Tugasan George Berundang [a]

45
1 SCE 3123 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER BAHAGIAN A PENGURMPULAN MAKLUMAT PENGURUSAN MAKMAL LIZA ANAK MAN 780913135162 PPG KOHORT2 SAINS 2

description

Harap dapat membantu

Transcript of Tugasan George Berundang [a]

SCE 3123 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER

SCE 3123 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER

BAHAGIAN APENGURMPULAN MAKLUMATPENGURUSAN MAKMAL

1.0Pengenalan Pengurusan MakmalPengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti.Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal. Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis bagi menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah di peringkat sekolah atau institut pengajian tinggi. Terdapat lima aspek pengurusan Makmal bagi mencapai matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah yang dikehendaki iaitu:

Rajah 1: 5 Aspek Pengurusan Makmal Sains

Kelima-limanya elemen tersebut saling berkaitan untuk membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan makmal sains yang cekap dan berkesan.Pendekatan pembelajaran sains mengutamakan penglibatan aktif pelajar secara aktif. Kaedah pengajaran dan pembelajaran sains memberi penekanan terhadap pembangunan aspek Kemahiran Proses Sains [KPS] dan Kemahiran Manipulatif Sains [KPS]. Aktiviti penyiasatan dan amali dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah agar pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hand-on dan mind-on.Konsep makmal sains memberi peluang pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali, inkuiri, penyiasatan dan penemuan dalam persekitaran yang terkawal. Kegiatan tersebut sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti tersebut dan kerana itulah Bilik Makmal Sains memainkan peranan yang sangat penting didalam menyokong usaha ini.Makmal sains seharusnya mempunyai kemampuan untuk menyediakan peluang pembelajaran sains secara maksima kepada pelajar mengikut tahap kognitif mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Berikut merupakan aspek utama yang harus ditekankan didalam pengurusan makmal sains iaitu:

Rajah 2: Aspek Utama Dalam Pengurusan Makmal Sains2.0Pengendalian Bahan KimiaPengendalian dan penyimpanan bahan kimia dengan sempurna amat perlu dalam langkah-langkah untuk menjaga keselamatan para pengguna makmal sains khasnya para pelajar. Berikut merupakan Standard Operational Procedure SOP berkaitan dengan pengendalian bahan-bahan kimia dengan selamat dalam pengurusan makmal sains iaitu:PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN BAHAN KIMIA

1. Rekod semua pengambilan bahan kimia.2. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala.3. Bahan kimia yang kurang perlu disimpan dalam stor atau dilupuskan jika perlu.4. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal haruslah dilebalkan dengan jelas.5. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkan dari suhu yang panas atau tinggi.6. Penyimpanan bahan kimia haruslah diletakkan di tempat yang mudah dicapai dan mudah dialihkan.7. Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dielakkan.8. Elakkan pemanasan secara terus, ketukan atau geseran kepada mana-mana bahan kimia.9. Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam kuantiti yang kecil atau bersesuaian dengan kerja yang akan dijalankan.10. Sentiasalah memakai PPE [Personal Protected Equipments] seperti sarung tangan dan cermin mata khas apabila mengendalikan bahan kimia.11. Penggunaan kabuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan penggunaan bahan kimia yang boleh menghasilkan wap, debu atau asap yang boleh mengancam nyawa seseorang dan mencemarkan pengudaraan dalam makmal.

Jadual 1: Langkah-Langkah Pengendalian dan Penyimpanan Bahan Kimia2.1Pengendalian Peralatan Sains

Penyimpanan Peralatan Sains

Radas Kaca Radas Optik Bahan Kimia

Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari tertutup.Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu tinggi.Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang manakala yang rendah di bahagian hadapan.Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel.Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergores.Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan kantanya daripada berkulatBahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik.Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun.Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik.Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun.Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang mempunyai edaran udara yang baik.Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol daripada jatuh.Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam kebuk wasap.Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan dilabelkan Bahan Beracun.Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan cara yang betul.Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis mestilah dicetak dengan warna merah.

Rajah 3: Penyimpanan Peralatan Sains

3.0Pengurusan Sisa KimiaBahan kimia yang boleh dianggap sisa kimia ialah:I. Sisa amali penyelidikan / penyiasatanII. Bahan kimia yang sudah lamaIII. Kimia tertumpah semasa pengendalian

Rajah 4: Sisa Kimia Makmal

3.1Prosedur Pelupusan Bahan KimiaI. Buang sisa pada bekas yang sesuai.II. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan bersesuaian.III. Pelarut organik haruslah diasingkan kepada dua iaitu: Berhalogen Tidak berhalogenIV. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yang sudah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk pelupusan.Pelupusan sisa kimia haruslah menepati piawaian pelupusan oleh peraturan kualiti alam sekitar agar ianya tidak mengancam keselamatan hidupan di kemudian hari.3.2Simbol-Simbol Bahan Kimia

Sebelum menggunakan bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam makmal, kita perlu memerhatikan terlebih dahulu label-label yang terdapat pada setiap bahan kimia tersebut. Kita boleh mengetahui sifat bahan kimia tersebut dengan melihat label pada bekas atau botol yang mengandungi bahan-bahan kimia tersebut. Berikut merupakan simbol-simbol yang dinyatakan:

Simbol

BahayaMudah Terbakar [Higly Flammable]

ContohFosforus putih, fosforus kuning , petrol, minyak tanah dan etanol.

Simbol

BahayaMudah Meletuo [Explosive]

ContohNatrium dan Kalium

Simbol

BahayaToksik / Beracun [Toxic / Poisoning]

ContohRaksa, plumbum, sodium cyanide dan hidrogen sulfida.

Simbol

BahayaBerbahaya / Perengsa [Harmful / Irritant]

ContohAmmonia, klorin, klorofom.

Simbol

BahayaMenghakis [Corrosive]

ContohHidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Simbol

BahayaRadioaktif [Radioactive]

ContohUranium, torium, radium.

Simbol

BahayaBahaya Elektrik

Jadual 2: Simbol Simbol Bahan Kimia

4.0Peraturan Makmal Sains

1. Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan Bilik Persediaan.2. Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.3. Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.4. Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.5. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.6. Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.7. Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.8. Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.9. Sebarang kemalangan yan berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan Pembantu Makmal.10. Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan kertas,lidi dan mancis tidak dibenarkan.11. Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.12. Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.13. Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.14. Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru dan Pembantu Makmal.15. Pelajar dilarang bermain-main di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

1. Sila baca pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.2. Gunakan Bahan Kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali3. Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.5. Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

1. Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.2. Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.3. Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.4. Jika piring petri mengandungi mikro organism retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru terbabit.

PERINGATAN

PIHAK SEKOLAH TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANGKEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI SEKIRANYA PELAJAR ITU TIDAKMEMATUHI PERATURAN YANG TERSEBUT DI ATAS

Tandatangan Ketua Bidang Sains Tandatangan Guru Besar

PENGAKUAN

Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala peraturan di dalamnya

Tandatangan Pelajar Nama [......................................................]

4.1Keselamatan Dalam Makmal

Semasa menjalankan kerja-kerja am di bengkel dan makmal, perlindungan perlu diberikan kepada anggota badan seperti mata, tangan dan kaki kerana anggota badan ini tidak dapat menahan daripada perkara-perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku seperti letupan peralatan kaca, asap toksik, bahan kimia atau objek yang jatuh. Semua kerja di makmal dan bengkel adalah berpotensi sebagai berbahaya. Penggunaan peralatan perlindungan diri dan peralatan keselamatan makmal yang bersesuaian adalah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya pekerja dapat bekerja dengan selamat. Peralatan keselamatan makmal/bengkel dan perlindungan diri dibekalkan bagi tujuan mengelakkan bahaya sama ada dari kerja-kerja pemprosesan, kimia, radiologi, mekanikal dan persekitaran yang berpotensi menyebabkan kecederaan atau ketidakfungsian sebarang anggota badan melalui penafasan, penyerapan atau hubungan langsung secara fizikal. Penggunaan peralatan ini mestilah memenuhi spesifikasi, prosedur, standard, kod dan undang-undang yang terpakai. Penyelenggaraan dan kebersihan terhadap peralatan tersebut perlulah dilaksanakan bagi memastikan alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan boleh berfungsi semasa diperlukan atau semasa kecemasan.

Peraturan Am Bekerja Di Makmal

1. Gunakan sarung tangan yang sesuai dengan bahan kimia yang dikendalikan 2. Jangan hulurkan kepala ke dalam kebuk wasap semasa mengendalikan bahan kimia meruap 3. Pastikan anda memakai cermin mata keselamatan apabila menjalankan ujikaji yang mudah mercik.4. Baca label pada botol/bekas bahan kimia untuk panduan penggunaan dan langkah keselamatan.5. Periksa sambungan dan saluran gas sebelum menyalakan penunu bunsen.

4.2Kegunaan Peralatan Keselamatan Diri Di Makmal

Jenis Alat

[Kot Makmal]

KegunaanMelindungi pakaian dan anggota badan daripada sebarang pencemaran atau percikan bahan kimia

Jenis Alat

[Google]Pelindung Mata

KegunaanMelindungi mata daripada sebarang kecederaan sewaktu menjalankan kerja-kerja berisiko tinggi seperti percikan bahan kimia.

Jenis Alat

[Face Shield]Pelindung Muka

KegunaanMelindungi keseluruhan bahagian muka daripada sebarang kecederaan sewaktu menjalankan kerja-kerja berisiko tinggi.

Jenis Alat

[Dust/Mist Respirator]Topeng Habuk

KegunaanMelindungi sistem penafasan daripada bahan meruap asid atau pelarut organik, bahan berdebu kering, metallic fumes atau persekitaran berhabuk.

Jenis Alat

[First Aid Kit]Peti Pertolongan Cemas

KegunaanMenyimpan ubat-ubatan dan kelengkapan pertolongan cemas untuk rawatan awal.

Jenis Alat

[Eye Wash]

KegunaanMencuci/membilas mata dari percikan bahan kimia (asid/alkali).

Jenis Alat

[Emergency Shower]Siraman Kecemasan

KegunaanMembasuh atau membilas bahagian anggota badan atau pakaian yang terkena bahan kimia berkepekatan tinggi.

Jenis Alat

[Fire Blanket]Gebar Api

KegunaanMelindungi bahagian anggota badan atau pakaian dari kebakaran kecil.

Jenis Alat

[Disposal Gloves]Sarung Tangan Pakai Buang

KegunaanMelindungi bahagian tangan daripada bahan atau kotoran berjangkit atau semasa pengendalian bahan-bahan kimia berkepekatan rendah.

Jenis Alat

[Rubber Gloves]Sarung Tangan Getah

KegunaanMelindungi keseluruhan bahagian tangan dari kecederaan semasa menjalankan kerja-kerja berisiko atau pengendalian bahan-bahan kimia berbahaya.

Jenis Alat

[Pemadam Api]Serbuk Kering

KegunaanSesuai untuk kebakaran kecil kelas A (pepejal), kelas B (cecair) dan kelas C (elektrik)

Jenis Alat

[Pemadam Api]Karbon Dioksida

KegunaanMemadamkan kebakaran kecil kelas D (kebakaran logam dan flammable liquid)

Jadual 3: Peralatan Keselamatan Diri Di Makmal

4.4Pertolongan Cemas Di MakmalPeti pertolongan cemas yang lengkap perlu disediakan di setiap makmal bagi memastikan rawatan awal semasa kemalangan berlaku dapat dijalankan sebelum mangsa dirujuk ke pakar perubatan. Ia tidak harus dikunci. Pastikan setiap peti pertolongan cemas mengandungi peralatan berikut:Kandungan Peti Pertolongan Cemas

1. Pembalut kain kasa yang bersih berukuran 3 x 3, untuk membersih dan membalut luka dan bahagian anggota yang melepuh atau melecur.2. Segulung pembalut kain kasa, berukuran 2 lebar, untuk membalut pembabat di atas luka, lepuh dan lecur dan sebagainya.3. Sekotak pembalut lekat (elastoplast).4. Segulung pita pelekat 1.5. Segulung kapas.6. Bahan pencegah kuman yang lembut.7. Sebotol petroleum pekat.8. Sekotak serbuk penaik (natrium bikarbonat) untuk merawat melepuh disebabkan oleh asid.9. Sebotol Akriflavin (losen kuning) untuk merawat melepuh yang teruk disebabkan oleh asid atau alkali.10. Sebotol 1% asid asetik untuk merawat melepuh disebabkan oleh alkali dan untuk diminum jika tertelan alkali.11. Sebotol gliserin untuk merawat melepuh disebabkan oleh bromin.12. Sebotol magnesium cair untuk diminum jika tertelan asid.13. Gunting.14. Penyepit.15. Larutan garam ammonia (ammonium salt) untuk menyedarkan pesakit yang pengsan.

Rajah 5: Jenis Kemalangan Dalam Makmal Sains

5.0Teknik-Teknik Asas MakmalTeknik-teknik asas merupakan kemahiran asas seorang guru Sains, terutamanya bagi guru Sains sekolah rendah yang tidak mempunyai pembantu makmal. Guru perlu membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan bahan dan radas yang diperlukannya sendiri. Berikut merupakan teknik-teknik asas makmal yang perlu dikuasai oleh seorang guru Sains.

Rajah 6: Teknik Asas Makmal

5.1Pemotongan Kaca1. Ada dua jenis alat kaca yang digunakan di makmal.Kaca borosilikat:lebih tebal, keras dan tidak mudah pecah oleh haba.Contoh: [bikar, tabung uji dan konderser].Kaca kapursoda:lebih rendah ketahanan terhadap haba dan kimia.Contoh: [botol dan bekas kaca].

2. Kaedah Memotong Tiub dan Batang Kaca:I. Tandakan bahagian yang hendak dipotong dengan pemotong kaca atau kikir tiga segi.II. Sarung tangan hendaklah dipakai sebelum mematahkan tiub atau batang kaca. Letakkan kedua ibu jari kepada garisan yang telah dibuat dan sentap dengan perlahan.III. Keratan yang dibuat itu perlu dilicinkan dengan cara dibakar.

5.2Ektrasi [Refluks]Ektrasi merupakan proses pemisahan isolasi zat dengan tindak balas pelarut. Contoh ektrasi di makmal adalah seperti rajah berikut:

Rajah 6: Proses Refluks Dalam Makmal5.2PenyulinganPenyulingan adalah teknik untuk mengasingkan komponen campuran berdasarkan perbezaan takat didih. Berikut merupakan contoh penyulingan di makmal:

Rajah 7: Proses Penyulingan Makmal5.3PenurasanKemahiran untuk memisahkan partikel-partikel tertentu dari larutan tertentu untuk mendapatkan larutan yang bersih dari partikel, kotoran dan organisma.

5.4PengawetanKemahiran untuk mengekalkan bentuk, rupa dan keadaan spesimen sesuatu flora dan fauna dalam keadaaan yang asal. Terbahagi kepada dua iatu:

Spesimen tidak direndam dalam sebarang bahan pengawet.Tempat penyimpanan haruslah kering, bebas daripada kehadiran sebarang perosak dan berhawa dingin.Koleksi tumbuhan yang diawet dan dikelaskan secara sistematik dipanggil herbarium.Koleksi haiwan yang diawet keseluruhan dikenali sebagai taxidermi.Flora dan fauna yang diawet didalam balang khas dikenali sebagai terrarium.Spesimen diawet di dalam larutan pengawet yang sesuai.Bahan yang digunakan adalah etanol dan formalin.Etanol biasanya digunakan untuk mengwet spesimen bersaiz kecil.Formalin digunakan untuk mengawet spesimen bersaiz besar.Bahan yang hendak diawet disimpan di dalam balang kaca yang bersaiz besar,kaca tampa warna,tinggi,bermulut besar dan mempunyai penutup.

Rajah 8: Pengawetan Basah dan Kering

BAHAGIAN B( TERRARIUM KAKTUS )

1. Apa itu terrarium?Terarium adalah media atau wadah yang terbuat dari kaca atau plastik transparan berisi tanaman, yang diperuntukkan bagi beragam kebutuhan, seperti penelitian, bercocok tanam maupun dekorasi. Dapat dikatakan bahwa terarium merupakan biosfer buatan yang paling alami karena fungsi biologis yang terjadi dalam terarium pun mirip dengan yang terjadi di alam. Terarium dapat menampilkan taman miniatur dalam media kaca. Terarium dapat mensimulasikan kondisi di alam yang sebenarnya dalam media kaca tersebut. Misalnya terarim dapat mensimulasikan ekosistem gurun, ekosistem padang pasir, ekosistem hutan hujan tropis, dll. Pertama kali terarium diperkenalkan di Inggris. Diawali dengan rumah kaca mini di Kerajaan Inggris dan kaum bangsawan kemudian terarium menjadi terkenal di seluruh dunia termasuk di Indonesia.Dapat dikatakan, terarium merupakan biosfer buatan yang paling alami karena fungsi biologis yang terjadi dalam terarium pun mirip dengan yang terjadi di alam. Selain itu, Terarium mampu menghadirkan nilai artistik tersendiri dalam botol kaca, yang tidak dapat ditemui pada tanaman yang sekadar diletakkan pada rak susun, dalam pot atau bahkan taman yang luas.2. Apa fungsi dari terrarium?Terarium juga sebagai alternatif kemudahan bagi media penelitian sekaligus pelestarian tanaman, membuat penghijauan di ruang tidur, ruang makan, atau kamar mandi. Kehadiran terarium dalam ruangan atau taman, baik di rumah, perkantoran, maupun di galeri memberikan cita warna dan suasana yang sensasional. Seolah kita memandang bola dunia yang di dalamnya terdapat alam tumbuh-tumbuhan yang subur dan indah.Mereka yang tinggal di apartemen dan tidak punya lahan besar, atau terlalu sibuk dan tidak sempat berkebun tapi tetap ingin melakukan penghijauan dan memiliki taman, bisa memilih terarium. Terarium pun bisa mempercantik rumah yang besar, misalnya diletakkan di atas meja ruang keluarga. Terarium menciptakan seni miniatur taman dalam kaca, menciptakan seni berkebun tanaman hias bergaya minimalis, menyegarkan ruangan sehingga udara menjadi lebih segar, alternatif dekorasi dalam ruang dan alternatif membuat taman ataupun penghijauan di lahan terbatas.Saat ini terarium banyak digunakan sebagai penghias ruangan, karena dipercayai mampu menyerap polusi dari asap rokok, kloroform, benzene, formaldehida, xylene dan trichloro etelen. Polutan tersebutlah yang dapat mengakibatkan Sick Building Syndrome. K dalam kaca ini merupakan tanaman anti radiasi, mengurangi jumlah gas polutan di udara kerena digunakan dalam metabolisme sel, menyerap radiasi alat-alat elektronik seperti TV, monitor, HP, dan lainnya.3. Apa kegunaan dari peralatan dan media tanam pembuatan terrarium? Skop (sendok) berguna untuk memasukkan dan meratakan media ke dalam terarium. Gunting atau cutter berfungsi untuk memotong tanaman. Sprayer dan cerek penyiram digunakan untuk menyiram tanaman melalui dinding kaca, sedangkan kain kasa digunakan untuk membersihkan kotoran atau debu pada dinding kaca. Bekas yang paling baik untuk terarium adalah bekas kaca, dengan alasan wadah yang terbuat dari kaca bisa tembus pandang. Bekas yang terbuat dari bahan kaca tidak berpori sehingga air atau media tanam di dalamnya tidak mudah merembes atau menguap. Di samping itu, bekas kaca lebih tahan lama jika dibandingkan dengan wadah plastik. Kerikil dan bebatuan berguna untuk menangani dan menyimpan kelebihan air. Arang aktif berfungsi menyerap zat racun sehingga tetap bersih. Lapisan tanah berperanan sebagai tempat tumbuh tanaman, sedangkan pasir berfunsi sebagai penutup media tanam terarium.4. Bagaimana cara merawat terrarium?Merawat terarium berperan penting dalam menjaga kelangsungan terarium. Kondisis optimal bagi terarium dapat memperpanjang umur terarium. Selanjutnya, cara merawat terarium antara lain : Terarium tidak terlalu banyak memerlukan pupuk, karena pupuk dapat membuat tanaman cepat besar. Pupuk yang diaplikasikan adalah pupuk lambat urai (berbentuk butiran) atau pun pupuk cair. Meskipun diletakkan di dalam ruangan, terarium juga membutuhkan cahaya matahari langsung. Oleh karena itu, terarium perlu diletakkan di luar ruangan seminggu sekali. Penyiraman terarium dilakukan ketika media tanam kering. Volume air yang diberikan jangan terlalu banyak (jangan sampai menggenang). Cara menyiramnya adalah dengan mengalirkan air di dinding kaca. Pemangkasan dilakukan pada daun tanaman yang telah menguning sebelum daun-daun jatuh ke dasar terarium. Pemangkasan dilakukan dengan menggunakan gunting tanaman, lalu membuangnya. Ketika kondisi terarium sudah tidak memadai, perlu dilakukan pembongkaran. Pembongkaran meliputi penggantian media dan pemuliaan tanaman.

Cara Pembuatan1.Bersihkan dan keringkan bekas tanaman seperti gelas.

2.Isi dasar bekas dengan arang kayu selapis (1/2 cm). Ratakan.

3.Masukkan moss selapis (1/2 cm). Ratakan.

4.Masukkan zeolit no 2 (1/2 cm). Ratakan.

5.Masukkan kompos setinggi 1 cm. Ratakan.

6.Lepaskan kaktus dari pot asal dengan hati-hati dan bersihkan media yang menempel.

7.Masukkan kaktus ke dalam gelas. Pegang kaktus dengan tangan kanan dan atur akar dengan tangan kiri menggunakan kuas. Atur jangan sampai akar menghadap ke atas.

8.Terrarium disiram menggunakan handsprayer dengan semprotan lurus (bukan spray / kabut) ke arah dinding bagian dalam secukupnya. Cukup permukaan saja yang basah.

Jenis spesis kaktus yang dipilih :

Hasil terrarium

BAHAGIAN CALAT IMPROVISASI

KIT PEMBELAJARAN BURUJ

1.0 PengenalanKit pembelajaran ini dihasilkan merupakan salah satu hasil improvisasi maklumat mudah alih serta bahan sumber maklumat Tajuk Buruj , Tahun 5 Sains . Kit ini amat mudah digunakan dan mempunyai dwi-bahasa iaitu Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu. Ia juga mempunyai satu set permainan yang menguji murid membina sendiri corak-corak buruj yang terdapat dalam tajuk Buruj iaitu Buruj Belantik, Buruj Pari , Buruj Skopio dan Buruj Biduk

2.0 Kandungan

Kit pembelajaran mudah alih ini dibina dan dihasilkan sendiri oleh pelajar. Ia mudah dikendalikan dan sesuai diguna bagi semua peringkat umur. Antara kandungan nya adalah :

3.0 Langkah-langkah penyediaan Mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber mengenai tajuk Buruj. Memilih bahan dan maklumat untuk dilekakan di dalam kit pembelajaran. Membuat carta maklumat dalam dwi bahasa dan mengikut aras yang sesuai dengan kebolehan murid. Menyediakan bekas penyimpanan kit pembelajaran agar mudah dibawa oleh guru dan murid.

4.0 Laporan bergambar

Proses penyediaan Kit Pembelajaran

Hasil Improvisasi : Kit Pembelajaran Buruj

BAHAGIAN D

( PENULISAN ESEI )

Pengurusan makmal/bilik sains/stor sains dan sumber sekolah serta penambahbaikan dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih bermakna,efisen dan

Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia. Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik. Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran. Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.Pengurusan makmal sains yang teratur dan mengikut piawaian dan peraturan amat penting di sekolah. Pengurusan dan perlaksanaan yang teratur amat penting terutama perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah yang berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa. Pengurusan belanjawan yang baik bagi keperluan makmal sains amat penting. Pengurusan belanjawan ini merangkumi proses pembelian keperluan yang diperlukan dalam makmal sains bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti hands-on menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.Pengurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal atau bukan formal. Penubuhan pengurusan secara formal sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang besar kerana terletaknya ketetapan atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa menubuhkan badan tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal.

Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis dengan ini menggambarkan tanggungjawab yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah. Terdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu pengurusan agar mencapai matlamat dikehendaki iaitu :

a) penentuan matlamat b) perancangan c) perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber d) pemonitorane) penentuan piawai.

Kelima-limanya saling berkaitan membentuk pertalian erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah menengah.Laboratory.Design.com .Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan bahan. Oleh itu , bagi memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif , fungsi makmal sains1. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulative.2. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.3. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.4. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi memperkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.5. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.6. Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang tersedia Internet).7. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40.

Selain itu reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti fungsi, bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis reka bentuk dan pelan susun atur bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan

a. Setiap makmal sains perlu mempunyai keperluan asas perabot dan peralatan, seperti berikut:1. Meja makmal 2. Bangku makmal 3. Komputer4. Pencetak5. Bakul sampah 6. DLP 7. Papan tulis 8. Papan putih beroda 9. Skrin 10. Langsir 1 set untuk bilik 11. Meja komputer 12. Pembesar suara 13. Rak peralatan sains 14. Almari 15. Kabinet 16. Penggantung carta 17. Pemadam api 18. Selimut api 19. Penggera kebakaran20. Bekas simpanan bahan sisa 21. Bekas simpanan bahan rosak 22. Kebuk Wasap 23. Pancuran dan pencuci mata 24. Kipas pengudaraan 25. Kit Pertolongan Cemas

b. Peralatan Asas Dalam Bilik Persediaan Makmal dan Bilik SainsPeralatan asas yang perlu ada dalam Bilik Persediaan Makmal Sains adalah seperti berikut: Bil Perabot/Peralatan1. Meja persediaan2. Kerusi3. Rak4. Peti sejuk5. Papan notis

Selain itu , prodesur pembelian peralatan sains ditunjukkan dalam carta alir di bawah :

Sebelum kita membuat pembelian dan perbelanjaan untuk wang subsidi kerajaan bagi membeli peralatan makmal Sains, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sebagai saranan belanjawan yang berhemah. Pertama sekali, semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. Ketua Jabatan Sains / Ketua Panitia akan tentukan:(a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.(b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.(c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.(d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.(e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.

Selepas itu, Ketua Jabatan Sains atau Ketua Panitia Sains akan menentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan (Tahun 2015). Selepas itu, Ketua Jabatan Sains atau Ketua Panitia Sains memeriksa kemudahan dalam setiap makmal seperti bekalan air, elektrik, gas, perabot dan lain-lain. Harga semasa item dalam makmal juga disemak dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. Setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Pada ruangan tersebut, pegawai berkenaan perlu jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.

Kesimpulanya , pengurusan makmal yang betul adalah amat penting kepada guru sains. Ilmu pengetahuan ini amat penting untuk menguruskan sebuah maklmal sain yang berfungi sebagai nadi ilmu sains.

RefleksiSyukur kepada Tuhan yang maha esa kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini mengandungi tiga bahagian iaitu , pengumpulan maklumat, pengawetan , alat improvisasi dan esei mengenai pengurusan makmal. Terima kasih kepada Pensyarah kursus iaitu SCE 3123 Pengurusan Makmal dan sumber iaitu En. George Berundang kerana telah membimbing dan membantu saya dalam menyelesaikan dan memahani modul ini dengan begitu jelas.Terdapat pelbagai pengalaman yang baru yang dpat saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapati terdapat banyak sumber dari rakan guru sains.Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan guru sekolah saya. Ini jelas dapat dilihat dalakerjasama yang mereka berikan.. Terdapat guru yang mempunyai pengalaman mengajar sehingga 20 tahun.dengan adanya sumber seperti ini dapat membantu memberi idea atau pendapat tentang pengurusan makmal sains.Selain itu , ini merupakan kali pertama saya menghasilkan sebuah terrarium kaktus yang diletakkan dalam sebuah balang kaca yang amat menarik dan spesis yang dipilih jarang dijumpai. Saya perlu mendapatkan spesis tersebut daripada seorang jiran yang menanam pelbagai jenis kaktus di rumah beliau. Beliau juga telah membantu saya dalam mendapatkan nama-nama kaktus mengikut nam saintifiknya.Tugasan membuat kit pembelajaran Buruj sebagai bahan Improvisasi pula adalah hasil daripada persediaan mengajar saya semasa ingin mengajar tajuk Buruj kepada murid-murid Sains tahun 5 . Saya mendapati murid-murid amat berminat dengan bahan yang disediakan dalam kit pembelajaran ini. Di damping itu, ia senang dibawa ke dalam kelas dan disimpan dalam bekas yang disediakan khas. Sebenarnya, saya telah membuat 2 salinan kit pembelajaran berkenaan iaitu, satu untuk dihantar sebagai tugasan ini, satu lagi saya gunakan sebagai bahan sumber pengajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru yang lain.

Masalah-masalah yang dihadapi paling utama ialah kekangan masa untuk membuat tugasan ini.Walau bagaimanapun saya harus akur dan berusaha mencari peluang dimana perancangan.Selain itu , saya juga telah meninjau sendiri bilii sains sekolah untuk. Pada masa itulah saya mengambil gambar dan meninjau tentang keadaan makmal sains bagi melihat cara pengurusan, cara pengendalian peralatan dan bahan kima serta penyediaan dan pengubahsuaian sumber. Masalah lain ialah pada ketika tinjauan dilakukan bilik makmal sains telah digunakan oleh kelas PPKI iaitu untuk murid khas sekolah. Ini kerana bilik mereka telah digunakan untuk pihak pergigian sekolah selama sebulan.oleh kerana kekurangan bilik disekolah maka bilik makmal sains merupakan satu tempat yang akan digunakan. Jadi ketika itu susun atur makmal sains telah diubahsuai mengikut keperluan dan keselamatan mereka. Perubahan susun atur dan keadaan bilik makmal sains menyukarkan saya membuat tinjauan dan mengambil gambar.Masalah seterusnya ialah keadaan pendawaian elektrik di bilik makmal sains dan stor makmal sains. Masalah ini bertambah teruk akibat air hujan yang terkena makmal sains. Masalah elektrik ini telah diberitahu kepada pihak atasan banyak kali namun setakat ini tiada tindakan lanjut dilakukan. Semasa saya membuat kerja kursus ini makmal sains tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana tiada bekalan elektrik. Sekiranya dibuka takut berlaku kejadian litar pintas apatah makmal sains ini bersebelahan dengan pra sekolah dan murid tahap 1. Kesukaran tiada bekalan elektrik menyebabkan bilik makmal sains tidak dapat digunakan untuk proses pdp. Selain itu stor makmal sains juga menghadapi masalah yang sama kerana stor makmal sains merupakan sebahagian daripada bilik makmal sains yang telah dibahagikan dua. Cadangan penambahbaikan saya ialah akan sekali lagi meminta pihak sekolah membuat tindakan dengan membuat laporan ke pejabat sebelum perkara tidak diingini berlaku.Sebenarnya kursus ini amat baik dan membantu saya dalam meningkatkan pengurusan makmal sains disekolah.Apatah lagi saya merupakan salah seorang ketua panitia. Cadangan saya adalah lebih baik jika tarikh penghantaran kerja kursus berbentuk tinjauan ini dihantar pada bulan 4. Ini memberi peluang dan ruang untuk saya membuat tinjauan lebih terperinci apatah bulan 3 ada cuti sekolah. Maka peluang ini dapat digunakan sepenuhnya tanpa gangguan. Ini kerana seperti yang telah dikatakan tadi kursus ini amat bermakna kerana ia berkaitan dengan keadaan sebenar saya disekolah.Selain itu cadangan penambahbaikan saya ialah pada masa akan datang saya akan cuba membuat perubahan sedikit demi sedikit berdasarkan kekurangan dan kelemahan dari tinjauan senarai semak yang telah saya lakukan.sebelum ini saya seolah-olah tidak sedar betapa banyak perkara yang perlu dilakukan. Senarai semak dan tinjuan ini amat membantu saya agar mewujudkan satu pengurusan makmal sains dan stor makmal sains dengan baik dan berkesan.Kesimpulannya setelah menjalani kerja kursus ini saya mendapat banyak manfaat kerana menyedarkan saya banyak perkara yang belum lagi terbuat mungkin kerana kekurangan pengetahuan dalam perkara terbabit. Misalannya tentang penyimpanan peralatan sains dan bahan kimia. Ada banyak perkara yang perlu dilakukan bagi penambahbaikan makmal sains disekolah saya. Yang penting selain kemas, teratur dan mengikut spesifikasi penyimpanan dan penyelenggaraan faktor keselamatan juga perlu dititik beratkan.Misalnya cara penyimpanan bahan kimia, pelabelan disamping susun atur dan tempat penyimpanan.

RUJUKAN

1. Modul PPG SCE3112 (Pengurusan Makmal Sains dan Sumber) Bahagian Pendidikan Guru RUJUKAN INTERNET1. http://infotech.uitm.edu.my/v2/images/stories/borangjpad/panduan_permohonan_pembelian_kurang_50ribu.pdf

2. http://www.slideshare.net/HanisNadiah1/pembelian-perolehan-10562907

3. http://portal.ummc.edu.my/download/TPKewangan/%28BAB%2016%29%20TATACARA%20PENGURUSAN%20KEWANGAN%20DAN%20PERAKAUNAN%20%20PPUM.pdf

4. http://makmalsainssmkdm.blogspot.com/2011/07/manual-prosedur-kerja-dan-fail-meja.html

5. http://makmalsainsskkukusantawau.blogspot.com/

6. http://fka.uitm.edu.my/images/Documents/ISO/pengurusan/9/prosedur%20perolehan%20peralatan.pdf

LIZA ANAK MAN 780913135162 PPG KOHORT2 SAINS 2

46