Post on 23-Oct-2015
Pengenalan
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah
pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan daya
pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam
membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya
sendiri.
Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk
menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.
Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang
berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.
Terdapat banyak jenis diorama, tetapi jika diasingkan terdapat beberapa kategori skala yang
penggemar sering gunakan iaitu skala 1/35, 1/48 atau 1/24
Perkataan "diorama" berasal pada tahun 1823 sebagai sejenis alat gambar-tontonan, dari
Perancis pada tahun 1822. Perkataan bermaksud "melalui apa yang dilihat", dari bahasa Yunani
di-"melalui" + orama "apa yang dilihat, penglihatan". Diorama yang dicipta oleh Daguerre dan
Charles Marie Bouton, mula-mula dipamerkan di London September 29, 1823. Maksud "replika
kecil adegan, dan lain-lain" adalah dari tahun 1902. [1]
Diorama Daguerre yang terdiri daripada sekeping bahan dicat di kedua-dua belah pihak.
Apabila diterangi dari depan, tempat kejadian akan ditunjukkan dalam satu negeri dan dengan
beralih kepada pencahayaan dari belakang fasa yang lain atau aspek akan dilihat. Adegan dalam
siang ditukar kepada cahaya bulan, kereta api perjalanan di landasan yang akan berlanggar, atau
gempa bumi akan ditunjukkan dalam sebelum dan selepas gambar.
Semasa, pemahaman popular istilah "diorama" menandakan tiga dimensi, replika bersaiz penuh
atau skala model sebahagiannya landskap biasanya menunjukkan peristiwa-peristiwa sejarah,
pemandangan alam semula jadi atau cityscapes, untuk tujuan pendidikan atau hiburan.
Penggunaan pertama diorama di muzium adalah di Romania oleh profesor Grigore Antipa pada
tahun 1907.
Diorama muzium moden boleh dilihat dalam paling utama muzium sejarah semula jadi.
Biasanya, paparan ini menggunakan pesawat condong untuk mewakili apa yang sebaliknya akan
menjadi permukaan yang rata, menggabungkan latar belakang dicat objek jauh, dan sering
menggunakan perspektif palsu, berhati-hati mengubah skala objek yang diletakkan di atas kapal
terbang untuk mengukuhkan ilusi melalui persepsi mendalam dalam objek yang sama saiz
sebenar dunia diletakkan jauh daripada pemerhati kelihatan lebih kecil daripada yang lebih
dekat. Selalunya latar belakang yang jauh dicat atau langit akan dicat atas permukaan berterusan
melengkung supaya penonton tidak terganggu oleh sudut, sesak, atau tepi. Semua teknik-teknik
ini adalah cara menyampaikan pandangan yang realistik tentang adegan yang besar di dalam
ruang yang padat. Satu gambar atau tunggal-mata pandangan seperti diorama boleh terutamanya
meyakinkan kerana dalam kes ini tidak ada gangguan oleh persepsi binokular kedalaman.
Diorama juga sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam
satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan
atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan
dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk
menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula
dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Pendidikan Seni Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan
kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila
mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan
teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat
dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj, Mobail,
Stabail
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan
kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan,
puisi, lakonan, nyanyian dan cerita
Matlamat guru menggunakan kaedah laissez-faire ini ialah menggalakkan pembelajaran
dan perkembangan secara semulajadi menerusi pengetahuan seni, media, kemahiran
pertukangan, pernyataan individu, kepekaan pengamatan, dan estetik dan mengamalkan sikap
yang baik. Murid-murid diandaikan mempunyai galakendiri(self-motivated) dan mempunyai
kebebasan total dalam menentukan segalanya, guru hanya sekadar membimbing. Kaedah ini
mempunyai kelemahan, iaitu arah pembelajaran tidak dapat ditentukan, dan banyak lagi
metodologi-metodologi di bilik darjah seperti rangsangan, had masa, kepimpinan dan lain-lain
lagi diketepikan.
Sementara kaedah Authoritarian Diktator pula lebih menunjukkan pengajaran secara
memberi penerangan dan maklumat, perancangan setiap langkah yang perlu murid-murid
lakukan. Guru lebih menumpukan aspek-aspek formalistik, yang berkaitan dengan konsep-
konsep asas seni. Biasanya idea-idea dikawal, begitu juga dengan penggunaan media,
pengurusan kerja-kerja seni dan tahap-tahap perkembangan dikawal oleh guru. Pada murid-
murid motivasinya adalah keranan bimbang dengan kegagalan atau takut tidak mencapai tahap
yang guru kehendaki. Kaedah ini sebenarnya berkesan pada kegiatan yang bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran, seperti proses serta prosedur penggunaan alat dan bahan, tetapi adalah
lebih berkesan jika proses pembelajaran untuk Pendidikan Seni ini dilakukan dengan kaedah
kreatif yang bercapah (creative divergent method) kerana dengan cara ini pembentukan
konsep-kendiri murid-murid lebih baik. (Stanly Madeja,1967 di dalam Micheal, 1983).
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak
sehingga ia membesar.
Penghasilan karya terutama Diorama oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang
berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni
visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak
hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan
pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik
untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji
keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat
peribadi dan tersendiri.
Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan
oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak
didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur,
tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan
seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.
Pendidikan Seni Diorama Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
Perkembangan Kognitif dijelaskan sebagai satu perubahan yang berbentuk
sistematik,progresif,dan bersepadu dalam diri individu sejak lahir hingga akhir hayatnya. Ia
jugadapat diertikan sebagai perubahan-perubahan yang dialami individu dalam prosesmenuju ke
peringkat kedewasaan dan kematangannya.Pendapat ini disokong olehSantrock, yang mana
beliau menyatakan corak perkembangan dalam pelbagaiaspek bermula sejak proses
persenyawaan hingga akhir hayat.
Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaranyang dilalui
oleh setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akanmempengaruhi kehidupan dan masa
depan seseorang kanak-kanak. Perkembangankognitif sering dikaitkan dengan
proses perkembangan intelek seseorang danperkembangan mental.Melalui pengalaman, saya
juga bersetuju dengan penyataanini,sememangnya perkembangan kognitif memainkan peranan
besar dalammerangka masa depan seseorang individu.
Teori perkembangan kognitif kanak-kanak-oleh-lowenfeld-dan-britain
Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan.
Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang
terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan
kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat
di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas danberskala besar.
Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis
secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula
menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya
dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik
serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15 tahun,pengetahuan
tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta sesuatu
bentuk dengan lebih baik.Jesteru itulah Seni Diorama akan dapat membantu perkembangan
kognitif seorang kanak-kanak. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang seni,diorama
maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan Lambert(1965)
peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting..kerana berlakunya
persaingan. Pelajar yang lemah akan mengalami tekanan untuk memilih bidang seni sebagai
bidang utama dalam proses membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi penerangan
yang betul,kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkubur.Berbanding dengan pelajar yang
diberi bimbingan atau nasihat yang positif ,mereka akan menjadi lebih berdisiplin,cekal dan
berminat dengan subjek seni ini.Begitulah pentingnya mata pelajaran PSV dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
Pendidikan Seni Diorama Mempengaruhi Perkembangan Sosial Kanak-Kanak
Syamsu Yusuf (2007) berpendapat bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar
untuk menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulan
antara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Bagi situasi ini kanak-kanak
akan cuba berinteraksi dengan alat, bahan yang digunakan dalam aktiviti seni dan juga akan
melakukan interaksi dengan murid lain kerika aktiviti berlangsung. Contohnya kanak-kanak
belajar melalui aktiviti bermain keranaber main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak
mengenal dunia dan persekitarannya.
Dalam pendidikan seni visual, murid diberi peluang berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini dapat meningkatkan keyakinan diri
murid-murid. Aktiviti pendidikan seni visual seperti ini memberikan peluang kepada murid
untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.
Dalam domain sosial pendidikan seni visual, semangat berkerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan dapat dibentuk.
Selain itu ia dapat dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan
jugamenggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan seterusnya menyatukan kanak-
kanakyang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai melalui perkongsian
idea dansebagainya. Dengan Pendidikan Seni Diorama ianya akan menggalakan hubungan sosila
antara murid apabila mereka bersama-sama di dalam satu kumpulan bagi menyiapkan sesebuah
projek seni membina Seni Diorama.
Secara tidak langsung hubungan sosial di kalangan murid akan dapa dipupuk dan mereka
bersama membina idea kreativiti sendiri bagi membina sebiag Diorama yang menarik dan
mempunyai unsur-unsur seni yang begitu baik dan cemerlang.Perkembangan sosial murid- murid
secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian ilmu melalui gerak kerja berkumpulan dan
apresiasi seni. Murid- murid bukan sahaja berkongsi idea malah dapat menambahbaik
penghasilan seni mereka. Hubungan sosial yang dibentuk di antara rakan sebaya semasa proses
kerja seni yang dijalankan secara tidak langsung dapat menyemai nilai menghormati, kerjasama
dan saling bantu-membantu. Domain sosial ini adalah selaras dengan matlamat dan objektif
pendidikan visual kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis yang mempunyai nilai
sosial yang tinggi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pendidikan Seni Diorama Mempengaruhi Perkembangan Komunikasi Kanak-Kanak
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak
sehingga ia membesar. Hakikatnya kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif
ini dapat kita lihattabiat mereka yang suka menconteng pada dinding, kertas dan sebagainya..
Aktiviti seni dankreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi
mereka di dalampelbagai cara. Keingin yang tinggi mampu memupuk semangat kerjasama
apabila aktiviti dijalankan dan secara bebas meluahkannya atas kertas. Lihatlah bagaimana
mereka berinteraksi dengan bahan dan berkerjasama sehingga mampu melahirkan karya yang
kreatif ini lah cara mereka berkomunikasi dengan alam.
Guru perlu peka bahawa keperluan menyediakan sesuatu yang kreatif, baru dan pelbagai
mampu meransang dan meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk mencuba dan
menghasilkan sesuatu rekaan sesuaidengan tahap umur dan kebolehan mereka. Misalnya
penggunaan bahanterbuang seperti kotak untuk menghasilkan model rumah. Bahan ini bukansaja
jimat tetapi dapa tjga menyelamatkan alam semulajadi. Karya yang kreatif mampu dihasikan
seperti ini. Melalui pelbagai bahan ini, kanak-kanak akan terdorong untuk menyampaikan idea
mereka dengan tersendiri.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka seperti seni Diorama dapat membantu murid
untuk mengembangkan aspek kreativiti dan komunikasi sesama mereka. Aktiviti dan projek di
dalam pendidikanseni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang
demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan
eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan
karya.
Pendidikan Seni Diorama Mempengaruhi Perkembangan Afektif Kanak-Kanak
Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa domain afektif, kreativiti dan sosial
kanak- kanak dalam Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang besar sekali dalam
menjayakan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan kepada
domain- domain ini, secara terperincinya kita dapat membuat perkaitan secara komprehensif
dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Di samping
itu, disertakan contoh- contoh gambar semasa proses kerja dalam bidang kegiatan membentuk
dan membuat binaan iaitu aktiviti membina sebuah seni Diorama.
Penghasilan karya seni Diorama oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai
interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni
yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan expresif. Di sekolah rendah, hasil seni
yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka
berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan
kognitif mereka.
Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam
Pendidikan Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai.
Dalam penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai
perasaan terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya
yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya
tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik
dan rasa kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada
kepentingan emosi dan perasaan. Dengan membina sebuah karya Diorama kanak-kanak akan
dapat melahirkan hasil seni mereka dengan kebolehan yang ada pada diri mereka.
Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam
Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah
seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya
dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata
pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya
yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan
perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan
seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat
Pendidikan Seni Visual iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni
Visual menunjukkan penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual
sebagai prospek kerjaya
Pendidikan Seni Diorama Mempengaruhi Perkembangan Psikomotor Kanak-Kanak
Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan
dan kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman
belajar. Dalam mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan
melatih psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti
seni dalam bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat
binaan, membuat corak dan membina Seni Diorama.
Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor
dalam penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina Seni Diorama. Penghasilan sebuah
DIorama dengan teknik lukisan yang pelbagai dan dilukis pada kotak Diorama adalah
menunjukkan perkembangan Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001)
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan
atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan, otot dan mental.
Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Seni Visual ke arah
pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke empat iaitu menggunakan
pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk
seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan dalam gambar 2 jelas
terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan amalan menggunakan
masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan
seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
Dengan membina Seni Diorama murid-murid dapat memperkembangkan psikomotor
mereka dengan melibatkan seluruh anggota badan mereka bagi penghasilan sebuah Diorama.
Kelebihan, Kekuatan Dan Cabaran Aktiviti Menghasilkan Diorama
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan
karya berbentuk tiga dimensi. Muird juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut
aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini murid dapat
menghasilkan pelbagai jenis kraf.
Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada
perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan
dan kestabilan.Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam
perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat membina seni Diorama.
Seni Diorama ialah Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat,
fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah
cantuman, gam dan kimpalan.
Tema Diorama DiPilih ialah Tema Alam Semulajadi
CABARAN MEMBINA DIORAMA ALAM SEMULA JADI :-
Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan
bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan
kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.
KELEBIHAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu
komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.
Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk
mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan
kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.
Tema Diorama Alam Haiwan di Lautan ini mengabungkan pengajaran Sains, Matemetaik
dan Bahasa Melayu. Dengan memperkenalkan jenis-jenis hidupan laut murid akan dapat
mengenalpasti spesis hidupan laut yang merangkumi bentuk fizikalnya, jenis pemakanan dan
cara mereka melindungi diri mereka. Dengan pengabungjalinan mata pelajaran Matematik pula
murid boleh mengira jumlah hidupan laut yang tertera di dalam kotak diorama yang dibina
disamping itu juga murid dapat mempelajari pantun hidupan laut seperti di dalam lagu Ikan
Kekek Mak Iloi-Ilao, Ikan Gelama Mengilai-Gilai , Dapat Isteri cantiknya amboi, Bila ketawa
mengilai-ngilai.
Disamping mengabungkan pelajaran pendidikan Muzik, murid akan menyanyi dengan
rasa gembira dengan menamakan haiwan-haiwan yangboleh di dapati di dalam kotak Diorama
yang dibina.
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia
boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai
mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah
brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau
bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain
itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya
penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu
yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza
dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai
media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa
lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah
belajar secara bermain dapat membina Diorama dan menjalinkan perhubungansosial sesama
murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam
penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses
pembelajaran.
Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan
murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni
visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria
sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama
manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat
dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan
kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea
dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan
manipulasi serta idea dan isi kandungan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannnya Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang
diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan
seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan
bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut: Bentuk
Diorama Menepati Tema dan Tajuk Tema disampai dan dikongsi dengan tepat.
Lazimnya isu-isu semasa dan isu dalam pembelajaran pembelajaran menjadi pilihan tema.
Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan
tema dan tajuk.
Secara tidak langsung aktiviti membina Diorama ini murid akan dilatih membuat
pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan
murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan
membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat.
Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan
kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan
teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan
mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan
dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau
dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.
Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi
bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif,
berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.
Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan)
proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui
deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala
ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan
ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan
seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu
proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga
memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum
Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari awal
persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap
keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan
pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran.
Apa yang di harapkan proses membina Diorama ini akan melahirkan para pelajar yang
lebih kreatif dan berinovasi yang tinggi di dalam menjana pemikiran bagi merealisasikan sebuah
Diorama yang mengikut Tema yang telah ditentukan atau mengikut luahan hati pelajar itu
sendiri.Dengan adanya pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain akan menjadikan
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni lebih menyeronokkan lagi.
Rujukan
Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam
Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI
Kamus Dewan ( Edisi Ketiga ),1996. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan. Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia .(1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual,KBSR. K.L.: DBP.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan Pendidikan Seni Visual,KBSR. K.L.: DBP.
Mohd Zairi Husain.(2011), Open Universiti Malaysia Membentuk Dan Membuat Binaan Mateor Doc, Sdn Bhd.
Mohamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Zairi Husain, (2009). HBAE 2203 Membentuk dan Membuat Binaan. Selangor
Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
school .(7th.ed.)USA : Wardsworth ThomsonLearning.Isbell, R. & Raines, S. (2002).
Yusuf, Syamsu, Psikologi Perkembangan anak dan Remaja. Bandung: PT Remaja Rosdakarya, 2007
Sumber : http://www.kidsource.com/kidsource/content2/Creativity_in_kids.htmlhttp://www.davidcloss.com/express.html)
http://www.uwsp.edu/education/lwilson/creativ/levels.htm-ret 28/8/09