Download - tugasan hadis kumpulan.docx

Transcript

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015HIQ 3033: KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH

TUGASAN 1 (BERKUMPULAN)APLIKASI ILMU TAKHRIJ AL-HADITH SEBAGAI SUMBER RUJUKAN KEPADA UMAT ISLAM

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. ID

HAYATI BINTI HAMDID 20112052457

NOOR ASIAH BT RAMLID 20112052454

KUMPULAN : UPSI 04NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. AHMAD YUNUS BIN KASIMBILISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0Pengenalan

2

2.0

2.1Definisi Takhrij al-Hadith dari sudut bahasa

Definisi Takhrij al-Hadith dari sudut istilah

2

3

3.0Perkembangan ilmu Takhrij al-Hadith

4

4.0Kepentingan ilmu Takhrij al-Hadith

5

5.0Metodologi Takhrij al-Hadith

9

6.0

6.1

6.2

6.3Proses perlaksanaan Takhrij al-Hadith

Contoh teks hadith asal

Analisis / dapatan setelah proses Takhrij al-Hadith

Contoh hadith yang dikesan sebagai Hadith Maudhu setelah melalui proses Takhrij al-Hadith.

11

12

13

14

7.0 Karya-karya masyhur dalan Takhrij al-Hadith

17

8.0Kesimpulan

18

9.0Bibliografi

19

1.0PENDAHULUAN

Penggunaan dan penyebaran Hadith Maudu (hadith palsu) semakin berleluasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sehingga menggugat keharmonian umat Islam. Perkembangan dan penyebaran Hadith Palsu ini kadangkala tidak disedari oleh masyarat disebabkan kekurangan ilmu. Hal ini berlaku kerana ada masyarakat yang beranggapan semua hadith Nabi itu adalah benar dan patut diamalkan tanpa menyedari ada sebahagian daripada hadith nabi telah dicemari oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk merosakkan keharmonian umat Islam. Oleh yang demikian, aplikasi ilmu Takhrij Hadith perlu dikuasai oleh umat islam agar tidak terjebak dengan penggunaan hadith palsu atau hadith daif. Melalui ilmu Takhrij Hadith umat Islam dapat memastikan setiap hadith yang diamalkan adalah hadith yang sahih dan dapat mengelakkan daripada terjerumus dengan amalan hadith palsu.

2.0DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH DARI SUDUT BAHASA

Takhrij dari sudut bahasa adalah berasal daripada perkataan yang membawa erti keluar. Manakala jika dilihat pada kalimat dan ia akan membawa kepada penghasilan nama terbitan disebut sebagai masdar iaitu dan yang membawa maksud mengeluarkan, menampakkan dan menzahirkan sesuatu. Manakala Prof Dr. Mahmud al-Tahhan menjelaskan bahawa kata takhrij secara bahasa bermaksud:[footnoteRef:2] Kumpulan dua perkara yang saling berlawanan dalam satu masalah. Kata takhrij dapat diertikan dalam beberapa erti dan yang paling terkenal adalah seperti berikut: [2: Mahmud al-Thahhan. (1983). Ushul al-Takhrij wa Dirasat al- Asanid. Riyadh, Arab Saudi : Maktabah al-Rasyid, h. 9]

Al-istinbat (mengeluarkan) At-tadrib (meneliti, melatih) At-tawjih (menerangkan, memperhadapkan).

Manakala perkataan al-hadith dari segi etimologinya, ia membawa maksud sesuatu yang baharu. Dari segi istilahnya pula, al-hadith ditakrifkan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada yang terdiri dari kata-katanya, perbuatan, pengakuan, sifatnya dan sejarah hidupnya.[footnoteRef:3] [3: Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 72]

2.1 DEFINISI TAKHRIJ AL-HADITH DARI SUDUT ISTILAH.

Menurut istilah, kata takhrij memiliki beberapa erti. Para Muhaddithin mendefinasikan takhrij seperti berikut[footnoteRef:4] : [4: Dr. Ahmad Yunus Kasim, En Samsudin Abd Hamid. (2013 ). Modul LIH 3013 Ilmu-ilmu Hadith. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar UPSI. h 114]

a) Menjelaskan hadith pada orang lain dengan menyebutkan para periwayatnya dalam sanad hadith dengan metod periwayatan yang mereka lakukan.[footnoteRef:5] Pengertian ini merupakan salah satu kegiatan yang telah dilakukan oleh para periwayat hadith yang menghimpun hadith ke dalam kitab hadith yang disusun oleh mereka masing-masing misalnya Imam Bukhari dengan kitab sahihnya. [5: Fauzi Deraman. (2001).Ilmu Takhrij al-Hadith: Pengertian, Sejarah dan Kepentingan.Jurnal Usuluddin, bil. 14, ]

b) Mengeluarkan dan meriwayatkan hadith dari beberapa kitab. Misalnya Abu Bakar al- Baihaqi (w. 458H./1066 M.) yang telah banyak mengutip hadith dari kitab sunan karya Abu Hassan al-Basri al-Saffar lalu al-Baihaqi mengemukakan sanadnya sendiri.

c) Menunjukkan asal-usul hadith dan mengemukakan sumber pengambilannya dari berbagai kitab hadith yang disusun oleh para mukharrijnya dan menisbatkannya dengan cara menyebutkan metod periwayatan dan sanadnya masing-masing.

d) Menunjukkan tempat hadith pada sumber-sumber aslinya, di dalamnya dikemukakan hadith itu secara lengkap dengan sanadnya masing-masing kemudian menjelaskan darjatnya jika diperlukan.

Berdasarkan pengertian dari sudut bahasa dan istilah ilmu takhrij bermaksud ilmu yang membahaskan usul-usul dan metodologi yang memudahkan ataupun pengetahuan yang membolehkan untuk menjejaki tempat- tempat terletaknya al-Hadith, mutabaat, syawahid, sama ada terletak pada rujukan asal, menyerupai asal atau tidak asal serta mengetahui martabat al- hadith sama ada diterima atau ditolak.

.3.0 PERKEMBANGAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITHSejarah perkembangan ilmu takhrij bermula agak lewat. Ini kerana pada zaman awal Islam terutamanya pada zaman kelahiran kitab-kitab hadith yang bermula pada awal abad ke-2 Hijrah sehingga zaman kecemerlangannya pada abad ke-3 Hijrah, kitab-kitab takhrij hadis masih belum wujud. Ini kerana , para ulama hadith ketika itu tidak memerlukan kitab takhrij hadith, lantaran keilmuan mereka yang begitu luas dan ingatan yang kuat mengenai hadis serta kitab-kitab hadis serta metodologi penulisannya.Ulama Hadith pada ketika itu berkemampuan mengenal pasti sumber hadith dan kedudukan sesebuah hadith. Apatah lagi hadis-hadis pada ketika itu masih diterima dan diriwayatkan secara bersanad daripada sheikh atau guru-guru mereka.Keadaan ini berterusan sehingga beberapa abad lamanya sehingga sampai kepada satu keadaan yang memerlukan kepada kaedah-kaedah tertentu bagi tujuan memudahkan usaha mendapatkan sesebuah hadis.Keadaan demikian timbul setelah ramai para ulama dan huffaz hadis meninggal dunia dan pengetahuan mengenai hadith dan kitab-kitab hadith berkurangan. Apatah lagi dengan kemunculan pelbagai karya agama yang memuatkan hadith tanpa sanad dalam pelbagai bidang. Ini menyebabkan usaha untuk mengenal pasti sumber dan status sesebuah hadis menjadi semakin sukar. Berdasarkan faktor ini perkembangan ilmu takrij bermula.Kegiatan takhrij hadith telah mengalami lima peringkat perkembangan iaitu:[footnoteRef:6] [6: A. Irwan Santeri Doll Kawaid,Noor Najihah Jaafar, Nurul asiah Fasehah Mohamad.(2012). Modul Ulum al-Hadith QAA 1022.Bandar Baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia USIM, h 60]

a) Peringkat PertamaTakhrij hadith yang dilakukan oleh Imam Bukhari dan Muslim dengan kitab sahih mereka dan para penyusun kitab sunan. Corak takhrij hadith yang mereka lakukan adalah dengan mengemukakan hadith kepada orang ramai dengan menyebutkan para periwayatnya dalam sanad yang telah menyampaikan hadith itu dengan metod periwayatan yang mereka tempuh.

b) Peringkat Kedua Takhrij hadith yang dilakukan oleh al-Muhaddithin setelah generasi pertama misalnya Imam al-Baihaqi. Mereka mengemukakan berbagai hadith yang telah dikemukakan oleh para guru hadith atau dari berbagai kitab yang susunannya dikemukakan berdasarkan riwayatnya sendiri ataupun para gurunya dengan mengemukakan periwayat dan penyusun kitab yang dijadikan sumber pengambilan.

c)Peringkat KetigaTakhrij hadith yang dilakukan oleh generasi berikutnya dengan menunjukkan asal- usul hadith dan mengemukakan sumber pengambilannya dari berbagai kitab hadith yang disusun oleh para mukharrijnya langsung sebagaimana contoh kitab Bulugh al-Maram karya Ibn Hajar al-Asqalani.

d)Peringkat KeempatTakhrij hadith yang dilakukan oleh muhadditsin dengan mengemukakan hadith berdasarkan sumbernya iaitu kitab-kitab hadith dengan menyertakan metod periwayatannya dan sanadnya masing-masing serta diterangkan keadaan para periwayatnya dan sanadnya masing-masing serta diterangkan keadaan para periwayatnya dan kualiti hadithnya.

e) Peringkat KelimaSama dengan pengertian takhrij hadith yang ketiga dan keempat namun mempunyai kegiatan lanjutan iaitu meneliti hadith baik dari segi sanad mahupun matan.

4.0KEPENTINGAN ILMU TAKHRIJ AL-HADITH

Tujuan melakukan takhrij hadith adalah untuk mendapatkan sumber asal hadith, serta hal keadaannya sama ada makbul atau tertolak.[footnoteRef:7] Oleh yang demikian, tidak syak lagi bahawa ilmu takhrij hadith adalah sangat penting bagi sesiapa sahaja yang mendalami bidang agama sama ada mereka teridiri daripada golongan pondok, universiti atau profesion tertentu. Menurut Abu Muhammad `Abd al-Mahdi dalam Turuq Takhrij Hadith Rasulullah S.A.W, antara faedah mempelajari ilmu takhrij hadith ialah:[footnoteRef:8] [7: Abu Muhammad Abd al-Muhdi, Turuq Takhrij Hadis Rasulillah saw., Mesir: Dar al-Itisam. h 9] [8: Abu Muhammad Abd al-Muhdi, Turuq Takhrij Hadis Rasulillah saw., Mesir: Dar al-Itisam]

a) Mengetahui sumber hadith.Dengan takhrij, seseorang itu dapat mengetahui hadith- hadith yang dikeluarkan oleh para imam, dan kedudukan hadith di dalam karya-karya asal hadith.b) Dapat mengumpulkan sanad hadith dalam bilangan yang banyak. Dengan takhrij, seseorang itu akan dapat sampai ke tempat-tempat hadith yang terdapat di dalam pelbagai kitab hadith. Contohnya sesuatu hadith yang mempunyai banyak tempat di dalam Sahih Bukhari, maka hadith yang sama juga dapat diketahui di dalam karya hadith selain Sahih Bukhari. Pada setiap tempat itu dapat diketahui pula sanadnya, dan ada kalanya sesuatu hadith itu mempunyai banyak sanad hadith.

c) Mengetahui hal keadaan sanad hadith menerusi penelitian terhadap turuqnya.Perkara ini penting diperhatikan untuk memastikan bahawa sesuatu sanad itu sama ada terputus, mu`dal atau sebagainya.

d) Mengetahui hal keadaan hadith berdasarkan kepada kepelbagaian tariq hadith. Kemungkinan salah satu tariq hadith adalah daif, maka dengan takhrij hadith kita akan dapati tariqnya yang lain adalah sahih. Kemungkinan juga kita dapati sesuatu sanad hadith itu terputus, maka dengan takhrij hadith dapat menghilangkan kesangsian tersebut.

e) Sesuatu hadith itu boleh naik status disebabkan kepelbagaian tariq hadith. Kadangkala kita temui sesuatu hadith itu daif, tetapi dengan takhrij hadith kita dapati hadith tersebut mempunyai mutaba`at atau shawahid yangmenguatkannya. Dengan mutaba`ah atau shawahid itu maka kita hukumkannya sebagai hasan.

f) Mengetahui hukum hadith atau hukum yang dikeluarkan oleh para imam dari sudut sahih atau selainnya.

g) Dapat membezakan perkara yang dimuhmalkan pada seseorang perawi hadith di dalam sanad hadith. Sekiraya terdapat pada salah satu sanad hadith, seseorang perawi yang muhmal seperti dikatakan: " " atau: "" sedangkan kedua-dua nama ini dimiliki oleh ramai orang, maka dengan takhrij hadith dan memerhatikan kepelbagaian tariqnya, maka dapat membezakan perkara yang dimuhmalkan itu. Ini kerana pada sebahagian tariq hadith, nama perawi hadith yang dimuhmalkan itu ditentukan.

h) Dapat menentukan sesuatu mubham yang terdapat di dalam hadith. Kadangkala kita temui perawi hadith atau individu tertentu disebutkan secara mubham di dalam matan hadith seperti dikatakan: " " atau: "" atau: " ", maka dengan takhrij hadith yang mempunyai kepelbagaian tariq hadith, akan ditemui pada sebahagian tariqnya, ditentukan individu yang mubham itu.

i) Dapat menghapuskan kesangsian terhadap `an`anah yang dilakukan oleh mudallis. Kadangkala kita temui sanad hadith yang mana perawi mudallis meriwayatkan hadith daripada gurunya dengan tahammul ada' `an`nah yang menjadikan sanad itu terputus. Dengan takhrij hadith, membolehkan kita memerhatikan tariq lain bagi hadith yang sama, kemungkinan perawi mudallis itu meriwayatkan hadith daripada gurunya dengan lafaz tahammul 'ada' dengan katanya: " ", " ", atau " " yang menunjukkan sanad hadith itu bersambung. Perkara sebegini boleh menghilangkan kesangsian terhadap penyambungan sesuatu sanad hadith yang diriwayatkan oleh perawi mudallis.

j) Dapat menghilangkan kesangsian terhadap periwayatan yang datang menerusi perawi mukhtalif. Sekiranya kita menemui sesuatu hadith yang sanadnya mempunyai perawi mukhtalif, dan kita tidak tahu orang yang meriwayatkan hadith daripadanya adakah sebelum berlaku ikhtilat kepadanya atau selepasnya, maka dengan takhrij hadith perkara sebegini dapat dihilangkan. Seperti pada sebahagian tariq hadith, seseorang perawi hadith meriwayatkan hadith sebelum berlaku ikhtilat kepada perawi mukhtalif, atau seseorang perawi hadith mendengar hadith daripada perawi mukhtalif hanya pada periwayatan mukhtalif sebelum berlaku ikhtilat kepadanya. Berdasarkan tariq sebegini, maka ianya dapat menguatkan hadith yang kita temui itu. Ianya dapat dipastikan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh perawi mukhtalif adalah sebelum berlaku ikhtilat kepadanya.

k) Mengetahui lafaz tambahan yang terdapat pada sesuatu riwayat. Kadangkala satu riwayat yang kita temui adalah dengan lafaz yang tidak lengkap, lalu hukum-hakam atau makna daripada hadith tidak diketahui dengan jelas. Dengan takhrij hadith yang diperhatikan pada periwayatan yang lain, lafaz tambahan yang terdapat pada periwayatan lain itu dapat menunjukkan kepada hukum-hakam yang jelas, atau dengannya dapat diketahui makna sesuatu hadith dengan jelas.

i) Dapat menerangkan makna gharib yang terdapat dalam hadith. Kadangkala terdapat di dalam sesuatu hadith yang mana lafaznya disebutkan secara gharib, maka dengan takhrij hadith yang mengumpulkan kepelbagaian riwayat, dapat menjelaskan lafaz gharib itu, di mana terdapat pada sebahagian riwayat disebutkan dengan lafaz yang tidak gharib.

m) Dapat menghindarkan sesuatu hadith daripada dikategorikan sebagai shaz. Kadangkala sesuatu hadith itu dihukumkan sebagai shaz, tetapi dengan takhrij hadith yang mengumpulkan kepelbagaian riwayat hadith, akan diketahui bahawa lafaz yang disangka shaz itu sebenarnya tidak diriwayatkan secara bersendirian. Ianya disebutkan juga menerusi tariq lain yang dapat menghapuskannya daripada dikategorikan sebagai shaz.

n) Dapat menerangkan mengenai mudraj. Kadangkala seseorang perawi memasukkan lafaznya di dalam matan hadith, maka dengan takhrij hadith yang dapat dilakukan perbandingan antara riwayat-riwayat, dapat diterangkan perkaraidraj tersebut.

o) Dapat dipastikan lafaz yang tertinggal di dalam matan hadith. Kadangkala seseorang perawi hadith terlupa untuk memasukkan satu bahagian daripada matan hadith, atau ia meriwayatkan hadith secara ringkas. Dengan takhrij hadith, membolehkan kita mengenalpasti perkara tersebut sama ada ianya tertinggal dalam periwayatan hadith atau diriwayatkan secara ringkas.

p) Dapat menyingkap perkara-perkara waham atau kesalahan yang dilakukan oleh seseorang perawi hadith. Kadangkala seseorang perawi hadith tersalah dalam meriwayatkan hadith. Dengan takhrij hadith yang dapat dikumpulkan dari pelbagai riwayat hadith, maka perkara tersebut dapat dijelaskan.

q) Mengetahui sesuatu hadith itu diriwayatkan dengan makna. Kadangkala seseorang perawi hadith meriwayatkan hadith dengan makna, maka dengan melakukan takhrij hadith, akan mengetahui perawi hadith lain yang meriwayatkan hadith dengan lafaz.

r) Dapat menerangkan mengenai masa dan tempat sesuatu hadith disebutkan. Dengan mengumpulkan pelbagai riwayat hadith, maka membolehkan kita untuk mengetahui masa dan tempat sekiranya sebahagian riwayatnya menerangkan mengenai hal tersebut.

s) Mengetahui sebab-sebab sesuatu hadith itu disebutkan. Kadangkala sesuatu hadith itu disebutkan adalah disebabkan seseorang individu atau beberapa individu. Dengan takhrij hadith yang dikumpulkan pelbagai riwayat bagi satu hadith, maka akan dapat diketahui sesuatu hadith itu disebutkan adalah disebabkan seseorang individu atau beberapa individu.

t) Mengetahui kesalahan-kesalahan dalam menyalin hadith. Kadangkala kesalahan tersebut berlaku pada sanad hadith, atau ianya berlaku pada matan hadith. Dengan melakukan takhrij hadith yang dikumpulkan pelbagai riwayat, maka kesalahan tersebut dapat diketahui.

5.0 METHODOLOGI TAKHRIJ AL-HADITH

Proses pencarian hadith (takhrij al- hadith) kepada sumber aslinya tidak mudah sebagaimana mengesan ayat al-Quran. Pengesanan ayat al-Quran cukup hanya merujuk sebuah kitab kamus al-Quran misalnya al-Mujam al-Mufahras li Alfaz al-Quran al- Karim sedangkan pencarian terhadap hadith nabi tidak cukup dengan menggunakan sebuah kamus sahaja kerana hadith nabi terhimpun dalam banyak kitab dengan metod penyusunan yang pelbagai. Untuk keperluan itu, ulama hadith telah menyusun kitab-kitab kamus dengan kaedah yang pelbagai. Beberapa kaedah digunakan oleh ulama dalam memenuhi tuntutan mentakhrij hadith. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti berikut[footnoteRef:9] : [9: Dr. Ahmad Yunus Kasim, Dr. Azmil Hashim. (2013). Modul HIQ 3033 Kajian Teks al-Quran dan al-Hadith. Tanjong Malim :Pusat Pendidikan Luar UPSI. h 36]

a) Takhrij dengan jalan mengetahui sahabat perawi hadith.Metod ini digunakan sekiranya nama sahabat tersebut disebut pada sebuah hadith yang hendak ditakhrij. Jika nama sahabat tidak disebut pada hadith kita tidak mungkin mengetahuinya dan mengesannya melalui jalan-jalan sanad tertentu. Oleh itu kita perlu mendapatkan nama spesifik sahabat perawi sebelum meneruskankan langkah-langkah mentakhrij. Untuk hal itu kita memerlukan tiga jenis kitab iaitu: Al- Masanid Al-Maajam Kitab-kitab al-Athraf

b) Takhrij dengan jalan mengetahui lafaz pertama dan matan hadith.Metod ini digunakan ketika kita akan memperkuat pengetahuan berkaitan dengan suatu hadith dengan mengesan hadith melalui perkataan pertama dalam matan hadith .Untuk menggunakan metod ini kita memerlukan tiga jenis kitab sebagai rujukan yang utamaantaranya: Kitab-kitab yang khusus memuat hadith yang terkenal. Kitab-kitab yang memuat hadith - hadith yang tersusun berdasar huruf mu'jam (ensiklopedia) Kunci-kunci dan daftar isi yang disusun oleh para ulama untuk kitab-kitab tertentu

c) Takhrij melalui perkataan ganjil (Gharib) matan hadith.Dalam metod ini pengkaji memerlukan kitab al-Mu'jam al-Mufahras Li Alfaz al-Hadith an-Nabawi sebagai rujukan utama. Pencarian dan perolehan hadith melalui metod ini adalah dengan mengesan perkataan ganjil yang terdapat dalam suatu matan hadith yang sedang dikaji dan mengesan matan tersebut didalam Kitab al-Mu'jam al-Mufahras Li Alfaz al-Hadith an-Nabawi

d) Takhrij dengan jalan mengetahui tajuk hadith.Apabila kita ingin mengesan dan mengetahui suatu hadith maka kita dapat mencari takhrijnya melalui kitab-kitab yang disusun berdasarkan bab-bab atau maudu'at. Kebanyakan orang yang menggunakan cara ini akan merujuk kepada kitab Miftah Kunuz al-Sunnah. Kitab ini dianggap sebagai daftar hadith yang disusun secara sistematik melalui kaedah tematik. Kitab ini disusun oleh salah seorang orientalis dari Holland iaitu Dr Arandjen Fensink (m. 1939 M), kitab ini merangkumi empat belas kitab- kitab hadith utama dan masyhur.

e) Takhrij dengan memerhatikan keadaan matan dan sanad hadith.Maksud metod ini adalah memperhatikan hal ehwal hadith dan sifat-sifatnya yang terdapat pada matan hadith atau sanad hadith tersebut. Lalu mencari makhraj (sumber takhrij) hadith itu dengan jalan mengetahui keadaan itu atau sifat itu pada kitab-kitab yang mengklafisikasikan semua hadith yang terdapat sifat itu pada matan atau sanad.

f) Takhrij menggunakan komputer.Metod ini merupakan carian yang paling mudah kerana semua data-data yang telah dikumpulkan di letakkan di dalam satu CD ROM program takhrij al- hadith. Di dalamnya terdapat himpunan-himpunan hadith, analisisnya, bab-bab nya, penulisnya, rujukannya, cetakannya serta kitabnya. Semua maklumat di dalamnya adalah benar dan dipastikankesahihannya.Di antara rujukan terkini adalah seperti berikut: Al-Maktabah al-Alfiyah lissunnah an-Nabawiyah Maktabah al-hadith asy-Syarif wa 'Ulumihi Maktabah al-Ahadithah ad-da'ifah wal maudu'ah al-mu'allalah al-gharaib

6.0 PROSES PERLAKSANAAN TAKHRIJ AL-HADITH

Menurut Tamar Jaya Nizar ( 2002), proses takhrij al-Hadith yang dilakukan perlu melalui beberapa fasa. Fasa proses takhrij al-Hadith adalah seperti berikut[footnoteRef:10] : [10: Tamar Jaya Nizar. (2002). Tiga Golongan Syuhada: Kajian Hadith Dari Aspek Sanad Dan Matan Serta Statusnya. Bil 36(E). H 41]

a)Mencari hadith yang hendak ditakhrij bersama jalur sanadnya secara lengkap daripada sumber asal atau mukharrijnya seperti Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain. b)Setelah menemukan hadith lengkap bersama jalur sanadnya, para pengkaji perlu meneliti, menghalusi dan mengkaji hadith perkara yang berkaitan dengan periwayatan dalam sanad dan matan hadith dan kualiti hadith.c)Setelah kajian yang begitu teliti dibuat, pengkaji boleh menentukan status sesuatu hadith setelah proses pentakhrijan hadith.Proses pentakrijan hadith boleh dilihat melalui contoh hadith yang berikut :

Maksudnya : Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan. ( Hadith Riwayat Abu Daud : 2082 )

6.1CONTOH TEKS HADITH ASALBerdasarkan carian dari sumber asal hadith, hadith ini dikeluarkan oleh Abu Dawud, al-Hakim, Ahmad, `Abd al-Razzaq dan lain-lain. Berikut adalah contoh hadith yang diriwayat daripada sumber asal :

Abu Dawud berkata: - - - -

Al-Hakim pula berkata: : :

Ahmad bin Hanbal berkata: - - Ahmad berkata lagi: - -

`Abd al-Razzaq berkata: : :

Setelah menemui hadith yang hendak ditakrij dari sumber asalnya pengkaji perlu melakukan analisis yang begitu teliti dari sudut jalan sanadnya mahupun matannya. Proses ini memerlukan penelitian yang sangat mendalam untuk menjamin kesahihan sesuatu hadith.

6.2 ANALISIS/ DAPATAN SETELAH PROSES TAKRIJ AL- HADITH

Daripada analisis takhrij hadith yang dilakukan berdasarkan hadis di atas, maka beberapa maklumat penting dapat diambil iaitu:

a) Dengan takhrij hadith, kita dapat sampai kepada sumbernya yang asal iaitu hadith ini terdapat di dalam kitab hadith yang terdiri daripadaSunan Abi Dawud, Mustadrak al-Hakim,dua tempat di dalamMusnad Ahmad, danMusannaf `Abd al-Razzaq.

b) Kita dapati bahawa Ibn Ishaq meriwayatkan hadith daripada gurunya Dawud bin Husayn dengan`an`anahsedangkan Ibn Ishaq adalah seorang perawimudallis. Periwayatan perawimudallisdengan`an`anahdihukumkan sanad itu sebagai terputus, sehingga nyata yang perawimudallisitu mendengar hadith ini daripada gurunya. Sanad hadith seperti ini terdapat juga dalamSunan Abi Dawud,al-Hakim, dan sanad pertama Imam Ahmad. Apabila dikumpulkan kepelbagaitariqhadith, maka ternyata pada sanad kedua Imam Ahmad, Ibn Ishaq meriwayatkan hadith daripada gurunya dengan lafaz: " ". Dengan yang demikian, sanad hadith ini yang pada asalnya dikatakan terputus, dapat dihindarkan dengan pengumpulan kepelbagaian riwayat hadith.

c) Kita dapati dalam sanad riwayat Abu Dawud dan sanad pertama riwayat Ahmad, bahawa perawi yang meriwayatkan hadith daripada Jabir Ibn `Abd Allah (sahabat) dinamakan sebagai Waqid bin `Abd al-Rahman bin Sa`d bin Mu`adh oleh mereka berdua. Perawi ini penyebab kepada Ibn al-Qattan mengilatkan hadith ini dengan katanya: "nama yang dikenali di sini ialah Waqid Ibn `Amru." Namun, berlainan pula dengan apa yang kita dapati menerusi riwayat al-Hakim dan Abu Dawud yang menyebutkan bahawa nama ini ialahWaqid bin `Amru bin Sa`d bin Mu`adh. Demikian juga namanya disebutkan sedemikian pada riwayat kedua Imam Ahmad, begitu juga dengan riwayat `Abd al-Razzaq, mereka kesemua mengeluarkan hadith ini daripada Dawud daripada Waqid bin `Amru daripada Jabir. Dengan kepelbagaian riwayat ini, dapat menghindarkan ilat yang dikatakan oleh Ibn Qattan terhadap hadith ini. Begitu juga yang diisyaratkan al-Mizzi di dalamTuhfah al-Ashrafselepas hadith ini dengan katanya: "Demikian juga yang dikatakan Abu Dawud iaitu Waqid bin `Abd al-Rahman. Beliau dikenali sebagai Waqid bin `Amru bin Sa`ad bin Mu`adh." d) Pada riwayat kedua Imam Ahmad, terdapat penambahan keterangan bagi perawi hadith yang bernama Dawud bin Husayn. Diterangkan menerusi riwayat kedua Imam Ahmad bahawa beliau ialahmawla`Amru bin `Uthman.

e) Pada riwayat `Abd al-Razzaq diterangkan bahawa jenis melihat yang terdapat di dalam hadith ialah melihat wanita tanpa wanita itu mengetahuinya. Wanita itu tidak menyedari bahawa ianya dilihat. Sehinggalah apabila lelaki yang melihat itu tidak suka kepada wanita yang dilihatnya, maka dia boleh meninggalkannya tanpa menyakiti hati wanita tersebut.

f) Sebahagian riwayat disebutkan ungkapan secara umum iaitu: " " atau sebagainya, dan sebahagian riwayat yang lain menyebutkan ungkapan ini secara khusus iaitu: " ", berdasarkan kaedah usul, makna umum akan dibawa kepada makna yang lebih khusus.

g) Kita dapat perhatikan bahawa menerusi kepelbagaian riwayat hadith ini, sanad hadith menerusi Dawud bin al-Husayn yang sampai kepada sahabat, hanyalah satu sahaja. Tetapi perawi hadith yang meriwayatkan hadith daripadanya pula adalah pelbagai. Ianya diriwayatkan oleh dua orang perawi hadith yang berlainan iaitu Dawud bin Ishaq dan Yahya bin al-`Ala'. Orang yang meriwayatkan hadith daripada Ibn Ishaq pula pelbagai. Dengan itu, kepelbagaian sanad hadith seperti ini dapat menguatkan sesuatu hadith yang diriwayatkan.

6.3CONTOH HADITH YANG DIKESAN SEBAGAI HADITH MAUDHU SETELAH MELALUI PROSES TAKHRIJ AL-HADITH.

Salah satu daripada fungsi takrij hadith adalah untuk mengesan status sesuatu hadith. Melalui proses takhrij beberapa hadith dikenal pasti sebagai Hadith Maudhu atau Hadith Daif dan penggunaanya juga meluas dalam masyarakat Islam.[footnoteRef:11] Berikut adalah beberapa contoh hadith: [11: Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.]

a) Ibn Adiy, Abu Nuaim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia, Abu Al-Qasim al Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan darijalan Abu Atikah, dari Anas radhiyallahu anhu., bahawa RasululllahSAW bersabda: Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China. Kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah wajib terhadap setiap muslim.Hadith ini sering menjadi dalil atau hujah untuk menyokong serta membuktikan Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu setinggi mungkin walaupun terpaksa pergi ke Negara China. Hadith ini sangat popular dinegara kita. Setelah proses takhrij didapati [footnoteRef:12] : [12: DR.. Abdul Ghani Azmi Bin Hadi Idris ( ). Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu (Jilid 2), Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications]

Ibn Hibban menjelaskan hadit tersebut merupakan Hadith Palsu kerana terdapat dalam ratai sanadnya seorang perawai bernama Abu Atiqah salah seorang pembawa Hadith Mungkar.[footnoteRef:13] [13: Ibn al-Jawzi, Abu al-Faraj Abd. Al-Rahman bin Ali. (1995). Kitab al-Mawduat, Beirut: Dar al-Kutub al-IImiyah,cet.1, Juzuk: 1. Hlm 154 dan 155.]

al-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah menyatakan pendapat yang sama. Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras hadith tersebut. Beliau tidak mengakui bahwa ungkapan Carilah ilmu meskipun di negeri Cina itu sebagai Hadis Nabi. Al-Bukhari, Ibn Majah, Ahmad, al-Baihaqi serta al-Jawzi menyatakan martabat hadith tersebut dalam kitabnya al-Mawduat bahawa ia bukan hadith nabi dan bertaraf mungkar Al-Albani berpendapat hadith ini adalah Hadith Maudhu kerana hadith ini diriwayatkan oleh Abu Atikah. (Abu Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama akan kedhaifannya). . Al-Uqaili berpendapat hadith ini adalah Hadith yang sangat Daif.Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a bahawa RasululllahSAW bersabda: Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.Az Zahabi berpendapat hadith ini adalahMaudhu kerana diriwayatkan oleh Muhammad bin KarramdanAhmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari.[footnoteRef:14] Hadith ini ditolak berdasarkan beberapa faktor : [14: Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. h. 356]

Kata Az Zahabi:Al Juwairabiadalah di antara orang yang dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya. Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu Ali, salahseorang dajal. Kata An-Nasai dan Ad-Daruquthni: Dia (Al Juwairabi) adalahpembohong Kata Ibn Adiy: Al Juwaibarimembuat HadisuntukIbn Karrammengikut kemahuan Ibn Karram dan Ibn Karram mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah hadith yang membuktikan kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya adalah hadith di atas.Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorangahli Bidah yang saqith hadisnya. Ia banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin Tamim as-Sadi yang kedua-duanyapembohong. Pendapat ini disokong oleh ulama lain seperti : Kata Ibn Hibban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat. Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin (Seorang yang berfahaman al-Karamiyah-ed). kata Ibn Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorangSyekh golongan Karamiyahyang dengan Bidahnya meriwayatkanhadis-hadis Maudhu.Dari sumber lain, Hadith ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; Al-Maudhuat dan beliau berkata: Menurut Ibn Hibban: Hadis iniBatil, tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid. Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu Kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati (3913-3914).b)Hadith berkaitan dengan bulan Rejab[footnoteRef:15]. [15: Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam]

Maksudnya: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan Umatku.Hadith ini adalah Hadith Palsu berdasarkan pendapat : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam buku karangannya Al-Manar Al-Munif menyatakan hadis ini adalahHadith Palsudan direka oleh Ibnu Jahdam. (Menurut az-Zahbi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibnu Jahdam ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam al-Zahid. Meninggal dunia pada tahun 414 Hijrah. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Ibn al-Jauzi menyatakan hadis ini adalahMaudu' kerana dalam rantai sanadnya terdapat seorang rawi yang bernama al-Kasai merupakan seorang majhul. Manakala al-Hasan al-Niqash pula dalam kalangan perawi yang terkenal dengan dusta. As-Syaukani juga menyebut dalam bukunya al-Fawaid al-Majmu'ah fi al-Ahadit al- Maudhu'ah Hadis ini adalahMaudu'dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali)7.0 KARYA-KARYA MASYHUR DALAM TAKHRIJ HADITH

Karya-karya yang disebutkan ini adalah karya-karya yang telah ditakhrijkan hadithnya oleh beberapa orang ulama tertentu. Karya-karya tersebut antaranya ialah:a) Takhrij Ahadith al-Muhadhdhab oleh Abu Ishaq al-Shirazi yang dilakukan takhrijnya oleh Muhammad bin Musa al-Hazimi (584 H).b)Takhrij Ahadith al-Mukhtasar al-Kabir oleh Ibn Hajib, ditakhrijkan olehMuhammad bin Ahmad `Abd al-Hadi al-Maqdisi (744 H).c) Nasb al-Rayah Li Ahadith al-Hidayah oleh al-Marghaynani, ditakhrijkan olehAbd Allah bin Yusuf al-Zayla`i (762 H).d) Takhrij Ahadith al-Kashshaf oleh al-Zamakhshari, ditakhrijkan oleh al-Hafiz al-Zayla`i.e)Al-Badr al-Munir Fi Takhrij al-Hadith Wa al-'Athar al-Waqi`ah Fi al-Sharh al- Kabiroleh al-Rafi`i, ditakhrijkan oleh`Umar bin `Ali bin al-Mulaqqan (804 H).f)Al-Mughni `An Haml al-Asfar Fi al-Asfar Fi Takhrij Ma Fi al-Ihya' Min al- Akhbar, ditakhrijkan oleh `Abd al-Rahim bin al-Husayn al-`Iraqi (806 H).g)Takhrij al-Ahadith al-Lati Yushir Ilayha al-Tirmidhi Fi Kull Bab oleh al-Hafiz al-`Iraqi.h)Al-Talkhis al-Habir Fi Takhrij Ahadith Sharh al-Wajiz al-Kabir oleh al-Rafi`i, ditakhrijkan oleh Ahmad bin `Ali bin Hajar al-`Asqalani (852 H).i)Al-Dirayah Fi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh al-Hafiz Ibn Hajar.j)Tuhfah al-Rawi Fi Takhrij Ahadith al-Baydawi, ditakhrijkan oleh `Abd al- Ra'uf Ibn `Ali al-Munawi (1031 H).

8.0 KESIMPULAN

Ilmu Takhrij al-Hadith sangat diperlukan untuk memastikan kesahihan sesebuah hadith. Proses Takhrij al-hadith bukanlah satu proses yang mudah. Proses ini memerlukan tapisan dan penyaringan yang cermat agar keesahan hadith sebagai sumber rujukan kedua umat Islam tidak diragui dan dipertikaikan. Perkembangan ilmu Takhrij al-Hadith bermula sejak abad ke 2 Hijrah. Namaun demikian ilmu takhrij al-Hadith ini berkembang dengan pesatnya pada abad ke 3 Hijrah setelah kematian ramai para huffaz selain daripada pengetahuan tentang hadith dan kitab-kitab hadith semakin berkurangan dan perkembangan hasil karya-karya hadith tanpa sanad semakin banyak. Kelemahan ini telah digunakan oleh musuh-musah islam mengembangkan hadith Maudhu sehingga menjejaskan keharmonian agama Islam. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai metodologi digunakan oleh para Muhaddithin untuk menyaring dan mengenal pasti kedudukan dan status sebuah hadith berdasarkan kedudukan sanad dan matan sesebuah hadith. Ilmu Takhrij al-Hadith ini sangat penting untuk dipelajari kerana ia merupakan satu kaedah untuk mengenal pasti kedudukan dan status sesebuah hadith. Dengan menggunakan kaedah Takhrij al-Hadith akan dapat mengelakkan umat Islam daripada beramal dengan hadith palsu.

BIBLIOGRAFI :A. Irwan Santeri Doll Kawaid,Noor Najihah Jaafar, Nurul Asiah Fasehah Mohamad.(2012). Modul Ulum al-Hadith QAA 1022.Bandar Baru Nilai:Universiti Sains Islam Malaysia USIM. Abu Muhammad Abd al-Muhdi. ( ). Turuq Takhrij Hadis Rasulillah SAW. Mesir: Dar al-Itisam

Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin. ( 2013). Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Dr. Ahmad Yunus Kasim, En Samsudin Abd Hamid. (2013 ). Modul LIH 3013 Ilmu-ilmu Hadith. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Luar UPSI.

Dr. Ahmad Yunus Kasim, Dr. Azmil Hashim. (2013). Modul HIQ 3033 Kajian Teks al-Quran dan al-Hadith. Tanjong Malim :Pusat Pendidikan Luar UPSI.

DR.. Abdul Ghani Azmi Bin Hadi Idris ( ). Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu (Jilid 2), Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications.

Fauzi Deraman. (2001). Ilmu Takhrij al-Hadith: Pengertian, Sejarah dan Kepentingan,Jurnal Usuluddin, bil. 14.

Ibn al-Jawzi, Abu al-Faraj Abd. Al-Rahman bin Ali. (1995). Kitab al-Mawduat, Beirut: Dar al-Kutub al-IImiyah,cet.1, Juzuk 1.

Mahmud al-Thahhan. (1983). Ushul al-Takhrij wa Dirasat al- Asanid. Riyadh, Arab Saudi : Maktabah al-Rasyid,

Manna` al-Qattan (1989), Tarikh al-Tasyri` al-Islami. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1997). Pengantar Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Tamar Jaya Nizar. (2002). Tiga Golongan Syuhada: Kajian Hadith Dari Aspek Sanad Dan Matan Serta Statusnya. Jurnal Teknologi. Bil 36(E). 19 | HIQ 3033 KAJIAN TEKS AL-QURAN DAN AL-HADITH