T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

download T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

of 13

Transcript of T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    1/13

    UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUSPUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN

    ( PACE )UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    TUGASAN 2

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    DISEDIAKAN UNTUK:

    PUAN ZAHARILAH BINTI HAJI ABDUL KADIR

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA RAMUNAIDU A/L APALASAMY

    NO. MATRIK 203150

    PUSAT UUM KL (IPB)

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    2/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    KANDUNGAN TUGASAN

    Tajuk Muka Surat

    i. Kandungan 1

    1.0 Tujuan 2

    2.0 Pengenalan 2

    3.0 Latarbelakang 3

    4.0 Objektif 4

    5.0 Matlamat Utama program 5

    6.0 Kaedah-kaedah pelaksanan 5

    7.0 Butir-butir program 6

    8.0 Jawatankuasa pelaksana 7

    9.0 Aturcara program 8

    10.0 Cara pelantikan ahli komuniti 9

    11.0 Kewangan dan penyedian logistik 10

    12.0 Penutup 11

    13.0 Rujukan 12

    14.0 Lampiran 1 13

    KERTAS KERJA

    PROGRAM KEPOLISIAN KOMUNITI

    -2- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    3/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    1. Tujuan

    Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan untuk

    mengadakan prgram KEPOLISIAN KOMUNITI di Taman Perumahan, Bandar

    Inderapura, Jerantut, Pahang.

    2. Pengenalan

    Program KEPOLISIAN KOMUNITI ataupun community Policing merupakan

    salah satu strategi pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan melibatkan orang

    ramai dalam membantu mengawal jenayah dengan cara, ahli-ahli komuniti

    membantu mengenalpasti suspek yang disyaki, mengawal vandalisma dan

    membawa masalah yang berkaitan dengan jenayah pada perhatian pihak

    polis. Dalam kesedaran untuk sama-sama membantu pihak polis membanteras kes

    jenayah yang telah berleluasa di kawasan komuniti Penubuhan program

    KEPOLISAN KOMUNITI ini menjadi alternatif untuk menjadi mata dan telinga pihak

    polis dalam memberikan laporan aktiviti yang meragukan dan seterusnya dapat

    mengurangkan jenayah di kawasan kejiranan. Oleh itu, penduduk akan mempunyai

    kesedaran untuk sama-sama dengan pihak polis mencegah jenayah melalui

    perkongsian pintar dan penyaluran maklumat yang tepat serta cepat. Ini adalah

    kerana jenayah yang berlaku adalah di dalam persekitaran masyarakat dan hanya

    masyarakat yang lebih mengetahui bentuk jenayah dan siapa yang terbabit,

    sekaligus membolehkan menyalurkan maklumat tersebut dengan segera.

    3 . Latarbelakang

    -3- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    4/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Program KEPOLISIAN KOMUNITI ataupun Community Policing pada

    mulanya diperkenalkan pada tahun 1968 dalam sistem salleh di Negara ini. Program

    ini menekankan penyertaan masyarakat bersama-sama pihak polis untuk mencegah

    berlakunya jenayah di sesuatu tempat. Walaupun program ini diperkenalkan pada

    tahun 1968, namun ia terbukti dapat mengurangkan kes-kes jenayah di sesuatu

    tempat dan masih releven serta sesuai dipraktikan pada masa ini.

    Pencegahan jenayah sememangnya telah termaktub di bawah peranan dan

    fungsi Pasukan Polis seperti dinyatakan di dalam Seksyen 3(3) AktaPolis 1967, iaitu

    Pengesanan dan Pencegahan Jenayah. Ianya boleh dilaksanakan di dalam dua

    cara, reaktif dan proaktif. Reaktif adalah tindakan diambil selepas jenayah berlaku.

    Tindakan reaktif termasuk penyiasatan, tangkapan, pendakwaan dan operasi-operasi

    khas bagi menjejak penjenayah. Manakala Proaktif pula tindakan dibuat sebelum

    jenayah dilakukan.Pendekatan kepolisan masa ini tidak boleh tertumpu kepada

    tindakan reaktif sahaja kerana masyarakat kini mengalami perubahan persekitaran,

    peningkatan penduduk, polariti pendidikan, kemajuan ICT dan kehadiran jenayah

    yang lebih sofistikated dan global.

    Konsep pencegahan jenayah yang lebih dinamik perlulah direncanakan oleh

    Pasukan Polis. Kehadiran polis sememangnya sinonim dengan konsep pencegahan

    jenayah. Bagaimanapun kehadiran polis sahaja, tidak sama sekali dapat

    memperoleh kejayaan tanpa melibatkan masyarakat. Oleh program KEPOLISIAN

    KOMUNITI perlu dilaksanakan secara agresif di negara ini.

    4. Objektif

    4.1 Memperkenalkan program KEPOLISIAN KOMUNITI dan konsep-konsep

    -4- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    5/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    yang terdapat dalam program ini kepada masyarakat setempat.

    4.2 Mewujudkan masyarakat yang aktif dan berfikiran positif dengan cara

    dengan pantas menyalurkan maklumat pada pihak polis tentang aktiviti-

    aktiviti yangmeragukan di kawasan kediaman dan membolehkan langkah

    susulan dan pencegahan awal dapat dilakukan.

    4.3 Memupuk semangat perpaduan dan kejiranan dalam masyarakat dan

    mengenali d iantara satu sama lain dengan mengadakan program-program

    kemasyarakatan dan seterusnya memudahkan usaha pencegahan jenayah

    dijalankan.

    4.4 Merapatkan hubungan antara polis dan masyarakat serta mengembalikan

    kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis.

    4.5 Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan merealisasikan

    hasyarat kerajaan mengurangkan kadar jenayah ke tahap minima di mana

    ia adalah salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional(NKRA)

    4.6 Menjadikan masyarakat sebagai telinga dan mata pihak polis dalam

    menangani masalah jenayah.

    4.7 Membolehkan masyarakat memahami tugas-tugas polis dan memupuk minat

    terhadap kerjaya sebagai polis.

    5. Matlamat utama program

    -5- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    6/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Mengurangkan kadar jenayah ke tahap paling minima melalui pengutkuasaan

    undang-undang yang menyeluruh dengan bantuan ahli-ahli komuniti setempat.

    6. Kaedah-kaedah pelaksanan

    6.1 Memilih ahli-ahli komuniti serta membuat pengstrukturan organisisi dan

    memberikan latihan yang bersesuain untuk membantu pihak polis mencegah

    masalah jenayah yang berlaku di tempat mereka.

    6.2 Memperkenalkan kemudahan Elektronik Rakan polis ataupun Rakan Cop

    kepada masyarakat di mana maklumat mengenai jenayah disampaikan

    kepada pihak polis melalui sistem pesan ringkas.

    6.3 Memperkenalkan sistem bit komuniti ia itu membuat rondaan dalam sesuatu

    kawasan dengan merekod dalam buku serta diperiksa oleh pegawai polis

    secara berkala.

    6.4 Menganjurkan ceramah, dialog, pamiran yang berkaitan dengan jenayah danstastik jenayah di sesuatu kawasan tersebut agar komuniti lebih perihatin.

    6.5 Mengadakan majilis ramah mesra bagi menjalinkan hubungan rapat antara

    pihak polis dengan masyarakat.

    6.6 Membuka peluang kepada ahli-ahli komunti setempat untuk menyertai

    pasukan polis sebagai Sukarelawan Polis (PVR) untuk sama-sama khidmat

    kepada komuniti dan Negara.

    7. Butir-butir program

    -6- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    7/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    7.1 Lokasi yang dipilih adalah di Tapak Ekspo, Bandar Inderapura, Jerantut,

    Pahang. Lokasi program ini adalah tapak kosong dan mudah memperolehi

    kebenaran memandangkan kawasan tersebut dibawah pentadbiran Majlis

    Daerah Jerantut. Selain kawasan ini dikenalpasti sebagai kawasan kadar

    jenayah yang tertinggi di daerah ini.

    7.2 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 19/6/2010 memadangkan hari tersebut

    adalah hari cuti hujung minggu. Masa bermulanya daripada 2.00 pagi hingga

    6.00 petang. Risalah berkaitan dengan program akan diedarkan kepada

    penduduk di sekitar 3 hari sebelum hari program.

    7.3 Program ini dirasmikan oleh Ketu Polis Daerah Jerantut YDH Supritenden

    Jamaluddin Bin Mohd Azahar selaku penaung program KEPOLISIAN

    KOMUNITI di peringkat Daerah dan disertai oleh jawatankuasa pelaksana

    terdiri daripada 15 pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut.

    Selain itu, tetamu yang dijemput adalah terdiri daripada ketua-ketua kaum

    setempat iaitu En. Abd. Manan Bin Sudin, En. Tey Kong Seng dan En.

    Subramaniam A/L Ramaselvam.

    7.4 Kumpulan sasaran adalah seramai 100 orang penduduk pelbagai kaum yang

    tinggal dikawasan disekitar Taman perumahan Bandar Inderapura, Jerantut.

    7.5 Aktiviti dan acara telah dicadangkan dalam program ini adalah sesi

    berdiolong bersama Ketua Polis Daerah Jerantut, Majlis pelantikan ahli-ahli

    dalam KEPOLISIAN KOMUNITI, sesi pendaftaran Rakan Cop, pamiran

    pencegahan jenayah dan dadah, dan jamun ringan.

    8. Jawatankuasa pelaksana

    -7- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    8/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Penaung

    Ketua Polis Daerah

    Supt. Jamaluddin Bin Mohd Azahar

    Penasihat

    Timbalan Ketua Polis Daerah

    DSP. Zakaria Bin Mohd Radzi

    Pengarah dan Penyelaras program

    Insp. Ramunaidu A/L Apalasamy

    Timbalan Pengarah

    Sarjan Mejar Abd. Rahim Bin Abd. Razak

    Setiausaha

    Insp. Siti Masturah Binti Sahabuddin

    Bendahari

    Insp. Cheng Pei

    Ahli-ahli Jawatankuasa

    Logsitik/pengangkutan - Insp. Boon Siew

    Jamuan - Insp. Intan Wahedah Binti Rahman

    Protokol - Insp. Vanita A/P Somu

    Jemputan/publisiti - Insp. Herman Anak Binjol

    Perhubungan dan keselamatan - Cif Insp. Lim Beng Tai

    9. Aturcara program

    -8- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    9/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Program KEPOLISIAN KOMUNITI

    Tarikh 19 Jun 2010

    Masa: 2.00 hingga 6.00 petang

    Lokasi: Tapak Ekspo, Bandar Inderapura,Jerantut, Pahang.

    Dirasmikan oleh YDH Supt. Jamaluddin Bin Mohd Azahar

    Ketua Polis Daerah Jerantut.

    Masa Acara dan Akiviti

    2.00 pm *Pameran jenayah dan dadah

    *Pendaftaran Rakan Cop

    Kehadiraan orang ramai dan tetamu-tetamu jemputan2.15 pm Kehadiran Ketua Polis Daerah Jerantut dan ucapan

    2.45 pm Perasmian program kepolisian komuniti oleh Ketua Polis Daerah Jerantut

    3.00 pm Sesi berdiolog bersama Ketua polis Daerah Jerantut

    4.00pm Penerangan mengenai program kepolisian komuniti, dan Rakan Cop oleh

    Pengarah program Insp. Ramunaidu A/L Apalasamy

    4.30pm Minum petang dan jamuan ringan

    5.00pm Pelantikan ahli-ahli komuniti di kalangan komuniti setempat

    5.30pm Penyampain buku dan peti lawatan polis kepada ahli-ahli yang telah

    dilantik6.00pm Acara tamat

    *Pameran Jenayah dan dadah berserta pendaftaran Rakan cop diadakan di

    sepanjang program di khemah bersebelahan dengan khemah tetamu.

    10. Cara pelantikan ahli-ahli Komuniti

    Terdapat 10 buah taman perumahan di sekitar kawasan bandar Inderapura

    Jerantut iaitu Taman Inderapura, Taman Angsana, Taman Damai, Taman Sentosa,

    -9- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    10/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Taman Intan, Taman Berlian, Taman Jerantut, Taman Ruby, Taman Mawar, dan

    Taman Pine. Setiap taman ini akan dipilih 3 orang wakil yang berlainan kaum. Tiga

    orang ini akan berperanan sebagai penghubung kepada pihak polis dan mereka

    akan melantik ahli-ahli serta menganjurkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah

    termasuk rondaan bergilir-gilir pada waktu malam. Peti lawatan pula akan diletakkan

    di kawasan berlainan dalam taman tersebut dan catitan hendaklah dibuat apabila

    membuat lawatan atau rondaan dikawasan tersebut. Buku ini akan diperiksa oleh

    pegawai polis secara berkala.

    Pihak polis

    10 Taman Perumahan

    3 orang wakil daripada setiap taman

    Melantik ahli sebanyak mungkin serta menganjurkan aktiviti-aktiviti

    pencegahan untuk kebaikan bersama.

    Rajah 10. Carta aliran Kepolisian Komuniti dalam kawasan perumahan

    11.0 Kewangan dan Penyedian logistik

    11.1 Perbelanjaan keseluruhan untuk menjayakan program ini berjumlah Rm

    665.00 ditanggung dengan peruntukkan khas KEPOLISIAN KOMUNITI

    -10- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    11/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    yang sedia ada oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negari.

    Peruntukkan Khas yang masih tidak

    digunakan bagi Daerah Jerantut Rm 2100.50

    Perbelanjaan bagi program KEPOLISIAN KOMUNITI

    pada 19/6/2010

    Jamuan ringan

    (Teh tarik dan Kuih Muih) Rm 3.50 x 120 orang = Rm 420.00

    Cetakan Risalah Rm 0.50 x 130 risalah = Rm 65.00

    Beli buku dan peti lawatan Rm 6.00 x 30 buku dan peti = Rm180.00

    ___________

    Jumlah Perbelanjaan Rm 665.00

    ===========

    11.2 AJK Logistik Insp. Boon Siew akan menyediakan 3 khemah berserta 3

    buah meja dan 120 kerusi untuk kegunaan tetamu, pameran dan kaunter

    pendaftaran Rakan Cop.

    12.0 Penutup

    -11- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    12/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Program KEPOLISIAN KOMUNITI adalah bukan sekadar percakapan di atas

    pentas tetapi jika dilaksanankan dengan angresif ia mampu mengurangkan kadar

    jenayah ke tahap paling minimum malah tidak mustahil ke tahap jenayah kosong di

    sesuatu tempat. Oleh itu, saya mewakili jawatankuasa pelaksana meminta semua

    pihak yang terlibat khususnya ahli-ahli komuniti agar memainkan peranan serta

    menjayakan program ini untuk kebaikan bersama. Semoga usaha-usaha

    pencegahan jenayah ini berterusan bagi melindungi masyarakat dan negara

    daripada musuh-musuh negara yang durjana.

    13.0 Rujukan

    -12- NO.MATRIK: 203150

  • 8/6/2019 T2 SBLM 1053 Bahasa Melayu Pen Gurus An

    13/13

    SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

    Abdul Halim Mohamad, Ibrahim Ahmad, Saadon Awang. (2008).ModulPembangunan masyarakat 1.Sintok: Universiti Utara Malaysia

    Abdul Sukor Shaari, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang. (2003).Bahasa Melayu Komunikasi. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

    Retrieved on 22 May 2010 from http://www.e-siar.gov.my

    Retrieved on 22 May 2010 from http://www.rmp.gov.my

    -13- NO.MATRIK: 203150

    http://www.e-siar.gov.my/http://www.rmp.gov.my/http://www.e-siar.gov.my/http://www.rmp.gov.my/