Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

download Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

of 6

Transcript of Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    1/6

    6.0 Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

    6.1 Peranan Kerajaan

    Dalam usaha mengantarabangsakan bahasa melayu melalui buku serta sastera tempatan,

    kerajaan perlu menghasilkan serta mengetengahkan koleksi besar yang diyakini mampumenarik minat penerbit luar untuk menterjemahkannya ke pelbagai bahasa dunia. Secara

    tidak langsung, usaha ini dapat mengetengahkan bahasa Melayu di mata masyarakat asing

    yang berminat untuk mempelajarinya. Usaha ini juga amat penting kerana karya melayu

    sekadar besar dalam lingkungan kelompok tertentu tidak akan mampu membawa bahasa

    melayu ke mana-mana. Karya yang kuat itu perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa

    dan seterusnya dipromosikan bagi menarik minat penerbit asing bekerjasama

    menterjemahkan karya-karya ini untuk pasaran negara masing-masing. Cara ini akan dapat

    menawarkan sastera Melayu kepada khalayak antarabangsa, sekaligus memperkasakan

    kewujudannya, baik di tanah air sendiri, mahupun di peringkat antarabangsa.

    Pelaksanaan dasar bahasa yang digubal oleh kerajaan perlu dijalankan secara meluas.

    Pelaksanaan secara terbatas beerti menghadkan tindakan perlaksanaan berdasarkan apa-apa

    yang tersurat dalam undang-undang bahasa yang ada. Misalnya, menurut peruntukan Fasal

    152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, penggunaan bahasa Melayu sebagai

    "bahasa rasmi" hendaklah dihadkan bagi urusan pentadbiran kerajaan sahaja,kusunya dalam

    bidang pentadbiran awam,bidang kehakiman dan perundangan. Hal ini secara tidak langsung

    menunjukkan bahawa kerajaan atau pelaksana dasar bahasa tidak boleh mengembangkan

    domain atau ranah bahasa Melayu di luar bidang urusan rasmi kerajaan. Begitu juga di luar

    sistem pendidikan kebangsaan, bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di

    sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta.

    Pelaksanaan dan penggunaan bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara meluas agar jati diri

    bangsa Melaysia tehadap bahasa kebangsaannya terus kukuh. Penguatkuasaan undang-undang

    perlu untuk memastikan pelaksanaan dasar bahasa sebagai pembentuk jati diri bangsa

    tercapai. Dengan adanya kuasa undang-undang penggunaan bahasa Melayu dapat diperluaskan

    di luar bidang urusan rasmi kerajaan seperti dalam iklan di ruang awam atau untuk

    menggunakan nama yang bercorakan Malaysia di kawasan perumahan yang dibina oleh pihak

    swasta. Hal ini perlu kerana peminggiran penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta selama

    ini berlaku atau dibiarkan berlaku kerana orang mentafsirkan undang-undang bahasa secara

    sempit dan tidak ada undang-undang yang secara langsung menyokong penggunaan bahasa

    Melayu. .Kesungguhan Institut Terjemahan Negara yang mengambil bahagian di Frankfurt Book Fair

    2008 dengan misi untuk mengantarabangsakan karya-karya Malaysia adalah contoh yang mesti

    dibanggakan kerana telah mengantarabangsakan karya-karya Malaysia seperti siri komik

    Kampung Boy karya Dato Lat.

    6.2 Peranan sektor swasta

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    2/6

    Sektor swasta harus memainkan peranannya untuk memertabatkan bahasa Melayu.

    Sumbangan dalam bentuk wang dan hadiah amat penting. Banyak bank di negara Malaysia

    menaja rancangan yang dapat memantapkan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak swasta

    telah membiayai kos pembelanjaan Pengajian Bahasa Melayu di Universiti Australia. Langkah

    ini membolehkan bahasa Melayu dikembangkan di luar Negara.

    Pelbagai pertandingan pantun serta hadiah insentif diberikan oleh pihak penaja swasta.

    Misalnya Public Bank menaja pertandingan cerpen remaja, sajak dan penulisan kreatif. Publik

    Bank juga membantu menerbitkan karya-karya Melayu yang memenangi hadiah sayembara.

    Sememangnya, bantuan kewangan sektor swasta ini amat membantu perkembangan bahasa

    Melayu.

    Sektor swasta juga perlu mengakui nilai ekonomi bahasa Melayu. Sektor swasta harus

    menjadikan bahasa Melayu alat komunikasi dalam menjalankan urus niaga. Misalnya,

    mesyuarat syarikat, dokuman perjanjian, laporan tahunan dan sebagainya bolehlah ditulis

    dalam bahasa Melayu. Melalui cara ini martabat bahasa Melayu dapat ditingkatkan.

    Masyarakat dapat mempraktikkan bahasa Melayu bukan sahaja di Malaysia, bahkan di rantau

    Asia Tenggara. Dengan ini bahasa Malaysia akan mempunyai identiti dan maruah yang

    tersendiri..

    Selain itu sektor swasta haruslah lebih prihatin dalam soal penggunaan bahasa Melayu yang

    betul dalam pengiklanan. Sektor swasta perlu mengikis prasangka terhadap kemampuan

    bahasa Melayu. Keyakinan dan perubahan sikap sektor swasta terhadap penggunaan bahasa

    Melayu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai pelopor dalam pengiklanan.Usaha ini patut

    dilaksanakan secara menyeluruh dengan meningkatkan paparan iklan dalam bahasa Melayu.

    Pihak swasta sewajarnya meningkatkan penguasaan tatabahasa Melayu bagi mengelakkanpencemaran bahasa kerap kali berlaku. Usaha sektor swasta untuk memertabatkan bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi boleh ditonjolkan dalam urusniaga yang berbentuk dokumen.

    selain mempergiat penterjemahan dokuman ke dalam bahasa Melayu sebagai contohnya

    borang-borang bank, polisi insuran dan surat perjanjian perumahan. Kegiatan ini diperlukan

    memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia kini berpendidikan Melayu. Ini merupakan satu

    cara yang berkesan untuk meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu seterusnya dapat

    mengantarabangsakan bahasa yang kita sayangi ini. Dokumen seperti minit mesyuarat dan

    notis-notis yang disiarkan melalui akhbar dengan penggunaan bahasa Melayu pasti

    memberangsangkan perkembangannya.

    Sektor swasta juga perlu memartabatkan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan. Melalui

    institusi pengajian tinggi ini, negara Malaysia akan melahirkan para siswazah yang cerdik

    pandai serta sebati dengan bahasa Melayu bukan hanya pelajar Malaysia malah dikalangan

    pelajar antarabangsa.

    6.3 Peranan Kita Sebagai Rakyat Malaysia

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    3/6

    ``Bahasa Jiwa Bangsa''. Ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan, maka bahasa itulah

    yang membentuk jiwa kita yang sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan. Justeru, jika kita

    seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan,

    akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika

    kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah jati diri asing'. Lantas, akan

    terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia.

    Untuk menghakikatkan gagasan ini bukanlah mudah, apatah lagi jika kita sebagai rakyat

    Malaysia mendaulatkan bahasa-bahasa asing di negara kita sendiri - dogma pemikiran bahasa

    yang aneh sekali pada zaman pasca kolonialisme. Dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia

    dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada

    bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa-bahasa asing. Inilah prinsip umbi yang seharusnya

    kita junjung, jika benar kita serius untuk menghakikatkan gagasan pembentukan bangsa

    Malaysia, seperti kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

    Justeru itu, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran

    kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bangsa yang maju-

    moden perkasa menjunjung tiga pacak ketamadunan: Memartabatkan bahasa kebangsaannya,

    menyintai jati diri kebangsaannya (bukan perkauman-kesukuan) dan setia pada nusanya yang

    satu.

    Perlu dinyatakan di sini hanya bahasa kebangsaan (bukannya bahasa asing atau bahasa ibunda)

    yang dapat menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan

    menyemarak jati diri kebangsaan (lawannya identiti perkauman), di samping pendaulatan

    bahasa kebangsaan yang menjadi bukti ketaatsetiaan, penghormatan dan pemuliaan kepada

    nusa tercinta. Malah, bahasa kebangsaan jugalah yang berperanan sebagai bahasa ilmu (dalam

    segenap bidang), bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradabanmoden. Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting - selain wadah

    pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia

    bersemboyankan gagasan ` satu bahasa, satu bangsa, satu nusa'', jelas tidak sewajarnya

    disangsikan oleh sesiapa pun.

    Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan merealisasikan Wawasan

    2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa Melayu, ini bermakna kita

    telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri. Kejayaan

    pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, selain pengasasan negara-bangsa di benua Eropah

    dan Amerika Syarikat, sewajarnyalah kita teladani. Mereka terbukti telah berupayamemodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan memertabatkan bahasa kebangsaan

    negara-bangsa masing-masing.

    6.4 Peranan Media Massa

    Dalam era globalisasi kini, perkembangan media massa sebagai alat atau medium penyampai

    maklumat yang pantas tidak dapat dipertikaikan. Ia memberikan satu momentum baru dalam

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    4/6

    kehidupan manusia. Jika dahulu penggunaannya terbatas namun dengan kecanggihan

    teknologi segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah.

    Kemudahan ini telah memberi peluang bagi mengantarabangsakan bahasa Melayu. Segala

    maklumat dapat diakses melalui portal-portal yang dicipta dan disebarkan melalui sesawang

    atau internet oleh mana-mana individu. Proses-proses kempen memartabatkan bahasa melayudapat dilakukan oleh pencinta bahasa Melayu.

    6.5 Peranan Golongan Elit dan Akademik

    Golongan intelek dan elit bangsa Malaysia, yang kebanyakannya daripada kelas menengah

    terdiri daripada professional, ikhtisas seperti peguam,doktor, pentadbir dan seumpamanya

    adalah amat penting diwujudkan dengan segera.Golongan ini seharusnya sanggup

    membuktikan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan penulisan

    secara global.

    Sikap tolak ansur dalam melaksanakan dasar bahasa harus diketepikan, sebaliknya

    diketengahkan sikap memperjuangkan jati diri terhadap bahasa kebangsaan. Dengan adanya

    semangat cinta akan bahasa dan bangsa sendiri, alasan sesetengah pihak untuk mengubah suai

    dasar bahasa berteraskan tuntutan nasiolisme, desakan gelombang pasaran bebas dan

    kemajuan teknologi maklumat dapat dibendung. Kerjasama dari golongan ini amat diperlukan

    bagi mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia terhadap bahasa kebangsaan.

    Kerjasama yang utuh sesama mereka untuk memperjuangkan hasrat memperkasa peranan

    bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di Malaysia, terutama ketika negara sedang

    mendepani globalisasi amat diharapkan Selain mereka hasrat murni ini memerlukan

    penyertaan dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan berkepentingan, sama ada individumahu pun kumpulan dalam kalangan pelajar atau sesiapa sahaja yang cintakan bahasa

    Melayu.

    7.0 Usaha Pihak-Pihak Lain Untuk Mengantarabangsakan Bahasa Melayu

    Pengantarabangsaan bahasa Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu

    bahasa yang dikenali dan difahami sekaligus digunakan oleh penutur asing yang tidak

    menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Negara. Justeru, bahasa Melayu patut

    dikembangkan di seluruh dunia agar menjadi salah satu bahasa komunikasi penting pada

    peringkat antarabangsa.

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM)

    mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan negara Kemboja dalam usaha untuk

    mengembangkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa.Program kebahasaan ini diteruskan

    lagi pada tahun 2003 dan 2005 sebagai kesinambungan usaha terdahulu dalam melatih tenaga

    pengajar dalam kalangan mereka untuk disampaikan pula kepada masyarakat Kemboja yang

    lain. Pada tahun 2008 program kebahasaan ini telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun yang

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    5/6

    lalu. Program dimulakan dengan Kursus Penataran Bahasa Melayu selama tiga hari dari 16

    hingga 18 Jun di Dewan Pejabat Mufti Kerajaan Kemboja. Seramai 30 orang peserta yang

    mewakili setiap daerah di seluruh Kemboja seperti: Battambong, Kratie, Kandal, Kampung

    Cham, Kampung Chnang, Siem Reap dan Phnom Penh menghadiri kursus tersebut.

    Di Moscow pula terdapat dua buah universiti yang menawarkan kursus Bahasa Melayu, iaituInstitut Pengajian Negara-negara Asia dan Afrika dan Institute of Applied Oriental Studies,

    Moscow States University (MSU). Terdapat beberapa orang tokoh ilmuwan yang berminat

    dengan negara Malaysia dan mereka berusaha gigih untuk memperkenalkan budaya Malaysia

    serta bahasanya kepada orang Russia. Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Dr. Boris

    Parnickel. Pada tahun 1963 beliau menghasilkan sebuah buku berbahasa Rusia yang pertama

    memperkenalkan sastera Melayu moden Malaysia kepada pembaca di Rusia. Buku yang

    berjudul Di Tepi Jalan diterjemahkan daripada cerpen A. Samad Said, penulis Melayu

    Angkatan 50-an. Seorang lagi tokoh ialah mendiang Dr. Andrey Pavlyatenko yang julung kali

    memulakan kursus bahasa Melayu dan Pengajian Malaysia pada tahun 1967, tetapi kursus itu

    merupakan kursus tambahan kepada bahasa Indonesia.

    Pengajaran bahasa Melayu juga telah berlaku di Jerman . Bahasa Melayu telah diajarkan di

    universiti-universiti di Hamburg , Cologne , Bonn dan Frankfurt di Jerman Barat. Pengajaran

    bahasa Melayu sebenarnya telah dilakukan oleh pensyarah yang merupakan penutur jati

    bahasa Melayu yang telah menggabungkan bahan-bahan pengajarannya sendiri. bahasa Melayu

    telah mula diajarkan bukan sahaja di empat buah universiti, bahkan di universiti-universiti

    lain yang menyelidik dan mengajar dalam bidang sosiologi, sejarah, antropologi dan pengajian

    Asia . Kini bahasa Melayu diajar di universiti-universiti di Bonn, Pasau, Hamburg, Frankfurt,

    Cologne, Bremen, Gottingen, Munchen, Bielefeld dan Mainz, yang kebanyakan pelajarnya

    adalah di peringkat sarjana.

    Justeru, kepesatan perkembangan bahasa Melayu yang berlaku harus menjadi kebanggaan

    para penuturnya dan secara berterusan harus menyokong dan mendaulatkan bahasa Melayu

    supaya bahasa ini akan terus membentuk kecemerlangan tamadunnya sendiri.

    Penutup

    Bahasa Melayu sememangnya sudah mencatat kegemilangan apabila telah menjadi bahasa

    antarabangsa suatu ketika dahulu meskipun perubahan zaman telah merubah kedudukan

    bahasa melayu. Mendaulatkan bahasa Melayu bukan bererti menyisihkan bahasa-bahasa lain

    dan menganggapnya sebagai bahasa bahasa yang mesti dipinggirkan dalam setiap aspekkehidupan. Sebagai bahasa yang pernah melalui sejarah gemilang, bahasa melayu semestinya

    terus-menerus digerakkan untuk mengembalikan kegemilangannya. Bahasa Melayu sewajarnya

    duduk sebaris dengan bahasa antarabangsa yang lain dan masyarakat antarabangsa

    sewajarnya diperkenalkan kepada bahasa Melayu.

    Realiti yang berlaku membuktikan bahawa kecemerlangan sesuatu bangsa itu bukan terjadi

    menerusi sesuatu bahasa asing yang dipelajari, malah kecemerlangan tersebut datangnya

  • 8/6/2019 Usaha Mrngantarabangsakan Bahasa Melayu

    6/6