Penyakit tidak berjangkit

Post on 23-Jun-2015

11.877 views 6 download

description

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (PENDIDIKAN KESIHATAN)

Transcript of Penyakit tidak berjangkit

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

TAHUN 5

MAKSUD

PENYAKIT YANG TIDAK MEMERLUKAN PERANTARAAN ATAU VEKTOR.

IA BERPUNCA DARIPADA KETURUNAN (GENETIK) DAN GAYA HIDUP.

CONTOH-CONTOH PENYAKIT

TIDAK BERJANGKIT

KARIES GIGI

• Ialah masalah gigi berlubang.• Berlaku akibat tindak balas antara bakteria

dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.

KARIES GIGI

SAKIT JANTUNG

• Terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

• Ini menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

• Kesannya, kita berasa amat sakit seolah-olah ada sesuatu yang mencengkam di bahagian dada.

SAKIT JANTUNG

DIABETES

• Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi.

• Ia berlaku kerana tubuh kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon ini bertugas mengawal kandungan gula dalam darah. Ia menyebabkan luka lambat sembuh, penglihatan kabur dan seterusnya menjadi buta.

DIABETES

ASMA

• Terjadi apabila saluran pernafasan terganggu. • Ia disebabkan alahan terhadap makanan

tertentu, pencemaran udara dan cuaca.• Simptomnya ialah batuk, nafas berbunyi,

kahak berlebihan dan kecungapan.

ASMA

PENYAKIT BUAH PINGGANG

• Terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah.

• Ia disebabkan oleh jangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan.

• Kesannya, pesakit hilang selera makan, berasa mual dan muntah-muntah serta kelihatan lemah.

PENYAKIT BUAH PINGGANG

PENCEGAHANPENYAKIT BERJANGKIT

Bersenam dan Bersukan

• Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang hari).

• Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi.• Amalan ini dapat meningkatkan tahap

kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung.

Bersenam dan Bersukan

Makan Makanan Seimbang

• Pelbagaikan pilihan makanan kita.• Amalan ini dapat membekalkan kesemua

nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Makan Makanan Seimbang

Memeriksa Kesihatan Secara Berkala dan Tetap

• Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan.

Memeriksa Kesihatan Secara Berkala dan Tetap

TERIMA KASIH