Tugasan Berkumpulan Al-quran
-
Upload
rosmawati-abdul-hamid -
Category
Documents
-
view
253 -
download
0
Transcript of Tugasan Berkumpulan Al-quran
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
1/15
TUGASAN BERKUMPULAN
1. Sejarah dan penulisan Rasm Uthmani
RASM UTHMANI - PENDAHULUAN
Al- Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat dan diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w , melalui pengantaraan Jibril a.s , ditulis dalam
mashaf serta dipindahkan kepada kita secara mutawatir malah menjadi ibadat
kepada sesiapa yang membacanya.
Al-Quran juga merupakan sebuah kitab suci yang syumul sifatnya. Ditanzilkan
oleh Maha Pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan
manusia . Oleh yang demikian , Allah S.W.T turunkan Al-Quran sebagai kitab
panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan
kehidupaan mereka. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan hubungan
sesama manusia, manusia dengan Al-Kholiq dan manusia dengan alam sekitar.
Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia , seperti pendidikan,
falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah,
pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya terkandung dalam Kitab Al-Quran.
Rasm Uthmani Merupakan suatu ilmu yang membahaskan kaedah serta carapenulisan huruf-huruf dan kalimah-kaliamah Al-Quran. Penyeragaman kaedah
penulisannya , adalah bertujuan untuk mengekal dan memelihara ketepatan bacaan
Qiraat Tujuh atau Qiraat Sepuluh yang mutawatir daripada Rasululllah s.a.w .
Sekiranya kaedah tulisan ini tidak bersumberkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat
r.a , sudah tentu ia tidak sesuai lagi digunakan salam penulisan mushaf , kerana
secara zahirnya seolah-olah terdapat bebeerapa kesalahan yang berlaku dalam
penulisan . Jelasnya terdapat banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalampenulisan ini sehingga Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a begitu mengambil
berat terhadap penulisan ini .
RASM UTHMANI SUMBER DAN SEJARAH
Allah S.W.T menurunkan Al-Quran bagi dijadikan sebagai panduan hidup
manusia dan menjadi rujukan utama ummat Islam disamping Sunnah Rasulullah
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
2/15
s.a.w . Ianya diturunkan dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s bermula dari tanggal
17 Ramadhan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Syura , ayat 192 195 , bermaksud :
Dan sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh tuhan semesta alam,
dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin ( Jibril ) kedalam hatimu ( Muhammad )supaya
kamu menjadi salah seorang diantara orang yang member peringatan dengan
bahasa Arab yang jelas.
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril a.s akan dihafaz oleh baginda Rasulullah
s.a.w , kemudian baru dibacakan kepada para sahabat. Baginda mengulangi
bacaan ketika Qiyammullail dan solat , malah satiap setahun sekali , baginda akan
ditasmik bacaannya oleh Jiril a.s secara bertadarrus.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w , para sahabat juga turut menjadi panghafaz (huffaz).
Antara huffaz yang terkenal adalah seperti empat orang Khulafa Ar-Rasyidin ,
Talhah, Ibnu Masud, Huzaifah, Abu Hurairah dan banyak lagi. Pada masa yang
sama juga, Rasulullah s.a.w melantik beberapa orang sahabat sebagai penulis
wahyu. Mereka akan menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan
setiap kali wahyu diturunkan. Antara penulis yang terkenal adalah seperti Empat
Khulafa Ar-Rasyidin, Muawwiyah, Khalid Al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin
Thabit. Penulisan diwaktu itu hanya ditulis pada kayu, batuan, kulit haiwan dan kain-
kain sahaja berikutan kertas belum ditemui.
Al-Quran tidak dibukukan ( dalam satu mashaf ) sewaktu baginda Rasulullah
masih hidup. Ini disebabkan oleh beberapa faktor , seperti :
1) Tiada kemudahan peralatan dalam penulisan
2) Ramai huffaz dan qurro yang masih hidup
3) Ada diantara ayat-ayat yang diturunkan adalah bersifat nasikh dan mansukh (hukum atau ayat bertukar disebabkan perkara tertentu )
4) Ayat-ayat Al-Quran tidak diturunkan sekaligus
5) Setiap ayat-ayat yang diturunkan atas sebab sesuatu peristiwa, faktor dan
perkara yang sedang atau telah berlaku.
Pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah, ramai huffaz
meninggal dunia dalam peperangan Yamamah iaitu seramai 70 orang . Lalu Saidina
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
3/15
Umar r.a mencadangkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a supaya dihimpunkan
helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang
akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurro tersebut . Pada
mulanya beliau ragu-ragu kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah melakukannya dan
takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat Al-Quran. Selepas
berbincang dengan teliti oleh para sahabat, atas alasan dan maslahah serta
menyedari bahawa ia adalah satu wasilah agung untuk memudahkan
mengahafaznya serta mengelakkan dari hilang dan luput , maka Saidina Abu Bakar
As-Siddiq r.a bersetuju untuk dikumpulkan ayat-ayat suci Al-Quran .
Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Rasulullah yang
masih hidup , antaranya Zaid Bin Thabit, bagi meneruskan usaha penulisan Al-
Quran. Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a
Selepas kewafatannya , diserahkan kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a . Selepas
beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri baginda Rasulullah
s.a.w , yang juga merupakan anak kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a sehingga
kesaat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman r.a.
Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran ( disebabkan oleh
kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan oleh Rasulullah s.a.w sebelumnya)
memaksa khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran . Maka dibentuk satu
jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya.
Pada peringkat awal, jawatankuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan
sebanyak 6 buah naskah untuk dipegang oleh beliau sendiri, senaskah kepada Kota
Basrah, senaskah kepada kota Kufah, senaskah kepada kota Syam, sebuah ke kota
Madinah , senaskah ke kota Makkah. Kemudiannya dibukukan lagi 2 naskah khas
yang disalin terus dari naskh beliau untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh
Abu Daud Sulaiman Bin Najah . Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkalatimbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar kitab suci Al-Quran .
Mashaf Uthmani asli yang dipegang oleh Saidina Uthman r.a serta dua salinan
lagi, disalin megikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan dengan
penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran itu sendiri yang diriwayatkan oleh
Hafs Bin Sulaiman Bin Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim Bin Abi
Najud Al-Kufi At-Tabie daripada Abi Abdil Rahman Abdillah Bin Habibi Sulami
daripada Uthman Bin Affan , Ali Bin Abi Talib, Zaid Sabith dan Ubai Bin Kaab danakhirnya daripada Muhammad Bin Abdullah ( Rasulullah s.a.w )
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
4/15
Manakala cara pembarisannya pula aadalah diambil dari apa yang diakui
kesahihannya oleh para ulama seperti yang dibandingkan dalam kitab At-Tarazu
Ala Dhabtil Kharazi karangan daripada Masyriqah ( masyarakat Al-Quran ) , gentian
daripada tanda-tanda yang disepakati oelh orang Andalusia dan orang-orang
Maghribi.
Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani , hasil dari
penggebelingan tenaga oleh Zaid Bin Thabit sebagai ketua, Abdullah Bin Zubair ,
Saad Bin Ash dan Abdul Rahman Bin Harith Bin Hisyam . Akhirnya mashaf Uthmani
itu bertebaran keseluruh pelusuk dunia yang menjadi panduan ummat Islam yang
paling utama hingga ke hari ini.
2. Jenis-jenis bacaan Al-Quran
Al-Quran adalah merupakan Kalamullah dan mukjizat teragung Nabi kita Muhammad
s.a.w. Jadi membaca al-Quran mempunyai adab-adabnya tersendiri mengikut
kaedah-kaedah bacaan dan hukum tajwid.
Terdapat empat jenis atau martabat bacaan al-Quran dari segi cepat dan
perlahannya bacaan itu. Antaranya ialah bacaan tartil, tahqiq, hadar dan tadwir.
Berkata Ibnu Jazari dalam ayyibah:
*
*
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
5/15
Ertinya: Harus al-Quran itu dibaca dengan 3 jenis bacaan Tahqiq, Hadar, Tadwir.
Membaca al-Quran dengan suara yang elok, dengan lagu arab secara tartil dan
bertajwid dan dengan bahasa arab.
1) At-Tartil ( )
.
Ertinya: Membaca dengan lambat dan tenang, mengeluarkan setiap huruf dari
makhrajnya dengan memberikan sifat-sifat yang dimilikinya, baik asli maupun
mendatang (hukumnya) serta memperhatikan makna ayat.
Bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada
makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan
sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini
biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf
dan hukum-hukum tajwid. Bacaan inilah sepertimana yang dibacakan oleh Jibril a.s.
ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Tempoh masa bacaan ini lebih kurang 40 hingga 50
minit dalam satu Juzu`.Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih
diutamakan keranaal-Quran itu diturunkan secara tartil dan telah sabit dari firman
Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 32.:
A$s%urt%!$#(#rxx.wqs9tAhRmn=tb#u)9$#\'s#Hd Zoynur 4 y79x2 |Mm7s[Z9 m/ x8y #xs (
m oY=?uurWx ?s?32. Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan
kepadanya sekali turun saja?"; demikianlah[1066] supaya kami perkuat hatimudengannya dan telah kami (Allah) membacanya (al-Quran) secara tartil (teratur danbenar).
Maksudnya: Al Quran itu tidak diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secaraberangsur-angsur agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad s.a.w menjadikuat dan tetap.
dan firman Allah dalam surah al-Muzammil: ayat 4.
@o?uurtb#u)9$#x?s?Ertinya: Dan Bacalah Al Quran itu dengan tartil perlahan-lahan lagi jelas.
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
6/15
2) At-Tahqiq ( )
.Ertinya: Membaca seperti Tartil tetapi lebih tenang dan lambat.
Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil juga tetapi ianya lebih lambat dan perlahan,
seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan
mad dan dengung. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar
bacaan al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan
tepat dan betul. Sesuai tabaqah ini untuk guru-guru yang mengajar Al-Quran.Bacaan Taqiq ini adalah berlaku bagi mazhab Qiraat Hamzah dan Warsh yang
bukan dari ariq Abahani.
3) Al-Hadar ( )
.
Ertinya: Membaca dengan cepat serta masih menjaga hukum-hukum tajwidnya.
Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan
tajwidnya. Bukan merempit akan tetapi apabila sampai tempat dengung dia dengung
dan sampai tempat wakaf dia berhenti. Pada umumnya bacaan ini memakan masa
10 hingga 30 minit untuk satu Juz`. Kebiasaannya bacaan pada tingkatan ini adalah
bacaan para penghafaz al-Quran yang mahu mengulang hafalannya. Ini adalah
kerana mereka dapat mengulangi hafazan bacaan al-Quran dalam masa yang
singkat. Dengan cara inilah dikisahkan bahawa Imam al-Syafi`i, setiap malamRamadhan solat Tarawih dengan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam satu
malam. Jadi Beliau telah menunaikan solat Tarawih selama 5 jam atau 6 jam dan
Beliau boleh mengkhatamkan Al-Quran. Bacaan adar adalah dengan membaca
Mad Munfasil dengan 2 harakat seperti mazhab Ibnu Kathir, Abu Amr, Yaqub, Abu
Jafar, Qalun dan Asbahani.
4) At-tadwir ( )
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
7/15
.
Ertinya: Tingkat pertengahan antara Tartil dan Hadar.
Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan
Tartil dan Hadar iaitu tidak terlalu cepat dan juga tidak sangat lambat, melainkan
membacanya dengan kira-kira batas waktu 20 hingga 40 minit dalam satu Juz`.
Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.Selalunya bacaan seperti ini
dapat kita lihat di dalam solat Solat Terawih.
Bacaan Tadwr adalah dengan membaca Mad Munfasil tidak lebih dari 6 harakat
seperti mazhab Ibnu Amir dan Kisi.
Pendek kata, semua jenis bacaan di atas tetap menitik beratkan hukum bacaan yangmengikut hukum-hukum tajwid walaupun dari jenis bacaan yang cepat. Ini
bermaksud bahawa membaca al-Quran secara bertajwid itu adalah wajib diamalkan
supaya bacaan al-Quran tidak terkeluar dari bacaan yang sebenarnya.
3. Adab-adab dengan Al-Quran
Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad
s.a.w sebagai panduan hidup umat Islam kearah kebenaran. Al-Quran merupakan
santapan rohani kepada orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya.
Orang yang membacanya diberi pahala. Oleh itu, diwajibkan menjaga adab-adab
dengan Al-Quran.
Adab dengan Al-Quran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu adab sebelum, semasa
dan selepas membaca Al-Quran.
Adab sebelum membaca al-Quran
Membaca al-Quran dalam keadaan berpakaian bersih, menutup aurat, suci
daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang.
Sebelum membaca al-Quran hendaklah berwudhuk dan dalam keadaan bersih tubuh
badan serta mulut kerana yang di baca adalah ayat-ayat suci al-Quran. Tangan
kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakankedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran. Rasulullah bersabda,
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
8/15
mafhumnya : "Sesungguhnya mulut kamu itu laluan al-Qur'an, maka bersihkanlah ia
dengan bersugi". Apabila wuduk terbatal, segeralah memberhentikan bacaan dan
mengambil wuduk semula. Sunat berpakaian yang elok, bersih dan menutup aurat
serta memakai bau-bauan. Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-
Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan
tetapi dia meninggalkan sesuatu yang utama".
Niat dengan ikhlas dan mendampingkan diri kepada Allah
Membaca al-Quran perlu kepada keikhlasan dan kejujuran untuk menjadikan amalan
itu agar kekal abadi sempurna lahir dan batin. Disamping itu, ia benar-benar dapat
diterima oleh Allah s.w.t. dan dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya
sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadisnya yang
bermaksud: "Sesungguhnya segala perbuatan yang dilakukan itu dengan niat dan
sesungguhnya tiap-tiap manusia apa yang diniatkannya maka barangsiapa yang
hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya
dan barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yang ia ingin memperolehinya atau
kepada perempuan yang hendak dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang ia
inginkan".
Duduk dengan tertib
Tempat membaca al-Quran hendaklah suci. Afdhalnya di masjid, surau, musolla dan
tempat lain yang dianggap bersih. Makruh membaca di jalanan atau di tepi jalan, di
dalam bilik mandi, di pasar atau di tempat yang tak selayaknya dengan kesucian dan
kemuliaan al-Qur'an.
Menghadap kiblat dan mengharap pahala dan syafaat
Hendaklah duduk mengadap kiblat dengan penuh khusyu', tenang dan ta'zim serta
kepala tertunduk. Disamping itu, sentiasa megharapkan pengampunan Allah dan
syafaat daripadanya. Jangan sekali-kali duduk seperti duduk orang yang takabbur.
Adab semasa membaca Al-Quran
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
9/15
Membaca al-Quran dimulai dengan istiadzah dan Basmalah. Sebelum
memulakan bacaan, bacalah dulu ta'awwuz. Allah berfirman yang bermaksud: Dan
bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah
daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk( A'uuzu billaahi minal-syaithaanil-
rajiim ). (Surah An-Nahl: Ayat 98). Bacaan ta'awwuz ini jika di khalayak boleh dibaca
nyaring, tetapi jika tiada khlayak untuk mendengarnya, lebih utama (awla)
diperlahankan bacaannya, iaitu seperti membacanya di dalam sembahyang.. Apabila
ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas istiadzah terus membaca
Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca istiadzah. Khusus untuk
surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah.
Cukup dengan membaca istiadzah saja.
Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati
ayat yang dibaca.
Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum
akan makna ayat-ayatnya. Allah berfirman, mafhumnya, "Dan bacalah al-Qur'an itu
(mantapkan bacaan) dengan perlahan-lahan(tidak terlalu cepat)". (QS. 73 : 4), dan
"Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat agar mereka
mentadabburkan makna segala ayatnya dan agar mendapat pelajaran orang-orangyang berfikitan". (QS. 38:29). Kata Ibnu 'Abbas, "Aku baca surah al-Baqarah dan Ali
'Imran dengan tartil dan aku tadabburkan kedua surah itu .
Ini lebih aku suka daripada membaca dengan pantas seluruh al-Quran". Apabila
membaca ayat-ayat yang berkenaan, sunat beristighfar, bershalawat, bersyukur,
minta berlindung atau berdoa dan sebagainya. Berkata 'Auf bin Malik, "Aku bersama
dengan Rasulullah yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda
berhenti berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindungdengan Allah apabila membaca ayat mengnai azab".(HR. Abu Dawud dan al-Nisa`i).
Daripada Huzaifah r.a. ia berkata ; Aku bersembahyang bersama Nabi Muhammad
S.A.W. pada satu malam, baginda membaca Surah Al Baqarah kemudian An Nisaa'
kemudian A-li 'Imraan. Baginda membaca secara terhenti-henti apabila sampai ayat
tasbih maka baginda bertasbih dan apabila baginda membaca ayat tentang
permohonan maka baginda memohon dan apabila membaca ayat mohon
perlindungan maka baginda mohon berlindung dengan Allah S.W.T. ( Riwayat
Muslim ).
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
10/15
Membaca al-Quran secara khusyuk dan tadabbur dengan menangis kerana
sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Firman Allah Ta'ala : Mengapakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataupun
hati mereka terkunci.( Surah Muhammad - ayat 24 ).Firman Allah Ta'ala : Ini adalah
sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya
mereka memerhatikan ayat-ayatnya.( Surah Saad - ayat 29 ) Dalam hal ini,
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila
kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.
(Hadis Riwayat: Al-Bazzar). Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat
hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan mereka segera
tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka
khusyuk. (Surah Al-Isra: Ayat 109). Rasulullah s. a. w bersabda, mafhumnya,
"Bacalah al-qur'an serta menangis. Jika tidak menangis seberapa boleh
menangislah". Kata Ibu 'Abbas, "Apabila kamu baca ayat Sajadah, maka jangan
kamu segera sujud sehingga kamu menangis. Jika tidak menangis, hendaklah
menangis di dalam hati". Sesungguhnya yang mendorongkan tangisan itu ialah
menjadikan hati dukacita". Daripada dukacita itulah tercetusnya tangisan. Rasulullah
bersabda, mafhumnya, "Bahawa al-qur'an itu diturunkan dengan dukacita, maka
apabila kamu membacanya, hendaklah dengan hati yang dukacita". Timbulnya
dukacita itu ialah dengan mengingati dan mengamati perbuatan yang dimurkai Allah
serta mengingati kecuaian mentaati perintah dan tegahan-Nya, lalu tercetuslah
tangisan. Diriwayatkan, bahawa menangis ketika membaca al-Qur'an itu ialah sifat
orang-rang shalihin dan 'arifin.
Membaguskan suara membacanya,sebagaimana sabda Rasulullah yangbermaksud: Hiasilah al-Quran dengan suaramu. (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu
Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: Tidak termasuk umatku orang yang
tidak melagukan al-Quran. (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim). Maksud hadis
tersebut ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang
makhraj hurufnya, panjang pendek bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan
kaedah Tajwid. Membaca Al Quran secara baik, melagukannya serta
memperelokkan suara. Firman Allah Ta'ala : Bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.( Surah Al Muzammil - ayat 4. Daripada Abu Hurairah r.a. telah bersabda
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
11/15
Rasulullah S.A.W bermaksud : Bukan dari golonganku orang-orang yang tidak
memperelokkan suaranya ketika membaca AlQuran. (HR Imam Bukhari). Daripada
Abu Hurairah r.a. juga meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda : Allah menggalakkan kepada hambanya sebagaimana Allah
memerintahkan Rasulullah S.A.W. supaya memperelok dan mengangkat suara
ketika membaca Al Quran.( Riwayat Bukhari & Muslim ).
Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti
daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di
dalamnya. Firman Allah bermaksud: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-
Quran, ataukah hati mereka terkunci? (Surah Muhammad: Ayat 24).
Membaca al-Quran dengan tidak mengganggu orang sedang solat, dan tidak
perlu membacanya dengan suara yang terlalu keras atau di tempat yang
banyak orang. Bacalah dengan suara atau dalam hati secara khusyuk. Rasulullah
bersabda bermaksud: Orang yang terang-terangan (di tempat orang banyak)
membaca al-Quran, sama dengan orang yang terang-terangan dalam sedekah.
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasai, dan Ahmad). Dalam hadis lain dijelaskan: Ingatlah
bahawa setiap hari dari kamu munajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu
daripada kamu mengganggu yang lain, dan salah satu daripada kamu tidak boleh
mengangkat suara atas yang lain di dalam membaca (al-Qur'an). (Hadis Riwayat:
Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan Hakim). Jangan jadikan ibadah yang dilakukan itu
sia-sia kerana kita tidak mengendahkan sunnah Rasulullah dalam melaksanakan
ibadah membaca al-Quran.
Membaca dan mendengarlah bacaan al-Quran. Jika ada yang membaca al-
Quran, maka dengarlah bacaannya itu dengan tenang. Allah berfirman yang
bermaksud: Dan tatkala dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, semoga
kamu diberi rahmat. (Surah Al-Araaf: Ayat 204). Membaca al-Quran, boleh
dilakukan secara bergantian dan yang mendengarnya haruslah dengan khusyuk dan
tenang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidaklah berkumpul suatu kaum di
dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan saling mempelajarinya kecuali
akan turun atas mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh rahmat (Allah), malaikat
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
12/15
menyertai mereka, dan Allah membanggakan mereka di kalangan (malaikat) yang
ada di sisi-Nya. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)
Melakukan sujud Tilawah (sujud Sajdah) pada saat selesai membaca ayat
Sajdah, pada bila-bila masa saja, baik siang ataupun malam, jika pembacanya
belum batal daripada wuduk.Tatacara pelaksanaannya dimulai daripada takbir, lalu
sujud, kemudian membaca Subhaana Rabbiyal Alaa' (Maha Suci Rabb-ku Yang
Maha Tinggi), lalu dilanjutkan dengan doa sujud Tilawah. Selepas itu bangkit
daripada sujud tanpa takbir dan salam, kerana tidak ada riwayat daripada Nabi s.a.w
mengenai hal itu, kecuali jika sujud Tilawah itu dilakukan di tengah-tengah
pelaksanaan solat, maka ia bertakbir ketika sujud dan bangkit daripada sujud.
Disahkan daripada Omar r.a. bahawa ia membaca di atas mimbar pada hari JumaatSurah An Nahl sehingga sampai ayat sujud maka beliau turun dan sujud, orang
ramai turut sujud bersama beliau. Sehingga apabila tiba hari Jumaat ia membaca
surah tersebut dan apabila sampai kepada ayat sujud ia berkata : Wahai manusia
sekelian, sesungguhnya kita melalui ayat sujud maka barangsiapa sujud ia beroleh
pahala, dan barangsiapa yang tidak sujud tiada dosa baginya dan Omar r.a tidak
sujud pada ketika itu.( Riwayat Bukhari )
Memperbanyakkan bacaan Al Quran dan berdoa selepas membacanya kerana
waktu itu adalah antara waktu mustajab doa. Dalam sebuah riwayat dijelaskan,
bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk
berdoa dan mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-
Quran. Daripada Abdullah Bin 'Amru beliau menceritakan :Rasulullah S.A.W.
bersabda : Bacalah Al Quran dalam masa sebulan. Aku menjawab : Aku masih
mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : Bacalah ia dalam masa sepuluh hari. Aku
menjawab: Sesungguhnya aku masih lagi mampu. Rasulullah S.A.W. bersabda lagi :
Bacalah ia dalam masa tujuh hari dan jangan lebih dari itu.( Riwayat Bukhari dan
Muslim ). Rasulullah bersabda, mafhumnya, "Barangsiapa membaca surah al-Tiin
hingga akhir ayatnya, maka hendak berkata 'Balaa wa ana 'alaa dzaalika minal-
syaahidiin' (Bahkan, dan aku daripada mereka yang menjadi saksi atas yang
demikian itu); barang siapa membaca surah al-Qiyaamah samapi selesai pada ayat,
'Alaysa dzaalika biqaadirin 'alaa an yuhyiyal-mawtaa', maka hendaklah berkata,
'Balaa' (bahkan); dan barangsiapa membaca surah al-Mursalaat hingga akhir
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
13/15
ayatnya, maka hendaklah berkata, 'Aamannaa billaah' (Kami beriman dengan
Allah)"- (HR. Abu Dawud dan al-Tirmizi). Al-Hakim meriwayatkan : Apabila selesai
membaca ayat akhir surah al-Mulk, iaitu "Faman ya`tiikum bimaa`in ma'iin" (Maka
siapakah yang memberikan kepada kamu air yang mengalir? , hendaklah berkata
"Allaahu Rabul-'Aalamiin" (Allah Tuhan seantiru alam) dan apabila selesai membaca
surah al-Dhuhaa, hendaklah mengucap takbir. Bacaan-bacaan tambahan tersebut,
selain sunat dibaca oleh qari / qari`ah berkenaan, sunat juga dibaca oleh pendengar.
Mengucup al-Quran adalah dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia
juga hadiah kepada Allah SWT.
Membaca dengan bertajwid dan bertaranum
Apabila membaca Al Quran mengikut bacaan tertentu ( Qiraat ) maka perlu
berterusan dengan mengikut bacaan tersebut tanpa mengubah kepada bacaan yang
lain kerana ia merupakan salah satu adab daripada adab-adab bacaan Al Quran.
Untuk menghormati atau memuliakan al-Qur'an, jangan teruskan bacaan
semasa menguap, kerana menguap itu tabiat syaitan. Selesai menguap dengan
sopan, barulah menyambung semula bacaan. Jangan tertawa atau bercakapbercampur-aduk dengan bacaan kecuali kerana satu-satu hajat yang penting.
Justeru, bacaan sebaik-baiknya di tempat yang terasing agar tidak diganggu atau
diajak bercakap oleh orang lain. Bagaiamana pun qari / qari`ah boleh memutuskan
bacaannya untuk memberi salam atau untuk menjawab salam. Sunat memutuskan
bacaan untuk tujuan berikut :
1. mengucap "Al-hamdulillaah" selepas bersin,
2. mengucap "Yarhamukallaah" kepada orang yang bersin,
3. menjawab azan,
4. bangun menghormati ketibaan orang alim, orang shalih atau orang yang
dimuliakan, tetapi bukan dengan riyak.
Bersederhana antara membaca dengan suara kuat dan perlahan firman Allah
Ta'ala :Dan janganlah kamu menguatkan suaramu dalam solat dan janganlah pulamerendahkannya dan carilah jalan tengah antara keduanya.( Surah Al Israa' - ayat
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
14/15
110 ). Daripada 'Uqbah Bin Amir r.a. berakata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda:Orang yang membaca Al Quran secara perlahan-lahan seperti bersedekah
secara sembunyi.( Riawayat Abu Daud dan Tarmizi dan An Nisai'e )( Tarmizi berkata
:Hadis ini hasan )Keseluruhan bacaan sebaik-baiknya (afdhal) dengan suara nyaring
jika bertujuan untuk didengar, disemak serta dimanfaatkan atau dihayati oleh orang
lain, atau pun untuk mengawal konsentrasi diri sendiri terhadap bacaan atau untuk
menghilangkan rasa jemu atau mengantuk. Sebaliknya, jika ditakuti menjadi riyak
atau akan mengganggu orang yang sedang atau akan bersembahyang atau tidur,
tidak digalakkan membaca nyaring, yakni membaca perlahan adalah lebih afdhal.
Suatu masa di dalam masjid, Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya: "Ketahuilah,
setiap kamu bermunajat kepada Tuhan, maka janganlah menyakiti (mengganggu)
antara satu sama lain dan jangan antara kamu mengangkat suara bacaan sehingga
menggannggu yang lain. (HR. Abu Dawud). Dikatakan sunat juga suara bacaan al-
Qur'an itu berselang-seli_sekali perlahan sekali nyaring. Apabila terasa jemu atau
mengantuk dengan membaca perlahan, bacalah secara nyaring dan apabila terasa
penat, lalu kembali membaca perlahan sebagai istirahat. Al-Imam al-Ghazali ada
menyatakan, jika kita bimbang akan timbul riak iaitu ingin menunjuk-nunjuk, maka
membaca secara perlahan itu lebih utama. Sebaliknya jika dapat menjaga daripada
timbulnya penyakit berkenaan, maka digalakkan membaca dengan suara yang
nyaring Ihya Ulumiddin.
Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran,
disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-
ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang
dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan
memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya.Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca
Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya.Hal itu akan
mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An
Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut: "Apakah mereka tidak memperhatikan (isi)
Al Quran?...". Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran
erti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat
yang dibacanya.
-
7/29/2019 Tugasan Berkumpulan Al-quran
15/15
Adab selepas membaca Al-Quran
Menutup Al-Quran dengan cermat dan berdoa
Berdoa bila Khatam Al Quran kerana ia waktu mustajab doa. Atau sekurang-
kurangnya jika habis membaca sepotong ayat, berdoa kebaikan dunia & akhirat
untuk diri keluarga, anak-anak dan sebagainya. Kemudian ditambah dengan mana-
mana doa pilihan yang lain Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat
apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan
mengucapkan: Semoga rahmat turun atas selesainya membaca al-Quran. Sebuah
hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia
sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa.
(Hadis Riwayat: Abu Daud).
Mencium dan mengucup Al-Quran
Mengucup al-Quran kerana dikiaskan dengan mengucup Hajar al-Aswad kerana ia
juga hadiah kepada Allah SWT.Mengucup Al Quran selepas membaca Al Quran Jika
seseorang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad, Quran itu juga hendaklah di
kucup olehnya
Membawanya dengan penuh hormat dan meletakkannya ditempat yang sesuai
Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-
kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah s.a.w
berbunyi: Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-Quran sebagai bantal tetapi
hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.
Demikianlah adab-adab membaca al-Qur'an al-Karim. Dengan mengamalkannya,
mudah-mudahan akan mendapat berkat dan keridhaan Allah, insya Allah.