Tugasan ODL
description
Transcript of Tugasan ODL
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
OUMH1103
LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS
LAPORAN:
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PEKERJAAN YANG DIPERLUKAN OLEH MAJIKAN BAGI
PARA GRADUAN DAN PERANAN BAKAL GRADUAN, BADAN KERAJAAN DAN
INSTITUSI PENDIDIKAN
Name : SUHAIZA BINTI JA’AFAR
Matric number : 780510115108001
NRIC : 780510115108
Telephone number : 0197796771
E-mail address : [email protected]
Tutor’s name : AHMAD RIZAL BIN MADAR
Learning Centre : JOHOR LEARNING CENTRE
JANUARY 2012 Semester
OUMH1103
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ABSTRAK 2
1. PENGENALAN 2
2. METHODOLOGI TUGASAN 3
3. KEMAHIRAN YANG DIPERLUKAN OLEH MAJIKAN BAGI 4
PARA GRADUAN
4. PERANAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN 8
PEKERJAAN DI KALANGAN GRADUAN
a. BAKAL GRADUAN
b. BADAN KERAJAAN
c. INSTITUSI PENDIDIKAN
5. KESIMPULAN TUGASAN 11
6. RUJUKAN 13
1
OUMH1103
ABSTRAK
Kepentingan pekerja berilmu atau “k-workers” sangat diperlukan kesan daripada
globalisasi pasaran, kemajuan teknologi dan perubahan kerja di organisasi. Untuk
terus kekal di pasaran tempatan dan global, majikan perlu menyaring dan mengambil
graduan berilmu dan bersesuaian dengan kemahiran yang sedia ada. Pendidikan dan
latihan merupakan kaedah utama melahirkan graduan berilmu yang memiliki
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan majikan. Persoalannya ialah
sejauh manakah institusi pendidikan berjaya melahirkan graduan yang sepadan
dengan kehendak pasaran kerja sekarang. Objektif laporan ini ialah untuk
membincangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan ke atas para
graduan dan cadangan-cadangan kepada bakal graduan, badan kerajaan dan institusi
pendidikan dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan
PENGENALAN
Kajian oleh Van Loo dan Semeijn (2001) dan Allen, Ramaekers & Van DerVelden
(2003) di Belanda, menunjukkan pelatih yang ingin diambil bekerja oleh majikan
perlulah menguasai teori, kaedah dan teknik bidang pengkhususannya. Di samping itu
pelatih juga hendaklah berkebolehan menggunakan teknologi maklumat,
berkebolehan berkomunikasi, berupaya merancang kerja, boleh menyelaras dan
mengelola aktiviti di tempat kerja, memiliki ciri-ciri kepimpinan, bekerjasama, kerja
berpasukan, berdikari, berupaya mengharungi cabaran, ketepatan, menguasai
2
OUMH1103
pengiraan, berinisiatif, kreatif dan berorentasikan antarabangsa. Agensi buruh
antarabangsa ILO (2001,2003) pula mengariskan tenaga kerja yang ingin dihasilkan
bukan sahaja mampu menguasai bahasa asing, malah celik huruf, menguasai asas
pengiraan, memiliki kualiti personal lagi kreatif, celik komputer serta berupaya
menyelesaikan masalah diri, pekerjaan dan kehidupan.
Ramli et al (2001) pula melakukan temuduga terhadap majikan bagi
mengenalpasti persepsi majikan terhadap kompetensi di kalangan graduan politeknik
dan sekolah teknik dan vokasional. Hasil penelitian beliau, di samping kemahiran
teknikal, motivasi diri, kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan hubungan
interpersonal, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan
dan sikap positif terhadap kerja merupakan komponen kemahiran di tempat kerja
yang amat diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.
METADOLOGI TUGASAN
Tugasan ini memerlukan penyediaan satu laporan berkenaan dengan kemahiran-
kemahiran yang diinginkan oleh majikan-majikan terhadap para graduan dan juga
mengemukakan beberapa cadangan kepada bakal graduan, badan-badan kerajaan serta
institusi pendidikan bagi mengurangkan masalah pengangguran di kalangan graduan.
Pengumpulan maklumat dan data adalah berdasarkan artikel-artikel di laman web,
kajian-kajian lepas, rencana-rencana di surat khabar dan laporan-laporan yang
dikeluarkan oleh institusi-institusi yang berkaitan. Laporan disediakan bagi
menjelaskan dengan jelas tentang kemahiran-kemahiran pekerjaan yang perlu ada
serta kepentingannya dan cadangan kepada pihak berwajib bagi memastikan
keperluan pasaran pekerjaan dipenuhi3
OUMH1103
KEMAHIRAN PEKERJAAN YANG DIPERLUKAN OLEH MAJIKAN
TERHADAP PARA GRADUAN
Setiap tahun kebanyakkan pusat pengajian tinggi dan juga pusat latihan
kemahiran menghasilkan para pelajar yang diperakukan telah mencapai tahap
kelayakkannya bagi membolehkan mereka ini menceburi alam pekejaan mengikut
bidang dan minat masing-masing. Namun begitu, perangkaan pasaran buruh
menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian dan latihan tinggi tempatan
khususnya di IPTA masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun
keluaran sesuatu kumpulan pekerjaan itu melebihi daripada permintaan para majikan.
Menurut Mohd Yahya (2003) kualiti pelatih pusat latihan hendaklah
bercirikan employability dan marketability iaitu berdasarkan sejauh mana pelatih
diserap masuk ke pasaran pekerjaan. Rasionalnya kerana hasil kajian Majlis Tindakan
EkonomiNegara ke atas 115 majikan pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000
mendapati kriteria pekerja untuk employability yang utama adalah mempunyai sikap
yang baik (39.3%), kemahiran atau pengalaman (29.7%) dan kemahiran
berkomunikasi (12.0%). Manakala kriteria yang bersifat akademik seperti kelayakan
akademik dan kemahiran analitis adalah terlalu rendah iaitu 3.5 % dan 1.2 % masing-
masing. Justeru itu untuk menjamin employability seseorang pekerja pada masa
hadapan, para siswazah hari ini haruslah diberi pendedahan dan praktis kemahiran
“employability” seperti ketrampilan, pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran
penggunaan ICT, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran berkomunikasi.
4
OUMH1103
a) Ketrampilan
Menurut terjemahan daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ketrampilan
bermaksud sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri-ciri
seseorang. Ketrampilan para graduan merangkumi pengurusan diri, interaksi sosial,
etika kerja, keyakinan diri, kerja berpasukan dan kepimpinan hasil dari latihan
kemahiran yang telah dilalui. Pengurusan diri bukan sahaja dapat menyumbang
kepada kepuasan bekerja malah pertumbuhan syarikat (ACCI, 2002). Para graduan
juga perlu menunjukkan kebolehan menyelesaikan tugas mengikut masa yang
dianggarkan dan ditetapkan. Di samping itu juga, para graduan juga hendaklah mahir
dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan majikan mereka, sama ada
pelanggan dalam organisasi berkenaan mahu pun pelanggan di luar syarikat majikan
mereka.
b) Pemikiran Kritis dan Kreatif
Model KBKK terdiri daripada empat kemahiran yang dinamakan Kemahiran
Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif, Menyelesaikan Masalah dan Membuat
Keputusan. Dalam setiap kemahiran ini diwujudkan kemahiran-kemahiran mikro.
Kemahiran Berfikir Kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meneliti kebaikan dan kelemahan sesuatu
perkara dan membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.
Kemahiran Berfikir Kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli,
sama ada bersifat maujud, abstrak, atau idea. Menurut Som Hj Nor dan Dahalan 5
OUMH1103
Mohd Ramli (1998), Kemahiran Membuat Keputusan ialah keupayaan minda untuk
memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatif untuk mencapai
objektif yang ditentukan. Kemahiran Menyelesaikan Masalah pula ialah langkah-
langkah yang dijalankan dalam mengatasi rintangan dan kekangan yang menjadi
penghalang kepada matlamat yang dituju.
Justeru itu, para graduan perlulah bijak dalam menghasilkan sesuatu yang baru
secara kreatif dan menilai secara kritis segala tindakan yang dilakukan. Graduan juga
hendaklah mahir menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang bijak
segala situasi yang dihadapai untuk menempuh segala cabaran di alam pekerjaan
kelak. Adalah menjadi harapan besar majikan, semua pekerjanya mampu berfikir
secara kritis dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
yang tepat.
c) Kemahiran Penggunaan ICT
Tuntutan majikan tempatan terhadap penguasaan kemahiran komputer selaras dengan
penemuan kajian lalu. Walaupun kajian di negara maju seperti Stevenson & Bower
(1986) majikan akan melatih kemahiran komputer kepada pekerjanya, kajian terbaru
seperti Turner (2002) terhadap majikan di UK, Leon & Borchers (1998) terhadap majikan
di Texas, USA, Van Loo & Semeijn (2001) di Netherlands, menghendaki pekerja yang
ingin memasuki pasaran buruh perlulah terlebih dahulu mengguasai kemahiran komputer.
Penggunaan komputer yang diperlukan terhadap juruteknik elektrik ini sesuai dengan
penemuan ILO (2001), Mallough & Kleiner (2001) dan Green (1999) yang menyatakan
kemahiran komputer penting untuk perkerja di pelbagai jenis industri dan apa jua jenis
pekerjaan. Kajian AcNielsen, Laporan USM, Malaysian Employers Federation dan 6
OUMH1103
Rahmah et al. (NEAC 2003) turut menyatakan kemahiran menggunakan komputer dan
komunikasi merupakan kriteria yang turut menjadi perhatian majikan ketika memilih
pekerja.
d) Kemahiran Kerja Berkumpulan
Secara ringkasnya kemahiran kerja berkumpulan merujuk kepada pekerja yang
bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara
berganding bahu bagi mencapai matlamat kumpulan. Sebuah pasukan terdiri daripada
gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung
iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai
akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi kumpulan serta bersedia melaksanakan
tugasan secara bersama.
Melalui kerja berkumpulan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa
meningkatkan sumber kerana kerja berkumpulan melibatkan gabungan usaha,
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang
lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian.
e) Kemahiran Berkomunikasi
Kegagalan dalam menguasai kemahiran berkomunikasi boleh mendatangkan
pelbagai masalah kepada individu dan juga organisasi. Adalah penting untuk para
pekerja mempelajari selok-belok berkomunikasi dengan efektif dalam memudahkan
proses pemindahan maklumat, delegasi kerja dan juga mengelak daripada berlakunya
7
OUMH1103
konflik di kalangan pekerja, di antara kumpulan dan juga di antara para pekerja dan
pihak pengurusan.
Kegagalan berkomunikasi secara efektif dengan para pelanggan dan pembekal
pula akan mendatangkan kesan yang lebih darurat lagi. Kegagalan sedemikian rupa
akan berupaya untuk menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat. Para
majikan kini mengharapkan para graduan mampu berkomunikasi dengan baik
terutamanya dalam Bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa dunia sekarang
PERANAN UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN PEKERJAAN
DI KALANGAN GRADUAN
a) Peranan Badan Kerajaan
Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa berusaha untuk meningkatkan
kebolehdapatan perkerjaan graduan yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi
awam tempatan. Graduan sekarang bukan sahaja dikehendaki mempunyai
pengetahuan akademik (graduate skills) tetapi perlu juga mempunyai kemahiran
insaniah (soft skills) dan ‘enterprise’ atau ‘business skills’ bagi meningkatakan
kopetensi mereka. Kesemua ini merupakan aset bagi kebolehpasaran untuk seseorang
graduan. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi juga sedang mengambil beberapa
langkah bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan iaitu dengan memasukan
elemen kebolehpasaran di dalam kurikulum menerusi pembaharuan sistem
pembelajaran dan pengajaran di institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan
8
OUMH1103
kebolehpasaran graduan melalui aktiviti kokurikulum dan melibatkan pihak industri
di dalam penambahbaikan kurikulum.
Kekuatan yang ada bagi melibatkan pihak industri untuk meningkatkan
kebolehpasaran graduan ialah kewujudan industri nasional dan multi nasional di
dalam negara. Ini adalah disebabkan oleh keyakinan pelabur tehadap kestabilan
politik negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dalam menentukan pemerintahan
negara dan usaha-usaha pemulihan ekonomi melalui pelbagai pakej ransangan
ekonomi. Kerajaan sentiasa mengambil langkah mempelawa pelabur asing untuk
meningkatkan pelaburan dengan mendirikan kilang, pejabat urusan dan jualan di
Malaysia. Infrastruktur dan insentif pelaburan yang diwujudkan kerajaan telah berjaya
menarik minat pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Sokongan pihak kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi sendiri
menyalurkan peruntukan untuk membiayai program peningkatan kebolehpasaran
graduan. Contohnya, Menteri Pengajian Tinggi, selepas menyaksikan majlis
menandatangani Memorandum Perjanjian untuk Pusat Pemecutan Kepakaran Domain
CODE8) dalam ICT dengan Mimos Berhad pada 20 Oktober 2009, memaklumkan
bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan peruntukan RM1juta untuk
setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam menganjurkan program bersama pihak
industri bertujuan menambah nilai dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Melalui program yang berasaskan sektor strategik yang boleh meningkatkan industri
berasaskan inovasi dan menjamin peluang pekerjaan untuk graduan.
9
OUMH1103
b) Peranan Institusi Pendidikan Tinggi
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
kementerian telah menggariskan tujuh pendekatan efektif dalam meningkatkan
kebolehpasaran graduan iaitu melalui :
i. latihan secara formal;
ii. latihan secara tidak formal;
iii. program keusahawanan,
iv. perkongsian pintar bersama industri,
v. latihan praktikal di peringkat antarabangsa,
vi. menyemai nilai positif program mobiliti pelajar.
Pihak industri terlibat sama dalam proses penggubalan dan pemurnian
kurikulum berasaskan keperluan industri. Melalui penglibatan bersama pihak industri,
kurikulum yang di bangunkan adalah relevan kepada keperluan industri dan teknologi
semasa. Isu kurikulum lapuk dapat di atasi melalui semakan semula kurikulum
mengikut kehendak industri. Ini dapat memastikan graduan yang dikeluarkan oleh
Institusi Pengajian Tinggi Awam memperolehi kemahiran akademik yang memenuhi
keperluan pasaran kerja semasa.
Perkongsian Pintar iaitu hubungan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
pihak; institusi pengajian tinggi dan industri. Pihak industri bertindak menyediakan
peluang dan ruang kepada pelajar menjalani latihan industri untuk menyediakan
kemahiran insaniah dan kepada pensyarah untuk memperbaharui pengetahuan dan
perkembangan teknologi semasa disamping mendapatkan kompetensi bagi bidang
yang diajar dari industri manakala pihak institusi pengajian tinggi pula boleh
10
OUMH1103
mendapatkan pengalaman dan penyebaran teknolgi terkini dan semasa melalui
penglibatan personel dari industri sebagai pensyarah sambilan bagi kursus-kursus
kritikal dan yang memerlukan input terkini dari pengalaman industri.
Program Sangkutan Industri Pensyarah yang diwujudkan untuk membolehkan
pensyarah institusi pengajian tinggi mendapatkan pengetahuan tambahan dan
pengalaman industri ke arah memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pihak industri perlu membuka peluang untuk membolehkan pensyarah dari institusi
pengajian tinggi menjalani latihan melalui program Sangkutan Industri Pensyarah.
Pensyarah boleh mendapatkan pengalaman ‘hands-on’ dan realiti praktikal dalam
industri. Dengan pengetahuan tambahan yang diperolehi dari industri, pensyarah lebih
kompeten untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan dapat
melahirkan graduan yang berpengetahuan industri semasa.
KESIMPULAN
Dalam situasi ekonomi dan dunia yang mencabar pada hari ini, adalah tidak
mencukupi bagi graduan yang berjaya menamatkan pengajian hanya mempunyai
pengetahuan di dalam perkara akademik semata-mata, perlu juga bagi graduan untuk
memiliki kemahiran-kemahiran yang boleh meningkatkan prospek kebolehpasarannya
ke alam pekerjaan. Perubahan lanskap dan struktur ekonomi mungkin menjadi faktor
penyebab kepada pengangguran graduan. Sejak beberapa tahun lalu sektor pembuatan
yang merupakan sektor terbesar negara telah beransur-ansur digantikan oleh sektor
perkhidmatan. Sektor perkhidmatan memerlukan mereka yang tidak hanya memiliki 11
OUMH1103
pengetahuan teknikal yang sesuai tetapi juga mereka yang memiliki kemahiran
insaniah yang kuat seperti kemahiran interpesonel, komunikasi, pintar, matang dan
berorientasikan bisnes.
Kementerian Pengajian Tinggi telah memulakan beberapa program dan
inisiatif untuk menyelesaikan masalah pengangguran graduan. Antara inisiatif-inisiatif
yang telah diambil ialah seperti memperkenalkan modul ‘soft skills’ untuk menyemai
kebolehan berkomunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan di samping skil menulis
laporan di dalam kurikulum pelajar, menyediakan Modul Asas Pembudayaan
Keusahawanan, menjalankan Program Sangkutan Industri atau Latihan Industri dan
program kolaborasi dengan industri berkaitan. Penglibatan pihak industri amat
penting bagi memastikan kejayaan strategi dan program yang diatur untuk
meningkatkan kebolehpasaran graduan. Pihak industri seharusnya memainkan
peranan lebih aktif dalam menunaikan tanggungjawab sosial melatih graduan
memperolehi kemahiran insaniah (soft skills) dan kemahiran akademik (academic
skills) yang sesuai untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Dengan peranan
yang dimainkan bersama oleh pihak industri dan institusi pengajian tinggi, masalah
kebolehpasaran graduan yang dihadapi pada masa kini boleh dikurangkan dan strategi
untuk menyediakan modal insan kelas pertama bagi mencapai Wawasan 2020
sebagaimana yang digariskan oleh Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara dan Misi
Nasional dapat dicapai.
12
OUMH1103
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Ambigapathy Pandian, Julai 2004, Kajian Kurikulum Universiti: Satu Penilaian Terhadap Penyediaan Siswazah ke Alam Pekerjaan, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).
Azali Mohamed, Amanat 2009, Universiti Putra Malaysia.
Daya Saing Graduan Lepasan Tempatan Dengan Graduan Lepasan Luar Negara Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kertas Konsep, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).
Melahirkan Graduan, 1 Oktober 2009, http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Rencana/20091001015436/Article/
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Pelan Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi.
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Ucapan Pembukaan, 17 Ogos 2009, Seminar ‘Liberalisation Of Higher Education’, Marriot Hotel Putrajaya.
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Ucapan, 21 July 2009, Seminar ‘Enhancing Graduate Employability: Issues, Concerns And The Way Forward’ Marriot Hotel Putrajaya.
Wan Norazah Wan Chik, 14/05/2009, Peluang graduan dapat kerja, Arkib Utusan Malaysia
7 Pendekatan Berkesan Tingkat Kebolehpasarangraduan Bernama, 28/07/09.
13