras kepada pendidikan

bestari. Intipati Al-Quran menyentuh semua aspek dalam bidang

pengetahuan, menjadi asas kepada perkembangan segala cabang

ilmu, pendidik kepada akida insan, pendidik rohaniah dan jasmaniah

serta tidak ketinggalan menjadi pedoman insan dalam urusan ibadah

seharian.

Sebagai penutup tirai, terdetik dari dalam hati saya untuk mengajak

diri saya sendiri dan juga hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama

berusaha untuk memahami Al-Quran dan menghayati keseluruhan

kehidupan Rasulullah S.A.W sebagai pelajaran dan pembelajaran

berharga dalam hidup kita, sama ada sebagai muslim atau warga

Malaysia.

Sekian, terima kasih.