Tugasan Individu Aplikasi Komputer

18
[APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU] BMP 3093 PJJ APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093) SEMESTER 1 SESI 2014/2015 TUGASAN BAHAGIAN A / BAHAGIAN B DISEDIAKAN OLEH: NAMA KUMPULAN NO MATRIK PROGRAM PENSYARAH E!LEARNING: T"#$%&: 1 | P a g e MARKAH

description

BMP 3093

Transcript of Tugasan Individu Aplikasi Komputer

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

[APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU]BMP 3093

PJJ

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)

SEMESTER 1 SESI 2014/2015

TUGASAN BAHAGIAN A / BAHAGIAN BDISEDIAKAN OLEH:

NAMAKUMPULANNO. MATRIKPROGRAM

PENSYARAH E-LEARNING: Tarikh:

MARKAH

Penghargaan

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada tuan pensyarah kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

TUGASAN BAHAGIAN A

PendahuluanTeknologi multimedia sejak kebelakangan ini menjadi salah satu bahan penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan.Teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian.Perkembangan multimedia diawali dengan penyebaran CD-ROM pada kurun waktu 1980-an yang mengandungi muzik dan pengkalan data berupa hiperteks untuk keperluan menyimpan dan penyebaran maklumat.Teknologi CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes.Oleh kerana kapasitinya ini maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan kapaisiti setoran yang banyak.Kini, yang perlu diperhatikan adalah bagaimanamenjadi teknologi multimedia dapat bermanfaat bagi kemajuan pendidikan.

Kemajuan teknologi moden adalah saalah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan.Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan.Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan.Kelebihan multimedia berbanding dengan media-media lain adalah jelas.Multimedia mampu merangkumi pelbagai media: teks, suara, imej, grafik, dan animasi dalam satu persekitaran digital.Multimedia membolehkan interaktiviti dengan pengguna.Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Bahkan kalau boleh untuk menarik minat pelajar mengguanakan strategi penyatupaduan.

Sebagaimana media pendidikan lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.DLgnazio (bairley 1996) mengatakan bahawa multimedia adalah teknologi baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan.Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpulkan bahagian-bahagian tertentu yang bermakna dari kehidupan pelajar.Manfaat lain bermaksud pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Walaupun multimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan keberhasilan pembelajaran antaranya, keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru.DeVoogd & Kritt mengatakan multimedia tidak mengajar sebab yang mengajar ialah guru. Dalam penggunaan media, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan berjalan dengan baik dan menguasai bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka media tersebut bukannya untuk mempermudah bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan ; Educational effectiveness does not depend on the medium but how it is used(Strafold, 1994). Lebih jelas lagi Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi tingkat pengetahuan seseorang.Beliau juga akan menegaskan bahawa perbezaan media akan diikuti dengan perbezaan pesanan yang disampaikan

Fungsi Multimedia dalam kurikulum Pendidikan Negara.Pengekalan informasi yang berkesan

Teks merupakan asas utama bagi penyaluran informasi dimana ia boleh digunakan untuk memberi penekanan atau pengukuhan kepada sesuatu isu.Tetapi grafik boleh digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan dan seterusnya membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.Maka, grafik atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai niali seni dan berdasarkan pengalaman semulajadi manusia.

Saintifik juga telah telah membuktikan bahawa proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam bentuk yang pelbagai dalam masa yang singkat.Pembelajaran dengan menggunakan multimedia adalah merangkumi pelbagai bentuk pengukuhan seperti teks, audio, grafik dan animasi.

Manusia lebih mudah mengingati sesuatu maklumat yang mempunyai perkaitan atau pertalian dengan maklumat lain.Oleh sebab itu, multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar boleh membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat itu pada masa hadapan.Multimedia interaktif juga membolehkan pengguna terlibat secara terus dan berkesan dan ini membolehkan sesuatu informasi disampaikan secara lebih berkesan dan kekal diingatan dalam jangka masa yang panjang.

Membolehkan pelajar belajar mengikut kehendak mereka sendiri.

Pelajar-pelajar tidak boleh dipaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka.Pelajar akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari sesuatu sekiranya mereka meminati mata pelajaran tersebut serta meyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian mereka.

Aspek hipermedia dalam multimedia memainkan peranan yang penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan pelajar meneroka di dalam sesuatu topic mata pelajaran mengikut kehendak dan keperluan seseorang individu.Dengan penggunaan hypermedia, ia membolehkan pelajar mencapai maklumat tanpa mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks.Ia sebaliknya membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan dan kehendak hati mereka sendiri.Ianya memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan juga membolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara yang guru mereka gunakan.

Berbanding dengan cara pengajaran biasa, dimana pelajar perlu menerima apa jua kaedah atau cara yang digunakan oleh guru walaupun mereka mungkin tidak menyukainya.Mereka tidak berpeluang untuk belajar mengikut kehendak mereka sendiri dan ini akan menyebabkan timbulnya perasaan malas untuk belajar dalam diri pelajar itu.

Pembelajaran Kendiri

Pembelajaran juga adalah suatu proses yang bersifat individu.Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza.Oleh itu tanggapan mereka tentang pembelajaran juga berbeza daripada seorang peljar ke peljar yang lain.Kebanyakkan media dan alat bantu mengajar pada hari ini kurang mementingkan sangat mengenai pembelajaran secara individu.Kemunculan mikrokomputer yan mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat boleh mengubah corak pendidikan masa hadapan.

Pembelajaran secara berkumpulan dalam sesuatu kelas kini boleh dilakukan secara individu.Dengan perisian kursus yang baik serta berkualiti, computer telah terbukti berupaya menyediakan pembelajaran secara individu yang peka dan sensitive kepada keperluan pelajar.Input daripada pelajar dianalisa terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan di ambil.Pelajar akan berasa seolah-olah ia sedang berhadapan dengan guru seorang diri dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta menghapuskan rasa malu dalam diri pelajar tersebut.

Manfaat multimedia dalam kurikulum pendidikan Negara.

Penggunaan multimedia boleh dimanfaatkan dalam beberapa aspek dalam bilik darjah seperti :

i. Pembelajaran berbantukan komputer

ii. Sebagai sumber maklumat/pangkalan data (sistem hipermedia)iii. Bahan aktiviti pengajaran pembelajaran sebagai alat bantu mengajar.

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Selain daripada penggunaannya dalam operasi-operasi semasa, komputer multimedia juga boleh menjadi tutor yang berkesan.Oleh itu, komputer selalunya digunakan dalam bentuk tutorial. Dalam tutorial, struktur berikut berlaku:i. Pelajar didedahkan kepada isi pelajaranii. Maklumat disimpan secara logik dalam ingataniii. Mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan suatu masa kemudian

Penggunaan kaedah PBK dapat membantu pelajar lebih memahami dan seterusnya mampu menyampaikan mesej dan maklumat yang lebih kompleks hasil intergrasi teks, grafik, audio dan video.Kelebihan multimedia ialah pada sifatnya yang interaktif.Sifat ini menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan efektif.

Sumber Maklumat Dan Pangkalan Data

Sistem komputer multimedia adalah merupakan satu sumber maklumat atau pangkalan data yang disediakan untuk semua pengguna dengan pelbagai jenis maklumat dan pelbagai gaya penyampaian.Pangkalan data juga sering disebut sebagai perisian hiperteks atau hipermedia yang merupakan teknologi maklumat baru yang membina, menyimpan dan menyebarkan maklumat yang banyak.Hiperteks mempunyai timbunan teks yang diprogramkan dalam komputer secara tidak linear-teks yang bercabang diakses mengikut pilihan pengguna dan boleh dibaca secara interaktif.

Hipermedia pula mengandungi teks dan grafik serta mempunyai kesan bunyi, animasi dan visual bergerak dan kaku yang dikendalikan dan dikawal oleh komputer mikro.Maklumat dalam komputer disimpan dalam cakera padat, cakera video, CD-ROM.Maklumat ini juga boleh disalurkan kepada pengguna lain melalui rangkaian yang mungkin boleh diwujudkan sebagai satu persekitaran.Hiperteks dan Hipermedia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif dan sangat berkesan.

Bahan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat banyak perisian-perisian multimedia yang berada di pasaran dan ada di antaranya sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan.Perisian-perisian ini biasanya mengintergrasikan teks, grafik, audio dan video dalam mempersembahkan mesej dan ia amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif.Cirinya yang interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu.

Sebagai Alat Bantu Belajar dan Mengajar

Komputer akan bertindak sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, komputer akan memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran beraras tinggi dan penyelesaian masalah.Peranan ini hanya akan berkesan apabila guru membuat perancangan dari isi dan strategi PBK berdasarkan objektif pengajaran dan kumpulan sasaran.

Setelah itu guru harus memindahkan bahan ini kepada bentuk yang difahami oleh komputer.Guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengayaan berkomputer yang sesuai.Di dalam akitiviti ini murid-murid akan menggunakan komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dan memahami isi pelajaran.TUGASAN BAHAGIAN B

PendahuluanPenggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar.Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya.Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkan kepada pelajar melalui video.Ianya dapat membantu pelajar membayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberi pengalaman kepada para pelajar secara visual.Media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan.Pengguna akan seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut.Video juga dapat membantu pelajar dalam pembentukkan sikap dan sahsiah mereka.Aksi-aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat memberi contoh yang baik sekiranay disediakan dengan teliti dan sistematik.Video juga digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan.Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet.Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengunah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.Cara untuk meransang guru mengaplikasikan video dalam pengajaran

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara.Salah satu daripada menggunakan video semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan video pengajaran dalam pendidikan.Dengan penggunaan video semasa pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.Fungsi utama video di dalam pengajaran adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran dan mencapai objektif pengajaran guru.Video yang dihasilkan semasa pengajaran yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Justeru itu, guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik, dan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang terbaik.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar.Keberkesanan penggunaan video semasa mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah.Penggunaan video yang efektif juga haruslah memberi kesan yang baik kepada para pelajar sehinggan perubahan dari segi kognitif dan tingkah laku berlaku.Penggunaaan video yang efektif juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah disiplin pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap pengajaran guru.Pengajaran menggunakan video bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Selain itu juga penggunaan video secara efektif juga dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan

Dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan alat media sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan video.

Di samping itu kesan penggunaan video yang efektif di dalam kelas juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran juga guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan media secara efektif maka guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.

Impak kepada murid daripada pengaplikasian video.

Dengan penggunaan video pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna.Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru.Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan.

Menurut Ee Ah Meng, Penggunaan video ini dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar.Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum, Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan.Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah, penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakkan.Pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik.Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat diperhatikan melalui media bergerak.Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai.Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna.Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.Selain itu, kesan daripada penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan media yang berkesan murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alat-alat media tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep yang ditangkap dengan lebih jelas lagi.Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan.Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan.Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran.Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan.

Menurut Ee Ah Meng, Video pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal.Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbang rasa dan sikap positif.

Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor.Ia dapat meyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar.Misalnya menggalakkan aktiviti sususlan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.Pendapat dan UlasanPada pendapat saya, penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata pelajaran adalah amat berkurangan.Hasil dari beberapa kajian lepas, Penggunaan multimedia dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah secara menyeluruh kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak meningkat 100%.Masih terdapat banyak kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci.

Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.Para guru juga haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan multimedia lebih menarik dan efisien.Guru-guru tidak hanya mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.

Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima transformasi dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.

KesimpulanPengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional.Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan terutamanya pada murid-murid khasnya, di samping memotivasikan mereka.Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik.

Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint.Teknologi maklumat menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah rendah untuk mempelajari sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya disekolah.Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.

Rujukan

Dayang Tiawa Awang Hamid.2006.Reka Bentuk Dan Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca Faham Berasaskan Gambaran Visual Bagi Kanak-Kanak Prasekolah.Sekolah Pengajian Siswazah : Universiti Teknologi Malaysia.Ismail Zain.2002.Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.2003.Multimedia dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

L. Vivi. (Eds).2004.Multimedia di dalam Bilik Darjah.Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Rozinah Jamaludin.2000.Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Lampiran

11 | Page