Teks Mc Pert. Badminton

3
SKRIP PENGACARA KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT SEKOLAH DAERAH SEMPORNA (1) Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, En……………………………………………., Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Semporna Bahagian ……………………………………………………. Yang Berusaha,Pn Hjh Gambalidah Bte. Hj Mohd Jahiri Pengetua En Abdul Samad Bin Sulaiman Guru Penolong kanan Pentadbiran, SMK Abdullah 2 Semporna Pn. Zalekho Bin Ali, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid ,SMK Abdullah 2 Semporna En Umar Bin Katek, Guru penolong kanan Ko-kurikulum, SMK Abdullah 2 Semporna Hadirin dan hadirat, Pengadil, Juru Latih, pengurus pasukan, guru- guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. (2) Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk memeriahkan majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Peringkat sekolah Daerah Semporna. Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian, Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk -mempopularkan permainan Badminton kepada para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah -mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum. mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili ke peringkat yang lebih tinggi. (3) Baiklah, Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori ……………

description

teks juru acara

Transcript of Teks Mc Pert. Badminton

Page 1: Teks Mc Pert. Badminton

SKRIP PENGACARA KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT SEKOLAH DAERAH SEMPORNA

(1)Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, En……………………………………………., Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Semporna Bahagian …………………………………………………….

Yang Berusaha,Pn Hjh Gambalidah Bte. Hj Mohd Jahiri Pengetua

En Abdul Samad Bin Sulaiman Guru Penolong kanan Pentadbiran, SMK Abdullah 2 Semporna

Pn. Zalekho Bin Ali, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid ,SMK Abdullah 2 Semporna

En Umar Bin Katek, Guru penolong kanan Ko-kurikulum, SMK Abdullah 2 Semporna

Hadirin dan hadirat, Pengadil, Juru Latih, pengurus pasukan, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

(2)Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini untuk memeriahkan majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Peringkat sekolah Daerah Semporna.

Hadirin hadirat dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Untuk makluman, objektif kejohanan ini dijalankan adalah antara lain untuk-mempopularkan permainan Badminton kepada para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah-mengeratkan perasaan muhibah antara pemain yang berbilang kaum.mencungkil bakat-bakat baru dan memilih pemain yang berpotensi dan berdisiplin tinggi bagi mewakili ke peringkat yang lebih tinggi.(3)Baiklah, Keputusan sudah di tangan, kita sampai ke acara yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan pemenang-pemenang bagi kategori ……………

Semua para pemenang diminta supaya bersedia untuk menerima penyampaian hadiah

[a]Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha______________________________________ ________untuk mengiringi Yang Bebahagia_______________________________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Dipersilakan.

Bagi Kategori………..

Tempat ketiga di menangi oleh……………….. Naib johan jatuh ……………………………….Dan JOHAN  bagi kategori ……………………di sandang oleh………………………………

Page 2: Teks Mc Pert. Badminton

Terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia.________________________________di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori

Tempat ketiga di menangi oleh……………….. Naib johan jatuh ……………………………….Dan JOHAN  bagi kategori ……………………di sandang oleh………………………………

Tahniah dan syabas kepada yang berjaya, yang tumpas usah menjerut rasa, cuba lagi di lain acara, di lain masa.(4)

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, ___________________________________________ , __________________________________________________________________ untuk menyampaikan ucapan perasmian Penutup Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Semporna . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sepenuh penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berbahagia _______________________________________________ atas ucapan yang telah disampaikan.(5)

Hadirin sekalian,

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Semporna 2015 sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk menyampaikan sejuta kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama padu, dan sumbagan tenaga dalam memastikan acara pada petang ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Sekali lagi terima kasih untuk semua.

Sekian, wassalamualaikum w.b.t