Teori Ann Roe
-
Upload
rohaizazainol -
Category
Documents
-
view
707 -
download
33
description
Transcript of Teori Ann Roe
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
TEORI PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan
dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali
(2000) menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang
individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta
pengalaman dalam kehidupan individu. Mohd Fadzil Che’ Din (2001) menegaskan bahawa
kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan-keperluan psikologikal,
ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya.
Perkembangan kerjaya pula adalah satu proses yang formal, tersusun serta suatu usaha
yang dirancang untuk mencapai keseimbangan antara keperluan kerjaya dan kehendak tenaga
kerja. Ia juga merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam
suatu organisasi untuk masa kini dan masa datang
Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji
dalam kajian mereka terhadap bidang kerjaya. Antara teori tersebut ialah teori kerjaya Antara
teori tersebut ialah teori Ann Roe. Teori telah diperkenalkan oleh Anne Roe dengan
mengitegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi pekerjaan. Merupakan salah satu teori
pendekatan struktur atau teori pemilihan kerjayaAnne Roe yang mengintegrasikan teori
personaliti dengan klasifikasi pekerjaan dan menjadikannya sebagai sebuah teori kerjaya.
2.0 SEJARAH ANNE ROW
Anne Roe merupakan ahli psikologi wanita yang cuba membincangkan peranan
keluarga dalam teori kerjayanya. Teori Pemilihan Kerjaya Roe menumpu kepada dua
bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan bertujuan untuk melihat hubungan semua
bidang pekerjaan dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa
kanak-kanak.
Menurut Roe, pengalaman awal kanak-kanak di rumah bersama ibu bapa merupakan
asas kepada pembentukan personaliti dan sikap individu terhadap pemilihan termasuklah
pemilihan kerjaya. Kanak-kanak menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai
model peranan dan tauladan. Hal ini bermaksud pengalaman-pengalaman yang berkaitan
dengan perhubungan pada masa lalu dengan orang yang signifikan adalah penting dan
1
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu (Brown & Brooks 1984). Roe membuat
spekulasi bahawa interaksi dan gaya layanan ibu bapa yang diterima oleh seseorang individu
adalah penting dalam menentukan orientasi pemilihan kerjaya.
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Roe, beliau telah mengenalpasti bahawa
ahli seni lukis mempunyai tret-tret personaliti tertentu yang unik seperti pasif,sensitif dan
mempunyai keupayaan intelek yang tinggi. Roe (dalam Brown & Brooks (1984) juga
menyatakan bahawa:
i. Individu sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis pesonaliti tertentu.
ii. Terdapat beberapa pekerjaan tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang
dimiliki oleh individu.
Dengan perkataan lain bolehlah dirumuskan bahawa setiap individu di dunia ini
memiliki personaliti yang unik yang membolehkannya bekerja dalam beberapa jenis
pekerjaan. Kedua-dua kenyataan di atas sangat penting dalam teori ini dan merupakan intipati
kepada teori ini.
3.0 TOKOH ANNE ROW
1.0 : GAMBAR TOKOH ANNE ROW
Anne Roe merupakan seorang ahli psikologi klinikal yang terlatih, namun
kemudiannya beliau telah menceburi bidang pembangunan kerjaya melalui penyelidikan
yang dilakukannya.(Osipow,1973). Anne Roe telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk
2
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
The Psychology Of Occupational. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengemukakan
sebuah teori perkembangan kerjaya berasaskan teori keperluan Maslow dan teori personaliti.
4.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA MENURUT ANNE
ROW
Teori Pemilihan Kerjaya Roe menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi
pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor itu ialah latar belakang genetic, pengaruh tenaga
psikik , serta pengaruh genetik dan hierarki keperluan individu :
I. LATAR BELAKANG GENETIK
Latar belakang genetik mempengaruhi pembentukan minat, kecerdasan, sikap dan
personaliti individu yang akhirnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu.
Selain itu, faktor genetik juga mempengaruhi sifat fizikal individu seperti ketinggian,
kecantikan dan kecacatan individu.Individu yang rabun warna tentulah tidak seuai menjadi
ahli kimia,sementara individu yang rendah tentulah tidak sesuai menjadi pegawai tentera dan
polis. Teori ini nampaknya percaya bahawa faktor pewarisan atau biologi adalah penting
dalam menentukan kerjaya individu.
II. PENGARUH TENAGA PSIKIK
Perkembangan keupayaan khas seseorang individu ditentukan oleh ke arah mana tenaga
psikik diperkembangkan di luar kawalan atau tanpa sedar.Arah perkembangan ini pula
terlebih dahulu ditentukan oleh bentuk kepuasan dan kekecewaan yang dialami oleh individu
pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat kanak-kanak, keperluan yang paling asas ialah
keperluan untuk rasa dimiliki dan ini akan kekal sebagai elemen-elemen tidak sedar individu.
Keperluan tidak sedar ini akan membentuk tenaga psikik dan seterusnya akan mempengaruhi
bidang kerjaya individu.
3
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
III. PENGARUH GENETIK DAN HIERARKI KEPERLUAN
Pengaruh faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan mempengaruhi keputusan
pemilihan kerjaya individu. Keperluan individu seperti yang dikemukakan oleh Maslow
melalui hierarki kepeluan sentiasa akan mempengaruhi individu. Antara keperluan utama
yang dikenalpasti oleh Maslow ialah fisiologikal, keselamatan, kasih saying, penghargaan
kendiri dan kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah dipenuhi, keperluan yang
lebih tinggi terbentuk dan kepuasan ini akan terus meningkat sehingga mencapai keperluan
yang paling tinggi, iaitu kesempurnaan kendiri. Keperluan yang kuat untuk memenuhi
sesuatu keperluan merupakan sumber motivasi yang sangat kuat yang akan menggerakkan
individu. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi individu akan menentukan
perbezaan-perbezaan dalam
pencapaian pekerjaan seseorang.
5.0 USUL UTAMA TEORI PEMILIHAN KERJAYA ROE
Pernyataan utama yang berkaitan dengan teorinya yang telah dihasilkan oleh beliau
berdasarkan minat dan keperluan individu (dalam Brown & Brooks 1984).
i. Pewarisan genetik menentukan had potensi perkembangan semua ciri-ciri
yang ada tetapi had perincian serta sifat kawalan genetik keterbatasannya
berbeza bagi ciri-ciri yang berlainan.
4
KESEMPURNAAN KENDIRI
PENGHARGAAN KENDIRI
KASIH SAYANG
KESELAMATAN
FOSIOLOGI
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
ii. Darjah dan hala perkembangan ciri yang diwarisi bukan sahaja dipengaruhi
oleh pengalaman yang dialami oleh individu tetapi juga oleh semua aspek latar
belakang kebudayaan dan kedudukan sosioekonomi keluarga.
iii. Corak perkembangan minat, sikap, dan pemboleh ubah personaliti lain dengan
kawalan genetik, yang secara realitifnya kecil atau tidak spesifik pada asasnya
ditentukan oleh pengalaman individu.
iv. Corak tenaga psikik yang terjadi dari segi pengurusan perhatian ialah penentu
utama minat.
v. Kekuatan keperluan-keperluan ini,kepuasan mereka dan organisasi mereka
merupakan penentu-penentu utama darjah motivasi yang dinyatakan dalam
bentuk pencapaian.
6.0 GAYA LAYANAN IBU BAPA
Setiap individu akan mewarisi kecenderungan untuk menyalurkan tenaga dalaman
kearah kerjaya yang tertentu. Kecenderungan ini pula banyak dipengaruhi oleh gaya layanan
yang diterima anak-anak daripada ibu bapa mereka. Terdapat tiga teknik asas gaya layanan
ibu bapa semasa mereka berinteraksi dengan anak-anak mereka, iaitu gaya layanan mesra,
dingin dan menumpu.
I. GAYA LAYANAN MESRA.
MESRA BERSAHAJA.
Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini memberikan kasih sayang yang sederhana
kepada anak-anak dan memberi perhatian kepada anak-anak apabila ada masa lapang.Ibu
bapa sambil lewa, mempunyai peraturan tetapi tidak dikuatkuasakan atau dilaksanakan.
MESRA PENGASIH.
Ibu bapa memberi kemesraan dan kasih sayang kepada anak- anak dan mereka
cenderung untuk cuba membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah-masalah penting
dan rumit. Mereka juga memberi pujian dan kebebasan yang munasabah kepada anak-anak
mereka.
5
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
II. GAYA LAYANAN DINGIN
DINGIN MENGABAI
Ibu bapa yang mengabaikan gaya ini kurang memberikan perhatian dan kasih sayang
kepada anak-anak. Mereka memberi penjagaan fizikal yang minimum dan selalu tidak
menepati janji.
Dingin Mengelak
Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini bersifat dingin, tidak mengambil berat, selalu
merendah-rendahkan kebolehan anak-anak dan sering kali menghina anak-anak.
III. GAYA LAYANAN MENUMPU
TERLAMPAU MELINDUNGI
Ibu bapa memberi perhatian kepada minat,memajakan anak-anak, memberi kasih
sayang, menjaga keselamatan dan kurang memberi kebebasan kepada anak-anak. Ibu bapa
juga memberi pujian dan ganjaran yang berlebih-lebihan sering kali mencampuri urusan
anak-anak.
TERLAMPAU MENUNTUT
Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan ini selalunya dapat memenuhi segala
keperluan psikologi dan meyediakan piawaian yang tinggi untuk diikuti oleh anak-anak.
Peraturan yang dibuat sangat keras,tegas, dan anak-anak pula tidak boleh membantah ataupun
memberikan pendapat. Mereka mahu anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
berguna dan cenderung membatasi hubungan anak-anak dengan rakan sebaya.
6
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
7.0 HIPOTESIS TEORI PEMILIHAN KERJAYA ROE
Sehubungan itu, Anne Roe telah mengemukakan lima hipotesis yang menghubungkan
gaya asuhan dengan pembetukan orientasi dan seterusnya pemilihan pekerjaan.
i. Ibu bapa yang bersifat melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan
anak-anak- yang berkecenderungan ke arah berorienasikan manusia dan
begitu juga dalam peilihan pekerjaan.
ii. Ibu bapa yang menolak, mengabai dan bersahaja akan menghasilkan anak-
anak ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam pemilihan
pekerjaan.
iii. Anak-anak yang terlampau dituntut serta dilindungi berkemungkinan berada
dalam keadaan helah bela diri dan menjadi tidak berorientasikan manusia.
iv. Sesetengah ibu bapa yang mengelak dan mengabai berkemungkinan akan
memilih kerjaya yang berorientasikan manusia.
v. Layanan yang mencukupi kepada anak-anak oleh ibu bapa yang pengasih yang
bersahaja di samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin
menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih daripada keperluan
peribadi.
8.0 ORIENTASI UTAMA DAN PEMILIHAN PEKERJAAN
Teori Pemilihan Kerjaya Roe cuba menerangkan gaya layanan yang diterima dari
keluarga, keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi dan hubungannya dengan pemilihan
kerjaya yang diceburi. Menurut Roe, dalam (Osipow 1973, dlm.Zunker 1981) orientasi
pekerjaan boleh dikategorikan kepada dua kumpulan utama, iaitu berorientasikan manusia
dan tidak berorientasi kan manusia.
Sehubungan dengan itu,pekerja yang bekerja dalam sektor pekerjaan yang
berorientasikan manusia selalunya datang daripada keluarga yang mesra dan penuh kasih
sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu bapanya. Sementara itu,pekerja yang bekerja dalam
sektor pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia pula datang daripada keluarga yang
7
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
mengalami suasana hidup yang dingin dan tidak dipedulikan dangan keperluan-keperluan
emosinya tidak dipenuhi dengan secukupnya.
Teori pemilihan Kerjaya Anne Roe juga telah mengkatogerikan pekerjaan kepada beberapa
kumpulan daripada peringkat yang paling rendah kepada peringkat yang paling
tinggi.Peringkat-perinkat tersebut adalah seperti jadual berikut.
JADUAL 1.0 KUMPULAN DAN ORIENTASI PEKERJAAN
KUMPULAN KUMPULAN
PEKERJAAN
ORIENTASI
PEKERJAAN
KUMPULAN 1 PERKHIDMATAN MANUSIA
KUMPULAN 2 PERNIAGAAN MANUSIA
KUMPULAN 3 ORIENTASI MANUSIA
KUMPULAN 4 TEKNOLOGI BUKAN MANUSIA
KUMPULAN 6 SAINS BUKAN MANUSIA
KUMPULAN 7 KEBUDAYAAN UMUM MANUSIA
KUMPULAN 8 SENI DAN HIBURAN MANUSIA
JADUAL 2.0: PERINGKAT-PERINGKAT PEKERJAAN
PERINGKAT PEKERJAAN KETERANGAN PEKERJAAN
PROFESIONAL DAN PENGURUSAN 1 Memiliki kelayakan ijazah kedua
dan ketiga daripada institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf
PROFESIONAL DAN PENGURUSAN 2 Memiliki keleyakan ijazah pertama
daripada institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf
SEPARA PROFESIONAL Mempunyai diploma dari institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf
BERKEMAHIRAN Mempunyai sijil kemahiran
daripada institusi latihan formal
yang diiktiraf
SEPARA BERKEMAHIRAN Tidak memerlukan kelayakan
akademik trtentu atau sijil
kemahiran tetapi telah mendapat
8
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
latihan secara formal
TIDAK BERKEMAHIRAN Tidak memerlukan kelulusan
akademik tertentu atau sijil
kemahiran
9.0 KELEMAHAN TEORI ANNE ROE
Teori Pemilihan Kerjaya Roe pula telah mengutarakan pertalian-pertalian antara
persekiaran-persekitaran tertentu pada peringkat kanak-kanak, perkembagan keperluan,
personaliti dan pemilihan kerjaya. Walaupun pada peringkat awal teori ini Anne Roe telah
menggunakan pendekatan sains dan saintifik, namun teorinya sekarang hanyalah teori yang
bersifat umum.
Sungguh pun AnneRoe menyatakan bahawa setiap individu dilahirkan dengan
mewarisi tret-tret psikologikal, namun idea-idea ini amat sukar untuk dikaji. Selain itu,
walaupun Anne Roe mengiktiraf kepentingan pemboleh ubah demografi sosial dalam
pemilihan kerjaya, namun beliau masih belum dapat menjelakan bagaimana pemboleh ubah
ini berinterasi.
Anne Roe juga telah gagal untuk mengambil kira bagaimana proses membuat
keputusan yang sebenarnya berlaku. Ini merupakan satu lagi kelemahan teori ini. Anne Roe
mempunyai latihan dalam bidang psikologi klinikal, tetapi beliau tidak mempunyai minat
yang mendalam untuk memperkembangkan teori ini terutama dari segi aplikasinya. Oleh
sebab itu masa depan teori ini agak kurang jelas dan tidak pasti.
10.0 KEKUATAN TEORI ANNE ROE
Berdasarkan teori ini individu / klien dapat maklumat tentang peringkat-peringkat
dalam pekerjaan yang bermula dari yang paling bawah iaitu tidak berkemahiran sehinggalah
ke peringkat yang lebih tinggi iaitu profesional dan pengurusan 1. Ini memudahkan untuk
individu menetapkan matlamat / sasaran untuk dicapai dalam peringkat pekerjaannya
mengikut jangka masa yang ditentukan.
Latar belakang genetik yang menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi pemilihan
kerjaya mengikut teori ini juga dapat memberikan persediaan awal kepada individu terhadap
pekerjaan yang sesuai dengan dirinya berdasarkan sifat fizikal seperti ketinggian, kecantikan
9
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
dan kecacatannya. Dalam situasi ini, wujud konsep reda di mana individu harus terima
kelebihan dan kekurangan fizikal yang ada pada dirinya.
Tiga jenis teknik gaya layanan yang diterima daripada ibu bapa yang dibincangkan
dalam teori ini dapat membantu individu mengkategorikan orientasi pekerjaannya sama ada
berorientasikan manusia berkaitan dengan bidang Sosial Dan Enterprising dan tidak
berorientasikan manusia pula ialah bidang Realistik dan Investigatif.
Teori ini juga menekankan tentang pengaruh faktor genetik dan perkembangan
hierarki keperluan mempengaruhi keputusan pemilihan kerjaya individu. Keperluan individu
seperti yang dikemukakan oleh Maslow melalui hierarki keperluan sentiasa akan
menpengaruhi individu. Oleh itu, keinginan yang kuat untuk memenuhi sesuatu keperluan
merupakan sumber motivasi yang tinggi yang akan menggerakkan individu dan juga akan
menentukan perbezaan-perbezaan dalam pencapaian pekerjaan seseorang.
Sukar untuk dibuktikan- proses interaksi ibu bapa dengan anak perlukan pemerhatian
yang berpanjangan dan mengambil masa yang agak lama untuk melihat keberkesanannya
Tingkahlaku ibu bapa kadang kala bersifat tidak konsisten menyebabkan teori Anne
Roe ini kurang diterima oleh ahli pemikir Psikologi dalam membantu klien membuat
penyelesaian kerjaya
Tidak banyak kajian menunjukkan hubungan langsung antara ibu bapa dengan anak
dalam proses pemilihan pekerjaan. Selain itu Teori ini juga Tidak menerangkan kepentingan
pembolehubah sosio demografi ( ses) dalam pemilihan kerjaya seperti teori-teori yang lain
Menjadi tekanan psikik kepada anak apabila anak tidak mencapai keinginan ibu bapa
adalah faktor yang kurang logikal untuk kaunselor membantu klien menmbuat pemilihan
kerjaya berbanding teori lain yang lebih efisen dan berkesan.
10
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
11.0 CADANGAN
Gaya layanan ibu bapa mempunyai kaitan dengan pembentukan orientasi dan
pemilihan kerjaya individu. Bagi anak-anak yang telah kehilangan ibu bapa (anak yatim
piatu) sudah pasti tidak mendapat layanan ibun bapa, seharusnya ada indikator lain perlu
digunakan terhadap mereka dalam proses pembentukan orientasi dan pemilihan kerjaya.
Terdapat lapan kumpulan pekerjaan yang dinyatakan secara umum dalam teori ini
iaitu Perkhidmatan, Perniagaan, Organisasi, Teknologi, Kerja Luar / Luar Rumah, Sains,
Kebudayaan Umum dan Seni Hiburan. Kumpulan pekerjaan ini boleh dikembangkan lagi
dengan lebih khusus dan terperinci. Ia juga boleh ditambah mengikut kesesuaian
perkembangan jenis pekerjaan terkini dari semasa ke semasa.
Mengikut peringkat-peringkat pekerjaan yang dinyatakan oleh Ann Roe, peringkat
paling bawah iaitu Tidak Berkemahiran, pada pandangan kami sudah tidak relevan dengan
senario kelayakan pekerjaan sekarang. Ini kerana kebanyakan pekerjaan sekarang
memerlukan kelulusan akademik, paling kurang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau sijil kemahiran dalam bidang tertentu yang diiktiraf atau setaraf dengannya. Oleh itu
kami mencadangkan agar peringkat pekerjaan ini dimulakan dengan Separa Berkemahiran
ataupun Berkemahiran.
12.0 IMPLIKASI TEORI TERHADAP INDIVIDU KLIEN DAN KAUNSELOR
Teori ini nampaknya percaya bahawa faktor perwarisan atau biologi penting dalam
menentukan kerjaya individu. Perwarisan genetik menetukan had potensi perkembangan
semua ciri-ciri yang ada tetapi had perincian kawalan genetik serta sifat keterbatasannya
berbeza bagi ciri-ciri yang berlainan. Lantaran itu, klien wajar tahu dan sedar warisan genetik
yang dimiliki untuk dijana ke arah positif dalam pemilihan kerjaya.
Darjah dan hala perkembangan ciri yang diwarisi adalah dipengaruhi bukan sahaja
oleh pengalaman yang dialami oleh individu tetapi juga oleh semua aspek latar belakang
kebudayaan dan kedudukan sosioekonomi keluarga. Justeru itu kedua-dua aspek ini perlu
dititikberatkan terutama terhadap klien yang berbilang bangsa dan budaya.
11
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
Corak perkembangan minat, sikap dan pemboleh ubah personaliti lain dengan
kawalan genetik secara relatifnya kecil atau tidak spesifik, pada asasnya ditentukan oleh
pengalaman individu. Pengalaman individu pula berbeza-beza. Oleh itu, kaunselor harus
bijak menangani klien yang mempunyai pengalaman yang tidak sama. Sekiranya perlu,
kaunselor boleh merujuk individu yang berkenaan sekiranya ia berkaitan pengalaman klien
multibudaya.
Terdapat banyak pilihan terhadap kaunselor untuk dalam membantu Klien melalui
panduan-panduan terhadap membuat pilihan kerjaya dan teori ini bukan sesuai kepada semua
respondend atau klien kerana ia tidak mengalami peristiwa yang dibawa oleh Anne Row
dalam teori ini.
13.0 RUMUSAN
Teori pemilihan Anne Roe ini telah menekan pengalaman ketika di zaman kanak-
kanak dan persekitaran seseorang individu tersebut membesar memainkan peranan penting
dalam pembentukan personaliti serta pemilihan kerjaya.
Walaupun teori ini bersifat umum tetapi berasaskan teori ini seseorang kaunselor
dapat membantu kliennya mengenalpasti pekerjaan yang mereka minati. Sebagai contohnya
mengenalpasti latar belakang keluarga, hubungan klien tersebut dengan persekitarannya dan
kesesuaian kerjaya yang dipilih.
Anne Roe telah memperkenalkan sistem klasifikasi pekerjaan yang mempunyai lapan
jenis kumpulan pekerjaan dan enam peringkat pekerjaan yang amat berguna dalam membantu
memilih pekerjaan yang diingini.
Melalui teori ini seseorang dapat mengenalpasti kecenderungannya bekerja sama ada
berorientasikan manusia atau pun tidak berorientasikan manusia. Oleh yang demikian teori
ini boleh juga dijadikan rujukan untuk mengetahui personaliti, kecenderungan, intelektual,
dan latar belakang seseorang individu dalam pemilihan kerjaya.
12
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
RUJUKAN
Duana Brown and Association.(2007). Career Choice and Development Fourth
Edition. Jossey-Bass A Wiley Company. San FransiscoMohd Yahya Mohamed
Ariffin. (2001). 50 Kerjaya Pilihan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. :
Kuala Lumpur.
Mohd Kalok latiff & Ahmad Mohd Isa. (1991). Mencari Kerja. Di Mana dan
Bagaimana. Fajar Bakti Sdn Bhd. : Kuala Lumpur.
Noraini Ismail . (2014). Pendidikan Kerjaya. Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
Tanjong Malim, Perak.
Rashidah Ismail. (1993). Panduan Karier. Syarikat S. Abdul Majeed : Kuala Lumpur.
Rokiah Mat Jusoh, Aziah Abdul Ghani, Hasyati Hassan, Norlia Othman(2007).
Kerjaya
sebagai Kaunselor, Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya Teori & praktis. Penerbit
Universiti Putra Malaysia: Serdang, Selangor.
Kementerian Sumber Manusia. (2010). 100 Pekerjaan Terpilih 2010. Bahagian Dasar
Sumber Manusia : Putrajaya.
Jabatan Tenaga Rakyat Malaysia. (1987). Buku panduan Pekerjaan bagi Kumpulan
Profesional dan Teknikal (Kumpulan Utama Mengikut Kamus Pengkelasan
Pekerjaan). Jabatan Tenaga Rakyat: Kuala Lumpur.
13
(KAUNSELING KERJAYA KKC 6013)
Kementerian Sumber manusia. (2013). Piawaian Pengelasan pekerjaan Malaysia
(MASCO) 2013. Bahagian Dasar Sumber Manusia: Putrajaya.Vernon g.Zunkker
(2006). 7th Edition, Career Caounseling A Holistic Approach, Printed In The United
States of America. Brooks/Cole Engage Learning.
14