UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau...

4
UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS BIL.1/ 2012 JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH PADA 30 OKTOBER 2012 DI BILIK KULIAH UNIT LATIHAN JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH Terima kasih Pengacara Majlis, Asalamulaikum warahmatuallahi taala wabarkatuh selamat pagi dan salam sejahtera kepada ketua –ketua bahagian serta para peserta kursus yang hadir dalam majlis ini. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrah Illahi kerana dengan izin dan inayahNYA kita dapat bersama dan melaksanakan majlis/kursus pada hari ini. Mula2 sekali saya ingin menyampaikan salam maaf dari PB kerana tidak dapat hadir kerana beliau terlibat dengan komitmen lain, sehubungan saya telah diamanatkan oleh beliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti berikut. Asalamulaikum warahmatuallahi taalahi wabarkatuh dan salam sejahtera. Mula2 sekali, saya ingin mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis ini atas sebab komitmen tugas yang lain yang tidak dapat dielakkan. Saya di fahamkan bahawa Kursus Induksi Jabatan pada kali akan diadakan selama dua hari, di mana terdapat seramai 17 orang kakitangan Jabatan ini telahpun ditawarkan untuk mengikuti ini. Kursus ini adalah merupakan kursus yang wajib di hadir oleh setiap kakitangan Jabatan ini kerana ianya melibatkan syarat wajib untuk proses pengesahan jawatan. Sehubungan saya mengharapkan agar semua peserta kursus dapat memberi perhatian yang serius dan mengikuti kursus selama 2 hari ini dengan bersungguh- sungguh, penuh komitmen dan berjaya dengan cemerlang.

Transcript of UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau...

Page 1: UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti

UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS BIL.1/2012

JABATAN KERETAPI NEGERI SABAHPADA 30 OKTOBER 2012

DI BILIK KULIAH UNIT LATIHAN JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH

Terima kasih Pengacara Majlis,Asalamulaikum warahmatuallahi taala wabarkatuhselamat pagi dan salam sejahtera kepada ketua –ketua bahagian serta para peserta kursus yang hadir dalam majlis ini. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrah Illahi kerana dengan izin dan inayahNYA kita dapat bersama dan melaksanakan majlis/kursus pada hari ini. Mula2 sekali saya ingin menyampaikan salam maaf dari PB kerana tidak dapat hadir kerana beliau terlibat dengan komitmen lain, sehubungan saya telah diamanatkan oleh beliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti berikut. Asalamulaikum warahmatuallahi taalahi wabarkatuh dan salam sejahtera. Mula2 sekali, saya ingin mohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis ini atas sebab komitmen tugas yang lain yang tidak dapat dielakkan. Saya di fahamkan bahawa Kursus Induksi Jabatan pada kali akan diadakan selama dua hari, di mana terdapat seramai 17 orang kakitangan Jabatan ini telahpun ditawarkan untuk mengikuti ini. Kursus ini adalah merupakan kursus yang wajib di hadir oleh setiap kakitangan Jabatan ini kerana ianya melibatkan syarat wajib untuk proses pengesahan jawatan. Sehubungan saya mengharapkan agar semua peserta kursus dapat memberi perhatian yang serius dan mengikuti kursus selama 2 hari ini dengan bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan berjaya dengan cemerlang.

Page 2: UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti

Peserta kursus yang saya hormati, Saya amat bersyukur pada pagi ini kerana kursus induksi ini berjaya dilaksanakan pada tahun ini. Bagi peserta yang mengikuti kursus ini dengan jayanya adalah peserta yang beruntung kerana tuan/puan telahpun berjaya memenuhi satu syarat wajib bagi proses pengesahan jawatan. Saya juga telah difaham kan bahawa seramai 4 orang kakitangan(Lantikan pegawai sedang berkhidmat) telah ditawarkan untuk mengikuti kursus ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Sepertimana yang tuan/ puan ketahui objektif utama kursus Induksi Khusus ini adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan asas mengenai fungsi dan komponen yang ada di semua bahagian dalam Jabatan keretapi Negeri Sabah. Selain daripada itu, ianya adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan etika kerja yang perlu ada dalam diri kakitangan Jabatan ini. Saya juga dimaklumkan bahawa, pada pagi ini akan diadakan majlis menandatangani “Surat Aku Janji” dan seterusnya pembacaan Ikrar Aku janji. Untuk pengetahuan kepada semua kakitangan baru, sebagai seorang anggota kakitangan kerajaan adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan prinsip:”Aku Janji “ ini yang mana ianya merupakan janji pejawat awam untuk mematuhi Perintah Am Negeri sabah 1982 dan pekeliling-pekeliling yang berkaitan. Jika seseorang pejawat awam telah didapati melanggar prinsip “Aku Janji” ini, maka pejawat awam tersebut boleh dikenakan tindakan dan dijatuhkan hukuman tatatertib. Kecemerlangan dalam sesebuah organisasi Jabatan bergantung kepada nilai-nilai murni kakitangan pekerja itu sendiri. Ini adalah kerana kakitangan pekerja sesebuah Jabatan adalah satu aset yang paling penting dan utama bagi tujuan melaksanakan apa saja perancangan yang telah dicadangkan

Page 3: UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti

oleh Jabatan untuk proses pelaksanaan selanjutnya. Jabatan yang dianggotai oleh individu individu yang cemerlang dan berdedikasi pasti dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan memuaskan. Saya juga mengharapkan agar setiap warga JKNS ini dapat menjadi satu modal insan yang berintregiti dan mempunyai wawasan. Ini kerana kita selaku warga JKNS adalah terlibat langsung dalam semua program yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri dan perlu dilaksanakan oleh Jabatan ini bagi kepentingan orang awam. Dalam hubungan ini, saya menyeru kepada semua warga JKNS supaya terus berusaha dengan gigih bagi membantu Jabatan ini dalam melaksanakan apa jua bentuk program yang perlu dilaksanakan. Saya yakin dengan adanya semangat bekerja dalam satu pasukan dan didokong oleh ketua ketua Bahagian masing-masing, sudah pasti usaha ini dapat mewujudkan sebuah Jabatan yang pragmatik dan berwibawa agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih efektif, sistematik, berkualiti dan memuaskan. Dalam era globalisasi sekarang, ramai orang awam pasti nya mempunyai info yang terkini, maka itu sebagai warga JKNS perlu bersedia dalam apa jua situasi dalam memberi makluman mahupun Info yang jelas apabila diperlukan oleh orang awam. Maka itu sebagai warga JKNS perlu berilmu agar setiap makluman dan info yang diperlukan oleh orang awam dapat diberi penjelasan dengan jelas dan tepat. Saya menyeru kepada semua warga JKNS supaya menanamkan sifat berdisiplin dan komitted dalam tugasan masing-masing bagi memberikan mutu perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sistem penyampaian yang berkesan serta memenuhi rasa aspirasi dan ekspektasi pelanggan. Sesungguhnya kita harus peka bahawa Jabatan ini adalah satu satunya Jabatan yang menyumbangkan perkhidmatan pengangkutan kepada orang awam. Maka itu Jabatan ini harus

Page 4: UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI KHUSUS · PDF filebeliau untuk menyampaikan teks ucapan beliau seterusnya merasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan ini.Teks ucapan beliau adalah seperti

sentiasa bersedia dan berusaha untuk menambahbaik layanan dan perkhidmatan yang sedia ada bagi tujuan keselesaan dan kepuasan pelanggan. Sempena dengan pelaksanaan Kursus Induksi Khusus selama 2 hari ini, saya mengharapkan agar tuan/puan dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan Jabatan ini, dan sekurang-kurangnya warga JKNS yang baru berkhidmat di Jabatan ini dapat mempertingkatkan imej dan kecemerlangan Jabatan ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada AJK urusetia Pelaksana Kursus Induksi Khusus Jabatan ini kerana berjaya melaksanakan kursus tersebut. Dengan lafaz Bismillahniramannirahim dengan ini saya rasmikan Kursus Induksi Khusus Jabatan Keretapi Negeri Sabah bagi Bilangan 1/Tahun 2012 . Sekian dan terima kasih.