Post on 07-Jul-2019
Biarlah Keadilan Bergulung-gulung Seperti Air
PRAYERUNITED
2 Julai – Baki Anggota Barisan Kabinet Mengangkat Sumpah
Hampir dua bulan selepas memenangi pilihan raya umum 9 Mei, kerajaan Pakatan Harapan yang baru melengkapkan barisan Kabinet penuh dan baki anggota Jemaah Menteri didepan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada hari Isnin (2 Julai). Kami mengucap syukur kerana peralihan yang lancar dan mempunyai senarai nama-nama yang mampu membawa negara ke hadapan. Masih terdapat beberapa jawatan Kabinet yang belum diisi sebab ada lagi Menteri yang akan dilantik sebagai Senator sebelum dapat angkat jawatan. Kami berterima kasih kepada Tuhan negara kami mempunyai kepimpinan politik yang baik dan komited sepenuhnya untuk membina semula kerajaan yang tidak membazir dan bersih.
Marilah kita berdoa untuk kabinet supaya bersatu padu di mana pelbagai parti politik gabungan Pakatan Harapan dapat bekerjasama dengan satu visi. Berdoalah semoga penyokong politik tidak akan berebut jawatan dalam kerajaan selepas kemenangan pilihan raya. Berdoa untuk kepimpinan yang benar.
Masa Pembaharuan dan Pemulihan
Terdapat banyak kerja yang harus dilakukan dalam pemulihan kerajaan dan mereformasi institusi-institusi nasional. Mari kita terus menegakkan pemimpin negara kita dalam doa agar mereka dapat dipenuhi dengan kebijaksanaan, keberanian dan kekuatan. Mari kita berdoa dengan tekun supaya negara kita dapat maju dan dibina berdasarkan nilai kebenaran, keadilan dan kejujuran.
JULAI 2018 Isu Ke-3
MALAYSIA
UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA
KESATUANDOA
Sebaliknya, biarlah keadilan
bergulung-gulung seperti
air dan perbenaran seperti sungai
yang selalu mengalir.
Amos 5:24 AVB
Berdoa untuk
Parlimen
Sesi Parlimen yang
pertama bermula pada
hari Isnin 16 Julai. Berdoa
atas pelantikan Speaker
dan senator-senator,
semoga mereka adalah
pemimpin yang bersih dan
cekap. Berdoa untuk
semua Ahli Parlimen dan
perbahasan supaya
mereka akan
mempertahan, melindungi
dan memelihara
Perlembagaan dan semua
undang-undang untuk
kebaikan negara.
Mari kita terus berdoa tanpa henti selama 100 hari dari 11 Mei hingga 18 Ogos 2018 semoga perubahan yang dilaksanakan oleh pentadbiran baru akan dikuatkan untuk menyediakan asas bagi melonjatkan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Gereja dipanggil untuk berdoa dan mencari berkat Tuhan untuk para pemimpin dan negara.
Berdoa agar rakyat sabar untuk menunggu perkembangan sebab perubahan selepas 60 tahun dibawah pemerintahan satu pentadbiran rejim politik memerlukan pembetulan besar dalam struktur dan tadbir urus negara, maka akan memerlukan kajian yang teliti sebelum undang-undang dapat diubah dan semak-imbang sistem demokrasi di perbaiki.
“Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia – untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar.” - 1 Timotius 2:1-4 AVB
Bekas Perdana Menteri Dituduh
Berdoa 100 hari dari Mei 11 hingga Ogos 18, 2018
4 Julai - Bekas Perdana Menteri Najib Razak didakwa di mahkamah berhubung dengan RM42 juta dari SRC, sebuah anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank peribadinya. Dia didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah di bawah S409 Kanun Keseksaan dan satu kiraan di bawah S23 Akta SPRM di mana
beliau telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pegawai awam. Ini adalah tuduhan yang pertama dari banyak lagi kes-kes yang sedang disiasat yang melibatkan 1MDB.
Kami berdoa untuk Najib dan keluarganya semasa proses untuk membuktikan kebenaran dan keadilan sedang berjalan. Berdoa untuk kebenaran dan semua pecah amanah yang tersembunyi akan didedahkan. Berdoa juga untuk rahmat Tuhan mengalir atas keluarganya, dan untuk penebusan dan keselamatan.
UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA
2
1MDB, SRC, FGV, PFI, SSER, KWAP, LUTH dan Lain-
Lain Pendedahan
Kami bersyukur kepada Tuhan bahawa siasatan 1MDB bergerak dengan pantas. Doakan kebenaran untuk terus didedahkan pada lebih banyak kes-kes yang timbul. Berdoa untuk institusi kerajaan seperti SPRM, Jabatan Audit Negara (JAN), Peguam Negara dan Polis—semoga institusi-institusi nasional ini dipimpin oleh ketua-ketua yang baik dan cekap tanpa rasa takut atau memihak sesiapa.
Berdoa juga supaya pihak media memainkan peranannya dalam mendedahkan rasuah.
Berdoa untuk pentadbiran baru apabila mereka menyusun semula semua peringkat kerajaan.
Berdoa untuk usaha yang berjaya membawa ketelusan, beretika, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.
3
BER
DO
ALA
H U
NTU
K J
EMA
AT
MEN
TER
I DA
LAM
KA
BIN
ET B
AR
U D
IBER
KA
TI D
AN
DI U
RA
PI D
ENG
AN
KER
END
AH
AN
HA
TI, K
EBIJ
AK
SAN
AA
N, K
EBEN
AR
AN
DA
N B
ELA
S K
ASI
HA
N
Marilah kita terus berdoa tanpa henti, pada setiap masa, baik masanya sesuai
mahupun tidak, sebagai penjaga doa untuk kesejahteraan negara kita. Terus menegakkan pentadbiran baru dalam doa agar kerajaan dapat menjalankan tugasnya penuh kebijaksanaan dan visi untuk membawa negara ke hadapan pada masa ini yang penuh dengan pergolakan ekonomi dan politik global. Marilah kita bersungguh-sungguh berdoa untuk transformasi negara supaya Malaysia akan menjadi negara yang benar, yang semakin ketara dengan integriti, keadilan dan belas kasihan.
Marilah kita menegakkan semua rangkaian doa untuk meneruskan dan mengekalkan usaha doa dan melaksanakan program doa yang berterusan berfokus lebih pada doa syafaat untuk kebangkitan gereja.
a. Berdoa agar pentadbiran baru dapat membentuk kabinet yang baik dan cekap, dan mereka akan memerintah negara dengan integriti, keadilan dan belas kasihan. Berdoa untuk keinginan politik dan hati nurani yang baik untuk mengemukakan undang-undang yang baik, seperti melindungi hak kanak-kanak, dan menukarkan umur perkahwinan sehingga 18 tahun. Berdoa untuk setiap kementerian supaya membuat perubahan yang serius yang akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan, menghapuskan rasuah dan meningkatkan tadbir urus.
b. Berdoa untuk perpaduan dalam Kerajaan PH supaya terus mengejar gambaran yang lebih besar tentang pemulihan Malaysia, dan bukan hanya mengejar cita-cita politik yang mementingkan diri sendiri saja.
c. Berdoa untuk pentadbiran lama untuk menerima keputusan yang anggun dan terus berkhidmat kepada negara dengan penuh keyakinan dan tidak berputar atau membangkitkan kekacauan. Berdoa supaya terhadap semua usaha, manusia atau jahat, untuk membangkitkan kekacauan dan keganasan awam dengan cara apa pun, akan gagal;
d. Berdoa agar semua rakyat Malaysia akan mengetepikan emosi dan permusuhan yang mungkin telah dibangkitkan oleh pilihan raya yang lalu, dan berusaha untuk saling hormat dan berdamai bersama.
e. Berdoa untuk Gereja untuk hidup sebagai garam dan cahaya kepada negara. Berdoalah untuk kembali kepada Perintah Terutama dan Amanat Agung dengan suci dan benar, dalam segala kerendahan hati dan belas kasihan, dan cinta satu sama lain.
Mendirikan Malaysia Sebagai Negara Yang Benar, Ditandakan oleh Integriti, Keadilan dan Belas Kasihan
TENTANG KITA
Prayer United (Kesatuan Doa) adalah pergerakan doa di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 20 ahli rangkaian doa yang datang bersama untuk berdoa dan mencari keamanan dan kemakmuran tanah air kita. Ahli=ahli PU termasuk denominasi, gereja, persekutuan pastor, dan rangkaian doa bebas.
YOUR LOGO HERE
Tun Dr Mahathir Meraikan Ulang Tahun ke-93nya
Pada 10 Julai, Tun Dr Mahathir meraikan ulang tahun ke-93nya, menjadikannya pemimpin politik tertua di dunia. Sila dukung beliau dalam doa ketika beliau memimpin negara melalui masa perubahan yang kritikal ini. Berdoa untuk perlindungan daripada kejahatan. Berdoa untuk kesihatan yang baik, kekuatan, penghakiman yang baik dan kebijaksanaan.
UNTUK PEREDARAN PERIBADI SAHAJA
HUBUNGI SEKRETARIAT
Alamat | c/o 24-7 Prayer Malaysia, Level 1, CCM Ecumenical Centre,
26, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Telefon | +6012 237 6102
Setiausaha | Chrisanne Chin
4