Tugasan KRP 3013

download Tugasan KRP 3013

of 4

Transcript of Tugasan KRP 3013

  • 8/2/2019 Tugasan KRP 3013

    1/4

    PJJ SEMESTER 3

    KRP 3013

    KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

    [PENILAIAN KURSUS]

  • 8/2/2019 Tugasan KRP 3013

    2/4

    PENILAIAN

    Penilaian bagi kursus KRP 3013 adalah berasaskan kepada berikut:

    1. Kerja Kursus - 60%

    2. Peperiksaan Akhir - 40%

    Pelajar wajib terlibat dalam kedua-duanya iaitu Kerja Kursus dan Peperiksaan Akhir

    bagi kursus ini.

    Kerja Kursus (60%)

    Kerja kursus mengandungi 3 (TIGA) bahagian:

    A. Refleksi Tajuk (20%)

    B. Perbincangan Tajuk (20%)

    C. Forum Tajuk Terbuka (20%)

    BAHAGIAN A: Refleksi Tajuk

    Pelajar akan membuat refleksi ke atas mana-mana 5 (LIMA) tajuk daripada 12 (DUA

    BELAS) tajuk yang terdapat dalam modul KRP3013 yang diberi. 5 (LIMA) tajuk dan

    format refleksi tersebut akan ditentukan oleh Pensyarah/Tutor E-Learning masing.

    Sila ikuti arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing melalui MyGuru3.

    Penghantaran bagi tugasan ini ialah melalui tapak assignmentyang akan dibuka

    oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing. Tarikh akhir penghantaran

    Refleksi Tajuk ini ialah pada hari terakhir minggu 10.

    Ringkasan Pemarkahan:

    1 refleksi tajuk yang berkualiti x 4 mrkh x 5 tajuk = 20 markah

    BAHAGIAN B: Perbincangan Tajuk

    Pelajar akan membaca bahan-bahan rujukan yang relevan dan berbincang secara

    berterusan tentang/berkaitan mana-mana 5 (LIMA) tajuk daripada tajuk-tajuk yang

    terdapat dalam modul KRP3013 yang diberi selain daripada 5 (LIMA) tajuk yang

    telah dipilih di BAHAGIAN A. Pensyarah/Tutor E-Learning akan menetapkan 5

    (LIMA) tajuk ini untuk perbincangan dan membuka 5 ruangan dalam forum

    MyGuru3. Sila ikuti arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing melalui

    announcementdan ruangan forum

  • 8/2/2019 Tugasan KRP 3013

    3/4

    dalam kumpulan MyGuru3 masing-masing. Penilaian adalah berasaskan kepada

    kualiti (tidak kurang 150 perkataan dengan menyatakan rujukan-rujukan yang

    relevan dan menepati kehendak tajuk) dan kekerapan melebihi 2 kali perbincangan

    bagi setiap tajuk. Tarikh penutupan Perbincangan Tajuk ialah pada hari terakhir

    minggu 10.

    Ringkasan Pemarkahan:

    Minima 2 perbincangan tajuk yang berkualiti x 2 mrkh x 5 tajuk = 20 markah

    BAHAGIAN C: Forum Tajuk Terbuka

    Pelajar perlu memberi respon kepada 5 (LIMA) soalan forum yang diberi oleh

    Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing berasaskan mana-mana 12

    (DUA BELAS) tajuk (terbuka) yang terdapat dalam modul KRP3013. Pelajar diminta

    menjawab semua soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum

    150 patah perkataan bagi setiap satunya. Markah diperuntukkan bagi setiap

    jawapan kepada soalan yang dikemukakan ialah 2 (DUA) markah. Pelajar juga

    dimestikan memberi respon/pandangan/ ulasan/penambahan/ komentar terhadap

    jawapan 4 rakan yang lain bagi setiap satu soalan forum. Walau bagaimanapun

    lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. Markah diperuntukkan bagi

    perbincangan ini ialah 2 (DUA) markah. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan

    kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar

    yang lain.

    Ringkasan Pemarkahan:

    5 jwpn soalan forum yang berkualiti x 2 mrkh = 10 markah

    4 respon kpd rakan yang berkualiti x 0.5 mrkh x 5 soalan = 10 markah

    NOTA PENTING

    i. Perlu diingat bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian tidak

    akan dipertimbangkan untuk penilaian.

    ii. Kebernasan idea pada tahap Sarjana Muda adalah aspek kualiti yang diambil

    kira.

  • 8/2/2019 Tugasan KRP 3013

    4/4

    iii. Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang

    kelewatan akan ditanggung oleh pelajar.

    Peperiksaan Akhir (40%)

    Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester. Kertas soalan

    peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan.

    Kesemua soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang

    terdapat dalam modul KRP3013 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan

    akhir ialah selama 1 jam.