Tugasan kelas : Aktiviti 3

5
TUGASAN KELAS : AKTIVITI 3 (KOLOKIUM SENIOR) HUSNAN KHUFADLI, SHARIDAH ASMAN, NUR RAWAIDAH RAHMAT HUSNAN KHUFADLI 1. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal Repeatition" Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran ULASAN : Pengkaji melakukan kajian ini kerana masalah komunikasi secara lisan dikalangan pelajar masalah pendengaran dan mencari pendekatan yang sesuai dengan keperluan mereka. Pengkaji juga mendapati pelajar ini berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi secara lisan kerana kurang keyakinan diri untuk bertutur dengan baik dan timbulnya perasaan malu dalam diri mereka. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah "Verbal Repeatition" semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dibuat di Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yacoob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur dengan melibatkan seramai 19 orang pelajar bermasalah pendengaran tingkatan 1, 2 dan 4. aedah yang digunakan untuk mengumpul data ialah melalui Pemerhatian, Rakaman Video, Temu bual dan Diari (RPH). Secara keseluruhannya kajian ini sesuai dan bertepatan dengan maksud kajian tindakan. 2. Mengenal Huruf Hijaiyah Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Dengan Menggunakan Kaedah Nasyid ULASAN : Kajian ini dilakukan hanya memfokuskan kepada pengenalan huruf Hijaiyah dikalanan pelajar yang bermasalah pembelajaran. Selalunya kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta susunan huruf tersebut secara keseluruhannya. Memandangkan pelajar hari ini lebih cenderung kepada hiburan, maka kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah nasyid dalam mengenal hiruf-huruf hijaiyah. Kajian ini dilakukan di SMK Pendidikan Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor. Kajian ini melibatkan sampel seramai 9 orang pelajar bermasalah pembelajaran tingkatan 4. data dibuat melalui

Transcript of Tugasan kelas : Aktiviti 3

Page 1: Tugasan kelas : Aktiviti 3

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 3 (KOLOKIUM SENIOR)

HUSNAN KHUFADLI, SHARIDAH ASMAN, NUR RAWAIDAH RAHMAT

HUSNAN KHUFADLI

1. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk

berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah "Verbal

Repeatition" Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

ULASAN : Pengkaji melakukan kajian ini kerana masalah komunikasi secara lisan

dikalangan pelajar masalah pendengaran dan mencari pendekatan yang sesuai

dengan keperluan mereka. Pengkaji juga mendapati pelajar ini berhadapan dengan

masalah untuk berkomunikasi secara lisan kerana kurang keyakinan diri untuk

bertutur dengan baik dan timbulnya perasaan malu dalam diri mereka. Oleh yang

demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar

bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan

kaedah "Verbal Repeatition" semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian

ini dibuat di Sekolah Menengah Dato' Ibrahim Yacoob, Batu 5, Jalan Ipoh, 51200

Kuala Lumpur dengan melibatkan seramai 19 orang pelajar bermasalah

pendengaran tingkatan 1, 2 dan 4. aedah yang digunakan untuk mengumpul data

ialah melalui Pemerhatian, Rakaman Video, Temu bual dan Diari (RPH). Secara

keseluruhannya kajian ini sesuai dan bertepatan dengan maksud kajian tindakan.

2. Mengenal Huruf Hijaiyah Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Dengan

Menggunakan Kaedah Nasyid

ULASAN : Kajian ini dilakukan hanya memfokuskan kepada pengenalan huruf

Hijaiyah dikalanan pelajar yang bermasalah pembelajaran. Selalunya kebanyakan

pelajar bermasalah pembelajaran kurang mengenal huruf-huruf Hijaiyah serta

susunan huruf tersebut secara keseluruhannya. Memandangkan pelajar hari ini lebih

cenderung kepada hiburan, maka kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah

nasyid dalam mengenal hiruf-huruf hijaiyah. Kajian ini dilakukan di SMK Pendidikan

Khas (Vokasional) Perempuan, Shah Alam Selangor. Kajian ini melibatkan sampel

seramai 9 orang pelajar bermasalah pembelajaran tingkatan 4. data dibuat melalui

Page 2: Tugasan kelas : Aktiviti 3

Penilaian dan Pencapaian Pelajar, Pemerhatian dan juga Latih Tubi. Kajian ini

sesuai untuk kajian tindakan dan bertepatan dengan maksud kajian tindakan.

SHARIDAH ASMAN

1. Meningkatkan Minat dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat

Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperatif

ULASAN : Dari segi pernyataan masalah, pengkaji mempersoalkan mengenai

keberkesanan penggunaan teknik pembelajaran kooperatif sama ada mampu untuk

meningkatkan minat dan prestasi para pelajar terhadap subjek biologi. Pada pendapat

saya, teknik ini sesuai digunakan kerana teknik pembelajaran kooperatif memerlukan

pelajar memahami dengan lebih mendalam setiap bab-bab subjek biologi. Dari segi

pemilihan metodologi pula, pengajaran secara kuliah merupakan satu kaedah yang

sering digunakan oleh guru, namun kreativiti penyelidik dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar. Kaedah

yang digunakan seperti membina kumpulan kecil dalam kelas dan perbincangan dalam

kumpulan mampu membantu pelajar dalam menjawab ujian yang diberikan. Data

diperolehi dari soal selidik, rakaman video, temubual, dan komen pensyarah atau

penyelis. Berdasarkan daripada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati tidak

semua pelajar memahami apa yang diajar oleh guru dalam kelas. Oleh itu pengkaji

memberi cadangan penambahbaikan iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk

membuat rujukan dari sumber yang lain bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar.

selain daripada itu, implikasi kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah guru berjaya

membantu pelajar yang pasif di dalam kelas menjadi aktif kerana terdapat perbincangan

dalam kumpulan, disamping pelajar berpeluang menambah pelbagai pengetahuan yang

sebelum ini agak sukar dan jarang pelajar dengar. Secara kesimpulannya, hasil

daripada kajian tindakan yang dilakukan ini telah memberi kesan kepada pelajar kerana

terdapat kumpulan perbincangan (Think-Group-Share), yang teknik ini boleh menarik

minat dan mampu meningkatkan prestasi pelajar terhadap subjek biologi

Page 3: Tugasan kelas : Aktiviti 3

2. Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Subjek Pendidikan Islam Bahagian Ibadah

Melalui Kaedah Simulasi, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang,

Selangor

ULASAN : Pengkaji mempersoalkan mengenai keberkesanan dan kesesuaian

penggunaan kaedah simulasi sama ada mampu untuk meningkatkan minat dan prestasi

para pelajar terhadap Pendidikan Islam. Dari segi metodologi, penyelidik mengambil

sejumlah pelajar dari kelas yang mempunyai tahap pencapaian yang tinggi dalam subjek

pendidikan Islam. Pada pendapat saya, tempoh kajian iaitu sebanyak dua sesi iaitu dua

kali perjumpaan dalam masa seminggu ini mencukupi untuk memahamkan pelajar

dalam subjek pendidikan islam bahagian ibadah melalui kaedah simulasi. Kaedah

simulasi dilihat sebagai suatu kaedah yang berkesan semasa dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas terutamanya bagi bab yang memerlukan agar pelajar

lebih mengingat fakta-fakta penting dalam bab yang diajar oleh guru. Untuk lebih

memahamkan pelajar, pengkaji telah membuat soalan kuiz berdasarkan tajuk yang

diajar. Temubual juga dilakukan bertujuan untuk mengetahui jenis kaedah pengajaran

guru serta pandangan mereka terhadap sikap dan tingkah laku pelajar semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan sesi soal jawab serta kuiz juga dilakukan

dalam kelas untuk mendapatkan maklumat. Pada pendapat saya, apa jua jenis kaedah

yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus melihat kepada

kesesuaian subjek dan tajuk-tajuk dalam subjek berkenaan. Pengkaji telah

menggunakan kaedah yang sesuai dalam mengajar topik ini iaitu dengan menggunakan

kaedah simulasi. Ini dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku pelajar dan tahap

kefahaman pelajar setelah diuji melalui soal jawab dan kuiz. Kesimpulannya, teknik

pengajaran menggunakan kaedah simulasi merupakan satu teknik pengajaran yang

bagus kerana secara tidak langsung para pelajar akan saling berinteraksi dalam

kumpulan atau antara individu dengan bantuan guru. Kaedah simulasi ini juga dapat

membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab,

para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, memuat keputusan dan

menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Tugasan kelas : Aktiviti 3

NUR RAWAIDAH RAHMAT

3. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains Melalui

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

ULASAN : Kajian ini dilakukan untuk melihat sikap dan minat pelajar terhadap

pembelajaran berasaskan masalah serta persepsi pelajar terhadap kaedah

pembelajaran berasaskan masalah. Secara keseluruhannya, PBM boleh dikatakan

sebagai suatu pendekatan yang dapat memperbaiki amalan guru dan pelajar apabila

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menerusi konsep

PBM, para pelajar dikemukakan kepada suatu masalah. Kemudian, mereka dikehendaki

menyelidik, meneroka dan mencari maklumat yang releven dengan permasalahan

tersebut dan seterusnya. Hasil kajian menunjukkan pelajar berminat dengan kaedah

PBM malah menyatakan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan masalah

merupakan satu kaedah pembelajaran yang baru bagi mereka dan merupakan satu

alternatif yang baik selain daripada kaedah tradisional yang sering kali digunakan oleh

guru. Selain itu, pelajar juga mengakui kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan mereka menjana

idea kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Kajian ini adalah

sesuai dan bertepatan dengan maksud dan konsep kajian tindakan.

4. Meningkatkan Minat dan Prestasi Pelajar Dalam Subjek Biologi Tingkatan Empat

Menggunakan Teknik Pembelajaran Kooperatif

ULASAN : Pengkaji menggunakan salah satu kaedah yang ada di dalam pembelajaran

kooperatif iaitu kaedah Think-Group-Share dimana kaedah ini memerlukan kerjasama

diantara ahli kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan. Kaedah ini juga menjurus

kepada pembelajaran berpusatkan murid. Subjek Biologi sesuai digunakan kaedah ini

kerana ia mengandungi pelbagai fakta yang banyak tetapi boleh difahami melalui

pembelajaran secara berkumpulan. Implikasi kajian menunjukkan berlakunya

perubahan tingkah laku pelajar seperti daripada kurang minat kepada minat, kurang

keyakinan kepada lebih berkeyakinan, kurang komunikasi kepada lebih berkomunikasi.

Page 5: Tugasan kelas : Aktiviti 3

Pelajar lebih memahami mengenai subjek tersebut dan berbincang dengan rakan-rakan

bagi perkara yang mereka kurang kuasai. Pelajar dapat memupuk nilai murni di dalam

diri mereka iaitu semangat berkumpulan dan bekerjasama. Kajian ini adalah sesuai dan

bertepatan dengan maksud dan konsep kajian tindakan.