Penyakit tidak berjangkit

download Penyakit tidak berjangkit

of 11

  • date post

    07-Jul-2015
  • Category

    Education

  • view

    735
  • download

    4

Embed Size (px)

description

Pendidikan seksualiti

Transcript of Penyakit tidak berjangkit

  • 1. PENYAKIT TIDAK BERJANGKITPenyakit tidak berjangkit merupakan penyakit yang tidak memerlukan vektor atau perantaraan. Penyakit ini berpunca daripada keturunan atau genetik dan gaya hidupseseorang individu itu.

2. KariesGigiKaries gigi ialah masalah gigi berlubang. Ini berlakuakibat tindak balas antara bakteria dengan makanan bergula di permukaan gigi. Asid yang terhasil dalam tindak balas ini akan melembutkan lapisan enamel gigi. Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang. 3. PenyakitJantungPenyakit ini terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kejadian ini disebabkan saluran darah jantung tersumbat. Kesannya, kita akan berasa amat sakit seperti ada sesuatu yang mencengkam pada bahagian dada. 4. Penyakit ini terjadi apabila kandungan gula di dalam darah adalah tinggi. Keadaan ini berlaku kerana tubuh kita kurang mengeluarkan hormon insulin. Hormon ini bertugas mengawal kandungan gula dalam darah. Penyakit ini boleh menyebabkan luka kita lambat sembuh. Penglihatan kita juga berkemungkinan akan menjadi kabur seterusnya kita akan menjadi buta. 5. Penyakit ini terjadi apabila saluran pernafasan terganggu. Serangan asma boleh berlaku disebabkan alahanterhadap makanan tertentu, pencemaran udara atau cuaca. Penyakit ini menunjukkan simptom batuk, nafas berbunyi, kahak berlebihan dan kecungapan 6. PenyakitBuahPinggangPenyakit ini terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi untuk membersihkan darah. Kegagalan ini adalah disebabkanjangkitan kuman, keracunan dan penggunaan ubat yang tidak mengikut arahan. Kesannya, pesakit akan hilang selera makan, berasa mual dan muntah- muntah sertakelihatan lemah. 7. PencegahanPenyakit- PenyakitTidakBerjangkit1. Bersenam danbersukan Kita perlu melakukan aktiviti ini tiga kali seminggu dan sekurang-kurangnya 20 hingga 30minit pada setiap sesi. Aktiviti ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita. 8. 2. Makan makanan seimbang Kita harus mempelbagaikan makanan dalam menu harian kita. Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 9. 3. Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap Kita mesti berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor pada setiap enam bulan atau setahun sekali. Melalui pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh badan kita. 10. Sekian terima kasihDisediakan oleh