UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan...

26
1 UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: AMALAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap: No.4, Jalan Nangka 4, Taman Sri Desa, 28050 Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Tarikh: 22 April 2010 Tarikh: 22 April 2010

Transcript of UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan...

Page 1: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

1

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: AMALAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: Nama Penyelia :

No.4, Jalan Nangka 4, Dr. Yusof Bin Boon

Taman Sri Desa,

28050 Kuala Krau,

Temerloh,

Pahang Darul Makmur.

Tarikh: 22 April 2010 Tarikh: 22 April 2010

Page 2: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

2

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis

ini adalah memadai dari segi skop dan kuiti untuk tujuan penganugerahan ;

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) .”

Page 3: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

AMALAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2010

Page 4: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang taip satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................................

Nama penulis : SITI FATIMAH BINTI ABD RAZAK

Tarikh : .........22 APRIL 2010................................

Page 5: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

iii

DEDIKASI

AYAHANDA DAN BONDA

( Encik Abd Razak &Norlehah)

Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian

yang sentiasa mengiringi diri ini.

KAKANDA DAN DINDA

(Siti Aishah,Zulkifli, Siti Fadzillah, Mohd.Hakimin,Siti Sarah)

Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,

nasihat dan tunjuk ajar darimu.

TEMAN –TEMAN BAIK

Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan dan dorongan

yang sentiasa kalian berikan ketika melakukan tesis dan juga

sepanjang menjalani kehidupan di UTM.

Buat rakan-rakan,

Moga ukhwah yang terjalin di sini kekal abadi.

Page 6: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah SWT yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan

projek sarjana ini.

Sekalung penghargaan kepada penyelia, Dr. Yusof Bin Boon yang banyak

membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa kenal erti

jemu. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik yang dicurahkan

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar-pelajar tahun akhir

Fakulti Pendidikan yang terlibat dalam kajian ini kerana sudi memberikan kerjasama.

Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan buat rakan-rakan seperjuangan

yang tersayang kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu.

Akhir sekali, penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung atau

tidak dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Wassalam

Page 7: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan keselamatan di dalam makmal sains

dalam kalangan 55 orang guru pelatih sains tahun empat yang terdiri daripada kursus 4

SPF, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik), 4 SPC, Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Kimia) dan 4 SPN, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua aspek yang dikaji dalam

kajian ini iaitu aspek pengetahuan dan amalan keselamatan di dalam makmal sains.

Data-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30

item untuk memperolehi data. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS

V11.5). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Keputusan yang

diperoleh diringkaskan dalam bentuk jadual peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian

menunjukkan amalan responden terhadap keselamatan di dalam makmal sains pada

tahap tinggi dengan nilai min 4.47. Beberapa cadangan diberi untuk meningkatkan

mutu keselamatan di kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di masa akan

datang.

Page 8: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to identify the practice safety in science lab among 55

practical science teachers in fourth year of programs 4SPF, Bachelor Science and

Education (physic) and 4 SPC, Bachelor Science and Education (Chemistry) and 4

SPN, Bachelor Science and Education (Science) in faculty of education, Universiti

Teknologi Malaysia. Two aspects investiged were knowlege and the safety practice

in science lab. A set of questionnaire consisting of 30 items on understanding and

practice safety was used to collect data. The data were analyzed by using Statistical

Package for Social Science Version 11.5 (SPSS V11.5) software. Descriptive

analysis was used to analyze the data. The results were represented by percentages

and frequency table. The finding showed that the respondents‟ practice safety in

science lab for this topic was at the good level with the value of mean is 4.47. Some

recommendations are given to upgrade the standard of practice on safety in science

lab among students in the future.

Page 9: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar belakang masalah 5

1.2 Pernyataan masalah 8

1.3 Objektif kajian 9

1.4 Persoalan kajian 10

1.5 kepentingan kajian 10

1.6 Skop dan batasan kajian 11

1.7 Definisi istilah 11

1.7.1 Pengetahuan 11

1.7.2 Pelajar 12

1.7.3 Keselamatan 12

1.7.4 Tahap 12

1.7.5 Amalan keselamatan 13

1.7.6 Makmal sains 13

Page 10: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

viii

1.7.7 Peraturan makmal 13

1.8 Penutup 13

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 15

2.1 Keselamatan makmal 17

2.1.1 Arahan kesalamatan makmal, bengkel,,

padang, stor sukan dan gelanggang 19

2.2 Panduan peraturan makmal 19

2.3 Amalan keselamatan makmal 22

2.4 Kajian lepas 24

2.5 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 28

3.1 Reka bentuk kajian 28

3.2 Populasi kajian 29

3.3 Sampel kajian 30

3.4 Kajian rintis 30

3.5 Instrumen kajian 31

3.6 Prosedur kajian 32

3.7 Analisis data 32

3.8 Penutup 33

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL

4.0 Pengenalan 35

4.1 Bahagian A : Latar belakang responden 36

4.1.1 Taburan responden mengikut jantina 36

Page 11: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

ix

4.1.2 Taburan responden mengikut kursus 36

4.2 Bahagian B : Amalan keselamatan di

dalam makmal sains 37

4.2.1 Tahap pengetahuan terhadap amalan

keselamatan di dalam makmal sains 37

4.2.2 Tahap amalan keselamatan di dalam

makmal sains dalam kalangan pelajar 39

4.2.3 Aspek-aspek dikaji 42

4.3 Ujian-t bagi aspek pengetahuan terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains

mengikut jantina 42

4.4 Ujian-t bagi aspek amalan keselamatan di dalam

makmal sains mengikut jantina 43

4.5 Ujian Anova bagi aspek pengetahuan terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains

mengikut kursus 44

4.6 Ujian Anova bagi aspek amalan keselamatan

di dalam makmal sains mengikut kursus 45

4.7 Penutup 46

5 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 47

5.1 Demografi kajian 47

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 48

5.3.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap.

amalan keselamatan di dalam makmal

sains 48

5.3.2 Tahap amalan keselamatan di dalam makmal

sains dalam kalangan pelajar 49

5.3.3 Perbezaan tahap pengetahuan pelajar

terhadap amalan keselamatan

Page 12: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

x

di dalam makmal sains mengikut jantina 50

5.3.4 Perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam

makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut

jantina 51

5.3.5 Perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains

mengikut kursus 52

5.3.6 Perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam

makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut

kursus 53

5.4 Cadangan 54

5.4.1 Cadangan kajian 54

5.4.2 Cadangan kepada kajian lanjutan 55

5.5 Penutup 56

BIBLIOGRAFI 57

LAMPIRAN

Page 13: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan populasi pelajar tahun akhir ijazah

sarjana muda sains serta pendidikan (fizik,

kimia, dan sains), Fakulti Pendidikan 29

3.2 Taburan item soal selidik, mengikut aspek

kajian 31

3.3 Pengelasan skor min dan status 33

4.1 Taburan responden mengikut jantina 36

4.2 Taburan responden mengikut kursus 37

4.3 Taburan responden mengikut pengetahuan terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains 38

4.4 Taburan responden mengikut amalan keselamatan

di dalam makmal sains 41

4.5 Taburan min dan sisihan piawai bagi dua aspek

yang dikaji 42

4.6 Ujian-t bagi aspek pengetahuan pelajar terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains

mengikut jantina 43

4.7 Ujian-t bagi amalan keselamatan di dalam makmal

sains mengikut jantina 44

4.8 Ujian Anova bagi aspek pengetahuan pelajar terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains

mengikut kursus 45

4.9 Ujian Anova bagi amalan keselamatan di dalam

makmal sains mengikut kursus 45

Page 14: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN MAKNA

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

PEKA - Pentafsiran Kerja Amali

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

& - Dan

Page 15: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik Bahagian A 61

dan Bahagian B

B Reliability Analysis-Scale (Alpha) 67

C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 68

Page 16: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan

dalam sesebuah negara di dunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat

mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan sesuatu produk itu

bermula dari sebuah makmal sains. Di Malaysia, wujudnya makmal-makmal sains di

semua sekolah menengah dan bilik sains di sekolah rendah milik Kementerian Pelajaran

Malaysia serta makmal sains di institusi pelajaran swasta dapat memberikan asas

penyelidikan dan pembangunan lebih awal khususnya kepada pelajar. Semua proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains harus dilakukan di persekitaran bilik

makmal sains bagi memastikan pelajar beroleh kemahiran saintifik dengan lebih

optimum. Aktiviti amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan wadah

utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran. Bagi memastikan penggunaan

makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang

lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua

Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu

Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini,

sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta

berkesan dapat direalisasikan.

Page 17: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

2

Pendidikan sains bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,

berkemahiran serta memenuhi ciri-ciri insan kamil terhadap alam sekelilingnya. Sains

merupakan satu bidang keilmuan dan juga satu kaedah inkuiri dan penyelesaian

masalah. Kurikulum yang digubal adalah untuk memastikan pembangunan serta bidang

keilmuan ini dapat digarap serta dicernakan sebaik mungkin oleh generasi akan datang

amnya.

Kepentingan Pendidikan Sains dalam meningkatkan perkembangan

sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat di negara ini telah tercatat dalam Penyata

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1966 (para 100):

Pentingnya ilmu sains dan teknologi dalam memajukan kedua-dua

sumber (tenaga manusia dan alam) ini tidak boleh diperingankan. Satu

asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dengan kadar tenaga

manusia secukupnya membuat pengkhususan dalam berbagai-bagai

lapangan sains adalah penting bukan sahaja untuk penyelidikan tetapi

juga untuk pembangunan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Sains Di Malaysia

memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan

individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai

ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sains adalah satu bidang yang merangkumi

pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini

amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu

pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid

memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna

kepada murid apabila mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta dengan

konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia

ada serta mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan harian.

Page 18: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

3

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan dalam

sistem pendidikan sekarang telah bermula sejak tahun 1989 bagi pelajar tingkatan 1

dalam mata pelajaran sains. Ini adalah hasil kesinambungan daripada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1982 di 103 buah

sekolah dan keseluruhannya pada tahun 1983. KBSR dan KBSM seharusnya dapat

melahirkan pelajar yang menyeluruh dan cemerlang seperti yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diikuti

selama ini harus dapat menjana pemikiran pelajar ke arah minda yang kreatif, inovatif

dan produktif. Aktiviti yang dijalankan sama ada di bilik darjah, di makmal atau luar

bilik darjah seharusnya dapat memupuk kemahiran-kemahiran berkenaan.

Malaysia mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun

2020 dalam usaha mencapai hasrat ini Malaysia memerlukan ramai tenaga manusia yang

mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Untuk memenuhi keperluan

tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60

peratus pelajar dalam bidang Sains dan Teknikal dan 40 peratus pelajar dalam bidang

Sastera. Kedudukan nisbah ini pada tahun 2000 menunjukkan pencapaian dasar ini

masih jauh daripada sasarannya. Cuma 27.7 peratus sahaja pelajar berada dalam jurusan

sains dan teknikal sementara selebihnya adalah dalam jurusan Sastera. Dasar

membenarkan pilihan jurusan oleh pelajar merupakan salah satu faktor yang

menyumbang kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan vokasional,

trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah meningkat

dari 5.12 peratus pada tahun 1980 kepada 16.1 peratus pada tahun 2000. Pencapaian ini

sebenarnya masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

mencapai 60 peratus pelajar dalam jurusan sains (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2001).

Perubahan dalam era pendidikan kini telah mewujudkan keperluan untuk

mengenal pasti kaedah, strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan

kesedaran terhadap keselamatan murid dan warga sekolah. Bagi merealisasikan suasana

yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 19: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

4

telah menerbitkan modul dan manual konsep „Sekolah Selamat‟ pada tahun 2002

sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah selamat. Berdasarkan

panduan ini, semua pihak telah disedarkan tentang peranan masing-masing dalam

menentukan aspek keselamatan.

Dalam melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan, banyak wang dibelanjakan untuk meningkatkan prasarana

dan kemudahan sokongan serta pembangunan kurikulum. Sejajar dengan hasrat

kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan,

maka perlaksanaan amalan keselamatan perlulah juga dititikberatkan dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Pada akhir abad 18, perkembangan makmal sekolah bermula di Eropah apabila

idea terawal mengenai ekperiman dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan

makmal sekolah yang lebih teratur dan lengkap seterusnya bermula pada tahun 1896 di

University of Chicago, Amerika Syarikat, atas daya usaha John Dewey pada yang

ketika itu Ketua Jabatan Falsafah, Psikologi dan Pedagogi di universiti tersebut. Sekolah

tersebut dipanggil Sekolah Dewey iaitu sebuah Sekolah Model yang bertujuan

mewujudkan satu senario yang lengkap dan sempurna bagi tujuan-tujuan seperti

memaparkan, menguji, menentukan serta mengkritik kenyataan yang teoritikal dan juga

prinsip-prinsipnya dan untuk menambah jurnlah fakta dan prinsip-prinsip seperti yang

telah di dalam kurikulum sekolah (DePencier, 1997; Van Til, 1999).

Panduan keselamatan bukan hanya untuk dibaca tetapi haruslah diamalkan bukan

hanya ketika tertentu sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa

dan ketika walau di mana juga kita berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu

kebiasaan atau satu bentuk sikap. Kebiasaan seseorang itu tidak lahir bersama, ketika ia

lahir ke dunia. Kebiasaan akan sebati bersama jika kita melakukan atau mengamalkan

sesuatu itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara yang penting yang perlu dipatuhi

oleh semua pihak, (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan

Page 20: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

5

kesihatan. Kita menjaga kesihatan kerana kita ingin mengelakkan daripada penyakit,

begitulah halnya dengan keselamatan.

Keselamatan di makmal adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai

hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat

bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di makmal boleh

menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada

bahaya seperti tangan dan mata. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya

mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.

Satu buku panduan pengurusan dan peraturan makmal sekolah telah dikeluarkan

oleh kementrian pendidikan Malaysia pada tahun 1977 untuk membantu pihak pentadbir

dan guru mata pelajaran sains bagi memastikan bahawa pelajar di bawah jagaannya

dapat mengikuti proses pembelajaran di makmal dalam keadaan yang selamat buku ini

amat berguna kepada pelajar kerana segala panduan dan keselamatan makmal

terkandung di dalamnya.

Oleh itu, amalan dan kesedaran terhadap keselamatan makmal mesti dipupuk

dalam semua pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya dapat di jamin

jika setiap kumpulan yang terlibat dalam pengurusan dan penggunaan makmal sedar dan

melaksaankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Dengan itu, setiap pengguna

makmal perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kepentingan keselamatan

dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisplin dan selamat. Kerjasama yang

erat antara satu sama lain perlu wujud bagi menjamin keselamatan diri, orang lain dan

juga harta benda di dalam makmal.

Page 21: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

6

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam KBSM, mata pelajaran berasaskan sains wajib diambil oleh semua pelajar sama

ada pelajar aliran sains ataupun pelajar bukan aliran sains. Pelajar-pelajar ini banyak

terlbat dalam penggunaan makmal apabila menjalankan amali dan teori sains. Ini kerana

hampir 4 per 5 daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains dilakukan di dalam

makmal sains. Ini bermaksud pelajar-pelajar dan guru juga akan terdedah secara

langsung kepada risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains

sekolah. Risiko-risiko kemalangan semasa mereka berada dalam makmal sains sekolah

seperti ketika menggunakan bahan beracun, bahan mudah terbakar, bahan kimia

terhakis, pengendalian radas dan peralatan kaca dan sebagainnya. Kemalangan seperti

mencampur aduk bahan kimia sesuka hati, mengubah kaedah eksperimen, cara

menggunakan bahan atau radas yang tidak betul dan lain-lain.akan berlaku ke atas

pelajar dan guru itu sendiri jika tidak mengambil berat atau tidak mengamalkan

keselamatan dalam makmal. Oleh itu, keselamatan dalam makmal perlu dipandang

serious oleh pihak sekolah dan juga para pelajar.

Antara kemalangan yang mungkin berlaku di dalam makmal sains adalah

kebakaran, letupan, kejutan elektrik dan kebocoran gas. Terdapat satu kes yang berlaku

di makmal sains Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh (Utusan Malaysia, 2004), yang

mengakibatkan 19 orang pelajar tercedera akibat paip gas makmal sains di sekolah

meletup. Dua daripadanya terpaksa dirujuk kepada pakar mata Hospital Ipoh kerana

dipercayai terkena serpihan daripada letupan tersebut manakala yang lain mengalami

pedih mata dan hidung. Mereka juga mengalami gatal tekak di samping terkejut dengan

kejadian itu. Peristiwa itu berlaku ketika 44 orang pelajar tingkatan satu sedang

menjalankan uji kaji menggunakan penunu Bunsen di makmal sains. Menurut

pengesahan pihak bamba, kejadian tersebut berlaku disebabkan paip gas makmal

tersebut telah bocor akibat dimakan usia.

Page 22: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

7

Kemalangan yang berlaku mungkin disebabkan oleh kesilapan kecil, kecuaian

sikap pelajar-pelajar semasa di dalam makmal, kekurangan kelengkapan seperti

kandungan peti pertolongan cemas dan penyelanggaran makmal. Misalnya, kes yang

telah berlaku di makmal sains di Sekolah Tinggi Kem Nasional Lapu-lapu, Apas (Cebu

Online, 2008) yang menyaksikan seorang pelajar yang berusia 15 tahun tercedera akibat

luka terbakar ketika menjalani eksperimen pada 17 September 2008 lepas. Mangsa

menyatakan bahawa punca perebakan api bermula setelah salah seorang rakan

sekelasnya menuangkan alkohol ke dalam bara api ketika merela sedang membuat

eksperimen bahan api. Kejadian ini menyebabkan kulitnya menjadi biru dan rambutnya

terbakar.

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan harus sentiasa diingatkan dari

semasa ke semasa agar sentiasa dipatuhi. Selain itu, pelajar juga harus tahu serba sedikit

tentang pertolongan cemas dan sentiasa diingatkan jangan sesekali berada cemas dan

panik apabila berlaku kemalangan. Dengan ini pelajar dapat mengelakkan diri daripada

mengalami kemalangan serta mampu mengendalikan pertolongan cemas jika

berlakunnya kecil seperti kecederaan terkena kaca.

Dalam melakukan kerja-kerja amali di makmal, setiap guru akan menekankan

aspek keselamatan di dalam makmal sebelum, semasa, dan selepas ekperimen.

Kebiasaannya, sebelum kerja amali dijalankan, tenaga pengajar akan memberikan

penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah-langkah kerja.

Pelajar akan diingatkan dari masa ke semasa supaya mereka dapat membentuk budaya

kerja yang selamat untuk diri sendiri dan orang lain. Menjadi tanggungjawab guru-guru

untuk menerapkan dan melaksanakan menerapkan amalan dan peraturan keselamatan

kepada mereka sebagai pendedahan awal menjamin keselamatan pelajar- pelajar.

Menjadi masalah seandainya guru-guru sendiri tidak mengamalkan keselamatan

makmal.

Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak

mengamalkan langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali

Page 23: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

8

masuk ke dalam makmal dan menjalankan amali. Tambahan pula, tahap pengetahuan

guru-guru sains mahupun guru pelatih sains adalah tidak begitu memuaskan.

Kebanyakan guru tidak mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru

terhadap keselamatan makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga

memastikan keselamatan individu lain sebaik diri mereka sendiri. Isu keselamatan yang

dipandang ringan oleh bakal guru ini amat membimbangkan kerana ia akan memberikan

kesan buruk yang melibatkan nyawa terancam kepada para pelajar, diri sendiri apabila

sesuatu kemalangan dalam makmal berlaku.

Secara lazimnya terdapat peraturan-peraturan keselamatan makmal di sekolah di

letakkan di setiap makmal ditetapi bagi pelajar yang kurang pengalaman, adakah mereka

akan sentiasa amalkan dan patuhinya sepanjang masa. Dengan itu langkah-langkah

yang sewajarnya perlulah diambil untuk memelihara dan menjaga keselamatan pelajar

yang terbabit.

Pengetahuan tentang amalan keselamatan makmal adalah penting bagi

mengelakkan diri daripada berlaku kemalangan. Guru yang mengajar aliran sains yang

yang lemah dalam pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah berlaku.

Sebelum suatu eksperimen dijalankan dalam sesi pengajaran, guru tersebut perlu

memastikan diri mereka lengkap dengan pengetahuan dan mengetahui cara mengatasi

sesuatu masalah dan kemalangan yang berlaku di dalam makmal. Maka, segala masalah

dapat dielakkan berlaku di dalam makmal sains dapat dielakkan sekiranya pengetahuan

peraturan–peraturan dan amalan keselamatan makmal, dikuasai sepenuhnya, guru-guru

dan para pelajar dapat menghindarkan diri dan individu lain daripada mengalami

kemalangan serta tahu mengatasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya

berlaku kecemasan.

Satu kemalangan telah berlaku di dalam makmal kimia di mana seorang pelajar

telah tercedera ketika memanaskan kelalang kon. Kejadian ini berlaku ketika mangsa

Page 24: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

9

sedang mengacau larutan trimetilsilietuna yang dimasukan di dalam kelalang kon. Ini

mengakibatkan kelalang kon tersebut pecah akibat terlalu panas.

Kajian dibuat terhadap guru-guru pelatih dalam melaksanakan amalan

keselamatan makmal di sekolah.juga untuk mengetahui kesediaan guru pelatih apabila

keluar mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan apabila tamat belajar di

universiti nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya, melihat dari kepentingan inilah

pengamalan keselamatan makmal perlu ditekankan dalam kalangan guru pelatih supaya

budaya baik ini di bawa semasa mengajar kelak agar kemalangan dapat dielakkan.

1.2 Penyataan Masalah

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah

yang menggunakan pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan

kualiti. Ia digunakan dalam menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang

berguna untuk membuat pertimbangan berhubung dengan produk sesuatu proses

pendidikan. Sistem penaksiran ini dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka yang ditetapkan dan

dimoderatkan. Pelaksanaan di peringkat sekolah bermaksud sistem ini dirancang,

ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor di peringkat sekolah menggunakan panduan PEKA

yang diselaraskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sistem ini telah dilaksanakan

mulai tahun 1999 bagi pelajar tingkatan empat dan tahun berikutnya bagi pelajar

tingkatan lima.

Aktiviti amali amat penting dalam pembelajaran sains kerana ia dapat

membentuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Fokus kajian ini adalah

mengenai aspek kefahaman amalan keselamatan makmal. dikalangan pelajar tahun akhir

Falkulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga mengenal pasti

Page 25: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

10

sejauh manakah aspek keselamatan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas amali

di jalankan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan mematuhi tahap pengetahuan pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan UTM tentang amalan keselamatan makmal sains dari segi:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan di dalam

makmal sains.

ii. Mengenal pasti tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam kalangan

pelajar.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains mengikut jantina.

iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam

makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut jantina.

v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap

amalan keselamatan di dalam makmal sains mengikut kursus.

vi. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam

makmal sains dalam kalangan pelajar mengikut kursus.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan objektif kajian yang hendak dicapai:

i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan di dalam makmal

sains?

Page 26: UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ... fileData-data diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 30 item untuk memperolehi data. Data-data

11

ii. Apakah tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam kalangan pelajar?

iii. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan

di dalam makmal sains mengikut jantina?

iv. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam

kalangan pelajar mengikut jantina?

v. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan

di dalam makmal sains mengikut kursus?

vi. Adakah terdapat perbezaan tahap amalan keselamatan di dalam makmal sains dalam

kalangan pelajar mengikut kursus?