Tugasan 1 web
-
Upload
shamsuhaila85 -
Category
Documents
-
view
17 -
download
0
Transcript of Tugasan 1 web
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS39500, TANJUNG MALIM, PERAK.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB( KPT 6044 )
TUGASAN 1ANALISIS JURNAL
Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS diKota Kinabalu, Malaysia
Oleh:Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun
NAMA : SHAM SUHAILA BINTI MOHD SALEHNO. MATRIK : M20141000675
NAMA PENSYARAH :
PROFESOR MADYA DATO’ DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR
1
1.0 PENGENALAN
Dalam era teknologi internet yang kini sedang meningkat dan berkembang maka ia juga
harus seiring dengan perkembangan pendidikan di peringkat tinggi. Menurut Lee-Post
(2009) Internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu
dengan yang lain. Oleh itu langkah-langkah yang sejajar harus diambil perhatian untuk
memupuk sikap dalam penggunaan ICT di peringkat pengajian pendidikan tinggi. Sistem
pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak penggunaan teknologi Internet di
perkenalkan. Kemunculan Internet telah banyak mengubah cara individu dan syarikat
swasta mahupun kerajaan berfungsi dan berkomunikasi dalam masyarakat ketika ini.
Pertumbuhan pesat dalam penggunaan Internet dan peningkatan peralatan tanpa wayar
telah membawa kepada pertambahan permintaan untuk teknologi yang lebih baik dan cepat
dan seterusnya meningkatkan permohonan untuk memperolehi alamat Internet supaya
dapat menghantar dan menerima maklumat (Mohamad, 2006).
Kerajaan Malaysia berusaha untuk mentransfomasikan ekonomi darí berasaskan
pertanian ke berasaskan industri dan sejak kebelakangan ini ke arah inovasi menjurus
kepada ekonomi. Kerajaan Malaysia juga telah berusaha untuk mengejar perkembangan
pembangunan dunia dengan membina rangkaian komunikasi yang diperlukan, sokongan
infrastruktur untuk akses kepada Internet, membina rangka kerja yang sah dan yang paling
penting mempromosikan penggunaan Internet di kalangan populasi. Sebahagian pelajar-
pelajar di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang
penting (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2004). Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat
mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan
mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana
melalui Internet kita boleh menggunakan e-mel, skype, msn messenger, yahoo messenger
dan sebagainya. Ini secara tidak langsung menpertingkatkan proses komunikasi dalam
pelbagai urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan, hiburan, penyiaran dan
pentadbiran. Golongan yang mengaplikasikan penggunaan Internet dalam kehidupan
seharian mereka terdiri darí pelbagai kaum, umur, bangsa dan jantina. Mereka ini boleh
terdiri dari orang awam, para pelajar, remaja, pendidik, pakar saintis, doktor perubatan,
surirumah dan sebagainya. Kesemua mereka menggunakan Internet untuk menguruskan
hal-hal berkaitan pekerjaan ataupun peribadi (Mohd Hajiman Mat Jusak, 2002).
2
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Menurut jurnal yang telah dikaji, penyelidik menyatakan bahawa Internet merupakan salah
satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia,
menerusi kemudahan sistem rangkaian. Alat rangkaian sosial ini merupakan satu kaedah
yang digunakan untuk membina satu komuniti dalam talian dimana dapat individu dapat
berkongsi hobi, aktiviti, gambar dan sebagainya. Adakah alat rangkaian sosial digunakan
untuk tujuan sosial atau tujuan pendidikan? Persoalannya sejauhmana penggunaan alat
rangkaian sosial ini digunakan. Alat rangkaian sosial telah mendapat perhatian sejak
kemunculan Web 2.0. Oleh itu, kajian ini cuba mengenalpasti apakah tujuan utama pelajar
IPT menggunakan alat rangkaian sosial. Kajian ini juga akan menyelidik apakah alat
rangkaian sosial yang popular di kalangan pelajar. Berpandukan kepada apa yang telah
dibincangkan, kajian ini akan melihat apakah persepsi pelajar IPT di Kota Kinabalu terhadap
penggunaan alat rangkaian sosial daripada sudut pendidikan, tujuan sosial atau pun
sebagai alat bantu untuk pengajaran dan pembelajaran. Mengikut laporan Boyd dan Ellison
(2007), penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dan digunakan oleh
kaum remaja dan dewasa. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh (Boyd & Ellison,
2007) kebanyakan menjurus kepada tapak rangkaian sosial dimana terdapat banyak tapak
yang telah dibangunkan untuk pengguna membina satu rangkaian untuk berkomunikasi dan
berinteraktif dengan komuniti dalam talian yang lain. Kajian ini penting memandangkan
semakin ramai pengguna terutamanya peringkat pelajar yang semakin giat berkomunikasi
dan menggunakan talian Internet. Kajian ini juga ingin mengkaji adakah terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial ini dari segi jantina dan purata
nilai gred kumulatif (PNGK). Seterusnya kajian ini akan melihat adakah terdapat hubungan
yang signifikan di antara penggunaan alat rangkaian sosial di kalangan pelajar dan adakah
ia dapat membantu pelajar untuk belajar.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
i. Mengenalpasti tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar.
ii. Mendapatkan pandangan pelajar mengenai penggunaan alat rangkaian sosial sebagai
alat bantu belajar.
iii. Mengenalpasti penggunaan alat rangkaian sosial mengikut jantina
iv. Mengenalpasti penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalangan pelajar berdasarkan
Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
3
2.0 METODOLOGI
2.1 Rekabentuk
Pengkaji menggunakan rekabentuk kuantitatif secara tinjauan menggunakan borang soal
selidik. Satu set borang soal selidik disediakan untuk tujuan pengumpulan data. Data diambil
dalam jangka masa dua minggu pada pertengahan semester pembelajaran pelajar iaitu
minggu yang ketujuh dan kelapan dalam semester. Borang soal selidik digunakan untuk
mengumpul maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan kajian dan dianalisis oleh
penyelidik sendiri di tempat kajian dijalankan. Kaedah soal selidik digunakan kerana
kelebihan yang diperolehi iaitu data yang dikehendaki boleh didapati secara terus daripada
borang soal selidik, masa menjawab yang singkat dan memudahkan responden untuk
memberikan jawapan. Ini kerana semua jawapan yang diperlukan telah tersedia dalam
borang soal selidik dan responden hanya perlu menanda sahaja pada jawapan yang
difikirkan benar. Soalan berbentuk tertutup dengan pilihan jawapan memerlukan responden
untuk meneliti setiap jawapan yang berkemungkinan betul dengan pilihan yang lain. Jenis
soalan seperti ini adalah yang paling mudah bagi responden untuk menjawab dan penyelidik
untuk menganalisis data (Glassow, 2005).
2.2 Populasi dan Sampel
Populasi pelajar adalah seramai 800 yang belajar di sebuah kolej swasta dan sampel
sebanyak 261 diperolehi. Pelajar yang dipilih secara rawak ini adalah dari program yang
berlainan dan pelajar semester kedua. Asas bagi menentukan jumlah sampel adalah
berdasarkan Jadual Penentuan Sampel Krejcie & Morgan (1970). Krejcie dan Morgan
menetapkan jumlah sampel minima haruslah berdasarkan jumlah populasi. Berdasarkan
Jadual Penentuan Sampel Krejcie & Morgan, bilangan sampel minimum yang perlu diambil
bagi populasi sebanyak 800 ialah 260 responden. Walau bagaimanapun kajian ini
melibatkan 261 orang sampel. Jumlah ini melebihi jumlah sampel minima yang dicadangkan
oleh Krejcie dan Morgan (1970). Responden untuk kajian ini dipilih secara rawak berstrata
tanpa mengambil kira faktor-faktor seperti jantina, umur, PNGK, status perkahwinan dan
pengetahuan komputer.
2.3 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik. Soal selidik
dibangunkan dengan mengadaptasi soal selidik daripada pengkaji-pengkaji awal iaitu Noor
Ain Mohd Mastor (2009) dan berdasarkan sorotan penulisan. Soal selidik ini mengandungi 4
bahagian yang membawa jumlah bilangan soalan ialah 37 soalan.
4
3.0 DAPATAN KAJIAN
Melalui kajian ini, penyelidik mengkaji dari beberapa aspek iaitu :
a. Responden kebanyakannya terdiri daripada pelajar perempuan di mana 166 orang
(63.6%) darinya adalah perempuan dan selebihnya iaitu 95 orang(36.4%) terdiri
daripada pelajar lelaki. Manakala pelajar berbangsa KadazanDusun lebih ramai
berbanding dengan bangsa lain 81 orang (31.0%). Pelajar kebanyakannya bujang
258 orang (98.9%). Kebanyakan responden pula memperoleh PNGK 2.00-2.99 iaitu
121 orang 46.4%).
b. Penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial mendapati min keseluruhan
bagi konstruk ini ialah 3.82. Daripada 10 item (item 1 hingga item 10) yang mewakili
konstruk tujuan sosial, item 4 mencatat nilai min yang tertinggi, iaitu 4.03. Selain item
4, item 7, item 3, item 9, item 6, item 10, item 8 ,item 5, item 2, item 1 berada dalam
lingkungan 3.65 hingga 3.96.
c. Analisis data menunjukkan min adalah sederhana maka pelajar sederhana setuju
penggunaan alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar. Salah satu
sebab utama kemungkinan mereka tidak mempunyai pengalaman mengguna alat
rangkaian sosial untuk P&P.
d. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadappenggunaan alat rangkaian sosial
untuk tujuan sosial di antara pelajar lelaki dan perempuan (p = 0.05,0.27) pada α =
0.05. Hasil analisis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikanterhadap penggunaan alat rangkaian sosial bagi tujuan pendidikan di
antara pelajar lelaki dan perempuan(p > 0.05, 0.06) pada α = 0.05. Dari segi potensi
dalam pendidikan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara pelajar lelaki dan perempuan (p > 0.05, 0.89) pada α = 0.05.
e. Tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial bagi
tujuan sosial mengikut nilai PNGK (p > 0.05, 0.41) pada α = 0.05. Hasil analisis juga
mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan terhadap penggunaan alat rangkaian
sosial bagi tujuan pendidikan mengikut PNGK (p > 0.05, 0.021) pada α = 0.05 dan
potensi dalam pendidikan mengikut nilai PNGK (p > 0.05, 0.79) pada α = 0.05.
Secara keseluruhan juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
penggunaan alat rangkaian sosial secara keseluruhan mengikut nilai PNGK (p >
0.05, 0.31) pada α = 0.05.
5
4.0 PERBINCANGAN
Melalui analisis jurnal yang telah dibaca, dapatlah disimpulkan bahawa min purata
keseluruhan untuk item tujuan sosial adalah paling tinggi iaitu 3.82 berbanding dengan min
untuk tujuan pendidikan iaitu sebanyak 3.44. Ini menunjukkan bahawa responden lebih
bersetuju menggunakan alat rangkaian sosial ini untuk tujuan sosial berbanding dengan
tujuan pendidikan. Responden lebih berminat untuk menggunakan alat rangkaian sosial
untuk bersosial dan berhubung dengan rakan untuk mencari kenalan baru dan dalam masa
yang sama mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka. Rangkaian sebagai alat sosial
boleh menjadi sangat berkesan kerana dapat menggunakannya sebagai satu alat untuk
bersosial dan bukan kaedah lain serta memperoleh kenalan yang mempunyai sesuatu minat
yang serupa. Tambahan lagi boleh keluar dan bertemu dengan seseorang yang mempunyai
minat yang sama (Mohammad, 2006). Menurut Reynard (2009), rangkaian sosial
menyediakan kaedah baru untuk berhubung dan berkongsi maklumat dan membina
rangkaian mengikut minat. Tapak rangkaian sosial seperti Facebook membolehkan
seseorang menyimpan seberapa banyak jumlah rakan yang penting mereka mempunyai alat
pengurusan digital (Boyd, 2006).
Kajian ini juga mendapati, responden hanya sederhana setuju dengan penggunaan
alat rangkaian sosial dapat membantu pelajar untuk belajar. Ini mungkin mereka tidak ada
pengalaman menggunakan alat rangkaian sosial untuk pengajaran dan pembelajaran.
Walau bagaimanapun, peratusan responden yang memilih bersetuju bagi setiap item adalah
tinggi. Menurut kajian Reynard (2008), kemahiran rangkaian harus dinilai dalam
pembelajaran dan intipatinya ialah persekitaran rangkaian sosial berasaskan Internet. Kajian
ini juga mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan dari segi jantina terhadap
penggunaan alat rangkaian sosial untuk tujuan sosial, tujuan pendidikan dan potensi
penggunaan alat rangkaian social dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, menurut kajian
oleh Pedersen dan Macafee (2007), kaum perempuan lebih berminat menggunakan alat
rangkaian sosial bagi tujuan sosial seperti menulis blog manakala kaum lelaki lebih berminat
dengan informasi dan pemberian pendapat menerusi alat rangkaian sosial. Secara
keseluruhannya, kajian ini telah mencapai keempat-empat objektif di samping menjawab
keempat-empat persoalan kajian.
6
RUJUKAN
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011). Penggunaan AlatRangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia.Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
Ainuddin Mohammad (2006). Social Networking : The Brilliance of Using Networking as aSocialTool.http://www.bestwebsites.com.my/articles/socialnetworking/The_Brillianceof_Using_Networking_as_a_Social_Tool.html
Andergassen, M., Behringer, R., Finlay, J., Gorra, A., & Moore, D. (2009). Why SomeStudents Blog and Others Don't - Practices and Preconceptions. Electronic Journal of e-Learning, 7(3), 203-214.
Boyd, D. (2006). Facebook's Privacy Tarinwreck. Exposure, Invasion, and SocialConvergence. Convergence. The International Journal of Research into New Media Technologies.
Boyd, B. M., & Ellison, N. B. (2007). Social Network Sites: Definition, History, andScholarship. Journal of Computer-Mediated Communication, 13(1). Article 11.http://jcmc.indiana.edu/vol13/issue1/boyd.ellison.html.
Dwyer, C., Hiltz,S. R., &Passerini,K. (2007).Trust and privacy concern within socialnetworking sites: A comparison of Facebook and MySpace. Paper presented at theThirteenth Americas Conference on Information Systems, Keystone, CO, USA
Glasow, P.A.(2005). Fundamental of Survey Research Methodology. McLean,VirginiaHewitt, Anne & Forte, Andrea.(2006). Crossing Boundaries: Identity Managementand Student/Faculty Relationships on the Facebook.
Ibrahim, Effendy.(2009). Rangkaian sosial perlu diselamatkan.Majalah PC Julai 2009, 19Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for ResearchActivities. Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.
Lee-Post, A (2009). “e-Learning Success Model: an Information Systems Perspective. “Electronic Journal of e-learning, 7, Issue 1.
Lin, Yi-Mei and Hooft, Mark Van’t (2008). The impact of blogs on student perceptions towardsocial interaction and learning satisfaction in blended learning. National ChungCheng University, Taiwan.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi (2004). Perkembangan Pembangunan dan Penerimaan epembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. UTM, Jurnal Teknologi, 41(E)Dis. 2004: 55–72.
Mohd Hajiman Mat Jusak (2002). Penggunaan Internet dan Faktor-faktor yangMempengaruhi Pengguna/pelanggan Internet di kalangan Guru Pelatih KursusDiploma Perguruan Malaysia (KDPM) Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL)ambilan Januari 2002. Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan KomunikasiDalam Pendidikan, MPBL, 2002.
Noor Ain Mohd Mastor (2009). Tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dalam kalanganPelajar Universiti. Tesis Sarjana. UTM, Tidak Diceta
7
8