Post on 26-Jan-2017
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
Edaran Dalaman
Isu No.3
Fokus AKRUANFokus AKRUANFokus AKRUAN
Polisi dan Piawaian Perakaunan
Aktiviti terkini tahun 2014
Impak perubahan sistem sedia ada berbanding 1GFMAS ◊ ◊ ◊
POLISIPOLISIPOLISI
PERAKAUNAN
PERAKAUNAN
PERAKAUNAN
HASILHASILHASIL
LIABILITI
LIABILITI
LIABILITI AWAMAWAMAWAM AMANAHAMANAHAMANAH
PERAKAUNANPERAKAUNANPERAKAUNAN
ASETASETASET
AMANAHAMANAHAMANAH KERAJAANKERAJAANKERAJAAN
BELANJA
BELANJA
BELANJA
PIAWAIANPIAWAIANPIAWAIAN AKRUAN PERAKAUNAN
2
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
SIDANG REDAKSI
PENAUNG Pn Devantri Kaur
PENASIHAT Pn Noorlida Bt Mohd Khalid
KETUA EDITOR
Cik D.Joyce Christina Dharmaraj - (UPP)
EDITOR
En Mohamad Nor Azam Bin Sabtu - (UPP)
Pn Shabibah Bt Bachok - (UK&P)
Pn Nor Rosita Bt Idris - (UP&P)
Pn Juliyana Bt Abd. Rahim - (UPP)
Pn Nik Athirah Bt Nik Abdullah- (UTeknikal)
Pn Norhafiza Bt Burhanuddin - (UTeknikal)
Pn Nor Sakilawati Bt Abd. Wahab - (UPPD)
Pn Norhaslinda Bt Mahadi - (UAplikasi)
Pn Siti Nurbaya Bt Yaudin - (UAplikasi)
Pn Noorifaida Bt Subehi - (UP&P)
Pn Norfarazila Bt Abd. Rahim - (UK&P)
Pn Rohaiza Bt Manab - (UPP)
En Mohd Nazri Bin Hassan - (UPP)
Pn Nor Azila Bt Ramli - (UPPD)
PwC - Service Provider : Perakaunan Akruan
The IA Group - System Integrator
PENYELARAS PENERBITAN
En Amin Husni Latfi Bin Anuar - (PwC)
En Nik Shazwan Hariz Bin Nik Abdullah - (PwC)
PENYELARAS PENGEDARAN
Pn Norayu Bt Hj Amir - (UPP)
Cik Nor Aniza Bt Rahman - (UPP)
Edaran Dalaman
Isu No.3
Dari Meja Editor... FOKUS AKRUAN
S alam sejahtera kepada para pembaca yang dikasihi. Bertemu lagi dalam Fokus Akruan bagi permulaan tahun 2014 yang pasti lebih mendebarkan kerana masa semakin hampir kepada ‘Go Live 2015’.
Di dalam keluaran ini, kami memberi penekanan tentang polisi perakaunan, hierarki PPE dan pelaporan 1GFMAS serta aktiviti pengurusan perubahan yang lebih menarik bersama stakeholder. Pendedahan pengetahuan yang lebih mampan dikongsikan bersama supaya anda sentiasa merasai dan seterusnya memberikan sokongan jitu dalam memastikan pelaksanaan perakaunan akruan tahun 2015.
SELAMAT MEMBACA!
"Our future depends on how well many
different kinds of people can live and work
together " ~ Tunku Abdul Rahman
SENYUM AKRUAN
Rupanya polisi dan
piawaian perakaunan
berbeza ye..
Ya!.. nanti baca
lagi lanjut dalam
Fokus Akruan...
KEEP A LOOK OUT FOR THIS HYPERLINK LOGO ON YOUR MINISTRY
WEBSITE!
3
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3 Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
PERBEZAAN POLISI PERAKAUNAN & PIAWAIAN PERAKAUNAN
HIERARKI PELAPORAN 1GFMAS DAN PENYEDIAAN PENYATA KEWANGAN
PERBEZAAN PELAPORAN PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Prinsip, peraturan dan prosedur
yang dipilih, dan perlu diikuti
secara konsisten oleh entiti dalam
penyediaan dan laporan
penyata kewangan.
Dasar perakaunan menyatakan
perkara khusus berkaitan kaedah
susut nilai, batas nilai,
kumpulan wang disatukan dan
perkara perkara lain.
POLISI
PERAKAUNAN Secara teknikal menetapkan
perakaunan yang diperlukan untuk
jenis urus niaga dan peristiwa.
Perkara ini diperlukan dari segi
perakaunan untuk penyediaan dan
pembentangan penyata kewangan
sesebuah entiti.
Piawaian untuk mentadbir urus amalan
perakaunan semasa dan digunakan
sebagai rujukan untuk menentukan
kaedah yang sesuai bagi transaksi
yang kompleks. PIAWAIAN
PERAKAUNAN
SEDIA ADA
Penyata Kedudukan Kewangan
Penyata Penerimaan & Pembayaran Wang Tunai
Penyata Prestasi Kewangan
Penyata Akaun Memorandum
Nota kepada Penyata Akaun
Tunai Ubahsuai
2015
Perakaunan Akruan
Penyata Kedudukan Kewangan
Penyata Perubahan Aset Bersih/Ekuiti
Penyata Aliran Tunai
Penyata Prestasi Bajet
Nota kepada Akaun
Penyata Prestasi Kewangan
Semua Kementerian akan menyediakan Penyata Kewangan masing-masing.
4
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3 Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
KITARAN HAYAT HARTANAH, LOJI & PERALATAN (HLP)
Aset hendaklah diiktiraf diukur pada nilai kos/Deemed Cost
(Baki awal)
Jika sesuatu aset diperoleh
dari urusniaga
bukan pertukaran,
kosnya ditentukan pada nilai
saksama pada tarikh
perolehan
Jika HLP diperoleh dari
pertukaran aset bukan wang
atau aset, atau kombinasi wang dan bukan wang,
aset itu diukur pada nilai saksama
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
KRITERIA PENGIKTIRAFAN
Threshold: RM2,000 setiap item tertakluk kepada
semakan dari semasa ke semasa
Terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi
masa hadapan atau potensi perkhidmatan yang berkaitan
dengan item tersebut akan mengalir masuk ke dalam
entiti
Kos atau nilai saksama item tersebut boleh diukur dengan munasabah
Low value asset: Dibelanjakan dan direkod dalam
daftar aset bagi tujuan perekodan dan kawalan.
Amaun bawaan sesuatu item HLP hendaklah dinyahiktiraf apabila:
I. dilupuskan; atau
II. apabila tiada faedah ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan dijangkakan dari penggunaan atau pelupusan
Untung atau rugi yang timbul dari penyahiktirafan item HLP hendaklah dimasukkan dalam lebihan dan kurangan apabila pengiktirafan item itu dinyahiktiraf (melainkan MPSAS 13 mengkehendaki sebaliknya dalam jualan dan pajak balik)
Untung tidak boleh dikelaskan sebagai hasil Untung atau rugi akibat penyahiktirafan item HLP hendaklah ditentukan sebagai perbezaan di antara hasil/jualan bersih pelupusan, jika ada, dengan amaun bawaan sesuatu item.
dipermodalkan dibelanjakan
Pembaikan, pengubahsuaian
dan penyelenggaraan (e.g. kos buruh &
consumables) untuk
mengembalikan dan
mengekalkan faedah ekonomi
masa depan
I. Peningkatan nilai faedah ekonomi dan potensi perkhidmatan
II. Memanjangkan usia guna
III. Penggantian Komponen penting/besar
5
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3 Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Berikut merupakan gambaran perubahan bagi sistem sedia ada iaitu eSPKB, eTerimaan dan GFMAS dengan sistem 1GFMAS.
1GFMAS
*Laporan dikeluarkan mengikut modul 1GFMAS *
6
“Untuk menjadikan peralihan perakaunan persekutuan dari perakaunan asas tunai kepada perakaunan akruan sesuatu yang realiti, kita perlu positif, komited dan melakukan kerja tanpa memberi sebarang dalih lagi… Just do it!”
Encik A. Balasubramaniam Ketua Akauntan, Kementerian Kesihatan Malaysia
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3 Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
KATA-KATA DARI KETUA AKAUNTAN
“Aktiviti pengumpulan data amat penting untuk mendapatkan baki awal dan pada masa yang sama mengukuhkan lagi kerjasama bukan sahaja di dalam kementerian malahan di keseluruhan Kerajaan Persekutuan…”
Puan Loh Siow Hui Ketua Akauntan, Kementerian Kewangan Malaysia
“Segala usaha ke arah kejayaan pelaksanaan Perakaunan Akruan terutamanya aktiviti pengumpulan data bagi mendapatkan baki awal aset dan liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah amat penting. Justeru itu, penjawat awam terutamanya warga perakaunan di kementerian-kementerian khasnya MOT dan JANM perlu komited di dalam memastikan mandat yang diberikan oleh YB Perdana Menteri untuk merubah landskap perakaunan negara direalisasikan menjelang tahun 2015...”
Tuan Haji Othman bin Jantan Ketua Akauntan, Kementerian Pengangkutan Malaysia
“Tidak dinafikan masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan transformasi dalam perakaunan sektor awam begitu suntuk jika dibandingkan dengan negara-negara lain, namun usaha ini pasti akan mencapai kejayaan dengan kerjasama yang jitu serta komitmen yang bersungguh-sungguh dari semua pihak. InsyaAllah kita akan buktikan kepada dunia bahawa kita mampu membawa perubahan ini...”
Puan Manuriani binti Che Tahir Ketua Akauntan, Jabatan Perdana Menteri
7
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3 Januari - Mac 2014
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
AKTIVITI - AKTIVITI PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN
Perjumpaan bersama Ketua Akauntan (KA) Kementerian-Kementerian
Sepanjang 2014, beberapa siri perjumpaan bersama KA Kementerian akan diadakan. Objektif utama adalah untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Akauntan berhubung dengan isu berbangkit dari aktiviti dialog akruan serta isu-isu pelaksanaan perakaunan akruan di Kementerian. Perjumpaan ini dilaksanakan secara tertutup dan hanya melibatkan Ketua Akauntan dan Timbalan Ketua Akauntan sahaja.
Setakat ini perjumpaan telah diadakan bersama KA dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kewangan Malaysia(MOF), Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bengkel Pelan Latihan 1GFMAS
Bengkel ini telah diadakan pada 16-19 Februari 2014 di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (IKPKT), Bukit Tinggi. Bengkel bertujuan untuk pemahaman konsep dan modul-modul 1GFMAS bagi penyediaan strategi pelan perancangan pelaksanaan latihan kepada 50,000 pengguna sistem. Sebanyak enam cadangan telah diperolehi dari kerja berkumpulan semasa bengkel ini. Pelan latihan 1GFMAS bagi Train-The-Trainer (TTT) dan End-User-Trainer (EUT) akan dikemukakan kepada pihak pengurusan atasan untuk dimuktamadkan dan seterusnya akan dihebahkan melalui 10 sesi TTT yang akan dilaksanakan mulai April 2014.
Lawatan misi Jangka Pendek IMF
Satu lawatan misi jangka pendek International Monetary Fund (IMF) ke Kerajaan Malaysia sepertimana yang dicadangkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah diadakan dari 25 Februari 2014 hingga 10 Mac 2014. Misi ini bagi membantu dari segi kepakaran teknikal dalam pengurusan perubahan bagi pelaksanaan perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan tahun 2015. Semasa misi ini, wakil dari IMF Dr. Wayne Bartlett telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama beberapa stakeholder terutamanya external stakeholder. Di antaranya ialah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara, Malaysian Institute of Certified Public Accountant (MICPA), Institut Perakaunan Negara (IPN), Universiti Malaya, Lembaga Hasil Dalam Negara, Pejabat Pasukan Projek Outcome Based Budgeting (OBB), Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Sesi Townhall bersama ANM
Sesi ini telah diadakan pada 24 Februari 2014 dan dihadiri oleh semua Ketua Akauntan dan Akauntan Kanan Kementerian. Ia merupakan sesi tertutup dan bertujuan untuk memberikan ruang bagi komunikasi dua hala secara semi-formal bersama YBhg. Datuk ANM. Beberapa isu telah diutarakan seperti pengisian perjawatan dipercepatkan, bilangan sesi dialog perlu dikaji semula dan cadangan tanggung kerja semasa trainer mula menjalankan tugas sebagai TTT bagi bulan Julai hingga November 2014.
“1 Januari 2015 bukanlah titik akhir pelaksanaan perakaunan akruan, bahkan ianya merupakan titik permulaan dalam perubahan paradigma yang melibatkan perubahan dari segi pemikiran, perubahan budaya kerja, peningkatan kemahiran dan kompetensi modal insan. Ianya juga melibatkan the start of the new way of doing business dalam kerajaan...The challenge for us is really what we do on day 2!”
- Y.Bhg. Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman
8
FOKUS AKRUAN Edaran Dalaman
Isu No.3
Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
Isu No 3 - JAN– MAC 2014
“The world as we have created it,
is a process of our thinking.
It cannot be changed without changing
our thinking.” ~ Albert Einstein
03 8882 1018 helpdesk.akruan@anm.gov.my www2.anm.gov.my
BERIKUT ADALAH BEBERAPA SOALAN LAZIM YANG DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM PELAKSANANAN PERAKAUNAN AKRUAN:
Januari - Mac 2014
PPE Bagaimanakah aset warisan harus diperakaunkan berdasarkan keperluan MPSAS? Aset Warisan adalah aset yang mempunyai kepentingan dalam penjagaan dan pemuliharaan budaya, alam sekitar atau sejarah sesebuah negara. Ciri-ciri umum Aset Warisan adalah seperti di bawah:
Mempunyai nilai dari segi budaya, alam sekitar atau sejarah yang tidak boleh dicerminkan oleh nilai pasaran Mempunyai sekatan dalam pelupusannya Mempunyai lambang yang tidak boleh diganti dan nilai yang semakin julang meningkat Mempunyai jangka hayat yang sukar dianggarkan
Kerajaan Malaysia telah menentukan yang aset yang didaftarkan dan disenaraikan di bawah "Akta Warisan Kebangsaan 2005" adalah Aset Warisan.
PPE Sekiranya kementerian mempunyai operasi di dalam sebuah bangunan yang dibina atas tanah yang dimiliki pihak ketiga, adakah kementerian boleh mempermodalkan bangunan tersebut sebagai aset kerajaan? Bangunan hanya akan diambilkira sebagai aset apabila: 1. Terdapat kemungkinan bahawa manfaat ekonomi masa hadapan yang berkaitan dengan aset tersebut akan disalurkan ke Kementerian masing-masing. 2. Kos aset berkenaan boleh ditentukan dengan pasti. Sekiranya kedua-dua kriteria di atas dipenuhi, maka bangunan tersebut direkod sebagai aset kerajaan.
INVENTORI Untuk merekodkan inventori, adakah ianya perlu dilakukan pada peringkat kementerian atau PTJ? PTJ masing-masing perlu merekodkan inventori hanya apabila baki di dalam inventori tersebut melebihi ‘threshold’ RM1 juta untuk 3 tahun berturut-turut.
FAQ
Sinar Harian 5 Mac 2014
The Star 5 Mac 2014
PERAKAUNAN AKRUAN DI DALAM MEDIA MASSA
New Straits Times 5 Mac 2014
“Kita juga akan tetap meneruskan sistem ini walaupun agak kompleks dan menghadapi kesukaran…”
“Under the system, the directors-general will have to sign-off their respective ministry’s accounts and will not be able to say that they are not aware of disparities...”
Datuk Nur Jazlan Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara