tugasan wajib modul 5.docx
Transcript of tugasan wajib modul 5.docx
TUGASAN WAJIB MODUL 5
Tidak dapat dinafikan sekolah dan masyarakat adalah dua entiti yang tidak dapat dipisahkan.
Wujudnya sekolah kerana adanya masyarakat. Dalam kelompok masyarakat pula terbentuk
pelbagai organisasi dan agensi yang masing-masing mempunyai peranan yang berbeza.
Hubungan seumpama ini telah terbina sejak sekian lama dan berterusan seiring dangan
perkembangan pendidikan masa kini.
Pergerakan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan tidak akan laju tanpa adanya
sokongan dari jentera lain iaitu agensi dan organisasi dalam masyarakat tersebut. Hubungan
sekolah dengan pihak agensi setempat dan komuniti luar akan membina jalinan dan jaringan
yang akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak. Biasanya pihak sekolah
memerlukan khidmat agensi atau organisasi luar untuk mendapatkan sokongan dana atau
khidmat pakar untuk melaksanakan program. Agensi luar pula memerlukan bantuan sekolah
dari segi penglibatan murid dan guru dalam pelaksanaan program mereka.
Antara agensi atau organisasi yang biasanya mempunyai hubungan atau kaitan secara
langsung dan tidak langsung dengan pihak sekolah ialah :
1. Jabatan Bomba dan penyelamat
2. Jabatan Polis
3. Jabatan Kesihatan
4. Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK )
5. Perpustakaan Daerah / Negeri
6. Bank
7. Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG)/ Penglibatan Ibubapa Komuniti ( PIBK )
8. Pejabat Pendidikan Daerah
Kesemua agensi dan organisasi yang disenaraikan di atas mempunyai fungsi masing-masing
yang boleh membantu pihak sekolah kea rah kemenjadian murid bergantung kepada program
yang dirancang oleh sekolah itu sendiri.
Program yang boleh dibuat di sekolah ialah program yang mensasarkan penglibatan murid,
guru dan ibubapa dengan objektif menggalakan minat membaca dalam kalangan kumpulan
sasar. Program ini dinamakan sebagai “ Semarak Ilmu “ anjuran bersama Pusat Sumber
Sekolah dan PIBG. Berdasarkan objektif utama program, tentunya agensi yang sesuai dan
tepat sebagai ‘ rakan kongsi’ dalam pelaksanaan program ini ialah Perpustakaan Daerah yang
kebetulan jarak antara sekolah dan perpustakaan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan
menggunakan kereta.
Sebagai pemimpin sekolah, guru besar perlu bijak membina serta mengaplikasikan konsep
hubungan sesama manusia dalam perancangan dan pelaksanaan program. Seperti yang
dinyatakan Program Semarak Ilmu ini adalah anjuran sekolah dan PIBG. Dalam hal ini ,
bermula dari pra perancangan telah wujudnya komunikasi antara kedua pihak. Komunikasi
antara pentadbir dan semua guru berlaku dalam mesyuarat Pusat Sumber Sekolah di mana
cadangan yang dikemukakan dipersetujui oleh semua pihak termasukkan pembentukan AJK
pelaksana. Seterusnya berlaku komunikasi antara pihak sekolah dan ibubapa dalam
mesyuarat khas program dengan penjelasan tujuan dan objektif oleh guru besar yang mana
dipersetujui oleh semua ibubapa. Akhirnya komunikasi berlaku antara penganjur dengan
Perpustakaan Daerah untuk mendapatkan khidmat bantuan serta kerjasama dalam
pelaksanaan ‘ Program semarak Ilmu’.
‘Program Semarak Ilmu’ mensasarkan tiga kelompok iaitu murid, guru dan ibubapa yang akan
dilaksanakan selama tiga hari bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan pengisian program
seperti berikut :
i. Perasmian Program oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN )
ii. Pembangunan Profesionalisme Guru- ‘ Book Riview’
iii. Ceramah ‘ Kepentingan membaca dalam semua peringkat dan tips galakan anak-anak
membaca ‘
iv. Pertandingan membaca dan becerita Tahap 1 dan Tahap 2
v. Sehari bersama NILAM ( semua murid )
vi. Pertandingan menulis sinopsis ( untuk murid tahap 2 )
vii. Perpustakaan bergerak
viii. Penyampaian hadiah
Dalam proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Pasukan yang mantap adalah
tiket kejayaan sesebuah program. Dalam hal ini, gabungan pasukan guru dan ibubapa akan
bergerak dengan satu matlamat yang jelas dan dilakukan dengan cara bergotong royong
bermula dari membersihkan kawasan sekolah, persediaan dewan, mendapatkan dana dan
penyediaan jamuan. Konsep kerja sepasukan ini akan terserlah dengan adanya penglibatan
penuh semua guru dan ibubapa, saling bantu membantu dan ada kesepaduan kerjasama.
Setiap ahli berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan. KPM sendiri menekankan
tentang kepimpinan guru dan pembentukan kerja sepasukan. Menurut Saari Sungib ( 1991)
dan Chin Pek Lian ( 2004), apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama,
ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama
yang dinamakan sebagai pasukan kerja.
Dalam pada itu, peranan guru besar sebagai tonggak utama di sekolah adalah sangat besar
dalam menggerakkan pasukan kerja. Konsep kepimpinan melalui tauladan perlu ditonjolkan
agar pasukan bergerak dengan penuh semangat. Penerapan ciri-ciri serta nilai- nilai utama
operasi kerja sepasukan seperti persamaan matlamat, kerjasama, tolak ansur, saling
mempercayai, berkongsi idea, berkongsi tanggung jawab serta bantu membantu perlu
dilakukan dengan bijak. Jestru sebagai pemimpin, guru besar perlu bijak membawa pasukan
menuju matlamat yang dirancang.
Pengisian ‘Program Semarak Ilmu’ juga menekan penglibatan guru dalam membangunkan
kapasiti. Dalam hal ini aktiviti yang dirancang lebih kepada tumpuan untuk pembangunan
profesionlisme guru melalui slot book review. Pihak Perpustakaan Daerah akan membuka
kaunter khas pinjaman buku untuk guru-guru melalui program perpustakaan bergerak ke
sekolah. Guru-guru diberi peluang mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara percuma dan
boleh meminjam sebanyak dua buah buku setiap seorang. Guru-guru diberi kebebasan
memilih buku-buku berbentuk ilmiah untuk dibaca dan dibentangkan dalam slot ‘book review’
selama 10 minit setiap seorang. Jadual dan tentatif untuk slot book review akan disediakan
oleh setiausaha LADAP sekolah. Sebagai penerapan konsep ‘kepimpinan melalui tauladan’
guru besar dan semua penolong kanan terlibat sama dalam pembentangan ini dan guru
besar adalah peserta pertama sebagai suntikan motivasi kepada semua guru.
Pengisian slot ceramah dengan tajuk ‘ Kepentingan membaca dalam semua peringkat dan
tips galakan anak-anak membaca ‘ difokuskan kepada ibubapa dan ahli komuniti luar.
Ceramah disampaikan oleh Ketua Perpustakaan Daerah. Dalam hal ini, komunikasi juga
memainkan peranan dalam menjayakan program. Selain dari cara berkomunikasi guru besar
dengan ibubapa agar hadir beramai-ramai ke majlis ceramah, cara komunikasi penceramah
dalam penyampaian isi ceramah kepada peserta juga akan diambil kira. Dalam hal ini
komunikasi berkesan sangat memainkan peranan. Penyampaian yang berkesan akan
memberi kesan kepada pendengar. Oleh itu, sebagai pemimpin dan ketua kepada
penganjuran program , guru besar sepatutnya akan mengawasi perkara ini agar matlamat
yang dipersetujui kan tercapai.
Semasa pelaksanaan Program Semarak Ilmu selama 3 hari, banyak perkara tentang majlis
ini yang perlu diambil kira. Ini terutamanya semasa majlis perasmian program yang
melibatkan ‘ orang besar, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan setempat.
Bermula dengan perancangan, persediaan dan pelaksanaan semuanya dilaksanakan
melalui perbincangan, kesepakatan dan kerjasama sepasukan. Untuk melancarkan lagi
perjalanan majlis agihan tugas dibuat termasukkan perlantikan ‘ event manager’ yang
berperanan penting dalam memastikan majlis pada hari itu berjalan lancar. Protokol dan
etiket perlu dipatuhi. Selain dari event manager peranan pengacara majlis juga sangat
penting dalam mengawal perjalanan majlis. Semua jawatankuasa yang dilantik perlu
memainkan peranan termasuklah penyambut tetamu yang akan mengiringi dan seterusnya
mempersilakan tetamu-tetamu kehormat duduk mengikut susunan tempat duduk.
Salah satu lagi perkara yang terpenting bagi menjamin kejayaan sesuatu majlis ialah
menyediakan atur cara pentadbiran. Ini merupakan dokumen panduan kepada event
manager dan semua ajk petugas.
Kesimpulannya, dalam membantu sekolah kea rah kemenjadian murid, sekolah boleh
mendapatkan khidmat dari mana-man agensi yang berkaitan. Dalam pada itu, pemimpin
sekolah perlu ada kemahiran dan pengetahuan dalam hubungan sesama manusia agar
kedua-dua pihak mendapat manfaat daripada jalinan hubungan tersebut.