Tujuan Epidemiologi Dan Statistik Penyakit Ptb Dijalankan

5
TUJUAN EPIDEMIOLOGI DAN STATISTIK PENYAKIT PTB DIJALANKAN Epidemiologi Secara umumnya tujuan epidemiologi dijalankan adalah untuk memperoleh data, skala, faktor penyumbang, faktor penggalak atau fenomena lain yang berkaitan dengan kesihatan komuniti. Tujuan epidemiologi penyakit PTB (1) Untuk menentukan PTB sebagai wabak atau bukan Suatu kejadian yang menyebabkan separuh atau semua daerah itu dijangkiti adalah diisytiharkan wabak dan perbandingan statistik dari tahun atau bulan sebelumnya akan dilakukan. (2) Mengenalpasti kaitan wabak dengan faktor-faktor waktu, tempat dan orang. Bila pesakit mula dijangkiti sakit PTB (waktu), dimana mereka mendapat infeksi penyakit itu (tempat), dan siapa yang dijangkiti (Gender, Umur, imunisasi, dll). (3) Memastikan bahawa pesakit yang disyaki dijangkiti adalah positif PTB

description

for medical knowledge

Transcript of Tujuan Epidemiologi Dan Statistik Penyakit Ptb Dijalankan

Page 1: Tujuan Epidemiologi Dan Statistik Penyakit Ptb Dijalankan

TUJUAN EPIDEMIOLOGI DAN STATISTIK PENYAKIT PTB DIJALANKAN

Epidemiologi

Secara umumnya tujuan epidemiologi dijalankan adalah untuk memperoleh data, skala, faktor

penyumbang, faktor penggalak atau fenomena lain yang berkaitan dengan kesihatan komuniti.

Tujuan epidemiologi penyakit PTB

(1) Untuk menentukan PTB sebagai wabak atau bukan

Suatu kejadian yang menyebabkan separuh atau semua daerah itu dijangkiti

adalah diisytiharkan wabak dan perbandingan statistik dari tahun atau bulan

sebelumnya akan dilakukan.

(2) Mengenalpasti kaitan wabak dengan faktor-faktor waktu, tempat dan orang.

Bila pesakit mula dijangkiti sakit PTB (waktu), dimana mereka mendapat infeksi

penyakit itu (tempat), dan siapa yang dijangkiti (Gender, Umur, imunisasi, dll).

(3) Memastikan bahawa pesakit yang disyaki dijangkiti adalah positif PTB

Pesakit akan diambil contoh darah dan kahak AFB dan akan diproses di makmal

untuk mengesan mikobakterium tuberculosis

(4) Mengenalpasti punca PTB

Salah satu cara adalah menemubual pesakit untuk memperoleh maklumat seperti

status nutrisi seseorang, status imuniti sehingga menyebabkan jangkitan berlaku

(5) Mengenalpasti cara pencegahan yang boleh diimplementasikan untuk mencegah PTB

Menemubual orang yang tidak dijangkiti ketika wabak berlaku untuk

mengenalpasti cara pengawalan dan pencegahan wabak

Page 2: Tujuan Epidemiologi Dan Statistik Penyakit Ptb Dijalankan

(6) Menentukan cara supaya wabak tidak berulang dimasa akan datang.

Membuat hipotesis tentang maklumat yang diperoleh . hipotesis tersebut

menerangkan tentang pola kejadian penyakit PTB yang berkaitan dengan sifat

penyakit,waktu,tempat,sumber jangkitan,transmisi jangkitan dan faktor

penggalak. Setelah mendapat hipotesis lakukan tindakan mencegah dengan segera

dan buat surveilence untuk melihat keberkesanannya.

Statistik

Secara umumnya tujuan melakukan statistik adalah untuk melihat gambaran lebih jelas

tentang dapatan epidemiologi dan seterusnya cadangan atau keputusan boleh dibuat

berdasarkan statistik tersebut.

Tujuan statistik penyakit PTB

(1) Untuk mengenalpasti taburan penyakit PTB

bilangan orang yang disaring kes tibi pada 2010 meningkat daripada 8,900 orang

kepada kira-kira 13,000 orang pada 2012,

(2) Untuk mengenalpasti kadar mortality penyakit PTB

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 8.7 juta

kes tibi dikesan melibatkan 1.4 juta kes kematian meliputi 500,000 kes baru dan

64,000 kematian yang terdiri daripada kanak-kanak pada 2011.

Page 3: Tujuan Epidemiologi Dan Statistik Penyakit Ptb Dijalankan

(3) Sebagai perbandingan dengan penyakit berjangkit yang lain.

Pada tahun 2012 penyakit tibi dikategorikan sebagai penyakit berjangkit utama di

Malaysia dengan jumlah kes berdaftar sebanyak 22,710 kes.

(4) Menjadi asas panduan sesebuah keputusan yang dibuat untuk mencegah PTB

Keputusan untuk memberi imunisasi BCG adalah berdasarkan statistik di mana

kanak-kanak atau dewasa yang tidak diberikan vaksin lebih mudah dijangkiti PTB

dan pencegahan perlu dilakukan di peringkat akar umbi dimana bayi perlu

diberikan vaksin BCG agar wabak akan berkurangan pada masa akan datang.

Kesimpulannya tujuan epidemiologi dan statistik penyakit ptb adalah sebagai matlamat yang

perlu dicapai oleh Negara agar penyakit ptb ini tidak menjadi pembunuh Negara pada masa akan

datang. Sebagai penolong pegawai perubatan,adalah menjadi sebahagian tugas mereka dalam

mencegah ptb berdasarkan epidemiologi dan statistik yang telah dijalankan untuk memastikan

kesihatan komuniti sentiasa terpelihara seterusnya menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara

bebas tibi pada masa hadapan.