Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

15
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU SJK Penulisan Bahagian A (10%) Baca arahan dan gariskan perkataan penting. Lihat gambar dengan teliti. Lukis 5 bulatan atau lebih dalam gambar. Tulis kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalam gambar. Bina 5 ayat lengkap tentang aktiviti berdasarkan gambar. Pastikan tulis 5 ayat yang mempunyai 5 kata kerja atau aktiviti yang berbeza. Tulis 5 ayat mengikut urutan gambar apabila soalan gambar bersiri. Pastikan ayat yang ditulis dengan betul tatabahasa dan ejaannya. Setiap ayat mesti ada watak pada permulaan ayat. (Ravi, Ali, Encik Lim, Kavitha) Tidak boleh guna penanda wacana, kata hubung dan kata sendi nama pada permulaan ayat (Pada suatu hari, Selain itu, Selepas itu,…. ) Tidak boleh menulis 2 ayatdalam 1 nombor.(1. Ali membaca buku. Ali mendapat ilmu. X) Tidak boleh tulis kata ganti nama diri pada permulaan ayat. (Dia, Mereka, Kami,….) Panduan mendapat markah cemerlang di Bahagian A (10%) Untuk mendapat markah penuh atau cemerlang di bahagian ini, anda mestilah :- Pastikan menulis ayat menggunakan 5 kata kerja yang berbeza. Tulis ayat majmuk iaitu mesti ada kata hubung seperti (kerana, supaya, sambil, dan, untuk, demi) Tulis ayatyang menepati bahan grafk atau gambar yang diberi sahaja. Menulis pelbagai kosa kata yang meluas serta sesuai dengan gambar. (menikmati, menatang, beriadah)

Transcript of Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

Page 1: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU SJK

Penulisan Bahagian A (10%)

Baca arahan dan gariskan perkataan penting. Lihat gambar dengan teliti. Lukis 5 bulatan atau lebih dalam gambar. Tulis kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalam gambar. Bina 5 ayat lengkap tentang aktiviti berdasarkan gambar. Pastikan tulis 5 ayat yang mempunyai 5 kata kerja atau aktiviti yang berbeza. Tulis 5 ayat mengikut urutan gambar apabila soalan gambar bersiri. Pastikan ayat yang ditulis dengan betul tatabahasa dan ejaannya. Setiap ayat mesti ada watak pada permulaan ayat. (Ravi, Ali, Encik Lim, Kavitha) Tidak boleh guna penanda wacana, kata hubung dan kata sendi nama pada permulaan ayat

(Pada suatu hari, Selain itu, Selepas itu,….) Tidak boleh menulis 2 ayatdalam 1 nombor.(1. Ali membaca buku. Ali mendapat ilmu. X) Tidak boleh tulis kata ganti nama diri pada permulaan ayat. (Dia, Mereka, Kami,….)

Panduan mendapat markah cemerlang di Bahagian A (10%)

Untuk mendapat markah penuh atau cemerlang di bahagian ini, anda mestilah :-

Pastikan menulis ayat menggunakan 5 kata kerja yang berbeza. Tulis ayat majmuk iaitu mesti ada kata hubung seperti (kerana, supaya, sambil, dan, untuk,

demi) Tulis ayatyang menepati bahan grafk atau gambar yang diberi sahaja. Menulis pelbagai kosa kata yang meluas serta sesuai dengan gambar. (menikmati, menatang,

beriadah) Pastikan ejaan, tanda baca ditulis dengan betul, tulisan jelas, kemas serta bersih.

Murid mesti banyak membuat latihan dan tahu banyak kata kerja suasana di kawasan sekolah, di rumah, di kantin, di perpustakaan, di restoran, di kawasan perkelahan, di atas pentas semasa penyampaian hadiah, hari kebangsaan)

Page 2: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

LATIHAN BAHAGIAN A

Soalan 1

Siapa / apa Buat apa Di mana / siapa / bagaimana

Page 3: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

LATIHAN BAHAGIAN A

Soalan 2

___________________________________________________________________________

Page 4: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

TEKNIK MENJAWAB PENULISAN BAHAGIAN B (30%)

Baca ketiga-tiga soalan dua atau tiga kali sebelum memilih soalan.

Pilih 1 soalan sahaja yang anda pasti boleh menulis 4 dalam karangan.

Pastikan pilih soalan yang anda tahu format (surat, laporan, berita, catatan)

Perlu merangka karangan iaitu catat secara ringkas pada kertas soalan sebelum

menulis karangan.

Gunakan masa 5 minit untuk mencatat isi karangan, 30 minit untuk menulis karangan

dan 5 minit untuk semakan karangan anda.

Pastikan setiap karangan ditulis mesti ada Pendahuluan, 4 isi dan Penutup.

Tidak perlu menulis jumlah perkataan.

Page 5: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

Teknik Menjawab Penulisan Bahagian C (20%)

Baca arahan dan gariskan perkataan penting dalam arahan.

Anda mesti membaca dan memahami teks dengan teliti.

Gariskan perkataan atau ayat yang mengandungi pengajaran, amalan baik atau nilai murni di

dalam petikan.

Tulis nilai murni di atas ayat yang telah digaris.

Tulis 4 nilai murni bersama huraian dalam satu perenggan.

Huraian yang ditulis hendaklah mengikut cerita dalam petikan sahaja.

Tulis 4 nilai murni yang positif jika ceritanya yang tidak baik atau negatif.

Pastikan menulis 4 nilai murni yang berbeza dalam satu perenggan bersama huraian.

Pastikan tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.

Kesimpulannya murid mesti menghafal dan memahami nilai-nilai murni.

Perkataan / Ayat Nilai Murni

Mandi

Mencuci tangan

Memotong kuku

Menjaga kebersihan diri

Bergotong-royong Bekerjasama

Menjalankan tugas

Mengawal murid

Menyiapkan kerja sekolah

Melaporkan kepada guru / polis

Bertanggungjawab

Bangun awal

Pergi awal ke sekolah

Belajar mengikut jadual

Menghargai masa

Bersenam

Berjoging

Makan makanan berkhasiat

Bersarapan

Menjaga kesihatan diri

Membaca buku

Mengulang kaji pelajaran

Pergi ke sekolah

Rajin belajar

Tekun belajar

Beratur Berdisiplin

Page 6: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

Mematuhi peraturan sekolah

Mendengar nasihat ibu bapa / guru

Menumpukan perhatian

Mendengar ucapan

Menghormati ibu bapa / guru

Mengibarkan bendera

Menyanyi lagu kebangsaan

Cinta akan Negara

Menolong

Membantu

Baik hati

Memulangkan wang baki

Memulangkan dompet

Mengakui kesalahan

Bercakap benar

Jujur

Ikhlas

Membasuh kasut sekolah

Menggosok baju

Berdikari

Berterima kasih Menghargai jasa

Memberi wang saku Bersimpati

Menyimpan wang Berjimat-cermat

Bersyukur

Berdoa

Percaya kepada Tuhan

Membersihkan kawasan rumah /

sekolah / taman

Menjaga kebersihan alam sekitar

Melintas jalan

Memandu berhati-hati

Menjaga keselamatan diri

Menyelamatkan Berani

Mengucapkan salam / selamat

Bercakap dengan sopan

Berbudi bahasa

Baca ayat-ayat di bawah dan tulis nilai-nilai murni / amalan baik / pengajaran

Page 7: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

Bil Ayat Nilai

Page 8: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

1 Penduduk kampung mengadakan gotong-royong membina

jambatan.

2 Ravi mengarahkan rakan-rakannya menjalankan tugas.

3 Seeta melihat ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan.

4 Mei Mei bersarapan pagi sebelum ke sekolah.

5 Selepas bangun tidur, Meena terus mandi.

6 Murid-murid beratur ketika membeli makanan di kantin.

7 Siva makan makanan yang berkhasiat di kedai itu.

8 Harun menolong cikgunya menyusun buku-buku di atas

meja.

9 Kamalia menumpukan perhatian ketika gurunya gurunya

mengajar.

10 Azura membasuh kasut sekolahnya pada hujung minggu.

11 Roni menyiapkan latihan Sains sebelum pergi bermain.

12 Murid-murid menyanyikan lahu Negaraku dengan penuh

semangat.

13 Rani bersyukur kerana berjaya dalam peperiksaan.

14 Malik akan mengulangkaji pelajaran mengikut jadual yang

dibuatnya.

15 Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Ravi menolong

bapanya di kedai.

16 Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.

17 Jothi memulangkan wang baki kepada ibunya.

Page 9: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

18 Adik Siti menyimpan wang saku di dalam tabung.

19 Ayah menasihati Siti supaya belajar bersungguh-sungguh

20 Murid-murid mendengar ucapan guru besar.

Cara menulis huraian

Nilai Huraian

Kita mestilah

supaya

dengan

Selain itu, kita

hendaklah

Di samping itu,

kita perlulah

Akhirnya, kita

patutlah

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu

mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan.

Page 10: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

Meena sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Meena. Meena memberikan wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih. Apabila bas sekolahnya tiba, Meena beratur sebelum menaiki bas.

Sampai di rumah, Meena mandi sebelum makan. Setelah selesai makan tengah hari, Meena berehat sebentar. Selepas itu, dia mengulangkaji pelajaran.

Pada sebelah petang, Meena berjoging bersama ibu, bapa dan adiknya. Mereka berjoging di taman permainan.

Page 11: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

_________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Betulkan kesalahan ayat-ayat di bawah.

Setiap hari Siti akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Siti akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Siti akan bersarapan bersama-sama ibu dan ayahnya. Sebelum pergi ke sekolah, Siti akan bersalam dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Siti membaca buku. Apabila tiba di sekolah, Siti terus menjalankan tugasnya.

Page 12: Teknik Menjawab Soalan Kertas Bahasa Melayu Sjk

1. Buku cerita di tulis oleh saya.

2. Cis, saya sangka kamu sudah pulang !

3. Budak itu bukan menyanyi dengan baik.

4. Buku itu baharu kami terima dari setiausaha.

5. Aduh, malang sungguh nasibku !

6. Setengah murid perempuan tidak suka bersukan.

7. Lembu Encik Harjit matih lalu dipanah petir.

8. Pelbagai jenis hasil-hasil lukisan disimpan di dalam galeri.

9. Keluarga Rina makan tengah hari di Maju Restoran.

10. Kedua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke university.

11. Bilik itu membersihkan oleh Rita semalam.

12. Pemandangan di tepi pandai itu indah amat.

13. Daun-daun kering keguguran apabila ditiup angin.

14. Para-para pelajar diminta masuk ke dalam dewan.

15. Pameran komputer itu berjalan selama dua setengah jam.

16. Pasukan Pengakap masih mendaki gunung minggu lepas.

17. Adik menangis bila dimarahi emak.

18. Ayah gemar makan goreng pisang yang panas.

19. Encik Lim membeli dua buah epal.

20. Dia belajar daripada pagi hingga petang.