TUGASAN INDIVIDU
-
Upload
mutiara-hatie -
Category
Documents
-
view
40 -
download
8
description
Transcript of TUGASAN INDIVIDU
TUGASAN INDIVIDU
NAMA : JUNAIDA BINTI SHUKOR
NO K/P : 910305135452
1.0 PENGENALAN
Guru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci
peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Individu yang mempunyai kemahiran dan
kepakaran dalam bidang yang diceburinya adalah seseorang yang memiliki kemahiran
professional yang mampu melaksanakan tugasnya tanpa timbul banyak masalah. Bagi
seseorang profesional, beliau bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah
juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks profesion
keguruan, guru yang professional haruslah mempunyai ciri-ciri kemahiran profesional guru
yang dapat merealisasikan dan melestarikan dalam meningkatkan pembelajaran murid
serta mewujudkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru.
Berikut merupakan antara cadangan dan peranan seorang guru dalam
merealisasikan dalam meningkatkan pembelajaran murid serta mewujudkan kreativiti dan
inovasi dalam kalangan guru berdasarkan tiga komponen asas di bawah.(Rajah 1)
2.0 PERANCANGAN DIRI GURU MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME
GURU SERTA MENINGKATKAN MINAT PEMBELAJARAN MURID
1
3. Ketrampilan Seorang Guru
Berlandaskan Kod Etika Untuk Mengawal
Tingkah Laku
2. Kecekapan Dan Kepakaran
Guru Dalam Bidang
Profesionnya dan Bidang-bidang
Lain.
1. Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
tinggi.
“Profesion” merujuk Kamus Dewan ( 2005 ) ialah satu bidang pekerjaan khas yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
‘Profesionalisme’ dalam kamus Bahasa Melayu ditakrifkan sebagai sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat
pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Guru adalah tergolong sebagai seorang
profesional, maka seseorang guru itu hendaklah sentiasa meningkatkan tahap
profesionalisme keguruannya. Guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dalam bidangnya serta perlu mempunyai sahsiah yang baik.
Terdapat empat atribut dalam suatu profesion iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan
yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk
mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion
oleh masyarakat untuk beroperasi.
(Ornstein dan Levine, 1993)
Pernyataan di atas dapat menjelaskan bahawa guru mempunyai peranan dan
perancangan yang sesuai bagi mencapai profesionalisme keguruan yang tinggi dan
memenuhi hasrat dalam meningkatkan pembelajaran yang efektif dan berkesan serta
melahirkan guru-guru yang berinovatif dalam kerjaya berdasarkan atribut-atribut yang telah
disebutkan. Perancangan diri dalam usaha mempertingkatkan tahap profesionalisme
adalah penting bagi profesion seorang guru bagi memastikan sistem pendidikan negara
terus bergerak maju serta mampu melahirkan insan guru yang kreatif dan inovatif serta
dapat membina gaya pembelajaran yang berkesan dalam diri anak didik. Dalam hal ini,
huraian dalam merancang diri seorang guru untuk meningkatkan profesionalismenya
berdasarkan empat atribut di atas akan dibincangkan seperti di bawah. Setiap satunya akan
dibincangkan berdasarkan atribut yang dinyatakan.
2.1 Guru Perlu Menguasai Ilmu Pengetahuan Yang Mendalam
Menurut Ishak Saat ( 2009 ) di dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Negara Bangsa
Malaysia, cabaran pada hari ini memerlukan kita sebagai guru untuk memiliki pelbagai ilmu
pengetahuan dan kepakaran. Ini membuktikan bahawa menguasai ilmu pengetahuan
adalah penting bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan kerana jika seseorang
guru itu tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam, maka agak sukar untuknya
mengajarkan orang lain tentang sesuatu perkara. Apa yang dikatakan menguasai ilmu yang
mendalam bagi seorang guru adalah untuk menjadi seorang guru, perancangan diri dari segi
2
menguasai ilmu pengetahuan adalah amat perlu. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan
adalah meliputi perancangan pengajaran setiap hari kepada pelajar. Yang pertama, guru
harus mendalami ilmu pengetahuan merancang pengajaran seperti menentukan hasil
pembelajaran, pemeringkatan isi pelajaran, penentuan strategi dan kaedah pengajaran serta
pemilihan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran. Ilmu ini perlu dikuasai oleh
seorang guru kerana ianya amat penting untuk penentuaan cara belajar murid. Apabila guru
berjaya menguasai ilmu nescaya beliau juga mampu menyampaikan ilmu kepada anak
didiknya selain mampu mencipta teknik pembelajaran yang menarik dan bahan bantu
mengajar yang bersifat kreatif dan inovatif.
Kedua, guru yang profesional perlu melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah
dengan berkesan. Bukan itu sahaja, penilaian pengajaran juga harus dilakukan oleh guru
dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru. Guru harus
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan ini bagi mewujudkan pembelajaran yang
bermakna kepada murid. Ketiga, ilmu amalan refleksi selepas pengajaran juga perlu
didalami dengan lebih mendalam oleh guru dalam usaha untuk meningkatkan kualiti
pengajarannya sepanjang msa. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di
dalam pengajaran seterusnya dapat memperbaikinya untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Melihat pula pada situasi sekarang, kemajuan teknologi telah memberikan implikasi
yang hebat kepada pemikiran murid-murid. Maklumat mudah diakses dengan hanya satu
“klik”. Ini bermakna, jika guru tidak menguasai ilmu pengetahuan yang luas, hal ini akan
memberikan impak kepada guru itu sendiri. Sebagai contoh, jika murid bertanyakan soalan
diluar kotak pemikiran kita sebagai guru, dan guru gagal memberikan jawapan yang
sepatutnya, ia secara tidak langsung akan mengakibatkan murid tidak akan mendapat
pengetahuan yang selayaknya. Oleh yang demikian, guru perlu menguasai ilmu
pengetahuan agar dapat disebarkan kepada murid. Berdasarkan buku Mohd Azam Mahat
(2009) menyatakan, menurut Imam al- Ghazali pula, guru ialah orang yang memiliki ilmu
pengetahuan yang berusaha menambahkan ilmu di dadanya kemudian dia akan
mengajarkan kepada orang lain selain.
Selain dari itu, berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) ada menyatakan:
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari interlek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”
( Falsafah Pendidikan Negara )
3
Berdasarkan penyataan di atas, dapat dilihat bahawa pendidikan di negara kita
adalah bertujuan bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian,
bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, guru perlulah memainkan peranan
terlebih dahulu. Dalam menguasai ilmu pengetahuan, Ishak Saat berpendapat, sebagai
seorang guru, kita haruslah menanamkan sifat ingin tahu. Hal ini kerana sikap ingin tahu ini
akan membantu dan seterusnya mendorong kita untuk memperlajari dan mengusai ilmu
pengetahuan yang lebih mendalam. Selain itu, sikap ingin tahu ini juga secara tidak
langsung akan membantu seseorang guru dalam menyesuaikan diri mereka dalam
menempuh dunia pendidikan sering berubah-ubah dari segi kurikulumnya, mahupun kaedah
dan teknik mengajar. Justeru itu, guru dengan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang
sesuatu kaedah pengajaran yang pelbagai, guru juga akan dapat menarik minta murid
terhadap pengajaran yang berlangsung. Sikap ingin tahu dalam diri seorang guru ini juga
dapat membantunya mencari dan mencuba idea-idea baru dalam membina bahan bantu
mengajar untuk digunakan bersama anak-anak muridnya.
Secara kesimpulannya, menguasi ilmu pengetahuan dengan mendalam adalah penting
dalam perancangan diri seorang guru supaya dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.
2.2 Kecekapan Dan Kepakaran Guru Dalam Bidang Profesionnya Serta
Bidang-bidang Lain
4
Konsep profesion itu sendiri merujuk kepada bidang pekerjaan khas yang memerlukan
pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Jelaslah
disini bahawa sebagai seorang guru, perancangan diri ke arah kecekapan dan kepakaran
dalam bidang tertentu adalah salah satu aspek penting dalam meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Oleh yang demikian, seorang guru haruslah mempunyai
kecekapan dan kepakaran dalam bidang yang diceburi.
Peranan guru sebagai pakar rujuk membawa kepada aspek kecekapan dan
kepakaran dalam bidang yang diceburinya. Hal ini kerana, murid akan merujuk kepada guru
sekiranya mempunyai masalah dan bagi mendapatkan bantuan dalam masalah
pembelajaran. Jika guru itu, tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburinya, ini
akan mendatangkan kesulitan kepada guru tersebut dalam membantu menyelesaikan
masalah murid. Guru yang pakar secara langsungnya dapat menarik minat murid untuk
mengikut pembelajarannya di dalam bilik darjah kerana guru pakar dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang menarik dan kreatif.
Selain dari itu, jika dilihat pada bidang yang melibatkan kemahiran amali, kepakaran
dan kecekapan seseorang guru amat diperlukan. Hal ini kerana dalam sesuatu bidang yang
diceburi, seseorang guru telah diberikan ilmu yang mendalam tentang kemahiran. Seorang
guru yang baik harus mempunyai ciri-ciri seperti mahir dengan apa yang diajarkan. Hal ini
kerana, guru yang mahir dalam bidang yang diceburinya telah didedahkan dengan baik
tentang kemahiran- kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran
menerangkan, kemahiran menyoal, kemahiran menguruskan bilik darjah dan banyak lagi.
Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana
guru yang mengajar adalah guru pakar bagi bidang yang diajarkan.
Namun begitu, perancangan dan kepakaran dalam bidang tertentu dianggap kurang
releven kepada guru-guru. Keratan akhbar “ lebihan guru punca pertukaran dibekukan”
bertarikh 06 Januari 2014, menyatakan kebanyakkan guru yang memohon pertukaran tidak
memenuhi kekosongan opsyen ( aliran ) yang diperlukan. Ini bermaksud, adalah sukar bagi
seseorang guru dalam sesuatu opsyen itu untuk mendapatkan pertukaran kerana tiada
kekosongan opsyen ditempat yang dipohon. Pada masa ini, timbul masalah lebihan guru di
sekolah yang mana akan memberikan impak kepada para guru baru. Hal ini kerana, tidak
semestinya seseorang guru akan diberikan satu matapelajaran yang melibatkan bidang
kepakarannya mereka apabila mula ditempatkan di sekolah-sekolah. Mereka mungkin perlu
melaksanakan proses pengajaran matapelajaran diluar bidang yang mereka ceburi. Sebagai
5
contoh, jika seorang guru itu mempunyai kecekapan dalam bidang Bahasa Melayu dan
diarahkan mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup, hal ini akan mendatangkan masalah
kepadanya. Hal ini kerana Kemahiran Hidup adalah satu bidang pembelajaran yang
berbentuk amali yang amat berbeza bentuk dengan Bahasa Melayu yang lebih bersifat
kuliah. Justeru, guru tersebut akan berhadapan kesukaran dalam mencari dan memahami
dengan lebih mendalam bidang baru yang diceburi. Hal ini menjelaskan bahawa seorang
guru tidak semestinya mahir dan pakar dalam bidang yang dikhususkan kepadanya semata
tetapi perlu juga ambil tahu dan cakna terhadap pengkhususan bidang-bidang yang lain.
Perkara ini sinonim dengan istilah guru seorang yang verstail ataupun serba boleh.
2.3 Ketrampilan Seorang Guru Berlandaskan Kod Etika Untuk Mengawal
Tingkah Laku
6
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah di dalam buku Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Kod Etika Profesion merupakan
peraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Hal ini bertujuan memastikan para guru
tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan.
Integriti sesuatu profesion dipantau dengan berpegang kepada kod etika. Kod etika
mengawal selia tingkah laku individu daripada sesuatu profesion dan mekanisme
diwujudkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar kod etika.
Dengan adanya kod etika profesion ini, guru-guru mempunyai batasan dalam
melakukan sebarang perkara dan tindakan di sekolah. Kod Etika Profesion merupakan
kawalan sosial untuk masyarakat mengikut profesion berkaitan. Kod ini dapat menyediakan
pengetahuan kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan sesuatu profesion
sehingga memungkinkan kawalan mereka terhadap para profesional dalam bidang kerjaya
mereka. Berdasarkan perkara ini, dalam mempersiapkan diri menjadi seorang guru yang
profesional, guru tersebut harus mempunyai kawalan emosi yang baik. Guru harus
mengetahui kewajaran emosi dalam melakukan sesuatu keputusan. Seandainya, guru dapat
memahami emosi diri dengan baik, guru tersebut dapat melaksanakan tindakan yang
munasabah jika sekiranya pelajar masalah di sekolah. Guru tidak akan sewenang-
wenangnya mendera dan melakukan tindakan yang tidak munasabah kepada pelajar kerana
guru memahami kod etika keguruan ini.
Kod etika keguruan Malaysia adalah meliputi empat domain utama iaitu
tanggungjawab terhadap pelajar, tanggugjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan. Tanggugjawab ini telah diperuntukan bagi seorang guru yang terlibat di dalam
profesion keguruan. Bagi meningkatkan profesionalisme seorang guru, guru harus
melaksanakan dan menepati kod etika ini. Seorang guru yang berjaya melaksanakan kod
etika ini di sekolah, akan melahirkan seorang guru yang sentiasa peka dan amanah dalam
menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Ia seterusnya akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa dan harmoni di kalangan semua warga sekolah.
Kesan positif yang dilihat berdasarkan aspek ketiga ini ialah ianya mampu
meningkatkan profesionalisme keguruan seorang guru kerana guru mempunyai
tanggungjawab penting terhadap profesionnya. Guru yang mematuhi kod etika perguruan ini
dilihat akan lebih profesional dalam melakukan sebarang tindakan terhadap pelajar
mahupun warga sekolah yang lain. Guru sentiasa berfikiran jauh ke hadapan dalam usaha
7
menunaikan tanggungjawab yang telah termaktub dalam kod etika keguruan. Guru yang
mengikuti kod etika yang telah dijadikan panduan kebiasaannya sentiasa mewujudkan
suasana persekitaran bilik darjah yang positif, berbudaya penyayang dan persaingan yang
sihat dalam kalangan murid-murid. Hal ini kerana guru telah menjadi role-model kepada
anak-anak didiknya di dalam bilik darjah apabila guru itu sendiri sentiasa menunjukkan nilai-
nilai murni semasa mengajar di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.
Isu negatif yang kebiasaan kita lihat berkenaan profesion seorang guru sentiasa
berlaku apabila ad segelintir guru melanggar kod etika perguruan dan tidak menjadikannya
sebagai satu amalan bagi diri seorang guru, maka wujudlah masalah baru yang
bertentangan dengan profesionalisme keguruan. Sebagai contoh, petikan akhbar Utusan
Malaysia yang menyatakan bahawa “Guru Paksa Pelajar Makan Rumput” pada 26 Januari
2014 Petikan akhbar ini sudah cukup menjelaskan guru yang melanggar kod etika keguruan.
Di manakah silapnya perkara ini berlaku? Guru seolah-olah berfikiran tidak waras memaksa
murid memakan rumput. Oleh itu, atribut ketiga ini sememangnya memberi kepentingan
kepada guru dalam meningkatkan profesionalisme keguruannya. Jika tidak wujud atribut
ketiga ini dalam profesion keguruan ini, guru akan melakukan tindakan tanpa memikirkan
kesan jangka panjang kepada pelajar itu sendiri dan kesan yang lebih besar terhadap dunia
pendidikan.
3.0 RUJUKAN
BUKU
8
Abdul Rahman bin Abdul Majid. (2010). Siri Pendidikan: Kepemimpinan dan Penyeliaan
Instruksional dari Perspektif Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.
Ishak Saat ( 2009 ). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah. (2010). Siri Pendidikan Guru: Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah a.
Majid. (2010) Siri Pendidikan Guru: Guru Dan Cabaran Semasa. Selangor:
Oxfor Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Siri Pengajian
Professional: Guru dan Cabaran semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Yahya Don. (2005). Siri Pengurusan Sekolah: Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia.
Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
INTERNET
Profesionalisme Guru,Peranan Dan Cara Meningkatkannya pada 17 Julai 2015 di
halaman: http://surambi.wordpress.com/
KERATAN AKHBAR
Asliza Musa (26 Januari 2014) .Guru Paksa Murid makan Rumput, Utusan Malaysia:
Lebihan Guru Punca pertukaran dibekukan ( 06 Januari 2014 ). Diperoleh Julai 25,
2015 dari http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Lebihanguru
puncapertukarandibeku/Article
Muhyddin umum pembinaan sekolah menengah di Proton City ( 06 Januari 2014 ).
Diperoleh Julai 25, 2014 dari http://www2.bharian.com.my/articles/Muhyiddin
umumpembinaansekolahmenengahdiProtonCity/Article/
9