TEORI PSIKOLOGI.docx

11
Kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru dalam menangani isu ponteng di kalangan pelajar sekolah. Seseorang guru yang telah memahami konsep psikologi dan pendidikan akan memperolehi ilmu tertentu untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran pembelajaran yang boleh diguna pakai semasa pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru ialah: 1. Guru-guru akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengetahui sikap-sikap yang berguna dalam proses pendidikan. Adanya elemen-elemen tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan cara pengajarannya dan menambah mutu pembelajaran pelajar-pelajar. 2. Ilmu psikologi pendidikan akan membekalkan pengetahuan tentang perkembangan yang dialami oleh manusia. Justeru itu, ketika pelajar-pelajar sedang meningkat umurnya ia akan turut merubah proses pembelajarannya. Keupayaan pelajar-pelajar ini untuk memahami sesuatu yang abstrak dan rumit mula meningkat. Apabila seseorang guru memahami situasi tersebut seharusnya dia akan dapat menentukan strategi yang sesuai terhadap pengajarannya. 3. Guru-guru juga akan bersedia untuk memahami keperluan seseorang pelajar. Justeru itu selain daripada guru ia juga akan menyedarkan pihak sekolah tentang keperluan untuk memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar- pelajar.

Transcript of TEORI PSIKOLOGI.docx

Page 1: TEORI PSIKOLOGI.docx

Kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru dalam menangani isu

ponteng di kalangan pelajar sekolah.

Seseorang guru yang telah memahami konsep psikologi dan pendidikan akan

memperolehi ilmu tertentu untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran pembelajaran

yang boleh diguna pakai semasa pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan

pendidikan psikologi kepada seorang guru ialah:

1. Guru-guru akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan

mengetahui sikap-sikap yang berguna dalam proses pendidikan. Adanya

elemen-elemen tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan cara

pengajarannya dan menambah mutu pembelajaran pelajar-pelajar.

2. Ilmu psikologi pendidikan akan membekalkan pengetahuan tentang

perkembangan yang dialami oleh manusia. Justeru itu, ketika pelajar-pelajar

sedang meningkat umurnya ia akan turut merubah proses pembelajarannya.

Keupayaan pelajar-pelajar ini untuk memahami sesuatu yang abstrak dan

rumit mula meningkat. Apabila seseorang guru memahami situasi tersebut

seharusnya dia akan dapat menentukan strategi yang sesuai terhadap

pengajarannya.

3. Guru-guru juga akan bersedia untuk memahami keperluan seseorang

pelajar. Justeru itu selain daripada guru ia juga akan menyedarkan pihak

sekolah tentang keperluan untuk memberi layanan yang sewajarnya kepada

pelajar-pelajar.

4. Seseorang guru yang peka juga akan dapat mengesan bakat dan minat

seseorang pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru akan dapat

membantu pelajar dalam membuat perancangan kerjaya yang diimpikan.

5. Setelah menerima maklumbalas daripada pelajar, seseorang guru akan

dapat memikirkan satu cara baru untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

6. Kajian perbezaan terhadap individu akan membantu seseorang guru

membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai agar dapat

menjalani aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Page 2: TEORI PSIKOLOGI.docx

7. Kajian terhadap perubahan tingkahlaku pelajar akan dapat menolong

seseorang guru mengawal disiplin pelajar dengan lebih berkesan.

8. Selain daripada itu, psikologi pendidikan juga akan dapat meningkatkan

pemahaman seseorang guru terhadap perubahan personaliti dan konsep

kendiri muridnya. Dengan itu, seseorang guru akan dapat meningkatkan

keberkesanan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukannya.

Pendekatan Teori-teori Psikologi Dalam Mengurangkan Gejala Ponteng Sekolah.

Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar. Antara teori yang digunkan ialah:

Teori Pendekatan Kognitif.

Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan Kognitif merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.

Bagi mengelakkan berlakunya gejala ponteng ini terjadi, seorang guru perlu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sebagai sesuatu yang menarik hati pelajar-pelajarnya. Mengikut kebiasaan pelajar akan lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pembelajaran sekiranya mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh para guru dan rakan-rakan sekelasnya. Oleh itu amatlah penting bagi guru memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar bagi.

Aspek-aspek psikososial yang dimaksudkan merangkumi empat elemen iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa ke semasa bagi menjadikan suasana pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk dating ke sekolah.

Page 3: TEORI PSIKOLOGI.docx

Seorang guru seharusnya mempunyai nada suara yang jelas dan terang semasa menyampaikan maklumat kepada pelajar.Suara seorang guru mesti memikat naluri dan minat pelajar untuk memberi tumpuan dan menghayati pengajaran yang disampaikannya.Guru mesti bersifat tenang dan tidak menengking terhadap pelajar sekiranya berlaku sebarang kekecohan dalam bilik darjah.

Guru harus menggunakan perkataan –perkataan yang bersopan seperti ‘sila duduk’, ‘tolong berhenti cakap’ , memanggil pelajar dengan menggunakan nama mereka dan juga elakkan daripada menggunakan kata-kata sindiran. Dengan ini wujudnya sifat saling hormat-menghormati antara guru dan murid-murid. Guru harus menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar agar pelajar dapat mempelajari tingkah laku, berbudi bahasa dan bersopan santun. Dengan ini, para pelajar tidak akn mempunyai perasaan takut untuk datang ke sekolah sekaligus mengelakkan berlakunya kegiatan ponteng sekolah.

Pendekatan kognitif memang mengaplikasikan konsep-konsep yang penting dalam segala amalan pembelajaran . Semua ahli psikologi yang memberi penekanan kepada teori kognitif memberi penekanan kepada perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Alam belajar yang kondusif akan memerangsangkan lagi pelajar dan guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

TEORI KONSEP KENDIRI

Roger (1977) mengemukakan teori konsep kendiri yang mengandungi dua konsep iaitu organisme dan kendiri manusia. Organisme adalah pusat segala pengalaman yang melibatkan kesedaran bagi sesuatu masa. Kendiri meliputi apa yang kita percaya mengenai diri sendiri dan cara menilai setiap ciri-ciri diri sama ada ciri itu adalah kelebihan ataupun kelemahan. William Jame (1998) juga menyatakan bahawa ‘saya’ dapat diperolehi daripada pengalaman sosial. Sering kali individu memberi perhatian pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat seperti ibu bapa, rakan sebaya dan guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti, sikap, nilai, rupa wajah dan sebagainya. Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai cara dapat mencerminkan pandangan orang lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.

Roger (1977) mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa. Pembentukan personaliti secara umumnya adalah sama bagi semua individu. Oleh itu, pelajar yang tidak bermasalah disiplin, biasanya latar belakang keluarganya mempunyai konsep harga kendiri yang amat tinggi. Pelajar ini juga mendapat kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa mereka.

Roger (1977) mempercayai palajar yang mempunyai masalah dan melakukan tindakan negatif boleh dididik oleh ibu bapa dengan memberikan prihatin terhadap anak mereka. Ibu bapa perlu menghormati pendapat anak mereka dan membetulkan kesilapan dengan hukuman yang sesuai. Ibu

Page 4: TEORI PSIKOLOGI.docx

bapa harus meneliti remaja di luar kawasan rumah atau sekolah. Prinsip teori konsep kendiri dalam pendidikan adalah guru dan ibu bapa perlu mengadakan hubungan yang mesra dengan pelajar. Dengan adanya hubungan yang mesra dengan pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati mereka dan dapat mengelakkan gejala negatif seperti ponteng sekolah.

4.2 TEORI PERTUKARAN SOSIAL

B. F Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar juga dapat dilihat daripada aspek peneguhan. Menurut B. F Skinner (1953) ganjaran yang diperolehi daripada rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil perhubungan interpersonal yang tinggi. Kos adalah masa, emosi, dan tenaga serta perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh membina hubungan persahabatan.

Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan interpersonalnya dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan membuat keputusan sama ada hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras perbandingan yang alternatif, pelajar dapat membandingkan hasil hubungan interpersonal yang baru. Pelaburan termasuk wang dan masa yang dilaburkan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.

Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam pemilihan rakan baru. Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan melihat sama ada rakannya seiras dengan dirinya dari segi sikap dan minat. Pada peringkat pertambahan sengit, kedua-dua rakan akan mengalami konflik yang serius dan tidak dapat diselesaikan. Seterusnya, perkembangan hubungan interpersonal itu akan mencapai peringkat penamatan.

Page 5: TEORI PSIKOLOGI.docx

McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai keperluan bergabung yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beleiau berpendapat bahawa sahabat yang terbaik bagi pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu dari segi umur, jantina, keturunan, matlamat pendidikan dan pencapaian.

Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial merupakan sifat yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik dengan persekitaran. Penyelidik berpendapat bnahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud bagi membina hubungan mesra dengan keluarga, guru dan masyarakat sekeliling

Oleh itu, berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan rakan sebaya adalah amat penting. Perhubungan ibu bapa yang rapat dengan anak remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di sekolah dan dapat mengelakkan gejala ponteng.

4.3 TEORI SOSIAL BANDURA

Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan kebosanan pelajar. Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar. Teori sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial ada1ah mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan bagi mereka yang percaya bahawa tingkah laku adalah telah ditetapkan.

Menurut Bandura (1977), seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku daripada orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut. Persembahan ini akan dikawal dan diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui motivasi yang diberikan. Bandura (1977), juga mendapati bahawa kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem tingkah laku yang agresif.

Bandura (1977), juga menekankan bahawa manusia akan mempelajari standard peribadi yang berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang digunakan untuk menilai tingkah laku sendiri. Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku dengan melihat dan kemudian melakukannya ia boleh dalam bentuk tingkah laku imitatif (peniruan) atau bukan initatif.

Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi persekitaran. Persekitaran yang berubah akan mempengaruhi tingkah lakunya. Individu juga mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1977), menyatakan walaupun terdapat interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku, setiap satu daripada komponen tersebut boleh lebih mempengaruhi

Page 6: TEORI PSIKOLOGI.docx

daripada yang lain. Ini bermakna kepercayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan yang akan dilakukan oleh seseorang.

4.4 PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER

Walaupun idea pelaziman operan berasal daripada Edward Thorndike, namun B.F. Skinner (1904-1990) adalah tokoh yang paling dikaitkan dengan pelaziman operan. Beliau merupakan tokoh utama dalam behaviorisme yang mendakwa bahawa penyebab kepada tingkah laku terdapat dalam persekitaran dan bukan akibat daripada peristiwa-peristiwa mental dalaman seperti pemikiran, perasaan, atau persepsi. Peristiwa-peristiwa mental dalaman itu sendiri sebenarnya merupakan satu tingkah laku, dan seperti bentuk tingkah laku yang lain, adalah dibentuk dan ditentukan oleh persekitaran.

Dalam pelaziman operan, peneguhan akan memperkukuhkan tingkah laku. Peneguhan akan mengikuti tindakan yang diperkuatkan. Misalnya, setelah melakukan tingkah laku tidak ponteng akan memperolehi peneguhan (pujian) dan peneguhan ini memperkuatkan lagi tingkah lakunya (iaitu cenderung untuk hadir pada masa akan datang). Dengan itu, dalam pelaziman operan, subjek adalah diperteguhkan oleh kesan atau konsekuen yang menyeronokan (pujian). Dua jenis peneguhan operan dikenal pasti sebagai peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Peneguhan positif merujuk kepada konsekuen atau hasil tingkah laku yang positif, agar tingkah laku akan sering diulang kembali. Tingkah laku tidak ponteng menyebabkan ia menerima peneguhan positif iaitu pujian. Dalam bahasa umum, ia dirujuk sebagai ganjaran positif. Apabila melakukan tingkah laku yang betul, kita biasanya menerima ganjaran sama ada dalam bentuk pujian atau pun material. Tingkah laku yang sering diulang kembali akibat diberi ganjaran dikenali sebagai gerakbalas operan, sementara konsekuen positif (ganjaran) dinamakan sebagai peneguh positif. Peneguh positif dikategorikan kepada tiga, iaitu peneguh asas, peneguh sekunder dan peneguh sosial.

Peneguh asas merujuk kepada peneguh yang secara semulajadi adalah meneguhkan dan tidak perlu diperolehi melalui pembelajaran. Contohnya seperti makanan, air, kehangatan, rangsangan, aktiviti fizikal, dan kepuasan seksual. la kadang kala dinamakan sebagai peneguh yang tidak dipelajari. Peneguh sekunder merujuk kepada peneguh yang memainkan bahagian penting dalam pelaziman operan. Peneguh ini dipelajari melalui pelaziman klasik. Ianya menjadi peneguh kerana ia dikaitkan dengan rangsangan lain. Contohnya, wang sebagai peneguh sekunder, kerana wang dikaitkan dengan keupayaan membeli sesuatu yang kita kehendaki.

Peneguh sosial merujuk kepada peneguh yang bergantung kepada orang lain. Peneguh sosial yang biasa adalah seperti kemesraan, perhatian, penerimaan, pengiktirafan, senyuman, dan penghormatan. Peneguh positif ini hendaklah diberi dengan kadar segera iaitu sebaik sahaja gerak

Page 7: TEORI PSIKOLOGI.docx

balas. Jika ganjaran itu ditangguhkan proses pembelajaran akan terbantut. Peneguh positif juga hendaklah diberi secara konsisten. Jika pemberiannya tidak konsisten ia akan menjejaskan pembelajaran terutama di peringkat awal pembelajaran. Peneguh positif juga mestilah sesuatu yang bermakna kepada subjek iaitu sesuatu yang menyenangkan atau mengembirakan.

Peneguhan negatif adalah peneguh yang tidak semestinya terdiri daripada peristiwa-peristiwa yang positif. Dalam situasi tertentu konsekuen peneguhan adalah melalui penyingkiran atau pengelakan / penghindaran peristiwa negatif. Contohnya, pelajar yang sering dileteri oleh guru kerana lewat masuk kelas, maka pelajar tersebut akan ponteng untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru. Tindakan ponteng itu akan meneguh tingkah laku anda, iaitu pada masa akan datang anda akan bertingkah laku untuk mengelakkan daripada dileteri oleh guru anda.

Semasa pelaziman lepas diri, operan (tingkah laku) adalah diperteguhkan kerana tingkah laku tersebut memberhentikan (membuang) peristiwa yang berlaku yang dirasakan tidak menyenangkan. Misalnya, jika pelajar yang melakukan ponteng, mereka akan didenda cuci tandas. Pada masa akan datang mereka akan didenda cuci tandas apabila didapati ponteng sekolah. Tingkah laku mencuci tandas itu telah diperteguhkan, supaya peristiwa negatif itu diberhentikan. Pelaziman lepas diri merupakan satu bentuk peneguhan negatif kerana sesuatu yang negatif telah dihilangkan (dikurangkan). lanya dipanggil pelaziman lepas diri kerana individu mahu melepaskan diri daripada sesuatu yang negatif.

Dalam pelaziman menghindar, tingkah laku mempunyai konsekuen yang boleh menyebabkan sesuatu yang negatif tidak akan terjadi atau berlaku, yang sebaliknya kemungkinan akan berlaku. Misalnya, kita pernah dimarahi oleh ibu kerana tidak mengemaskan bilik tidur. Maka kita akan mengemaskan bilik tidur setiap pagi untuk menghindarkan diri daripada dimarahi oleh ibu. Ini kerana tingkah laku mengemas bilik adalah diperteguhkan dengan mengelakkan diri daripada sesuatu yang negatif (dimarahi).

Teknik yang paling berkesan ialah menggunakan pendekatan B.F Skinner. Menurut Skinner (1932), sebelum kita mengubah perlakuan sesuatu organisma, kita hendaklah bermula dengan mengenal pasti potensi organisma dan apa yang hendak diubah. Skinner juga berpendapat sesuatu respon perlakuan terakhir boleh dihapuskan melalui ganjaran atau hukuman.

Contoh P&P

Page 8: TEORI PSIKOLOGI.docx

Antara contoh terbaik yang pernah saya hadapi ketika mengaplikasikan psikologi di bilik darjah ialah ketika saya mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Seperti yang dimaklumi, pelajar kelas akhir kebanyakkannya dari kalangan yang amat sukar untuk memahami dan menguasai nilai-nilai yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Moral. Pada suatu hari seawal jam 7.40 pagi, saya memulakan kelas seperti biasa dengan sedikit set induksi yang agak mudah untuk difahami oleh pelajar. Walaubagaimanapun, murid-murid telah mula menunjukkan sikap yang tidak memuaskan iaitu dahi yang berkerut seolah-olah sedang berdepan dengan sesuatu yang amat asing dan memandang dengan penuh kecelaruan. Walhal, mereka telah mempelajarinya ketika di tingkatan satu.

Daripada reaksi murid-murid, saya mengandaikan mereka tidak faham atau tidak dapat menguasai pelajaran tersebut. Saya mula menyoal beberapa orang pelajar. Mereka teragak-agak untuk mengatakan faham atau tidak. Apabila disoal kepada pelajar yang mengangguk faham mereka memberikan jawapan yang salah. Maka saya mula berfikir adakah penerangan yang telah diberikan terlalu sukar untuk difahami? Atau adakah cara kerja yang telah ditunjukkan terlalu cepat? Saya telah mengambil keputsan untuk berfikir sejenak mencari kaedah baru untuk memudahkan pemahaman pelajar tersebut.

Daripada situasi tersebut telah menyebabkan saya perlu menukar corak pengajaran dan menggunakan pendekatan psikologi yang baru. Pada mulanya, saya telah memikirkan satu cara penghafalan yang mudah dengan meletakkan diri saya di situasi mereka dan merendahkan tahap kefahaman sendiri. Saya perlu memikirkan sekiranya saya di tempat mereka apa yang saya ingin fahami dan bagaimana cara saya ingin memahami perkara tersebut?

Kedua, saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Kumpulan tersebut terbahagi kepada kumpulan murid-murid faham, sederhana faham dan tidak faham langsung. Kumpulan pertama perlu menerangkan kembali topik pelajaran tersebut dan menyelesaikan satu soalan untuk dinilai tahap kefahaman mereka. Untuk kumpulan ini mereka boleh meneruskan latihan yang seterusnya agar tidak membosankan mereka menunggu guru memberi penerangan kepada kumpulan lain.

Manakala bagi pelajar yang sederhana faham, perlu diberi ulangan pelajaran serta boleh merujuk kepada kumpulan yang faham sebagai pembimbing. Kebiasaan kumpulan ini hanya memerlukan sedikit bimbingan dan perhatian serta dorongan untuk mencuba.

Akhir sekali kepada kumpulan pelajar yang tidak faham langsung mereka telah diajar secara individu. Ini kerana sepanjang pengalaman sebagai guru, kadangkala pelajar yang menganggap diri mereka sebagai lembab ini sebenarnya juga memiliki kepandaian. Namun kepandaian mereka agak tenggelam akibat keadaan.

Reaksi seterusnya apabila murid-murid dapat menguasai pelajaran tersebut, guru meminta semua murid menyatakan perasaan apabila berjaya memahami sesuatu pelajaran dan menyelesaikan masalah yang diberi. Tentunya mereka merasa amat gembira. Justeru itu mereka telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjawab soalan seterusnya dengan raut wajah yang ceria dan senyuman yang lebih berseri-seri. Suasana yang positif ini telah memberi keyakinan kepada guru meneruskan pelajaran yang seterusnya. Malah, seseorang guru juga telah berjaya mengubah suasana pembelajaran pada hari itu untuk mencapai objektif pembelajaran.

Page 9: TEORI PSIKOLOGI.docx