Post on 04-Aug-2021
487
SIMPTOM STRES DALAM KALANGAN PELAJAR ERA COVID 19
Zainora Daud i Anuar Hasinii Norazman Aliasiii & Norhasnira Ibrahimiv
i Zainora binti Daud. Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam
Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. zainora@usim.edu.my ii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar
Baru Nilai, Negeri Sembilan. anuarhasin@usim.edu.my iii Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar
Baru Nilai, Negeri Sembilan. norazman@usim.edu.my iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru
Nilai, Negeri Sembilan. norhasnira@usim.edu.my
Abstrak
Kajian berkaitan stres dalam kalangan pelajar banyak dibincangkan oleh para sarjana akademik.
Simptom stres akan membentuk peribadi dan pemikiran yang tidak sihat sehingga boleh menjejaskan
pencapaian dalam pembelajaran. Malahan boleh menyumbang kepada peningkatan masalah tingkah
laku seperti ponteng kelas dan sebagainya. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
latar belakang pelajar dan meninjau simptom stres daripada empat aspek iaitu fizikal, psikologikal,
gangguan fikiran dan tingkah laku yang dialami ketika pembelajaran secara dalam talian era covid 19.
Subjek kajian terdiri daripada para pelajar tahun dua, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan
Kepujian di USIM. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis
deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical
Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa tahap
stres para pelajar berada di tahap sederhana. Kajian ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai
kemampuan untuk mengurus stres dengan baik ketika mendepani pandemik yang mencabar ini
berpandukan ayat-ayat al-Quran dan amalan Islam yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka.
Kata kunci: stres, covid-19, pembelajaran, dalam talian.
PENDAHULUAN
Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku
pada mereka. Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau dianggap
mengganggu keadaan diri seseorang. Simptom stres perlu dikenal pasti supaya dapat
mengawal seseorang daripada melakukan seuatu yang di luar kawalan.
488
Stres menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk
menghadapinya.63 Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental
seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Stres bukan merupakan sesuatu
yang membahayakan kerana ia melibatkan hasil dan kualiti sesuatu pencapaian. Apabila
mengalami stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan
tumpuan kepada kerja. Dan begitu sebaliknya apabila stres berada di peringkat tinggi,
seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres. Manakala
stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan
motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.64
Stres telah dikenal pasti sebagai punca kepada hampir semua masalah yang
wujud dan kecelaruan psikologi. Stres sering dikaitkan dengan pembelajaran. Stres yang
sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh
dan minda kita untukbekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental.
Cara kita menangani stres yang dihadapi amat penting dalam menentukan kesihatan
mental dan fizikal.65
Lantaran itu, tahap stres memainkan salah satu peranan penting dalam kehidupan
seharian kita sama ada mengekalkan atau meruntuhkan semangat dan momentum
kejayaan dengan tindak balas tanda-tanda stres untuk mendatangkan hasil positif atau
negatif.
PENGERTIAN STRES DAN CIRI-CIRI STRES
Istilah stres sukar untuk didefinisikan kerana perkara yang menyukarkan atau
menyedihkan individu mungkin menggembirakan individu lain. Stres boleh berbentuk
positif atau negatif. Bagaimanapun, stres sering dianggap sebagai sesuatu negatif.
Kesimpulannya sefinisi stres secara holistik menunjukkan fenomena yang kompleks
mempengaruhi seseorang, bukan sahaja fizikal badannya tetapi melibatkan faktor yang
segelintirnya mungkin belum dikenal pasti oleh para cendekiawan dan penyelidik.66
Desakan yang terlalu banyak dapat menyebabkan berlakunya perubahan dari segi
fisiologi, mental dan tingkah laku yang dikatakan stres.67
Dr. Mohd Nasir bin Abd Kadir membahagikan ciri-ciri stres kepada empat
bahagian iaitu fizikal dengan membentangkan simptom-simptom yang dialaminya
63https://www.moh.gov.my/moh/ /6_Panduan_Menangani_Stres.pdf 64http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan-pengurusan-pelajar/ 65 Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid. Punca Stres Di
Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam https:// www. academia. edu. 66 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif.
Nilai: USIM.19. 67 Ibid.23.
489
seperti gementar, berpeluh, rasa seram sejuk, tangan dan kaki rasa sejuk, sakit kepala
atau rasa mual/nak muntah, bernafas laju, kering mulut, kerap buang air kecil atau air
besar, cirit birit, kurang selera makan, mudah dapat serangan penyakit antaranya asma,
sakit belakang badan, masalah penghadaman, sakit kepala dan gatal-gatal, masalah
hubungan kelamin contoh kurang minat melakukan hubungan seksual, sakit-sakit badan
dan cepat letih.68
Manakala dari aspek psikologikal ialah kebimbangan, keliru dan kurang daya
tumpuan, sukar kawalan diri, perubahan emosi daripada aspek tekanan perasaan,
kekecewaan, mewujudkan permusuhan, rasa tak berdaya, kurang sabar dan cepat
marah, lemah semangat, susah nak tidur dan mudah terpengaruh mengambil bahan
yang terlarang seperti dadah dan arak.69
Aspek gangguan fikiran pula memaparkan simptom-simptom stres seperti sukar
membuat keputusan, kurang minat terhadap aktiviti harian, tidak merasa tercabar
terhadap situasi yang sukar, pemikiran positif terganggu disebabkan sering berfikiran
negatif, kurang memberi perhatian, hilang keyakinan diri dan hilang tumpuan. Begitu
juga penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa
dan cepat marah.70
Dan aspek tingkah laku pula seperti bercakap dengan cepat dan kuat, menguap,
suka gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih, perasaan yang negatif
seperti mudah tersinggung, terlalu bergantung kepada orang lain, suka memberi komen
dan kritik orang lain, boleh bertindak ganas, bertindak secara tidak logik, bertindak
keterlaluan dan terlalu beremosi serta kurang kecekapan diri seperti mudah lupa, selalu
membuat kesilapan serta sering terlibat kemalangan. Kurang produktiviti kerja dan
menindakkan keupayaan diri sendiri juga simptom stres.71 Termasuk juga masalah tabiat
makan, tingkahlaku agresif, buli dan vandalism.72
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidik memilih reka bentuk kajian deskriptif kerana dapat memberikan perihal
fenomena sebenar. Pharmit Singh et.al menjelaskan penyelidikan dalam bentuk yang
paling asas melibatkan deskriptif fenomena semulajadi manusia atau buatan manusia
iaitu dari segi bentuk, tindakan, perubahan mengikut masa dan persamaan dengan
68 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/ 69 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan/6_Panduan_Menangani
_Stres.pdf 70 Pengurusan stres dalam talian http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-stres-2/ 71 Ibid. 72 https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/6_Panduan_
Menangani_Stres.pdf
490
fenomena lain. Penyelidikan ini adalah sejenis penyelidikan kuantitatif yang membuat
deskriptif teliti tentang fenomena pendidikan.73 Kajian deskriptif selalunya dijalankan
bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri
sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.74
Metodologi kajian ialah berbentuk kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian
tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu metode untuk mengumpul maklumat
menerusi satu set soalan kepada satu sampel yang dipilih dari satu populasi yang hendak
dikaji.75 Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Satu set soalan dalam
bentuk tulisan yang dibina khusus untuk mengumpul maklumat bagi menjawab
persoalan kajian.76
Sampling pula ialah proses memilih sejumlah individu untuk tujuan kajian,
manakala persampelan ialah cara untuk mendapatkan maklumat bagi menyelesaikan
sesuatu masalah tanpa menggunakan seluruh ahli sesuatu populasi.77 Sampel kajian ini
terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, USIM
yang terlibat dengan pembelajaran dalam talian ketika musim covid 19.
Pengkaji boleh menggunakan pengalaman sendiri tentang saiz sample untuk
mengenal pasti sama ada sesuatu sample itu mewakili populasi atau sebaliknya.78
Pengkaji memilih semua pelajar disebabkan jumlahnya sedikit, sebanyak 46 set soal
selidik telah diedarkan semua pelajar tahun dua tetapi hanya 33 set soal selidik sahaja
berjaya dikembalikan. Responden terdiri daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Qiraat dengan Kepujian, USIM.
Instrumen soal selidik merupakan kaedah yang berkesan dengan persampelan
yang sesuai dan tepat dapat mewakili populasi yang sebenar.79 Artikel ini akan
73 Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan Penyelidikan. Shah
Alam: UPENA, UITM. 00.
74 Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra
Malaysia. 42.
75 Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd.149 76 Ibid.120.
77 Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 63.
78 Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
89.
79 Ibid.185-186.
491
menumpukan terhadap simptom stres yang mereka alami ketika sesi pembelajaran
secara dalam talian, wabak covid 19 baru-baru ini.
Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi lima bahagian utama. Bahagian A
merangkumi soalan berkaitan data demografi responden. Bahagian B berkaitan simptom
stres daripada aspek fizikal, bahagian C simptom stres daripada aspek psikologikal,
bahagian D simptom stres daripada aspek gangguan fikiran dan bahagian E simptom
stres daripada aspek tingkah laku.
Lima skor skala likert telah ditentukan dalam kajian ini seperti dalam jadual 1 di bawah
iaitu:
Jadual 1: Skala Likert Yang Digunakan Dalam Borang Soal Selidik
Peringkat Skala likert
Tidak Pernah 1
Kadang-kadang 2
Tidak Pasti 3
Kerap 4
Sangat Kerap 5
(Sumber: Diadaptasi daripada Mohd Majid Konting, 1990)
Pengkaji juga menilai tahap stres yang dialami oleh pelajar berdasarkan skor min
dalam jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Ukuran Skor Min Tahap Stres
Skor min Interprestasi
3.80-5.00 Stres Tinggi
2.40-3.79 Stres Sederhana
1.00-2.39 Stres Rendah
(Sumber: Diadaptasi daripada Wiersme,1995 dalam Mohamad Zaid Mustafa etal.)
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian merangkumi dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi
pelajar dan bahagian B berkaitan simptom-simptom stres yang dialami oleh respoden
ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah:
Dapatan kajian latar belakang pelajar meliputi maklumat jantina, umur, kawasan
tempat tinggal, bilangan adik beradik, pekerjaan ibubapa dan kumpulan pengkelasan
pendapatan. Kesemua dapatan ini boleh dilihat dalam Jadual 3 di bawah.
492
Jadual 3: Bahagian A Latar Belakang Pelajar
Item Kekerapan Peratusan
Jantina Lelaki 12 36.4%
Perempuan 21 63.6%
Umur 21 2 6.0%
22
23
25
27
3
1
82.0%
9.0%
3.0%
Kawasan Tempat Tinggal
Bilangan adik beradik
Bandar 11 33.3%
Luar Bandar 22 66.7%
1-3
4-6
7-9
10-12
6
19
6
2
18.2%
57.6%
18.2%
6.0%
Adakah kedua ibubapa
anda bekerja?
Ya 19 57.6%
Tidak 14 42.4%
Pengkelasan Pendapatan
Keluarga
T 20
M 40
6
10
18.2%
30.3%
B40 17 51.5%
Sumber: Soal Selidik
Dapatan kajian dalam jadual 2 di atas menunjukkan 70% responden dalam bidang
pengkhususan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian yang
berjaya menyerahkan soal selidik kepada pengkaji. Dari aspek jantina, bilangan pelajar
perempuan (63.6%) mengatasi bilangan pelajar lelaki (36.4%). Dari aspek umur, majoriti
berusia 22 tahun (82.0%), 23 tahun (9.0%), 21 tahun (6.0%) dan 25 tahun (3.0%). Sebanyak
(66.7%) responden mendiami kawasan luar bandar berbanding (33.3%) di kawasan
bandar.
Manakala dari aspek bilangan adik beradik memaparkan (57.6%) mempunyai
adik beradik seramai empat hingga enam orang, diikuti dengan peratusan yang sama
iaitu (18.2%) bagi bilangan adik beradik satu hingga tiga dan seramai tujuh hingga
493
sembilan orang, hanya (6.0%) sahaja yang mempunyai bilangan adik beradik antara
sepuluh dan dua belas orang. Dari aspek pekerjaan kedua ibubapa pula menunjukkan
57.6% ibubapa mempunyai kerjaya berbanding 42.4% responden yang tidak bersetuju.
Sebanyak 51.5% responden berada di tahap B40 dalam pengkelasan pendapatan seisi
rumah, diikuti dengan (30.3%) di M40 dan 18.2% di T20.
Jadual 4: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek fizikal
N Minimum Maximum Mean
Std.
Deviation Tahap Stres
Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic
Gementar 33 1.00 5.00 2.3939 1.02894 Rendah
Sakit kepala 33 1.00 5.00 2.2727 1.03901 Rendah
Muntah atau loya 33 1.00 5.00 2.1515 1.09320 Rendah
Bernafas laju 33 1.00 5.00 2.5152 1.30195 Sederhana
Kering mulut 33 1.00 4.00 1.9091 1.04174 Rendah
Kerap buang air
besar/kecil
33 1.00 5.00 3.7576 2.03148 Sederhana
Cirit birit 33 1.00 5.00 3.0000 .70711 Sederhana
Kurang selera makan 33 1.00 3.00 2.1515 .56575 Rendah
Masalah penghadaman 33 1.00 3.00 2.2121 .54530 Rendah
Gatal-gatal 33 1.00 5.00 3.9091 1.04174 Tinggi
Sakit belakang badan 33 1.00 5.00 3.6970 1.01504 Sederhana
Cepat letih 33 1.00 5.00 3.1818 .91701 Sederhana
Sakit badan 33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana
Jantung berdebar-debar 33 1.00 5.00 2.6061 1.22320 Sederhana
Sukar tidur 33 1.00 5.00 2.8788 1.16613 Sederhana
Valid N (listwise) 33
Sumber : Soal Selidik
Hasil dapatan kajian dalam jadual 4 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada
jumlah skor min tahap stres dari aspek fizikal berada di tahap stres sederhana (min=2.81).
Namun bagi item mengalami kulit gatal-gatal dilihat berada di tahap tinggi (min 3.90)
seperti dalam carta pai 1 berbanding lapan item simptom-simptom lain berada di tahap
sederhana iaitu antara min 3.75 hingga 2.51 bagi item-item seperti kerap buang air
besar/kecil (min=3.75), sakit belakang badan(min=3.69), sakit badan (min=3.66), cirit birit,
cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar, bernafas laju. Manakala item-item lain
berada dalam tahap stres rendah antara min 2.39 hingga min 1.90 iaitu gementar, sakit
kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering
mulut.
494
Carta Pai 1: Peratusan Tahap Item Gatal-gatal
Berdasarkan carta pai 1 menunjukkan peratusan tahap item rasa gatal-gatal yang dialami
ketika stres iaitu sebanyak 51.2% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 27.27%
responden sangat kerap mengalaminya, 12.12% responden dalam keadaan tidak pasti,
responden yang tidak pernah mengalaminya sebanyak 6.06% dam kadang-kadang
mengalaminya sebanyak 3.03%.
495
Jadual 5: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek psikologikal
N Minimum Maximum Mean
Std.
Deviation Tahap Stres
Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic
Gelisah 33 2.00 5.00 3.8788 .73983 Tinggi
Cepat marah 33 2.00 5.00 3.8182 .72692 Tinggi
Bimbang 33 2.00 5.00 3.4545 .83258 Sederhana
Kurang daya tumpuan 33 1.00 5.00 3.6667 .95743 Sederhana
Mudah lupa 33 1.00 5.00 3.7273 .83937 Sederhana
Takut gagal 33 1.00 5.00 3.3030 .91804 Sederhana
Rendah diri 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana
Bosan 33 1.00 5.00 3.2424 .90244 Sederhana
Kecewa 33 1.00 5.00 3.2424 .83030 Sederhana
Lemah semangat 33 2.00 5.00 3.5758 .79177 Sederhana
Mewujudkan
permusuhan
33 2.00 5.00 3.4848 .83371 Sederhana
Resah 33 1.00 5.00 3.4242 .90244 Sederhana
Sukar kawal diri 33 1.00 5.00 3.3333 .98953 Sederhana
Mudah terpengaruh
mengambil bahan yang
terlarang seperti dadah
dan arak
33 1.00 5.00 3.3636 1.08450 Sederhana
Valid N (listwise) 33
Sumber: Soal selidik
Hasil dapatan kajian dalam jadual 5 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada
jumlah skor min tahap stres dari aspek psikologikal berada di tahap stres sederhana
(mn=3.48). Namun bagi item gelisah dan cepat marah berada di tahap tinggi (min 3.87
dan 3.81) dalam carta pai 2 dan 3, berbanding dua belas simptom-simptom lain yang
dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.24 bagi item-
item mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan permusuhan,
bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang seperti dadah dan
arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa. Tiada item berada di
tahap stres rendah.
496
Carta Pai 2: Peratusan Tahap Item Gelisah
Berdasarkan carta pai 2 di atas menunjukkan peratusan tahap item rasa gelisah yang
dialami ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti
15.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya dan peratusan tidak pasti,
tiada responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya
sebanyak 6.06%.
Carta Pai 3: Peratusan Tahap Item Cepat Marah
Manakala carta pai 3 menunjukkan peratusan tahap item rasa cepat marah yang dialami
ketika stres iaitu sebanyak 63.6% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 18.1%
responden tidak pasti, 12.1% responden pada tahap sangat kerap mengalaminya, tiada
responden yang tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya
sebanyak 6.06%.
Jadual 6: Analisis symptom stres yang dialami dari aspek gangguan fikiran
497
N Minimum Maximum Mean
Std.
Deviation Tahap Stres
Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic
Sukar membuat
keputusan
33 1.00 5.00 3.0303 1.04537 Sederhana
Kurang minat terhadap
aktiviti harian
33 1.00 5.00 3.2121 1.02340 Sederhana
Tidak merasa tercabar
terhadap situasi yang
sukar
33 1.00 5.00 3.1515 .93946 Sederhana
Sering berfikiran negatif 33 1.00 5.00 3.1818 1.01411 Sederhana
Kurang memberi
perhatian
33 1.00 5.00 3.0303 .98377 Sederhana
Hilang keyakinan diri 33 1.00 4.00 3.1515 .87039 Sederhana
Hilang tumpuan 33 1.00 5.00 3.8788 .92728 Tinggi
Kekuatan mental
menjadi lemah
33 1.00 5.00 3.2727 .97701 Sederhana
Valid N (listwise) 33
Sumber: Soal Selidik
Hasil dapatan kajian dalam jadual 6 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada
jumlah skor min (3.23) tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres
sederhana. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun bagi item hilang tumpuan
berada di tahap tinggi (min 3.87) seperti dalam carta pai 7 berbanding tujuh simptom-
simptom lain yang dialami mereka berada di tahap sederhana iaitu antara (min 3.27
hingga 3.01) bagi item-item kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap
aktiviti harian, sering berfikiran negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang
sukar, hilang keyakinan diri, sukar membuat keputusan dan kurang memberi perhatian.
498
Carta Pai 4: Peratusan Tahap Item Hilang Tumpuan
Carta pai 4 menunjukkan peratusan tahap item hilang tumpuan yang dialami ketika stres
iaitu sebanyak 48.4% responden yang kerap mengalaminya, diikuti 24.4% responden
sangat kerap mengalaminya, 21.2% responden pada tahap tidak pasti mengalaminya dan
3.03% pada tahap tidak pernah mengalaminya dan kadang-kadang mengalaminya.
499
Jadual 7: Analisis simptom stres yang dialami dari aspek tingkah laku
N Minimum Maximum Mean
Std.
Deviation Tahap Stres
Statistic Statistic Statistic Statistic Statistic
Bercakap dengan cepat
dan kuat
33 1.00 5.00 3.5758 .90244 Sederhana
Menguap 33 2.00 5.00 3.9091 .67840 Tinggi
Suka gigit jari, mengetap
bibir, kerap
mengerakkan jari, letih
33 2.00 5.00 3.8182 .63514 Tinggi
Mudah tersinggung 33 1.00 5.00 3.3636 .96236 Sederhana
Terlalu bergantung
kepada orang lain
33 1.00 5.00 3.9091 .84275 Tinggi
Suka memberi komen
dan kritik orang lain
33 1.00 5.00 3.6667 .81650 Sederhana
Boleh bertindak ganas 33 1.00 5.00 3.6970 .84723 Sederhana
Bertindak secara tidak
logik
33 2.00 5.00 4.0000 .61237 Tinggi
Bertindak keterlaluan
dan terlalu beremosi
33 2.00 5.00 3.9394 .74747 Tinggi
Selalu membuat
kesilapan
33 1.00 5.00 3.9091 .72300 Tinggi
Sering terlibat
kemalangan
33 1.00 5.00 3.7273 1.06867 Sederhana
Kurang produktiviti
kerja
33 2.00 5.00 3.7273 .67420 Sederhana
Menidakkan keupayaan
diri sendiri
33 2.00 5.00 3.8788 .64988 Tinggi
Valid N (listwise) 33
Sumber: Soal Selidik
Hasil dapatan kajian dalam Jadual 7 di atas menunjukkan bahawa keseluruhan daripada
jumlah skor min tahap stres dari aspek gangguan fikiran berada di tahap stres sederhana
(min=3.77) seperti dalam jadual 8. Tiada item berada di tahap stres rendah. Namun
terdapat tujuh item berada di tahap stres yang tinggi iaitu antara min 4.00 hingga 3.81,
item bertindak secara tidak logik merupakan simptom stres yang tertinggi diikut dengan
item bertindak keterlaluan dan terlalu beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu
bergantung kepada orang lain, menguap, menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka
gigit jari, mengetap bibir, kerap mengerakkan jari, letih.
500
Jadual 8: Taburan Peratusan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap Stres
Tinggi Pelajar
Jenis stres
TP KK TP K TK Mi
n
S.P Interpret
asi
Bertindak secara tidak
logik Bertindak
keterlaluan dan terlalu
beremosi
0% 3.0% 21.2% 66.7
%
9.1% 4.00
3.93
0.6
1
0.7
4
Tinggi
Tinggi
0.0% 3.0% 21.2% 54.5
%
21.2
%
Selalu membuat
kesilapan
3.0% 0.0% 12.1% 72.7
%
12.1
%
3.92 0.7
2
Tinggi
Terlalu bergantung
kepada orang lain
3.0% 0.0% 21.2% 54.5
%
21.2
%
3.90 0.8
4
Tinggi
Menguap 0.0% 6.1% 9.1% 72.7
%
12.1
%
3.90 0.6
7
Tinggi
Menidakkan keupayaan
diri sendiri
0.0% 3.0% 18.2% 66.7
%
12.1
%
3.87 0.6
4
Tinggi
Suka gigit jari,
mengetap bibir, kerap
mengerakkan jari, letih
0.0% 3.0% 21.2% 66.7
%
9.1% 3.81 0.6
3
Tinggi
Sumber: Soal Selidik
Manakala enam item lagi berada di tahap sederhana iaitu antara min 3.72 hingga 3.36
bagi item-item sering terlibat kemalangan, kurang produktiviti kerja, boleh bertindak
ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain, bercakap dengan cepat dan kuat dan
mudah tersinggung.
PERBINCANGAN
Dapatan kajian berkaitan demografi pelajar menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai
daripada pelajar lelaki, majoriti pelajar berusia 22 tahun. Usia ini disokong dengan syarat
kemasukan pelajar bagi program ini adalah mempunyai sijil hafazan 30 juzuk dan
majoriti pelajar adalah lepasan Darul Quran, Jakim dan Ma’ahad Tahfiz Negeri di
Malaysia.80
80 Dokumen Fail Kemasukan Pelajar, Peng.Qiraat, Usim. 2019.
501
Jika dilihat aspek tempat tinggal responden, hampir sebahagian besar daripada
mereka tinggal di kawasan luar bandar. Bahkan kebanyakan mereka mempunyai
bilangan adik beradik antara empat hingga enam orang. Sebahagian besar ibu bapa
responden bekerjaya.
Malahan majoriti dalam kalangan mereka berada di tahap B40 dalam pendapatan
seisi rumah. Ini boleh menyumbang faktor -faktor permasalahan stres. Sebagaimana hasil
kajian81 tiga tema tekanan telah dikenal pasti berlaku dalam kalangan keluarga B40 iaitu
tekanan ekonomi, tekanan emosi dan tekanan keibubapaan.
Jadual 9: Analisis Tahap Stres Terhadap Keseluruhan Simptom
Kategori Simptom Stres Skor Min
Fizikal 2.81
Psikologikal 3.48
Gangguan fikiran 3.23
Tingkah laku 3.77
Jumlah 3.32
Pengkaji memfokuskan artikel kepada empat bahagian simptom stres yang dialami oleh
responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ketika covid 19, merujuk kepada
jadual 9 menunjukkan bahawa simptom-simptom stres yang dialami berada di tahap
sederhana. Ini menunjukkan bahawa para pelajar masih mampu dan boleh mengawal
stres dan tekanan yang mereka alami, ditambah dengan pegangan dan pergantungan
mereka yang kuat dengan hafazan al-Quran atau sebagai hamalah al-Quran yang berjaya
mengekang mereka daripada sifat-sifat mazmumah dan lagha. Ini disokong dengan
maksud fitrah di sisi al-Raghib bahawa fitrah merupakan isyarat Allah SWT ke atas
fitrah yang Dia ciptakan dan difokuskan kepada diri manusia iaitu pengetahuan
mengenai Penciptanya. Lantaran itu fitrah ialah apa yang dianugerahkan Allah SWT
kepada manusia tentang potensi atau kekuatan diri manusia untuk beriman kepada-
Nya.82
Bahkan fitrah manusia adalah dilahirkan secara bersih, suci, mulia dan baik. Islam
memandang manusia secara fitrahnya mempunyai potensi diri memperbaiki diri
sendiri83 selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 30:
81 Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate. net/publication/ (diakses pada 27
September 2020). 82 Al-Asfahani, al-Raghib.2009. Mufradat Alfaz al-Quran. Damsyik: Darul Qalam.640 83 Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. Kaunseling dalam Islam.
Nilai: USIM. 33.
502
Maksudnya: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau
dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan
keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
Walau bagaimanapun terdapat item-item simptom yang dikenalpasti berada di tahap
yang tinggi. Para responden yang pernah dan kerap mengalaminya iaitu alahan gatal-
gatal, gelisah, cepat marah, hilang tumpuan, bertindak secara tidak logik merupakan
simptom stres yang tertinggi diikut dengan item bertindak keterlaluan dan terlalu
beremosi, selalu membuat kesilapan, terlalu bergantung kepada orang lain, menguap,
menidakkan keupayaan diri sendiri dan suka gigit jari, mengetap bibir, kerap
mengerakkan jari, letih.
Justeru itu kestabilan emosi manusia adalah berbeza, oleh itu setiap individu
perlu mengenali, memahami emosi mereka untuk menyeimbangkannya dan mengawal
diri supaya mampu berfikir dan bertindak tanpa pengaruh emosi. Muhasabah perlu
dilakukan untuk mengenalpasti tahap keterbukaan minda dalm mencari jati diri.84
Namun responden juga biasa mengalami simptom-simptom stres berikut tetapi
dalam situasi yang boleh dikawal dan kemungkinan mereka cepat sedar dengan amalan
rutin mereka yang sentiasa mengulang ayat-ayat hafazan al-Quran serta amalan ibadat
sunat lain. Jenis-jenis simptom tersebut ialah seperti kerap buang air besar/kecil, sakit
belakang badan, sakit badan, cirit birit, cepat letih, sukar tidur, jantung berdebar-debar,
bernafas laju, mudah lupa, kurang daya tumpuan, lemah semangat, mewujudkan
permusuhan, bimbang, resah, mudah terpengaruh mengambil bahan yang terlarang
seperti dadah dan arak, rendah diri, sukar kawal diri, takut gagal, bosan dan kecewa,
kekuatan mental menjadi lemah, kurang minat terhadap aktiviti harian, sering berfikiran
negatif, tidak merasa tercabar terhadap situasi yang sukar, hilang keyakinan diri, sukar
membuat keputusan dan kurang memberi perhatian, sering terlibat kemalangan, kurang
produktiviti kerja, boleh bertindak ganas, suka memberi komen dan kritik orang lain,
bercakap dengan cepat dan kuat dan mudah tersinggung.
Islam mengakui emosi sebahagian daripada manusia tetapi menyuruh umatnya supaya
bijak mengawal emosi terutama yang bersifat negatif supaya tidak mempengaruhi
pertimbangan akal yang waras.85
Bahkan para responden juga pernah mengalami simptom-simptom ini dalam
tahap rendah iaitu kadang-kadang atau tidak pernah bagi item-item seperti gementar,
84 Ibid. 85 Ibid.
503
sakit kepala, masalah penghadaman, muntah atau loya, kurang selera makan dan kering
mulut.
Tingkah laku individu adalah berkait rapat dengan persekitaran. Menurut
Lockian, manusia secara semulajadinya dilahirkan sebagai neutral tidak mempunyai
sifat baik atau buruk. Walau bagaimanapun personaliti seseorang individu terbina dan
berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran, dalam proses ini
corak tingkah laku dan personality seseorang akan terbina.86
Malahan terdapat teori Gestalt dalam kaunseling yang menggalakkan kita
melepaskan apa-apa perasaan terpendam. Ini selari dengan senario apabila dalam
keadaan tertentu perasaan seperti marah, benci, sedih, bersalah dan sebagainya tidak
dapat dilepaskan lantaran satu sebab. Implikasinya perasaan perasaan akan sentiasa
terbuka di dalam sistem diri atau tubuh badan manusia. Seterusnya perasaan ini akan
mengganggu kita dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari tanpa disedari selagi ia
tidak dilepaskan dan disempurnakan.87
KESIMPULAN
Simptom stres yang dialami para pelajar ketika sesi pembelajaran secara dalam talian
adalah tidak membimbangkan kerana berada di tahap sederhana. Ini terbukti bahawa
stres di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan
motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.88 Tahap sederhana ini juga
menunjukkan ketinggian nilai sabar yang mesti dimiliki oleh para haffaz dalam
membendung perasaan stres yang dialami.
Dunia merupakan tempat ujian dan dugaan sama ada perkara baik atau buruk.
Lantaran itu Allah menguji para hambanya agar diketahui dalam kalangan hamba-Nya
pejuang dan seorang benar-benar penyabar sehingga layak mendapat ganjaran yang
setimpal di atas kesabarannya.89
Ini disokong dengan hasil dapatan bahawa stres yang dialami pelajar universiti hanya
berlaku pada tahap yang sederhana dan tidak menimbulkan kesengsaraan psikologi
yang tinggi.90
86 Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. 2008. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai: USIM.147. 87 Ibid. 96-97. 88 Abd. Rahman Yaacob,Ros Aini IbrahimMajdi @ Abd Hadi IshakRashdan Rashid Punca Stres Di
Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syedsirajuddin dalam ttps://www. academia.edu/7105868/Punca
_STRES_ dikalangan_pelajar 89 Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr. 1:404. 90 Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang
dialami pelajar universiti dalam Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009, 46-62.
504
Lantaran itu stres dilihat daripada aspek pendekatan Imam al-Ghazali melihat
konsep-konsep utama iaitu konsep roh, hati, nafsu dan akal. Stres sebagai satu cabaran
hidup dan konsep kesepaduan antara akidah, Syariah dan akhlak juga merupakan asas
kepada pembentukan kerohanian manusia yang terarah kepada penyembahan Allah
SWT.91
Jati diri sebagai hamalah al-Quran yang dipasak dengan ayat-ayat Allah di dada
mereka jelas terlakar pada keperibadian mereka, namun perlu sentiasa dibajai dengan
nilai-nilai muhasabah yang tinggi. Ini bermakna para pelajar perlu sentiasa muhasabah
dan mujahadah setiap perasaan dan tingkah laku yang dialami dan segera kembali
kepada al-Quran dan Sunnah supaya dapat membendung simptom stres supaya tidak
memberi implikasi negatif yang besar dalam pembelajarabn dan juga kehidupan.
RUJUKAN
Buku
Al-Asfahani, al-Raghib.2009.Mufradat Alfaz al-Quran.Damsyik: Dar al-Qalam.
Al-Zuhaili, Wahbah. 2003. Tafsir al-Munir. Damsyik: Darul Fikr.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Wan Razali dan Hanit Osman. 2011.
Kaunseling dalam Islam. Nilai: USIM.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Cet. ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mok Soon Sang. 2009. Literature dan Kaedah Penyelidikan. Terb.1 (Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Pharmjit Singh dan Chan Yuen Fook. 2010. Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan
Penyelidikan. Shah Alam: UPENA, UITM.
Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia
Sdn Bhd.149
Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan
Pengurusan Efektif. Nilai: USIM.19.
Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan
Pengurusan Efektif. Nilai: USIM
Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
91 Sapora Sipon, Khatijah Othman & Athman Abdul Rahman. 2013. Stres, Punca, teori dan Pengurusan Efektif. Nilai: USIM.70.
505
Jurnal
Ferlis B. Bullare @ Bahari & Rathakrishnan Rosnah Ismail. 2009. Sumber Stres, Strategi
Daya Tindak dan Stres Yang Dialami Pelajar Universiti. Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun
2009, 46-62.
Internet
Abd. Rahman Yaacob, Ros Aini Ibrahim, Majdi @ Abd Hadi Ishak Rashdan Rashid.
Punca Stres Di Kalangan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
www.academia.edu/7105868/Punca_STRES_di kalangan_pelajar (diakses pada
16 September 2020).
Keluarga B40 Tekanan dan Kekuatan B40 https:// www. researchgate.
net/publication/Keluarga_B40_Tekanan_dan_Kekuatan_B40_Family_Stres_and
_Strength (diakses pada 27 September 2020).
Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar dan
Abdul Rashid Razza. Kajian Stres Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program
Sarjana Muda Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Uthm). mohamad_zaid_mustafa.ICTLHE.pdf (diakses pada 17 September 2020).
Panduan Menangani Stres. https:// www. moh.gov.my/moh/6_Panduan_ Menangani
_Stres.pdf (diakses pada 16 September 2020).
Pengurusan Stres Pelajar. http://www.kmj.matrik.edu.my/mengenai-kami/jabatan-
pengurusan-pelajar/ (diakses pada 17 September 2020).