1.0 Pengenalan
Pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian daripada
pelaburan social yang penting dan boleh memberi faedah jangka panjang
terutamanya dalam persediaan tenaga pekerja menghadapi cabaran kemajuan
sains dan teknologi. Malaysia sekarang adalah di ambang kearah negara
industri seperti yang dihasratkan dalam wawasan 2020 dan juga dalam
pelbagai dasar dan strategi pembangunan negara. Pencapaian matlamat ini
banyak bergantung kepada strategi pembangunan sumber manusia di mana
Kementerian Pendidikan terutama Pendidikan Teknik Dan Vokasional ( PTV )
adalah agensi utama dari segi penawaran pelbagai kursus, bilangan penyertaan
( pelajar dan pengajar ), dan juga peruntukan kewangan. Namun PTV tidaklah
boleh dibiarkan bersendirian, kerjasama dan bantuan dari pihak-pihak tertentu
sepeti Kementerian Sumber Manusia dan pihak industri itu sendiri adalah
perlu untuk merealisasikan wawasan negara.
2.0 Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1964 dan bertanggungjawab membangunkan
pendidikan teknik dan vokasional dalam negara.Bagi membantu
merealisasikan hasrat wawasan 2020 untuk menjadikan negara ini sebuah
negara perindustrian yang maju,Pendidikan Teknik dan Vokasional terus
diperkembangkan bagi memenuhi matlamat:
Membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan industri
melalui program pendidikan teknik dan vokasional yang mengeluarkan
tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal.
1
Menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar
melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
Memperkembangkan minat dikalangan pelajar dalam bidang sains dan
teknologi.
Memperkembangkan sikap pekerjaan yang positif,bertanggungjawab
dan berdisiplin di kalangan pelajar.
3.0 Industri dan Perindustrian di Malaysia.
Industri berasal dari perkataan Latin yang bermaksud kemahiran atau
keperluan sumbermanusia. Industri boleh ditakrifkan sebagai aplikasi
kaedah-kaedah yang kompleks dan sofistikated untuk pengeluaran barangan
dan perkhidmatan ekonomi.
Dasar perindustrian negara telah dilaksanakan sejak akhir tahun 1950
an lagi iaitu dengan perlaksanaan Ordinan Industri Taraf Perintis 1958.
Menurut Hoffman ( dalam Hoffmann,lutz,Tan Siew Ee,Industrial
Growth,Employment and Foriengn Investment.Kuala Lumpur : Oxford
Universiti Press,1980 ) perlaksanaan dasar perindustrian merupakan usaha-
usaha awal negara untuk mempelbagaikan ekonomi dan mengatasi masalah
kemerosotan kadar syarat perdagangan. Selain daripada hendak
mempelbagaikan ekonomi, pihak kerajaan telah memikirkan soal penyerapan
tenaga buruh yang semakin bertambah akibat pertambahan penduduk.Industri
pula memerlukan paras kemahiran dan teknologi tinggi yang mendorong
Malaysia mengemaskinikan kemahiran sumber manusia.
Kerjasama yang erat diantara Kementerian Pendidikan terutamanya
PTV dengan industri adalah amat diperlukan di dalam penyediaan sumber
2
tenaga manusia .Ini dapat membantu kepada pertumbuhan ekonomi negara
yang lebih pesat dan mampu bersaing dengan ekonomi global.
4.0 Kenapa Hubungan Diantara Industri Perlu Dipertingkatkan.
4.1 Penggubalan Dan Perlaksanaan Kurikulum.
Satu cabaran yang sedang dihadapi oleh PTV ialah untuk memastikan
bahawa kurikulum yang diperkembangkan adalah relevan dengan
keperluan industri dan majikan.Sistem Pendidikan Teknik dan
Vokasional negara kita sekarang ini adalah terlalu ‘ rigid ’ dan tidak
diubahsuaikan mengikut keperluan industri semasa. Sepatutnya PTV
harus lebih peka terhadap keperluan baru dan suasana kerja terkini.
Kurikulum yang terlalu berasas teori, tidak mendedahkan pelajar
kepada masalah yang dialami di industri-industri. Wakil dari pihak
industri seharusnya ada didalam badan penggubal kurikulum PTV agar
kurikulum yang digubal mampu memenuhi kehendak dan matlamat
kedua-dua belah pihak. Beberapa langkah telah diperkenalkan untuk
memperolehi kerjasama industri dalam usaha membentuk kurikulum
teknikal. Kurikulum pendidikan teknik dan vokasional telah dikaji
semula dan dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan industri dalam
berbagai bidang seperti mekanikal,elektrikal dan elektronik termasuk
teknologi komputer. Kursus baru dalam bidang keutamaan tersebut
telah diperkembangkan dan diperkenalkan di institusi pendidikan
teknik dan vokasional seperti di Politeknik.
3
4.2 Fokus Sistem Pendidikan Teknik.
Setakat ini focus PTV adalah lebih tertumpu kepada
pembekalan pengetahuan kepada pelajar daripada membekalkan tenaga
mahir kepada industri. Walaupun dasar pendidikan teknik dan
vokasional ada menegaskan tentang perolehan kemahiran,namun ianya
kurang akur dengan kehendak dan keperluan industri semasa yang
semakin berubah.Pendidikan teknik dan vokasional mesti
memperkembangkan program yang relevan dengan kehendak majikan
dan prestasi kerja. Cabaran yang dihadapi yang dihadapi untuk
memenuhi kehendak majikan selaras dengan perkembangan teknologi
adalah sukar.Keadaan yang idel adalah sukar dicapai kecuali dengan
sokongan dan kerjasama yang rapat daripada industri seperti ternyata
dalam German Dual System. Di dalam system ini sebahagian latihan
dilakukan di institusi dan diikuti dengan latihan di industri.
4.3 Menjimatkan Kos Latihan
Kos untuk mengendalikan pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional adalah terlalu tinggi. Teknologi yang sentiasa berkembang
terlalu cepat melapukkan peralatan dan mesin yang terdapat di Intitusi
PTV. Dengan mengadakan latihan bersama kos latihan untuk
menghasilkan sumber tenaga manusia yang bermaklumat dan
beketrampilan dapat dikurangkan. Lebihan belanjawan dapat
digunakan untuk tujuan-tujuan lain seperti penyelidikan.
4
4.4 Kurangnya koordinasi di antara institusi-institusi PTV dengan
Industri.
Institusi-istitusi PTV dan Pihak industri seharusnya mempunyai
koordinasi yang rapat dan seiring untuk mencapai matlamat kedua-dua
belah pihak. Aktiviti-aktiviti berkaitan diantara kedua belah pihak
patut di laksanakan bersama.
4.5 Perbezaan Di antara Latihan Akademik Dengan Amalan Di
Industri.
Wujudnya perbezaan yang besar di antara latihan berasaskan
teori yang disediakan oleh PTV dengan amalan kerja yang sebenar di
industri.Sering kali kita dengar bahawa seseorang jurutera yang datang
dari institusi teknikal tidak begitu mengenali teknologi terkini yang
digunakan di industri.Ini mengakibatkan kurangnya keyakinan pihak
industri terhadap kualiti pelajar keluaran PTV sehinggakan pihak
industri lebih rela mengambil tenaga pekerja yang tiada asas PTV
untuk dilatih sendiri daripada mengambil keluaran dari PTV yang
terpaksa juga diberi latihan semula. Keadaan ini amat merugikan
kedua-dua belah pihak disamping mengakibatkan produtiviti
berkurang.
4.6 Memperkembangkan Lagi Penyelidikan Dalam Bidang Teknologi.
Kerjasama di dalam bidang penyelidikan di antara institusi
pendidikan teknik dan pihak industri mampu menempatkan negara kita
setanding dengan negara-negara maju. Penggabungan kepakaran
5
kedua-dua belah pihak pastinya dapat menjana program latihan tenaga
mahir seterusnya memperkembangkan lagi industri di negara
kita.Pihak industri seharusnya mampu membiayai projek-projek
penyelidikan samada penyelidikan tentang penggunaan tenologi
mahupun penyelidikan tentang keperluan sumber tenaga yang
bersuaian dengan kehendak industri kini.
4.7 Bantuan Kewangan.
Bantuan kewangan samada kepada pihak institusi pendidikan
teknik ataupun kepada pelajar ( peserta ) amatlah diharapkan daripada
pihak industri. Pemberian biasiswa, dermasiswa dan elaun kepada para
pelajar mampu menarik lebih ramai generasi muda memilih institusi
teknik dan vokasional sebagai tempat untuk menimba ilmu dan
mendapatkan kemahiran bagi meneruskan kerjaya mereka. Ini secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan penghasilan sumber tenaga
kerja bagi keperluan negara dan industri khususnya.
4.8 Penyaluran Tenaga Kerja
Masalah yang sering dihadapi oleh institusi pendidikan teknik
dan vokasional adalah untuk mendapatkan pekerjaan bagi pelajar atau
peserta selepas menamatkan pengajian atau latihan. Kerjasama dan
koordinasi yang kurang antara PTV dan industri menyukarkan proses
pencarian pekerjaan oleh pelajar ( peserta ) keluaran Institusi PTV.
Ada di kalangan pelajar ( peserta ) menceburi bidang lain dari yang
6
diperolehi semasa belajar. Ini amat merugikan semua pihak samada
pelajar itu sendiri, institusi PTV mahupun pihak industri.
4.9 Kekurangan Tenaga Pengajar Teknikal Yang Berpengalaman
Industri.
Dalam system pendidikan,wujud kekurangan pensyarah serta
guru teknikal dan vokasional yang kritikal. Kebanyakan tenaga
pengajar dilantik terus selepas lulus daripada maktab atau universiti
berdasarkan kelayakan akademik sahaja tanpa mengambilkira
pengalaman bekerja di sector industri. Pada masa yang sama, mereka
yang mempunyai pengalaman bekerja tidak berminat untuk memasuki
skim perkhidmatan pendidikan disebabkan skim gaji yang kurang
menarik.
Bantuan kepakaran dan latihan dari pihak industri untuk tenaga
pengajar di institusi PTV mampu meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan mereka disamping memberi pendedahan tentang
teknologi terkini yang digunakan di industri untuk di terapkan kepada
pelajar atau peserta.
Seperti di Jepun, pendidikan dan latihan vokasional adalah
tanggungjawab pihak industri dengan kerjasama Kementerian Buruh
dan Kementerian Pendidikan ( Monbusho ).Kementerian buruh
mengendalikan Institute Latihan Vokasional yang memainkan peranan
dalam latihan tenaga pengajar untuk institusi awam, swasta dan
industri.Institusi ini menawarkan perkhidmatan untuk bakal pengajar
yang terdiri dari tukang mahir yang mempunyai pengalaman industri.
7
Sementara di United Kingdom, tenaga pengajar adalah diserap
dari industri dan diberi latihan di Kolej Latihan Pengajar ( instructor
Training College ).Satu perkara yang patut kita contohi ialah di negara-
negara maju, tenaga pengajar untuk institusi latihan dan pendidikan
teknik dan vokasional samada awam atau swasta terdiri dari pakar
yang mahir, mempunyai pengalaman industri di dalam bidang masing-
masing, kemudian diberi latihan pedagogi supaya mereka bukan sahaja
layak dan mampu mengajar tetapi memindahkan pengetahuan dan
kemahiran serta teknologi dengan berkesan.
5.0. Program Yang Telah Dilaksanakan Untuk Mempertingkatkan Lagi
Hubungan Institusi PTV Dengan Industri.
5.1 Program Time Sector Privatization ( TSP ).
Program TSP merupakan satu program kerjasama yang membolehkan
pihak industri dan orang awam menggunakan kemudahan latihan dan
Sekolah Menengah Vokasional/Teknik dan Politeknik. Program ini
bertujuan meningkatkan keupayaan tenaga kerja industri melalui
latihan peningkatan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia
ada di institusi pendidikan teknik dan vokasional di luar waktu
pengajaran/pembelajaran biasa.
Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Menteri Pendidikan
Malaysia pada 21 Januari 1994 bersama-sama dengan pelancaran
program kerjasama Edaran Automobil Nasional ( EON ) dengan Sek.
Men.Vokasional Kajang, bagi melatih mekanik untuk pusat servis
EON.
8
Semenjak pelancaran TSP, beberapa Memorandum Of
Understanding ( MOU ) telah ditandatangani di antara Kementerian
Pendidikan dengan industri. Di antaranya ialah dengan Edaran
Otomobil Nasional ( EON ), Cellular Communicatin Sendirian Berhad
( CELCOM ) dan Pernas-NEC ( PERNEC ).
Program publisiti juga telah dijalankan untuk memperkenalkan
TSP kepada pihak industri terutamanya kepada pihak Industri Kecil
dan Sederhana. Beberapa pihak termasuk Persatuan Pekilang-Pekilang
Malaysia ( FMM ) telah membantu dalam program publisiti untuk
memperkenalkan TSP.
5.2 Latihan Perindustrian.
Tujuan utama pelajar diwajibkan menjalani Latihan Perindustrian (
Industrial Trainning ) adalah supaya pelajar mempraktikan dan
menambah kemahiran yang telah mereka terima di institusi pengajian
samada di peringkat sekolah, maktab, politeknik ataupun di institusi
pengajian tinggi yang lain dalam keadaan industri tempatan dan
suasana pekerjaan yang sebenar. Disamping itu, latihan perindustrian
juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk:
i. Membuat perhubungan dengan industri dengan tujuan
mengembangkan latihan/pengalaman selepas latihan di
institusi PTV.
ii. Mengetahui peluang pekerjaan selepas tamat pengajian serta
jenis jenis kerja dan syarat kelayakannya.
9
iii. Menyedarkan pihak industri tentang kebolehan dan kemahiran
yang mereka miliki seterusnya meyakinkan pihak industri
tentang kemampuan mereka.
iv. Mendapatkan hubungan ( networking ) yang erat dan
kerjasama antara pihak industri dengan Kementerian
Pendidikan, selaras dengan dasar kerajaan yang menggalakkan
kerjasama dengan pihak swasta dalam segala aspek latihan.
Diantara institusi PTV yang mewajibkan Latihan Perindustrian
kepada pelajarnya adalah seperti Maktab Perguruan Teknik Kuala
Lumpur, Politeknik-Politeknik, UiTM, UTM dan lain-lain institusi.
Latihan perindustrian ini perlu diperluaskan kepada pelajar-pelajar
yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia di sekolah-sekolah
teknik/vokasional.
5.3 Jawatankuasa Penasihat Kurikulum / Kursus.
Fungsi utama Jawatankuasa Penasihat Kurikulum/Kursus ialah
untuk memberi pandangan dan nasihat di dalam penggubalan
kurikulum kursus yang dijalankan di institusi pendidikan teknik dan
vokasional agar bersesuaian dengan kehendak sektor industri, sentiasa
kemaskini dan mengikut perkembangan penggunaan semasa. Oleh
yang demikian, ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik mestilah
melibatkan pelbagai terutamanya wakil dari pihak industri.
10
Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Kursus di Politeknik adalah
selaras dengan kehendak kerajaan untuk melibatkan pihak industri
dalam system pendidikan teknik dan vokasional ke arah demand driven
curriculum.
Langkah yang diambil oleh Malaysian France Institute ( MFI )
adalah patut dicontohi, dimana mereka melantik Ahli Lembaga
Pengarah yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk beberapa
wakil dari pihak industri. Tugas wakil dari industri ini adalah
menyumbang cadangan dalam mengemaskini kurikulum disamping
memastikan bahawa kurikulum dan pemindahan teknologi berada pada
fasa yang diperlukan oleh industri-industri di Malaysia. Sehingga kini
MFI mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat seperti MBF-
Peugeot, Hicom, Clemessy, Sony, Matsushita, Petronas dan Proton.
5.4 Kursus Sambilan Peringkat Sijil dan Diploma.
BPTV telah merancang untuk melaksanakan program Kursus
sambilan peringkat Sijil dan Diploma di Politeknik yang bertujuan
untuk:
i. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja industri.
ii. mengoptimumkan kegunaan kemudahan Politeknik.
Kursus inin dijalankan di luar waktu pejabat. Kursus peringkat diploma
mengambil masa 4 ½ tahun, manakala kursus peringkat sijil
mengambil masa 3 tahun. Jangkamasa ini termasuk satu semester ( 6
bulan ) latihan industri. Sasaran peserta kursus ini adalah pekerja dari
sector awam dan industri yang berkelayakan. Kerjasama dari pihak
11
majikan untuk meluluskan cuti bergaji atau separuh dan memberi elaun
ataupun biasiswa kepada pekerja mereka.
5.5 Sumbangan Alat Bantuan Mengajar dan Bahan Rujukan Oleh
Pihak Industri.
Usaha memupuk minat dan kesedaran kepada para pelajar
tentang kepentingan bidang sains dan teknologi amat memerlukan
sokongan daripada pihak industri. Sumbangan bahan-bahan
pembelajaran yang berguna mampu menarik minat dan kecenderungan
pelajar dalam pelajaran.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Ahmad
Sifon, kerjasama pihak industri dapat membuka minda pelajar melalui
penerangan mengenai kerjaya yang wujud dalam bidang sains dan
teknologi. “Bidang kerjaya dalam industri seperti gas, kejuruteraan
kimia, elektrikal mahupun petrokimia mampu memberi dorongan dan
motivasi kepada para pelajar”. Katanya Kementerian Pendidikan
memerlukan kerjasama dengan pihak industri ataupun syarikat swasta
dalam menjana minat para pelajar. Beliau berkata demikian semasa
majlis Pelancaran Video Gas Asli – Bahan Api terpilih dan sumbangan
55 pemain cakera padat kepada 40 sekolah dan 15 Pusat Ko-
Kurikulum dari seluruh negara sebagai ABM dan sumber bahan
rujukan. Bahan-bahan ini adalah sumbangan dari Persatuan Gas
Malaysia ( MGA ).
12
5.6 Program Seminar Dan Perbengkelan Bersama.
Kerjasama di antara institusi PTV dengan industri juga boleh
dipertingkatkan dengan mengadakan program-program seminar,
perbengkelan, konvensyen dan pameran bersama-sama. Kerjasama
yang ditunjukkan oleh UUM, Kementerian Pembangunan Usahawan,
Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syarikat Marrybrown Fried Chicken
Sdn Bhd dan Persatuan Francais Malaysia di dalam menjayakan
Seminar Francaisi Wilayah Utara anjuran Institut Pembangunan
Usahawan bolehlah dijadikan contoh kejayaan program.
5.7 Penajaan Biasiswa dan Pekerjaan.
Sehingga ke hari ini, kerjasama dari pihak industri di dalam
penajaan biasiswa kepada para pelajar terutamanya kepada pelajar
mengikuti pengajian kejuruteraan di intitusi pengajian tinggi awam
mahupun swasta amatlah menggalak.
Pemberian biasiswa oleh syarikat-syarikat industri seperti
Shell, Petronas, Esso, Microsoft, Texas Instrument, Sharp , Roxy, Sime
Darby, Motorolla, Hicom dan sebagainya mampu menambah bilangan
jurutera-jurutera yang sangat diperlukan oleh industri. Selepas sahaja
menghabiskan pengajian pihak-pihak terbabit juga terus menawarkan
pekerjaan kepada pemegang-pemegang biasiswa mereka. Ini
membantu pihak PTV didalam penyedianan sumber tenaga manusia
yang diperlukan negara.
13
5.8 Program Latihan Bersama.
Insitusi PTV perlu mengadakan program latihan bersama dengan pihak
industri agar mendapat kemudahan terutama pembiayaan peralatan dan
mesin-mesin di sekolah-sekolah teknik/vokasional,politeknik,institusi
latihan kemahiran dan IPT kerana kos pembiayaan untuk menyediakan
teknologi yang ada di industri adalah sangat tinggi. Antara program
latihan bersama yang di jalankan adalah seperti Kerjasama ITM
dengan McDonnell Doglas Corporation U.S.A bagi program latihan
Aircraft Maintenance Technology khususnya bagi bidang Avionics
Technology dan Aircraft Manufacturing Technology.
Pihak petronas juga turut mengadakan kerjasama latihan
dengan IKM dengan penyerahan Bengkel Teknologi Kimpalan
Petronas kepada IKM Pekan untuk melahirkan tenaga kerja mahir
dalam bidang kimpalan untuk industri gas dan petroleum.
5.9 Penajaan Program Penyelidikan Dalam Bidang Berkaitan.
Selain daripada penyediaan sumber manusia, peranan institusi PTV
dan IPTA sebagai agen discovery adalah dalam bidang R & D.
Perkembangan sektor industri memerlukan kekuatan aktiviti
penyelidikan dan pembagunan dalam bidang sains dan teknologi yang
kukuh. Untuk mempertingkatkan lagi aktiviti penyelidikan ini, bantuan
berupa kewangan dan lain-lain kemudahan daripada pihak industri
amatlah digalakkan.
UTM sebagai sebuah universiti yang berprestij dari segi kemajuan
teknologinya telah menggunakan pendekatan hands-on menerusi
14
teaching factory dan sandwich system terutamanya di pisat
industri..Pembangunan tenaga mahir UTM merangkumi melatih tenaga
profesional dalam bidang pembuatan melalui Business Technology
Centre ( Batc ). Beberapa pihak industri seperti Kulim Hi Tech Park,
Celcom dan Motorolla telah menjalankan kerjasama pendidikan dan
penyelidikan secara tailor-made untuk organisasi masing-masing.UTM
sentiasa dapat memantapkan aktiviti R & D dengan bantuan penajaan
dan pembiayaan pihak industri bagi memenuhi keperluan industri
negara.
5.10 Lain-Lain Aktiviti Yang Mampu Meningkatkan Hubungan
Institusi PTV dengan Industri.
Selain dari program-program utama yang telah dinyatakan, pelbagai
aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilaksanakan untuk mempertingkatkan
lagi hubungan diantara institusi PTV dengan industri seperti:
i. Melibatkan pihak industri dalam aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan di institusi PTV seperti hari terbuka, pameran
produk dan teknologi terkini industri, hari penyampaian
hadiah, pesta konvo dan sebagainya.
ii. Menganjurkan pertandingan menulis essei atau penyelidikan
tentang industri, seperti Shell-Spe-UTM inter-Varsity Student
Paper Presentation Contest yang dianjurkan bersama oleh SPE-
UTM,UTM dan SHELL.
iii. Program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat industri.
iv. Program perlawanan persahabatan dalam permainan dan sukan.
15
6.0 Penutup
Tidak boleh dinafikan pendidikan vokasional dan teknikal memainkan
yang amat penting dalam melengkapkan tenaga kerja dengan pengetahuan dan
kemahiran yang relevan, tinggi dan fleksibel agar dapat memenuhi kehendak
dan keperluan negara industri seperti yang di hasratkan dalam wawasan 2020.
Walaupun pendekatan dan penekanan bidang pendidikan teknik dan
vokasional dalam sistem persekolahan kita menuju ke arah yang
membanggakan, banyak ruang yang perlu diberi perhatian seperti kualiti
kurikulum, tenaga pengajar dan pelajar serta peluang pekerjaan dan alat
kelengkapan.
Penglibatan badan-badan korporat dan pihak industri adalah amat
penting dalam menggembelingkan usaha tenaga dan sumber manusia unutuk
menuju ke arah pencapaian matlamat.Hubungan institusi PTV dengan pihak
industri yang telah terjalin perlulah dipertingkatkan, dipereratkan dan
diperluaskan dari segi perkongsian kepakaran,tenaga pengajar,latihan industri
alat kelengkapan dan penajaan kewangan.
16
Top Related