Transformasi Vokasional

of 34/34
PPPM (2013-2025): TRANSFORMASI VOKASIONAL OLEH: MUHAMAD HAFIDZ BIN NASIRI (KB04631;PA03932) PEN PPD BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID
  • date post

    13-Dec-2014
  • Category

    Education

  • view

    1.418
  • download

    1

Embed Size (px)

description

Penerangan telah dijalan di Dewan Bestari Sk Perempuan Bandar pada 7/10/13

Transcript of Transformasi Vokasional

  • 1. PPPM (2013-2025): TRANSFORMASI VOKASIONAL OLEH: MUHAMAD HAFIDZ BIN NASIRI (KB04631;PA03932) PEN PPD BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID

2. Kurang pelibatan remaja lelaki dalam sistem pendidikanmembimbangkan Kementerian. Remaja yang terpinggir merupakan punca ketakstabilan sosial dan politik, seperti yang dilihat serata dunia dalam masa terdekat ini. Malaysia perlu mencari penyelesaian untuk melibatkan lelaki dalam pendidikan bagi memastikan mereka menjadi sumber modal insan yang bernilai, dan bukannya punca kebimbangan. 3. Laluan pendidikan vokasional Pendidikan vokasional menyediakan murid kepada kerjaya yang memerlukan kepakaran teknikal yang khusus. Kerjaya ini mencakupi kemahiran teknikal dan vokasional, daripada pertukangan hinggalah kepada jawatan dalam bidang kejuruteraan dan pekerjaan lain. Aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya. 4. PELUANG-PELUANG BIDANG VOKASIONAL permintaan industri untuk murid lulusan vokasional adalah tinggi dan akan terus meningkat. Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan, pertanian dan pembinaan. Permintaan untuk sumber tenaga mahir pada masa depan akan terus meningkat. 5. Menjelang tahun 2020, daripada 3.3 juta peluang pekerjaan yang disediakan bawah NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma. Hanya 22% yangmemerlukan kelayakan ijazah sarjana muda universiti. Bagi merapatkan jurang permintaan ini, terdapat keperluan untuk menyediakan 50,000 tempat tambahan dalam pendidikan vokasional setiap tahun. PELUANG-PELUANG BIDANG VOKASIONAL 6. Pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah lagi melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah melalui program Kolej Vokasional (KV). Menjelang tahun 2015, program KV dijangka dapat meningkatkan pengambilan sebanyak 10% jumlah keseluruhan enrolmen menengah atas. PELUANG-PELUANG BIDANG VOKASIONAL 7. 19 East Corridor Economic Region (ECER) Kelantan, Terengganu, Pahang Minyak, Gas dan Tenaga Diperbaharui Teknologi Tenaga Solar, Teknologi Tenaga dan Kuasa Pertanian Pengurusan Nuseri Bioteknologi Pertanian, Pemprosesan Hasil Pertanian (Halal) Pemprosesan Hasil Ternakan (Halal) Pengangkutan dan Logistik Mekanik Pesawat Teknologi Avionik North Corridor Economic Region (NCER) Kedah, Perak, Perlis, Penang Teknologi Maklumat Teknologi Sistem Komputer, Pangkalan Data dan Memprogram Keperluan Perkhidmatan Sokongan Rangkaian Teknologi Telekomunikasi Pertanian Pengurusan Nuseri Bioteknologi Pertanian, Pemprosesan Hasil Pertanian Akuakultur Pelancongan Pelancongan Perubatan Pelancongan Agro Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) Minyak, Gas dan Tenaga Diperbaharui Teknologi Tenaga Solar, Teknologi Tenaga dan Kuasa Pengangkutan dan Logistik Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan Teknologi Perkhidmatan Marin, Pelancongan Pelancongan Perubatan Pelancongan Agro Pertanian dan Perikanan Pengurusan Nuseri Bioteknologi Pertanian, Akuakultur Industri Avian Sabah Development Corridor (SDC) Minyak, Gas dan Tenaga Diperbaharui Teknologi Tenaga Solar, Teknologi Tenaga dan Kuasa Pemasaran dan Jualan Pemasaran, Pengurusan Peruncitan Pembuatan Elektrik dan Teknologi Peralatan Pelancongan Pelancongan Perubatan Pelancongan Agro Iskandar Malaysia Pengangkutan dan Logistik Teknologi Perkhidmatan Marin Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan Teknologi Maklumat Teknologi Sistem Komputer, Pangkalan Data dan Memprogram Keperluan Perkhidmatan Sokongan Rangkaian Permainan / Simulasi / Audio Animasi/ Efek Video Pertanian Bioteknologi Pertanian, Pemprosesan Hasil Pertanian Pelancongan Pelancongan Sukan (Golf) Greater KL/Klang Valley Pengangkutan dan Logistik Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan, Teknologi Lokomotif Sains Kesihatan Teknologi Makmal Perubatan Kesihatan Persekitaran Kewangan Perbankan Insurans Pelancongan Pelancongan Perubatan Pelancongan Sukan (Golf) 8. Gelombang 1 (2013-2015): Pengukuhan pendidikan vokasional Usaha membangunkan laluan vokasional menjadi keutamaan Kementerian. Menyedari bahawa usaha yang lebih besar perlu diambil bagi merombak laluan vokasional sedia ada, Kementerian menggunakan sumber tambahan dalam Pelan Transformasi Vokasional bagi memastikan pelan ini dapat mencapai aspirasi negara. 9. Kementerian juga akan mula membangunkan dan melaksanakan secara rintis intervensi bagi laluan pendidikan alternatif untuk menyokong penambahbaikan dalam bidang lain seperti pendidikan agama dan untuk kumpulan berkeperluan khas. 10. Meningkatkan kesedaran dan bimbingan terhadap laluan pendidikan dan kerjaya di sekolah Guru bimbingan dan kaunseling boleh membantu murid merancang laluan pendidikan dan seterusnya memilih hala tuju kerjaya. Walau bagaimanapun, peranan ini kurang diberi keutamaan berbanding peranan lain yang dimainkan oleh guru seperti penguatkuasaan disiplin dan mengajar mata pelajaran lain. Dalam hal ini, guru tidak bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembimbing murid ke arah perancangan laluan pendidikan dan kerjaya mereka. 11. Kementerian akan meningkatkan keutamaan dalam bidang kaunseling dan kerjaya di samping peranan lain yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Tumpuan akan diberikan terhadap pengukuhan program kaunseling yang bertujuan untuk membimbing murid berkaitan laluan akademik dan kerjaya. Menjelang penghujung tahun 2013, Kementerian akan memasukkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam jadual waktu persekolahan menengah. 12. Kementerian juga akan melatih semua guru bimbingan dan kaunseling bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemudahan untuk membimbing murid dengan berkesan termasuk bagi kumpulan murid berkeperluan khas. 13. Gelombang 2 (2016-2020) Peningkatan inisiatif Dalam Gelombang 2, Kementerian akan meneruskan momentum usaha bagi melaksanakan program yang telah menunjukkan kejayaan dalam Gelombang 1 melalui peluasan laluan pendidikan vokasional dan pendidikan agama. Tumpuan juga diberikan untuk menambah baik laluan inklusif bagi memenuhi keperluan tambahan murid pintar cerdas dan murid berkeperluan khas. 14. Pengukuhan pendidikan dan bimbingan kerjaya Kementerian akan meneruskan usaha bagi memastikan semua murid berupaya membuat keputusan yang rasional berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya kendiri. Menjelang tahun 2018, semua murid menengah rendah akan disediakan dengan profil individu. 15. Guru bimbingan dan kaunseling akan dilatih untuk memberi nasihat kepada murid yang memilih laluan berkaitan kepakaran, contohnya dalam bidang sukan dan seni, dan menjadikan pilihan tersebut lebih menarik. Kementerian juga akan mendapatkan lebih ramai kaunselor bagi memastikan murid menerima perhatian secukupnya. Menjelang akhir tahun 2020, nisbah kaunselor sekolah berbanding dengan murid sekolah menengah dapat dikecilkan daripada 1:430 kepada 1:350. 16. Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pendidikan vokasional Kementerian akan mempertingkat dan memperkukuh kerjasama dengan rakan industri bagi menyediakan bantuan dalam pembangunan kurikulum, latihan guru dan peluang untuk menjalankan praktikum. Menjelang tahun 2020, semua KV awam perlu menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan industri. Di samping itu, Kementerian akan terus menambah bilangan persetujuan pelaksanaan dengan KV swasta bagi menambah bilangan penawaran tempat kepada murid dan memperluas skop bidang kursus yang ditawarkan dalam bentuk yang 17. Transformasi laluan pendidikan teknikal Kementerian akan menambah baik laluan pendidikan teknikal supaya lebih menarik dan relevan dengan memperkemas penawaran mata pelajaran elektif teknikal kepada tiga bidang kritikal: (i) kejuruteraan dan sains gunaan; (ii) reka bentuk dan teknologi; dan (iii) perniagaan dan perkhidmatan. 18. Gelombang 3 (2021-2025): Memastikan laluan pendidikan untuk semua Dalam tempoh ini, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada usaha menghalusi laluan pendidikan setiap murid. Langkah yang diambil termasuklah meluaskan laluan pendidikan (seperti sukan dan sekolah seni) dan boleh dibantu melalui peranan yang lebih besar oleh sektor swasta. 19. Sebagai contoh, Kementerian melihat perkembangan peranan kolej vokasional swasta hasil perkembangan yang berlaku dalam senario pendidikan vokasional. Kewujudan kolej swasta dijangka akan menurunkan kos melalui konsep ekonomi berasaskan skala. Di samping itu, kolej swasta ini lebih fleksibel dan dapat memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah. Menjelang tahun 2025, kolej vokasional swasta diharapkan dapat menerajui pendidikan vokasional untuk industri kos rendah seperti hospitaliti. 20. Kementerian juga akan membantu peluasan pelibatan sektor swasta melalui pemberian geran dan pinjaman permulaan. Kolej Vokasional awam pula akan terus berperanan aktif, terutamanya bagi industri berteknologi tinggi seperti kejuruteraan angkasa. 21. SEKIAN TERIMA KASIH.