Tugasan Bm

Click here to load reader

  • date post

    07-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    4.482
  • download

    0

Embed Size (px)

description

contoh pengajaran kesusteraan melayu dalam BM

Transcript of Tugasan Bm

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

1.0 PENGENALANDalam usaha kita untuk memperkasakan sastera dan meluaskan khalayak

sastera kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa kita perlu meneliti situasi semasa yang begitu banyak berubah yang turut menyebabkan perubahan dalam nilai, minat, sikap dan keperluan masyarakat terhadap sastera. Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa.(Hashim Awang,1985:2) Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. (A.Ghafar Ibrahim; 2002: 25)

__________________________________________________________________ 1 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

2.0

KEWAJARAN PENGGUNAAN BAHAN SASTERA

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasanalasan yang mewajarkan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan.

2.1

FAKTOR KURIKULUM BAHASA MELAYU

Bidang

estetik

dalam

Kurikulum

Bahasa

Melayu

Sekolah

Menengah

menggalakkan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu Ini selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Huraian Sukatan Pelajarannya iaitu membolehkan murid: i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera. ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera. iii. menghayati dan menghargai nilai estetik bahasa. iv. menghargai penulis dan karya yang telah dihasilkannya. 2.2 FAKTOR MENARIK MINAT

Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid. Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti yang berikut: I. Memberikan keseronokan kepada pelajar semasa

pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana karya sastera __________________________________________________________________ 2 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

itu adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang tentang perkara yang aneh dan ajaib yang telah disusun dalam cerita begitu dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya. II. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan. 2.3 FAKTOR MEMUPUK MINAT MEMBACA

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, Mereka akan membaca novel, cerpen, drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman. 2.4 FAKTOR UNTUK MEMENUHI FALSAFAH PENDIDIKAN

A.Ghafar Ibrahim, 2002 pula menyatakan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi

__________________________________________________________________ 3 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani. Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar ,kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.Kita mahu melahirkan peradaban manusia, pembangunan, dan tamadun, justeru subjek kesusasteraan sendiri patut diajar kepada semua pelajar untuk semua kursus di institusi pengajian tinggi Bukan mengecilkan jurusan sastera, sebaliknya kita perlu melibatkan jurutera, pakar sains teknologi, arkitek, dan sebagainya supaya mempelajari bidang sastera kerana sastera perkara paling asas dalam pembangunan (Shamsuddin,2002:2)

2.5

FAKTOR MEMUPUK INSPIRASI Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), terdapat beberapa kebaikan penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu; i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi dapat memupuk dan membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya sastera. ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem, karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.

__________________________________________________________________ 4 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________ iii) iv) Bahan sastera juga merangsang pembaca

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

meningkatkan

kebolehan empetik dan kreatif. Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan. v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan, menenteramkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

2.6 FAKTOR UNSUR TARIKAN Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang bermutu, maka bahasanya terjamin. Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah satu objektif pendidikan Bahasa Melayu. __________________________________________________________________ 5 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

3.0

DEFINISI BAHAN SASTERA DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan

dalam sukatan pelajaran ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan improvisasi. Mengikut keperluan tugasan berikut dihuraikan TIGA teknik penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.

3.1 TEKNIK IMPROVISASI 3.1.1 Definisi __________________________________________________________________ 6 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

______________________________________________________________

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI

Menurut Som Hj. Nor (1994) Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan : i) ii) iii) iv) v) Situasi Benda/alat Watak Petunjuk Bibliografi

3.1.2 Rancangan Aktiviti Improvisasi Berdasarkan Situasi Satu situasi diberikan kepada pelajar secara individu, pasangan atau kumpulan pelajar diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. 3.1.3 Kaitan kemahiran atau aspek bahasa dengan bahan sastera yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Contoh Teknik Improvisasi berdasarkan teks Komsas Antologi Anak Laut (teks Prosa Klasik Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 Peminangan Puteri GunungLedang

Set Induksi 1. Guru menayangkan sedutan VCD filem Puteri Gunung Ledang kepada pelajar dan mengemukakan soalan berkaitan rakaman tersebut. 2. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran.

Langkah-langkah Pengajaran 3. Secara rawak guru memilih beberapa orang pelajar