Teori & Amalan Kaunseling

download Teori & Amalan Kaunseling

of 58

description

ok

Transcript of Teori & Amalan Kaunseling

  • TEORI DAN AMALAN KAUNSELING

  • KAUNSELING.. Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien

  • APAKAH DEFINISI KAUNSELING ?

  • DEFINISI KAUNSELING

    Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" ,tetapi pengertian bagi kaunseling itu sangat meluas

    Burks & Stefflre (George & Cristiani, 1990) Kaunseling ialahlambangan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.

    Krumboltz (George & Cristiani, 1990) Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien menghasilkan penyelesaian

    Aziz Salleh , 1996 Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif (Aziz Salleh, 1996) kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadap

  • RASIONAL KAUNSELINGKewujudan ketegangan dan ketidakpuasanKekosongan jiwa dan rohaniKetidakseimbangan emosiKebimbangan tentang kemahiran dan kemampuanMasalah peribadi dan keluargaKebosanan belajar dan kekurangan pencapaian pelajaranKeperluan pertolongan untuk mengembangkan tingkah lakuKeperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa

  • KONSEP KAUNSELINGPRINSIPKAUNSELINGKEPENTINGAN KAUNSELINGOBJEKTIF KAUNSELINGMATLAMAT & TUJUAN KAUNSELING

  • KONSEP KAUNSELING Sebagai perhubungan bersemukaPerhubungan yang disifatkan sebagai hormat-menghormat, komunikasi yang berkesan, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselorPerhubungan terbuka di mana tanggungjawab hasil prosesnya adalah bergantung pada klien, bukan, pada kaunselorPerhubungan yang mengalakkan perkembangan dan perubahan pada diri klien yang menyebabkan prosesnys lebih berkesan lagiBukannya semata-mata memberi nasihat

  • TUJUAN KAUNSELINGMengubah tingkah laku klienMenambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya, tanpa rasa ragu-raguMenambahkan kemahiran klien membuat keputusanMembantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnyaMeningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain

  • OBJEKTIF KAUNSELING

    Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnyaMenolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain

  • SAMB OBJEKTIF KAUNSELINGAsmawati Baharudin (2001) telahmenyenaraikanlima objektif utama kaunseling:Menolong mengubah tingkah laku klien. Melalui kaunseling, klien dapat berfikiran lebih rasional dan dapat membentuk personaliti yang positif. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya Membantu perkembangan bakat klien

  • PRINSIP KAUNSELINGPada asasnya, manusia membuat penentuan kendiriKlien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggiKlien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiriObjektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselorSeperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor

  • KEPENTINGAN KAUNSELINGMembantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinyaKlien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalahMenolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan

  • PROSES KAUNSELINGPERINGKAT PERTAMA:

    Adalah peringkat perhubungan antara kaunselor dan klienPeringkat yang penting dalam memastikan keperluan perhubungan kaunseling ke arah untuk memenuhi kehendak klien dan bukan kehendak peribadi kaunselorPERINGKAT KEDUA:

    Peringkat proses yang paling penting matlamat kaunselor pada peringkat ini adalah membantu klien membina kefahaman-kendiri klienPERINGKAT KETIGA:

    Peringkat merancang penyelesaian masalahBantu klien mencari pilihan untuk membuat keputusanPERINGKAT KEEMPAT:

    peringkat akhir dalam proses menolong klien penyelesaian telah dipersetujui antara klien dengan kaunselor

  • PROSES TEMU BUAL KAUNSELING KALI PERTAMA

  • CIRI-CIRI KAUNSELINGCiri-ciri dalam kaunseling dijadikan asas kepada kaunselor untuk dijadikan panduan dalam menangani klien tertentu.Kaunseling harus berasaskan ciri-ciri berikut:Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

  • KRISISMengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.PENCEGAHANBerasaskan andaian bahawa satu-satu masalahitu mungkin timbulPEMULIHANmemberi fokus kepada kekurangan atau masalahyang dapat dikenal pasti dari masa ke semasaPERKEMBANGANusaha mengenal pastikeperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan,kemahiran pengalaman serta akhlak yang mulia.AKTIVITI KAUNSELINGCIRI-CIRI KAUNSELINGMementingkan harga diri individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada masa yang diperlukanMementingkan individu dan prihatin pada perkembangan optimumnyaKaunseling mempunyai tanggungjawab pada masyarakat dan individuKaunseling mesti menghormati hak individuKaunseling adalah sesuatu yang berterusan, dan mempunyai urutanKaunseling berkisar kerjasama dan bukan paksaanMemerlukan kajian yang menyeluruh tentang individu dalam latar budayanyaKaunseling mesti sentiasa dinilai keberkesanannya secara saintifikScmidt & McCowan,Kitchener1. Kuasa memilihhak klien untuk memilih setiap tindakan yang ingin dilakukan, dan kaunselor harus menghormatinya2. KebaikanKaunselor haruslah jujur dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang jika tidak profesion kaunselor akan terjejas. 3. Tidak mencederakanKaunselor boleh dipertanggungjawabkan di atas tindakan yang diambil oleh klien yang telah mencederakan orang lain.4. KeadilanKaunselor harus adil, ia tidak boleh dipengaruhi dengan sentimen-sentimen negatif5. Ketaatankaunselor haruslah taat, setia dan sentiasa memegang janji yang telah dibuat antara kaunselor dan klien dalam menjaga kerahsiaan kilennya.

  • PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELINGPERINGKAT-PERINGKATKAUNSELINGPERINGKAT PERTAMA /PERMULAANMembuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikankaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

    PERINGKAT KEDUA/PERTENGAHANPeringkat penentuan masalah Bersama mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klienBersama mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah

    PERINGKAT KETIGA/AKHIRKlien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanyaKaunselor akan membincangkan tindakan yang diambil oleh klien

  • AKTIVITI KAUNSELINGKRISISMengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.PENCEGAHANBerasaskan andaian bahawa satu-satu masalahitu mungkin timbulPEMULIHANmemberi fokus kepada kekurangan atau masalahyang dapat dikenal pasti dari masa ke semasaPERKEMBANGANusaha mengenal pastikeperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan,kemahiran pengalaman serta akhlak yang mulia.AKTIVITI KAUNSELING

  • PENDEKATAN KAUNSELING2 JENIS PENDEKATAN

    PENDEKATAN INDIVIDU

    PENDEKATAN KUMPULAN

  • PENDEKATAN INDIVIDUKaunseling individu adalah satu bentuk perhubungan menolong yang unik di antara satu kaunselor dengan seorang individu

    Kaunseling individu ialah hubungan tolong-menolong yang unik iaitu klien akan diberikan peluang-peluang belajar, menghayati, berfikir, dan merubahnya mengikut apa yang difikirkan bermanfaat bagi dirinya.

    Keberkesanan kaunseling itu pada kaunselor dan klien sendiri dalam mengemukakan sikap mereka semasa sesi kaunseling.

  • PENDEKATAN KELOMPOK

    Apabila seorang kaunselor mendapati terdapat ramai klien yang mempunyai masalah yang hampir sama, makaterdapat beberapa kebaikan jika semua klien ini dipanggil dalam bentuk kumpulan.

    Isi kandungan kaunseling kelompok meliputi keperluan dan minat bersama kebanyakan ahli kelompok .

    Merupakan orientasi permasalahan dan proses pemulihan di mana kaunseli-kaunseli atau klien-klien dirasionalkan kembali mengikut persetujuan orang ramai.

  • TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING

  • TEKNIK KAUNSELINGTeori Pemusatan Klien-Dikenali sebagai terapi kemanusiaan

    Menumpukan kepentingan hubungan erat antara kaunselor dengan kliennya

    Menggunakan kaedah pendengaran yang aktif di mana kaunselor memberi perhatian terhadap perbincangan di antara klien

    Teori Terapi Perlakuan-Teknik yang boleh diguna dalam terapi perlakuan adalah penilaian; mainan peranan; gambaran imej; desensitisasi bersistem.

    Teori Psikoanalisis / Psikodinamik

    kaedah bagi merawat individu berkaitan dengan masalah emosinya

    merawat gangguan histeria, narcissism, kecelaruan peribadi, ketakutan, fobia dan kecelaruan seksual

    Teori Terapi GestaltMembantu individu untuk bertanggungjawab pada kehidupan sendiri dan perkembangan kendiri.

    Teknik popular: Empty chair

    Terapi Adlerian / Individu

    - Individu tidak dianggap mempunyai masalah cuma kurang galakkan & maklumat untuk menyelesaikan masalah

  • ETIKA KAUNSELING Pengenalan Etika Kaunseling

    Jenis-Jenis Etika Kaunseling

    Ciri- ciri Perwatakan Kaunselor

  • Pengenalan Etika Kaunselingmelibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka.menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

  • SESIKAUNSELINGKAUNSELINGJANGKAPENDEKKAUNSELINGJANGKAPANJANG

  • Kaunseling jangka pendek

    selama enam hingga dua belas sesi. namun perjanjian boleh dilanjutkan jika kaunseling terakhir tidak dapat menyelesaikan masalah. ini juga bergantung pada perjanjian baru.

    Kaunseling jangka panjang

    yang melibatkan sesi kaunseling selama setahun ataupun lebih

  • JENIS-JENISETIKAKAUNSELINGPenerimaan Tanpa SyaratBatasan SeksualMaklumat Pramatang KerahsiaanBatasan Profesional

  • Penerimaan Tanpa SyaratSeorang kaunselor yang bertauliah akan menerima klien dengan seadanya. Tidak akan wujud diskriminasi atau double-standard. Kaunselor perlu menunjukkan sikap menerima terhadap mana-mana klien yang datang meminta khidmatnya.Kaunselor mesti menghormati kepelbagaian individu dan tidak mendiskriminasikan klien atas sebab-sebab seperti umur, warna kulit, ketidakupayaan, budaya, etnik, jantina, bangsa, orientasi seks, status perkahwinan atau status sosioekonomi.

  • Maklumat Pramatang Ada sesetengah organisasi mengehendaki kaunselor mengisi borang berkaitan dengan data peribadi klien, maklumat-maklumat tujuan menghadiri kaunseling iaitu umur, latar belakang, keluarga dan sejarah keluarga.

    Di awal perbincangan kaunselor digalakkan untuk memulakan sesi kaunseling dengan temu bual awal. Temu bual awal hanyalah membincangkan masalah secara umum dan juga matlamat kaunseling.

    Bertujuan untuk menenangkan klien. Bagi klien yang pertama kali menghadapi sesi kaunseling, tentunya mereka merasa tidak selesa.

  • KerahsiaanOrang yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang.

    Harus memastikan setiap perbualan yang dilakukan dengan klien tidak diketahui oleh sesiapa dan menjaga kerahsiaan sesuatu maklumat yang diceritakan oleh klien kepadanya.

    Ada sesetengah perkara yang tidak dapat untuk dijadikan kerahsiaan antaranya jika ia boleh mencederakan klien ataupun pada orang lain.

    Contohnya penderaan kanak-kanak, jika kaunselor mendapati klien itu terlibat dalam penderaan kanak-kanak maka masalah itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.

  • Batasan ProfesionalMembatasi profesionnya walaupun mengenali klien.

    Sedar tahap kemampuan dalam mengendalikan sesi kaunseling. Setiap kaunselor mempunyai kepakaran masing-masing di bidang yang berbeza. Sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien.

    Sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.

  • Batasan SeksualBukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan contohnya kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah.

    Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif.

    Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada profesional lain yang layak

  • Ciri- ciri Perwatakan KaunselorKejujuran Amanah Kerahsiaan Tulen Keterbukaan MenerimaMesra

    BerkongsiMengambil Berat/Perhatian Tidak MenghukumSpontan Bertanggungjawab

  • KEMAHIRAN DALAM

    KAUNSELING

  • KEMAHIRANDALAM KAUNSELING

    Memberi perhatianMemerhatikan klienMendengarMenerang SemulaKemahiran ParafrasaMerumusMeneroka MasalahMenamat Proses Kaunseling

  • Kemahiran memberi perhatianMemberi tumpuan pada masalah klien4 caraPosturPandangan mataRiak mukaCara duduk

  • Postur Cara duduk kaunselor ketika menghadapi sesi kaunseling dapat mencerminkan bahawa kaunselor berfikiran terbuka dan bersedia untuk berhubung dengan klien.

    Keadaan duduk perlulah selesa, sentiasa menghadap muka klien, duduk di tengah-tengah dan relak.

    Kaunselor perlu menunjukkan suasana yang natural dan tenang.

  • Hah, ceritalah... saya dengar Cara duduk yang salah bagi kaunselor

  • Pandangan mata Sentiasa memerhatikan klien.

    Apabila klien tiba-tiba memandang kita, maka dia akan mendapati kita sentiasa memandangnya.

    Membuat klien berasa terjamin dan masalah yang disampai sudah difahami oleh kaunselor.

    Riak mukaKetika kita memberi perhatian kepada klien, adalah penting untuk kaunselor untuk menyatakan perasaan melalui riak muka.

    Jika kita mendengar kejayaan yang diperolehi oleh klien maka kita hendaklah memaparkan wajah yang ceria, dan juga sebaliknya.

    Membayangkan segala masalah yang dihadapi oleh klien dapat membantu kaunselor dalam memahami masalah klien.

    Jika kaunselor meletakkan dirinya di dalam masalah klien maka ini dapat memberikan panduan kepada kaunselor dalam menyelesaikan masalah.

  • Cara dudukKaunselor perlu memastikan jarak duduk bersesuaian di antara klien dan kaunselor (3 4 kaki). Kerusi harus sama ketinggian dengan klien.

  • Kemahiran memerhatikan klien.Penampilan klien sudah dapat memberikan gambaran sebenar perasaan yang sedang dialaminya.

    Dapat menilai masalah sebenar yang dihadapi oleh klien.

    Masalah klien tidak hanya dapat disampaikan melalui komunikasi lisan (verbal) tetapi juga melalui komunikasi bukan lisan (non-verbal).

    Masalah dapat dianalisis dengan tepat dan jelas maka ia dapat diselesaikan dengan mudah.

  • Komunikasi Bukan LisanEkspresi WajahPeka dengan perubahan wajah klien.Perubahan wajah adalah gambaran sebenar perasaan seseorang kerana wajah akan mempamerkan apa yang terpendam di lubuk hati. Antara situasi yang memberi gambaran diri klien : Tidak bermayaLemahMuramTakut-takutSedih

    Kualiti suaraIntonasi yang digunakan oleh klien Ukuran keyakinan dan pegangan klien terhadap sesuatu. Antaranya:Suara yang tersekat-sekat mungkin tanda was-was atau menyorokkan sesuatu.Nada yang tinggi tanda marah, geram atau tidak puas hati.Terlalu perlahan tanda sayu, takut, sedih atau malu

  • Pergerakan badanTergaru-garu kepala klien ragu-ragu, tidak pasti atau gelisahMenggigit jari klien tertekan, ragu-ragu, cemas dan risauMenggenggam erat atau mematahkan jari klien geram atau marahMenggelengkan kepala klien tertekan dan buntu.

    Keadaan diri klienCara klien memperlihatkan diri juga menunjukkan keadaan sebenar klien. Ia memberi mesej kepada kaunselor apakah situasi yang sedang dihapainya.Rambut yang kusut-masaiBibir yang bengkakTidak bermaya dan lesuBadan yang lebam-lebam.

  • Kemahiran mendengarAktiviti yang kompleks dan ia memerlukan kaunselor memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi dijalankan. Melibatkan perhatian, menerima dan memahami maklumat yang disampaikan oleh klien. Tujuan kaunselor mendengar adalah untuk memahami dengan jelas tentang masalah yang dihadapi, di samping mencapai persetujuan bagaimana masalah tersebut boleh ditangani. Dengan maklumat yang diperoleh dapat membantu menyelesaikan masalah klien berdasarkan klu dan isyarat.

  • Menghadapi KesenyapanAda kalanya dalam sesi kaunseling, berlaku kesenyapan iaitu tiba tiba klien terhenti berkata kata atau klien dan kaunselor sama sama serentak tidak berkata kata.

    Kesenyapan juga kadang kala diiringi dengan klien sebak, mengalirkan air mata dan tersedu sedu jika tidak dapat membendung perasaan.

    Seseorang kaunselor harus bijak menangani kesenyapan yang tiba-tiba dialami oleh klien.

    Inilah pentingnya perhatian yang berterusan semasa sesi kaunseling berjalan kerana kaunselor boleh mendapat bayangan apakah yang sebenarnya difikirkan oleh klien.

  • Cara terbaik untuk menangani kesenyapan ialah dengan menggalakkan klien berbual.

    Bijak dalam mengemukakan soalan kerana ia mudah mempengaruhi emosi klien.

    Tidak tergopoh gapah bertanya soalan kepada klien.

    Pandai membahagikan masa kepada klien supaya mereka kembali tenang dan sekiranya klien menangis, kaunselor mestilah membiarkannya sehingga klien berasa lega dan selesa untuk kembali bercerita.

    Mengambil inisiatif untuk memulakan dahulu perbualan tersebut.

    Menghadapi situasi ini dengan tenang dan jangan panik.

  • Biarkan hingga klien lega dan kembali selesa bercerita.

  • Mencelah KesunyianMenanyakan beberapa soalan Proses menanyakan beberapa soalan, membantu kaunselor lebih fokus kepada klien.

  • Kemahiran Menerang SemulaKemahiran ini memerlukan kaunselor untuk mengulang semula perkataan yang telah disebut oleh klien semasa sesi kaunseling berjalan.Proses mengulang biasanya dengan menggunakan frasa atau perkataan yang pendek Kaedah ini merupakan kaedah pantas untuk menggalakkan komunikasi antara klien dan kaunselor. Selain itu, menerang semula amat berguna supaya kaunselor tidak terpesong pemahamannya. Ia juga dapat menggalakkan respone antara klien dan kaunselor selain kaunselor juga fokus kepada sesi kaunseling.

  • Kemahiran ParafrasaKemahiran kaunselor dalam menyatakan pemahaman masalah dalam bentuk ayat yang tersendiri. Ia berdasarkan pemahaman sedia ada dan dibentuk menggunakan ayat tersendiri. Perkara penting semasa membuat parafrasa ialah mengulang dengan ayat yang tepat kerana ini akan menggambarkan pemahaman kaunselor terhadap masalah klien

  • Kemahiran merumusMenghubung kait semua maklumat yang disampaikan oleh klien berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Kaunselor perlu membuat rumusan supaya pemahaman kaunselor dengan klien adalah selari. 2 bentuk rumusan: rumusan kecil rumusan besar

  • Kemahiran Meneroka MasalahMembantu kaunselor untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh klien. Penerokaan masalah akan membantu klien untuk menerangkan masalah dengan lebih jelas lagi.Bertanyakan soalan3 kaedah soalan: terbuka, tertutup andaian

  • Kemahiran Menamat Proses KaunselingPeringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan tidak memerlukan bantuan.Berlaku pada sesi pertemuan pertama, kedua, ketiga malah mungkin sesi yang kedua belas bergantung kepada masalah dan jangka masa pertemuan.

  • Bimbingan yang berjaya dapat memberi kepuasan kepada kaunselor dan klien.

  • KESIMPULANKaunseling merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kaunseling merupakan aktiviti nasihat dan perundingan di antara klien dan kaunselor dengan menggalakkan interaksi dalam menolong klien untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kaunseling juga penting untuk diamalkan kerana ia akan memberi sokongan, menyelesaikan konflik yang timbul di dalam diri klien dan sekaligus membantu klien dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya.

  • SeKiAn,TeRiMa KaSiH