Post on 26-May-2015
description
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATANFAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GGGE 2123TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KAJIAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN, AMALAN DAN ETIKA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM KALANGAN DOKTOR PELATIH PPUKM
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
MOHD HAZIQ NAQIUDDIN BIN JUNAIDI A 138458
ILHAM SYUHANA BT MOHD NAIN A 138301
MASINAWATI BT MOHAMMAD ZAINI A 137844
NIK NUR LILI RUZAINI BT NIK KAMAL A 141308
SITI HAWA BINTI MOHD NOH A 138926
PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
KANDUNGAN
Perkara-Perkara Muka Surat
1. Pengenalantentang Tahap Pengetahuan, Amalan & Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM
1.0 Pendahuluan1.1 Penyataan Masalah1.2 Tujuan Kajian1.3 Objektif Kajian1.4 Persoalan Kajian1.5 Metodologi Kajian
356778
2. 2.0 Sampel borang Kajian Tahap Pengetahuan, Amalan dan Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM
9
3. Dapatan Kajian dan Analisa Data Tahap Pengetahuan, Amalan dan Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan Doktor Pelatih di PPUKM”
3.0 Bahagian 1 : Data Demografik
3.0.1 Jantina3.0.2 Umur3.0.3 Bangsa3.0.4 Status Perkahwinan
3.1 Bahagian 2 : Soalan Pengetahuan3.2 Bahagian 3 : Soalan Amalan3.3 Bahagian 4 : Soalan Etika
14
151821
4. 4.0 Perbincangan 27
5. 5.0 Cadangan Penambahbaikan 31
6. 6.0 Kesimpulan 32
7. 7.0 Rujukan 34
2
1.0 PENDAHULUAN
Dunia kini sedang mengalami transformasi daripada masyarakat perindustrian kepada
masyarakat maklumat. Perubahan ini telah dipercepatkan oleh kemaraan dan
kepopularanmultimedia, komputer peribadi dan Internet. Ini semua dikenali umum sebagai
TeknologiMaklumat (IT) (Baharuddin dan Ellington, 2000). Teknologi Maklumat dan
Komunikasi yang lebih dikenali sebagai Information Communication Technology (ICT)
sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban
manusia pada zaman ini.
Komputer dilihat sebagai salah satu simbol baru dalam perubatan apabila kita
memasuki abad ke 21 (Blois 1986). Di kawasan Asia Pasifik, penggunaan komputer dalam
perubatan telah ketara sejak tahun 70an lagi terutama di Australia dan Jepun (Lun 1999).
Namun begitu, kawasan Asia Tenggara, tahap penggunaan komputer adalah rendah seperti
Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina berbanding negara ASEAN lain seperti Singapura
(Lun 1999). Selain itu, ia lebih ketara kemajuannya di negara maju seperti Amerika Syarikat.
Kajian di Amerika Syarikat, lebih 90% pengamal perubatan mempunyai capaian
internet, tetapi hanya 55% sahaja mengamalkan atau menggunakannya setiap hari. Hanya 1
daripada 5 orang pengamal perubatan yang menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dengan
pesakit. Hanya 1 daripada 4 pengamal perubatan membuat transaksi melalui internet untuk
pembelian ubat-ubatan. 20% daripada mereka sendiri percaya bahawa internet, komputer dan
lain-lain berkaitan ICT adalah penting untuk tujuan penjagaan pesakit.
Kajian di beberapa buah Hospital di India, berkaitan dengan doktor pelatih
(Houseman) , 65% menggunakan internet, 25% menggunakan untuk mencari maklumat
berkaitan dengan perubatan, dan 10% untuk tujuan lain (Thakker 1999). Kajian Amerika
Syarikat pula, 20% berkomunikasi dengan pesakit melalui e-mel, 19% menggunakan e-mel
untuk perbincangan antara pengamal perubatan, 16% untuk klinikal dan 12% untuk tuntutan
insurans.
Di Malaysia, tahap penggunaan teknologi Maklumat dalam perubatan masih rendah
jika dibandingkan dengan profesion lain. Kajian di Universiti Malaya telah menunjukkan
3
pengamal perubatan menggunakan komputer peribadi (Medical Tribune 2000), tetapi tidak
menunjukkan pola penggunaan komputer, internet, dan penggunaan maklumat perubatan di
kalangan doktor.
Penggunaan komputer dalam jagaan kesihatan telah bermula sejak lebih 40 tahun
dahulu. Penggunaan komputer dalam perubatan pada peringkat awal adalah untuk bidang
biofizik, biokejuruteraan, dan penerbitan bioperubatan elektronik (Collen 1986). Tahun
1980an, menyaksikan teknologi rangkaian (network) telah mula mendapat tempat. Ini
membolehkan pengguna komputer mikro dan mini dalam lingkungan hospital, dihubungkan
dengan pangkalan data jabatan mereka dalam pangkalan data teragih. Dengan ini juga,
pelbagai sistem maklumat di sesebuah hospital dapat dihubungkan.
Pada tahun 1990an, pengurus hospital dapat menggunakan komputer mereka untuk
memantau secara online, proses jagaan kesihatan sebaik sahaja ia berlaku. Tambahan pula,
program semakan penggunaan dan program kepastian kualiti mula diperkenalkan untuk
memantau dan mengawal kemasukan dan discaj pesakit serta membimbing pelan jagaan
pesakit melalui sistem maklumat yang dilaksanakan. Penggunaan aplikasi yang lebih canggih
juga mula ketara seperti penggunaan sistem penyokong membuat keputusan klinikal, sistem
peringatan klinikal, penggunaan sistem yang boleh mengesan suara, dan tulisan tangan dan
sebagainya. Internet juga telah mengambil alih fungsi internet di sesetengah hospital.
Pendidikan kesihatan untuk pesakit dan komunikasi dengan pesakit juga telah menggunakan
teknologi internet (Collen 1999).
Pada masa kini, antara penggunaan komputer dalam jagaan kesihatan termasuk
aplikasi seperti pengurusan sistem kesihatan, pengurusan data klinikal( sistem rekod pesakit,
makmal radiologi, dan farmasi), pengebilan dan perakaunan, sistem pengimejan (computed
Tomography (CT SCAN), ultrasound, perubatan nuklear, MRI) dan pencarian maklumat
(sistem pencarian bibliografi seperti MEDLINE dan jurnal elektronik serta komunikasi (Blois
1986). Kebanyakan Teknologi seperti ini telah berkembang di beberapa buah hospital seperti
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan penggunaan nya adalah
melibatkan semua kakitangan terutama doktor.
4
1.1 PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan (Aniza Ismail, 2010), ‘Hospital Information System (HIS)’ merupakan sistem
informasi yang menyeluruh dan direka bentuk untuk menguruskan bahagian pengurusan,
kewangan dan aspek klinikal sesebuah hospital. Sebagai salah satu medium informasi dalam
bidang perubatan, tujuan ‘HIS’ adalah untuk memberi jagarawatan yang terbaik kepada
pesakit dengan sistem pengurusan yang terbaik dengan adanya proses elektonik data.
Di Malaysia, kerajaan memberi subsidi hampir 98% kepada semua sektor perubatan
awam. PPUKM telah berkembang dengan sendirinya menggunakan ‘Total Hospital
Information System (THIS)’. ‘THIS’ telah berkembang di PPUKM melalui ‘Caring Hospital
Enterprise System (C-Hets)’ disebabkan oleh harganya yang lebih murah dan senang didapati
di pasaran. Berdasarkan daripada negara luar yang berpengalaman menggunakan ‘THIS’,
kajian membuktikan penggunaannya lebih mencabar. Di Pakistan, mereka menghadapi
masalah kekurangan komitmen, kesukaran untuk menyediakan infrastruktur informasi
teknologi (ICT), kesukaran untuk mendapatkan ‘software’ dan ‘hardware’ yang sesuai, dan
kekurangan tenaga mahir dalam bidang ICT. Konklusinya, kekurangan bantuan daripada
kerajaan merupakan penyebab utama kegagalan sesebuah Negara untuk menggunakan sistem
ini.
Dalam kajian tersebut juga, kebanyakan responden menyuarakan tentang keperluan
tenaga kerja yang mahir dalam bidang ICT untuk melaksanakan sesuatu sistem teknologi. Ini
kerana kebanyakan hospital yang melaksanakan sistem ini sangat kurang dari segi kemahiran
menggunakannya terutama apabila sistem ini rosak atau ‘breakdown’. Oleh itu,kemahiran
dalam penggunaan ICT merupakan suatu keperluan untuk semua kakitangan hospital
terutama para doktor di hospital. Menurut, (MOHAMAD, 17-02-2001), Perkembangan
teknologi maklumat adalah amat pesat dan meliputi pelbagai bidang. Ia membawa banyak
kesan positif dalam bidang perubatan. Sebagai contoh, ICT telah membantu pakar untuk
melihat gambaran pesakit melalui komputernya bagi tujuan analisis, rujukan dan cadangan
rawatan.
Dalam kajian ini pula, kami melihat masih ada segelintir doktor pelatih yang belum
cukup ilmu teknikal dalam mengendalikan peralatan yang bersifat teknologi. Tahap
5
pengetahuan doktor dalam menggunakan ICT adalah disebabkan oleh ketidakmahiran dalam
menggunakan alat dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Hal ini mendorong
kami untuk melihat secara mendalam mengenai situasi ini.
Doktor pelatih yang tidak mahir dengan ICT adalah disebabkan oleh 4 faktor iaitu :
i. Kurangnya terdedah dengan kursus ICT
ii. Sikap malas untuk belajar
iii. Kekangan masa semasa ‘housemanship’
iv. Sikap takut jika komputer mengalami kerosakan semasa menggunakannya
1.2 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan dan penguasaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam kalangan doktor pelatih di PPUKM. Seperti yang kita tahu,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah menjadi sebuah hospital
moden berasaskan “Information and Communication Technology (ICT), dimana ia beroperasi
menggunakan ICT sebagai medium utama. Pelbagai jenis teknologi moden telah
diperkenalkan dan digunakan oleh PPUKM antaranya ialah aplikasi Caring Hospital
Enterprise System (CHETS), Integrated Laboratory Management System (ILMS), Medipro,
Order Management System (OMS), Medweb, Pharmacy Information System dan akan datang
‘report writing’ juga akan dilaksanakan di PPUKM. Dengan itu perkhidmatan yang terbaik
dapat diberikan kepada semua pelanggan. Namun perkara ini tidak akan terjadi jika tahap
penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan doktor pelatih masih lagi
kurang.
Oleh itu kajian ini dibuat terhadap golongan doktor pelatih memandangkan mereka
masih baru bekerja dan merupakan golongan majoriti yang menggunakan komputer untuk
mengakses maklumat pesakit dan menganalisis keputusan ujian makmal setiap hari. Kajian
ini dibahagikan kepada 3 aspek iaitu tahap pengetahuan, tahap amalan serta etika ketika
menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi semasa bekerja di PPUKM.
6
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengetahui tahap pengetahuan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi
dalam kalangan doktor-doktor pelatih di PPUKM
ii. Mengenalpasti tahap amalan dalam menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam kalangan doktor-doktor pelatih di PPUKM
iii. Mengetahui etika-etika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
semasa bekerja dalam kalangan doktor pelatih di PPUKM
1.4 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah corak tahap pengetahuan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi
dalam penggunaan software dan aplikasi terhadap doktor-doktor pelatih di
PPUKM?
ii. Bagaimanakah tahap amalan dapat memberi kesan yang positif dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi terhadap doktor-doktor pelatih di PPUKM?
iii. Apakah tahap etika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
dapat meningkatkan kualiti kerja dalam kalangan doktor-doktor pelatih di
PPUKM?
7
1.5 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kaji Selidik
Kaedah Kaji Selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul. Dalam kaedah ini kami telah mereka bentuk boring atau soalan kaji selidik yang
sesuai dengan objektif kami iaitu Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan, Amalan dan Etika
dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Kalangan Doktor Pelatih di Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, PPUKM. Borang tersebut mengandungi 4
bahagian dan responden dikehendaki menjawab semua soalan. Borang itu kami edarkan
kepada 30 responden yang terdiri daripada doktor pelatih yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang. Maklumat yang kami perlukan semuanya telah ditanya di dalam borang kaji selidik
tersebut berkaitan dengan latar belakang, pengetahuan, amalan dan etika doktor pelatih dalam
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Temu Bual
Kami juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat penting
daripada beberapa orang doktor pelatih mengenai tahap pengetahuan amalan dan etika dalam
penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat.
Kaedah Rujukan
Kami memperoleh sumber rujukan daripada artikel dan jurnal dari internet,surat
khabar, buku-buku untuk menghasilkan soalan-soalan kajian dan untuk mencari sumber-
sumber maklumat yang boleh dijadikan bahan berbincangan dan sokongan.
8
2.0 BORANG “SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN, AMALAN & ETIKA
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KALANGAN DOKTOR PELATIH DI PPUKM
ARAHAN SOALAN KAJI SELIDIK
1. Baca soalan-soalan yang diberikan dengan teliti
2. Soal Selidik ini mengandungi 4 Bahagian.
3. Bahagian 1 mengandungi maklumat-maklumat berbentuk Data Demogafik. Sila isi
kesemua maklumat yang dikehendaki.
4. Bahagian 2 mengandungi 10 soalan berkenaan Pengetahuan mengenai Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
5. Bahagian 3 mengandungi 10 soalan berkenaan Amalan dalam penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
6. Bahagian 4 mengandungi 10 soalan berkenaan Etika ketika menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
7. Sila Jawab Semua Soalan di bahagian 2, 3 dan 4.
8. Setiap soalan diberikan 5 skala jawapan seperti berikut:
1. Sangat tidak Setuju / Sangat tidak Tahu
2. Tidak Setuju / Tidak Tahu
3. Kurang Setuju / Kurang Tahu
4. Setuju / Tahu
5. Sangat Setuju / Sangat Tahu
9. Sila pilih satu skala jawapan sahaja
10. Setiap soalan yang dijawab tiada jawapan yang betul atau salah. Anda bebas memilih
skala jawapan dengan jujur.
11. Setiap jawapan yang diberikan adalah Rahsia dan Sulit dan kami dahulukan dengan
ucapan Terima Kasih.
9
BAHAGIAN 1
(DATA DEMOGRAFIK RESPONDEN)
NO KOMPONEN MAKLUMAT
1 Jantina Lelaki
Perempuan
2 Umur 24 & 25 tahun
26 & 27 tahun
28 & 29 tahun
3 Bangsa Melayu
Cina
India
Lain-lain : _______________
4 Kewarganegaraan Warganegara
Bukan Warganegara
5 Status Perkahwinan Bujang
Berkahwin
Bercerai
10
BAHAGIAN 2
(PENGETAHUAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)
NO SOALAN SKOR
JAWAPAN
1 Pengetahuan dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dapat menambahbaikan proses dokumentasi
maklumat pesakit di hospital
1 2 3 4 5
2 Pengetahuan dalam menggunakan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dapat meningkatkan tahap Keselamatan pesakit
kerana ia menyediakan sistem pengenalan dan pengawasan
pesakit
1 2 3 4 5
3 Pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi melalui media elektronik dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi
1 2 3 4 5
4 Pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi melalui media elektronik dapat meningkatkan akses
maklumat dengan mudah dan cepat
1 2 3 4 5
5 Pengetahuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi
membolehkan pengurusan hospital dan jagarawatan pesakit
menjadi lebih baik
1 2 3 4 5
6 Pengetahuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi
membolehkan kos rawatan menjadi lebih murah dan efektif
1 2 3 4 5
7 Pengetahuan dalam Teknologi dan maklumat dapat membantu
orang kurang upaya dalam kehidupan seharian secara holistik
1 2 3 4 5
8 Software computer terbahagi kepada 3 jenis iaitu Software
Sistem, Software Program dan Software Aplikasi
1 2 3 4 5
9 Saya tahu menggunakan Sistem C-Health dalam memberikan
rawatan kepada pesakit secara terperinci dan menyeluruh tanpa
bantuan daripada pihak lain
1 2 3 4 5
10 Saya tahu memuat turun software aplikasi dari internet seperti E- 1 2 3 4 5
11
book Perubatan, Video, Games dan aplikasi lain secara percuma
BAHAGIAN 3
(AMALAN DALAM MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)
NO SOALAN SKOR JAWAPAN
1 Saya menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat
dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi.
1 2 3 4 5
2 Kemahiran teknologi memainkan peranan penting dalam
mempelbagaikan proses pembelajaran dan latihan.
1 2 3 4 5
3 Saya menggunakan aplikasi seperti yahoo mail, google dan
you tube untuk membantu memudahkan dan mempercepatkan
proses perkongsian maklumat di kalangan doktor pelatih
1 2 3 4 5
4 Teknologi maklumat dalam bidang perubatan dapat
membantu dalam urusan penjagaaan pesakit seperti
penggunaan aplikasi C-HEtS di PPUKM
1 2 3 4 5
5 Capaian internet yang meluas dan kemudahan komputer
bergerak membantu dalam menggalakkan penggunaan
teknologi maklumat dalam bidang perubatan
1 2 3 4 5
6 Penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dan
dibangunkan untuk berkomunikasi dan berinteraktif dengan
dalam talian yang lain contohnya seperti watsapp, dan
facebook messenger
1 2 3 4 5
7 Proses untuk mendapatkan keputusan ujian makmal dan
pengimejan berlaku dengan mudah dan menjimatkan masa
dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
1 2 3 4 5
8 Melalui kecanggihan teknologi dan internet, sebuah seminar
antara doktor pelatih boleh diakses dari pelbagai tempat dalam
waktu yang sama dengan menggunakan teleconference atau
sambungan jarak jauh seperti video.
1 2 3 4 5
9 Penggunaan teknologi maklumat untuk preskripsi ubat-ubatan
dapat mengurangkan risiko kesilapan semasa pemberian ubat-
1 2 3 4 5
12
ubatan kepada pesakit.
10 Saya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
setiap hari semasa menjalankan tugas dan di luar tugasan.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN 4
(ETIKA KETIKA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI)
NO SOALAN SKOR JAWAPAN
1 Saya menggunakan laman sosial seperti facebook, dan
whatsapp sebagai salah satu medium perbincangan dan
pembelajaran semasa bekerja
1 2 3 4 5
2 Saya pernah memuat turun dan memuat naik sebarang
perisian dan dokumen tanpa kebenaran pesakit
1 2 3 4 5
3 Saya pernah berkongsi dokumen-dokumen rahsia
pesakit di laman sosial tanpa memikirkan hak pesakit
1 2 3 4 5
4 Saya sering melanggan dan memuat turun lagu-lagu dan
video dengan menggunakan komputer di wad secara
haram
1 2 3 4 5
5 Saya pernah memanipulasi maklumat pesakit
disebabkan oleh kekurangan dan kesalahan dalam
pengambilan maklumat
1 2 3 4 5
6 Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang
kerosakan, dan kehilangan maklumat pesakit di dalam
komputer selepas saya menggunakannya
1 2 3 4 5
7 Saya tidak pernah mengganggu atau menceroboh laman
web mana-mana jabatan, atau organisasi lain
1 2 3 4 5
8 Saya tidak pernah menggunakan kemudahan internet di
wad untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti
komersial, politik, dan menjalankan aktiviti jenayah
untuk kepentingan peribadi
1 2 3 4 5
9 Saya tidak akan sama sekali memberikan kata laluan
kepada pengguna lain
1 2 3 4 5
13
10 Saya tidak pernah menggunakan kata laluan pengguna
lain semasa bekerja
1 2 3 4 5
HASIL KAJIAN
3.0 DATA DEMOGRAFIK
3.0.1 Jantina
Frequency PercentValid
PercentCumulative
Percent
Valid Lelaki 14 46.7 46.7 46.7
Perempuan 16 53.3 53.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
3.0.2 Umur
Frequency PercentValid
PercentCumulative
Percent
Valid 24 & 25 12 40.0 40.0 40.0
26 & 27 16 53.3 53.3 93.3
28 & 29 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
3.0.3 Bangsa
Frequency PercentValid
PercentCumulative
Percent
Valid Melayu 18 60.0 60.0 60.0
Cina 8 26.7 26.7 86.7
India 4 13.3 13.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
3.0.4 Status Perkahwinan
Frequency PercentValid
PercentCumulative
Percent
Valid Bujang 18 60.0 60.0 60.0
14
Berkahwin 12 40.0 40.0 100.0
Total 30 100.0 100.03.1 BAHAGIAN 2 : SOALAN PENGETAHUAN
Pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui media
elektronik dapat meningkatkan akses maklumat dengan mudah dan cepat.
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Kurang Setuju 1 3.3 3.3 3.3
Setuju 8 26.7 26.7 30.0
Sangat Setuju 21 70.0 70.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0
5
10
15
20
25
Freq
uenc
y
Merujuk kepada jadual dan carta bar di atas, seramai 21 orang responden (70%)
sangat bersetuju bahawa media elektronik dapat membantu doktor-doktor pelatih dalam
melaksanakan tugas mereka. Manakala seramai 8 orang responden (26.7%) berpendapat
setuju dan hanya 1 orang responden (3.3%) tidak bersetuju terhadap pengetahuan dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi melalui media elektronik dapat
meningkatkan akses maklumat dengan mudah dan cepat. Secara keseluruhan teknologi
seperti media elektronik adalah sangat penting bagi doktor-doktor pelatih di PPUKM.
15
Software computer terbahagi kepada 3 jenis iaitu Software Sistem, Software Program dan
Software Aplikasi.
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 6.7 6.7 6.7
Tidak Setuju 2 6.7 6.7 13.3
Kurang Setuju 11 36.7 36.7 50.0
Setuju 10 33.3 33.3 83.3
Sangat Setuju 5 16.7 16.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat Tidak Se-tuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0
2
4
6
8
10
12
Freq
uenc
y
Carta bar di atas menunjukkan bahawa 2 orang responden (6.7%) sangat tidak setuju
dengan kenyataan tersebut. Begitu juga dengan responden yang berpendapat tidak setuju
dengan kenyataan di atas seramai 2 orang responden (6.7%) manakala bagi responden yang
menjawab kurang setuju seramai 11 orang responden (36.7%). 10 orang responden (33.3%)
daripada mereka bersetuju bahawa software komputer terbahagi kepada 3 jenis iaitu software
sistem, software program dan software aplikasi. Hanya 5 orang responden (16.7%)
mengatakan mereka sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.
16
Saya tahu menggunakan Sistem C-Hets dalam memberikan rawatan kepada pesakit
secara terperinci dan menyeluruh tanpa bantuan daripada pihak lain.
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak Setuju 13 43.3 43.3 43.3
Kurang Setuju 5 16.7 16.7 60.0
Setuju 11 36.7 36.7 96.7
Sangat Setuju 1 3.3 3.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Berdasarkan jadual dan carta bar di atas, seramai 13 orang responden (43.3%) tidak
bersetuju bahawa mereka boleh berdikari sendiri untuk menggunakan sistem C-Health. Bagi
responden yang kurang setuju dengan kenyataan di atas adalah seramai 5 orang (16.7%). 11
orang responden (36.7%) berpendapat bahawa mereka setuju. Manakala 1 orang responden
(3.3%) berpendapat sangat setuju bahawa tahu menggunakan Sistem C-Health dalam
memberikan rawatan kepada pesakit secara terperinci dan menyeluruh tanpa bantuan
daripada pihak lain. Secara keseluruhan responden tidak setuju jika menggunakan aplikasi ini
tanpa bantuan orang lain.
17
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0
2
4
6
8
10
12
14
Pengetahuan
Freq
uenc
y
3.2 BAHAGIAN 3 : SOALAN AMALAN
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian semasa
menjalankan tugas dan di luar tugasan
Frequency Percent Valid PercentCumulative
Percent
Valid KurangSetuju 3 10.0 10.0 10.0
Setuju 7 23.3 23.3 33.3
SangatSetuju 20 66.7 66.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0
5
10
15
20
25
Amalan 10
Skala
Freq
uenc
y
Merujuk kepada jadual dan graf bar di atas , hanya 3 orang responden (10.0%)
menyatakan tidak setuju dengan penyataan di atas. Manakala, terdapat 7 orang responden
(23.3%), 20 orang responden (66.7%) menyatakan setuju dan sangat setuju dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan seharian semasa
menjalankan tugasdan di luar tugasan. Makanya, majoriti daripada responden menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam urusan seharian mereka. Penggunaan internet
dalam urusan seharian mungkin dapat mempermudahkan dan mempercepatkan sesuatu
urusan yang perlu dilakukan oleh mereka memandangkan kuantiti dan beban kerja mereka
yang berat.
18
Penggunaan teknologi maklumat untuk preskripsi ubat-ubatan bagi mengurangkan
risiko kesilapan semasa pemberian ubat-ubatan kepada pesakit.
Frequency Percent Valid PercentCumulative
Percent
Valid TidakSetuju 2 6.7 6.7 6.7
KurangSetuju 4 13.3 13.3 20.0
Setuju 7 23.3 23.3 43.3
SangatSetuju 17 56.7 56.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Amalan 9
Skala
Freq
uenc
y
Merujuk kepada jadual dan graf bar di atas, terdapat 2 orang responden (6.7%), 4
orang responden (13.3%) tidak setuju dan kurang setuju dengan penyataan di atas. Manakala
7 orang responden (23.3%), 17 orang responden (56.7%) setuju dan sangat setuju dengan
penggunaan teknologi maklumat untuk preskripsi ubat-ubatan bagi mengurangkan risiko
kesilapan semasa pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Dapat disimpulkan disini, majoriti
daripada doktor pelatih di PPUKM percaya penggunaan sistem maklumat untuk preskripsi
ubat-ubatan kepada pesakit dapat mengurangkan risiko melakukan kesilapan pemberian ubat.
19
Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi
Frequency Percent Valid PercentCumulative
Percent
Valid TidakSetuju 4 13.3 13.3 13.3
KurangSetuju 8 26.7 26.7 40.0
Setuju 10 33.3 33.3 73.3
SangatSetuju 8 26.7 26.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju0
2
4
6
8
10
12
Amalan 1
Skala
Freq
uenc
y
Berdasarkan kepada jadual dan graf bar di atas, terdapat 4 orang responden (13.3%), 8
orang responden (26.7%) yang tidak setuju dan kurang setuju dengan pernyataan di atas.
Manakala, 10 orang responden (33.3%), 8 orang responden (26.7%) setuju dan sangat setuju
dengan penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan kemahiran
komunikasi. Daripada hasil kajian ini, dapat dilihat bahawa sebilangan daripada doktor
pelatih kurang setuju dan tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Dapat disimpulkan di sini
bahawa penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat dan juga mempertingkatkan
kemahiran komunikasi masih tidak dipraktikkan dan diamalkan sepenuhnya oleh sebahagian
daripada doktor pelatih di PPUKM.
20
3.3 BAHAGIAN 4 : SOALAN ETIKA
Penggunaan laman sosial sebagai medium perbincangan dan pembelajaran semasa
bekerja
Berdasarkan jadual dan graf bar di atas bagi soalan ini, seramai 9 orang responden
iaitu 30.0%
menyatakan kurang setuju, 8 orang responden (26.7%) tidak setuju dengan soalan di atas, 7
orang responden (23.3%) menyatakan setuju dan selebihnya seramai 6 orang responden
(20.0%) berpendapat sangat setuju menggunakan laman sosial seperti WhatsApp,dan
facebook, sebagai salah satu medium pembelajaran dan perbincangan sewaktu bekerja.
Daripada dapatan kajian ini, boleh dirumuskan bahawa majoriti responden tidak setuju dalam
penggunaan laman sosial semasa bekerja manakala dalam kalangan minoriti sangat setuju
menggunakan laman sosial semasa bekerja atas urusan pembelajaran danperbincangan
dengan pakar atau pegawai perubatan untuk mengetahui tentang sesuatu penyakit atau
tentang pesakit yang di bawah rawatan mereka.
Perlibatan dalam memuat naik dan turun sebarang perisian atau dokumen tanpa
kebenaran pesakit
21
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0123456789
10
Etika 1
Skala
Freq
uenc
y
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Tidak Setuju 8 26.7 26.7 26.7
Kurang Setuju 9 30.0 30.0 56.7
Setuju 7 23.3 23.3 80.0
Sangat Setuju 6 20.0 20.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 17 56.7 56.7 56.7
Tidak Setuju 7 23.3 23.3 80.0
Setuju 3 10.0 10.0 90.0
Sangat Setuju 3 10.0 10.0 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat tidak Setuju Tidak setuju Setuju Sangat Setuju02468
1012141618
Etika 2
Skala
Freq
uenc
y
Berpandukan jadual dan graf di atas , lebih separuh daripada 30 responden iaitu 17
orang responden (56.7%) berpendapat sangat tidak setuju, tidak setuju seramai 7 orang
responden (23.3%), manakala setuju dan sangat setuju berkongsi bilangan dan peratusan yang
sama iaitu 3 orang responden (10.0%). Maka, majoriti doktor pelatih sangat tidak setuju dan
tidak setuju dalam memuat naik dan turun sebarang perisian dan dokumen tanpa kebenaran
pesakit yang merupakan salah satu etika sebagai doktor.
Perlibatan dalam berkongsi dokumen-dokumen rahsia pesakit di laman sosial tanpa
memikirkan hak pesakit
22
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 22 73.3 73.3 73.3
Tidak Setuju 5 16.7 16.7 90.0
Kurang Setuju 1 3.3 3.3 93.3
Setuju 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat Tidak Se-tuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju0
5
10
15
20
25
Etika 3
Skala
Freq
uenc
y
Jadual dan graf bar di atas memaparkan seramai 22 orang responden (73.3%) dalam
kalangan doktor pelatih sangat tidak setuju iaitu tidak pernah atau tidak terlibat dalam
pengkongsian dokumen-dokumen atau maklumat pesakit di laman sosial kerana golongan ini
memikirkan hak pesakit begitu juga dengan responden yang tidak setuju seramai 5 orang
responden (16.7%) yang mungkin juga berpendapat seperti responden yang sangat tidak
setuju. 1 orang responden(3.3%) menyatakan kurang setuju manakala 2 orang responden
(6.7%) setuju yang mungkin responden ini pernah berkongsi maklumat atau dokumen rahsia
pesakitnya di laman sosial dan ini menunjukkan doktor pelatih berkenaan tidak mengambil
berat terhadap hak pesakitnya.
4 Perlibatan dalam menggunakan kemudahan internet di wad untuk tujuan peribadi.
23
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 6.7 6.7 6.7
Tidak Setuju 2 6.7 6.7 13.3
Kurang Setuju 4 13.3 13.3 26.7
Setuju 3 10.0 10.0 36.7
Sangat Setuju 19 63.3 63.3 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat Tidak se-tuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju02468
101214161820
Etika 8
Skala
Freq
uenc
y
Merujuk kepada jadual dan graf bar di atas, seramai 19 orang responden (63.3%) dan
3 orang responden (10.0%) menyokong penyataan atau kajian yang dibuat. Responden yang
kurang setuju dengan penyataan di atas adalah seramai 4 orang (13.3%) dan tidak bersetuju
dan sangat tidak setuju adalah 2 orang responden (6.7%) bagi setiap skala jawapan tersebut.
Daripada skala jawapan sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju, jumlah peratusan
sebanyak 26.7%, ini juga boleh membuktikan bahawa masih ada dalam kalangan doktor
pelatih yang menyalahgunakan kemudahan internet di wad yang disediakan untuk tujuan
peribadi, menjalankan aktiviti komersial, politik, dan menjalankan aktiviti jenayah.
Manakala, 73.3% daripada kalangan doktor pelatih yang tidak menyalahgunakan kemudahan
internet di wad sewenang-wenangnya dan masih mematuhi etika bekerja.
Perlibatan dalam pemberian kata laluan kepada pengguna lain
24
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 2 6.7 6.7 6.7
Kurang Setuju 15 50.0 50.0 56.7
Setuju 8 26.7 26.7 83.3
Sangat Setuju 5 16.7 16.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat Tidak setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0
2
4
6
8
10
12
14
16
Etika 9
Skala
Bila
ngan
Merujuk kepada jadual dan graf di atas , separuh daripada jumlah keseluruhan
responden iaitu 15 orang responden (50.0%) menyatakan yang mereka juga terlibat dalam
pemberian kata laluan mereka kepada pengguna lain seperti jururawat atau kerani wad. 8
orang responden (26.7%) dan 5 orang responden (16.7%) menyatakan setuju dan sangat
setuju untuk tidak sama sekali memberikan kata laluan mereka kepada pengguna lain untuk
menggelakkan sebarang penyalahgunaan dan pencerobohan atas nama mereka.
Perlibatan dalam penggunaan kata laluan pengguna lain semasa bekerja
25
Frequency Percent Valid Percent
Cumulative
Percent
Valid Sangat Tidak Setuju 1 3.3 3.3 3.3
Tidak Setuju 2 6.7 6.7 10.0
Kurang Setuju 21 70.0 70.0 80.0
Setuju 4 13.3 13.3 93.3
Sangat Setuju 2 6.7 6.7 100.0
Total 30 100.0 100.0
Sangat Tidak Se-tuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat setuju0
5
10
15
20
25
Etika 10
Skala
Bila
ngan
Berdasarkan jadual dan graf bar di atas, penyataan / skala jawapan kurang bersetuju
menunjukkan doktor pelatih pernah terlibat dalam penggunaan kata laluan pengguna lain
semasa bekerja iaitu seramai 21 orang responden (70.0%). Manakala masih ada dalam
kalangan doktor pelatih yang tidak pernah menggunakan kata laluan pengguna lain semasa
bekerja memegang skala jawapan setuju dan sangat setuju iaitu seramai 6 orang responden (4
orang setuju dan 2 orang sangat setuju) dan peratusan sebanyak 20.0%. Antara faktor yang
mungkin berkait rapat adalah memudahkan dan mempercepatkan urusan atau mungkin
sesetengah doktor pelatih tidak dapat kata laluan lagi atau mungkin kata laluan nya tidak
dapat di akses dan mungkin juga menjimatkan masa dengan menggunakan kata laluan doktor
pelatih yang sedia ada atau masih terbuka di komputer wad yang masih aktif untuk sebarang
urusan.
4.0 PERBINCANGAN
26
Kadar responden
Kadar responden bagi kajian atau soal selidik ini secara keseluruhan adalah 30 orang
responden dan jumlah responden ini telah ditetapkan. Ini memudahkan lagi perjalanan kajian
ini dan ia telah mencapai sasaran responden dan boleh dikatakan agak baik memandangkan
kebanyakan doktor pelatih selalunya terlalu sibuk dengan tugas mereka dan kurang ada masa
untuk menjawab sebarang soal selidik. Dari jumlah itu, respon daripada jantina perempuan
dan lelaki menunjukkan jantina perempuan lebih tinggi iaitu sebanyak 53.3% manakala lelaki
sebanyak 46.7%. Dari segi umur, didapati bahawa majoriti daripada responden berumur 26
dan 27 tahun iaitu sebanyak 53.3%. Dari segi bangsa, Melayu mendahului sebanyak 60.0%
dan diikuti Cina dan India. Dari sudut status perkahwinan, majoriti daripada kalangan doktor
pelatih masih berstatus bujang iaitu sebanyak 60.0%.
Tahap Pengetahuan
Seramai 43.3% responden berpendapat bahawa pengetahuan dalam menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat menambahbaikan proses dokumentasi maklumat
pesakit di hospital. Seperti contoh C-Health ataupun dikenali sebagai C-HEts di mana semua
informasi boleh di dapati di dalam sistem ini. Kini PPUKM telah menggunakan sistem ini
untuk memudahkan segala urusan. Tambahan lagi, pengetahuan dalam menggunakan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat meningkatkan tahap keselamatan pesakit kerana
ia menyediakan sistem pengenalan dan pengawasan pesakit dan seramai 40% responden
bersetuju.
Pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui media
elektronik dapat meningkatkan kemahiran komunikasi adalah kurang setuju daripada
responden seramai 33.3%. Ini kerana kesan antara penggunaan teknologi yang semakin
membangun. Di samping itu, pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi melalui media elektronik dapat meningkatkan akses maklumat dengan mudah
dan cepat. Seramai 70% sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Di dalam bidang ini
memerlukan masa yang singkat kerana semua prosedur mengambil masa yang lama. Tanpa
teknologi mungkin akan membazir banyak masa.
Pengetahuan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pengurusan
hospital dan jagarawatan pesakit menjadi lebih baik adalah sangat setuju daripada 56.7%
27
responden. Tidak dinafikan bukan sahaja doktor pelatih yang memerlukan teknologi, malahan
pesakit juga memerlukan sistem atau teknologi yang berkaitan dengan perubatan.
Pengetahuan dalam Teknologi dan maklumat dapat membantu orang kurang upaya dalam
kehidupan seharian secara holistik seramai 56.7% bersetuju. Seramai 43.3% responden tidak
tahu menggunakan Sistem C-Health dalam memberikan rawatan kepada pesakit secara
terperinci dan menyeluruh tanpa bantuan daripada pihak lain. Untuk mengelakkan kekangan
ini berlaku dengan lebih teruk, inisiatif diri perlu untuk berdikari tanpa bantuan orang lain.
Antara faktor yang berkait-rapat dengan tahap pengetahuan mengenai teknologi
maklumat dan komunikasi adalah penggunaan bermacam-macam aplikasi mahupun software
seperti Microsoft word, Microsoft point mahupun Microsoft excel ataupun selain daripada itu.
Setiap daripada aplikasi ini adalah berbeza, contoh adalah penting untuk mengetahui cara
penggunaan C-HEts kerana penting dalam bidang perubatan ini.
Skor Amalan
Bagi skor amalan, kebanyakan daripada doktor pelatih iaitu sebanyak 56.7% sangat
setuju dan 36.7% bersetuju bahawa kemahiran teknologi memainkan peranan penting dalam
mempelbagaikan proses pembelajaran dan latihan. Ini selaras dengan perkembangan dunia
teknologi masa kini yang semakin berkembang maju.Dengan adanya kemahiran dalam
penggunaan teknologi, proses pembelajaran dan juga latihan dapat dipelbagaikan dan
menjadi semakin interaktif dan menarik. Alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif
mampu menarik perhatian dan sekaligus meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu topik
yang dibincangkan.
Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat dan mempertingkatkan kemahiran
komunikasi menunjukkan peratusan sebanyak 26.7% bagi yang sangat setuju, 33.3% setuju
manakala 26.7% kurang setuju dan selebihnya sebanyak 13.3% tidak setuju dengan
pernyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan daripada doktor pelatih ini masih
tidak menggunakan internet sebagai satu medium untuk mereka berkomunikasi atau sebagai
sumber untuk mereka mendapatkan maklumat.Masih ada sebilangan daripada mereka yang
tidak menjadikan internet sebagai rujukan.
Perihal amalan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan
seharian semasa menjalankan tugasan atau di luar tugasan pula, sebanyak 66.1% sangat
28
setuju dan 23.3% setuju dengan pernyataan ini. Cuma hanya terdapat 10.0% sahaja daripada
doktor pelatih ini yang kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Sebilangan besar daripada
mereka menggunakan dan memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam kehidupan seharian mereka tidak kira sama ada semasa bertugas atau di luar tugasan.
Majoriti doktor pelatih juga bersetuju capaian internet yang meluas dan kemudahan
komputer bergerak membantu dalam menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dalam
bidang perubatan iaitu sebanyak 30.0% setuju dan 60.0% sangat setuju. Capaian internet
yang meluas dapat memudahkan penggunaan teknologi maklumat dan mengelakkan
pengguna daripada membazirkan masa menunggu memandangkan masa mereka sangat
terhad tambahan pula dengan beban kerja yang banyak. Dengan adanya kemudahan internet
yang meluas dan computer yang disediakan, ini dapat menarik minat mereka untuk
memaksimumkan penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut.
Berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat untuk preskripsi ubat-ubatan dalam
mengurangkan risiko kesilapan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit, sebanyak 56.7%
sangat setuju dan 23.3% setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala hanya terdapat 6.7%
yang tidak bersetuju dan hanya 13.3% yang kurang setuju.Jika kita lihat daripada data
tersebut, hanya sebilangan kecil sahaja daripada doktor pelatih di PPUKM yang tidak
bersetuju dengan peryataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa, majoriti daripada mereka
sedar dan percaya bahawa dengan menggunakan teknologi maklumat, kesilapan dalam
pemberian ubatan terutamanya dapat dikurangkan memandangkan perisian yang ada
disediakan dapat membantu mereka menentukan dos ubatan yang sesuai dan juga
mengurangkan masaalah kepelbagian tulisan tangan yang sukar dibaca oleh kakitangan lain.
Separuh daripada doktor pelatih yang mewakili peratusan sebanyak 50.0% sangat setuju
dan 46.7% setuju bahawa proses untuk mendapatkan keputusan ujian makmal dan
pengimejan berlaku dengan mudah dan menjimatkan masa dengan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi. Hanya 3.3% sahaja yang kurang setuju dengan pernyataan ini.
Disini dapat kita simpulkan bahawa, hamper kesemua daripada doktor pelatih di PPUKM
setuju dan sedar tentang kelebihan menggunakan teknologi dalam memudahkan dan
mempercepatkan proses untuk mendiagnos dan memberikan rawatan yang terbaik kepada
pesakit mereka
29
Skor Etika
Dari skor etika pula, kebanyakan doktor pelatih tidak memilih atau tidak bersetuju
penggunaan laman sosial sebagai medium perbincangan dan pembelajaran iaitu sebanyak
56.7%. Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak menggunakan perkhidmatan atau
kemudahan ini secara majoriti adalah disebabkan kebimbangan masalah keselamatan atau
privacy. Selain itu, kos capaian internet. Mereka perlu melanggan internet untuk
menggunakan atau berbincang di laman sosial atau sebagainya jika mereka tidak berada di
dalam kawasan capaian internet (NUA 2000).
Majoriti daripada doktor pelatih tidak bersetuju atau tidak menyokong dalam
pengkongsian, memuat naik dan turun maklumat, perisian, dokumen pesakit di laman sosial
atau internet tanpa kebenaran pesakit. Daripada kajian Healtheon corporation, antara
faktornya kurangnya minat pengamal perubatan menggunakan teknologi adalah kurang
capaian internet. Selain itu, kebimbangan keselamatan data/perisian/dokumen sebanyak 34%,
kurang masa sebanyak 49%, kurang puas hati dengan kualiti kandungan laman web sebanyak
20% dan masalah kos sebanyak 10% (NUA 2000)
Penglibatan dalam menggunakan kemudahan internet di wad untuk tujuan peribadi
menunjukkan jumlah peratusan sebanyak 26.7% ini telah membuktikan bahawa masih ada
dalam kalangan doktor pelatih yang menyalahgunakan kemudahan internet di wad yang
disediakan untuk tujuan peribadi, menjalankan aktiviti komersial, politik, dan menjalankan
aktiviti jenayah. Manakala, 73.3% daripada kalangan doktor pelatih yang tidak
menyalahgunakan kemudahan internet di wad sewenang-wenangnya dan masih mematuhi
etika bekerja.
Berkaitan dengan penglibatan doktor pelatih dalam pemberian kata laluan kepada
pengguna lain serta penggunaan kata laluan pengguna lain menunjukkan majoriti daripada
mereka melakukan sedemikian dan pernah terlibat. Perkara yang tidak diingini boleh berlaku
jika para doktor pelatih mempraktikkan sikap memberi kata laluan seperti pencerobohan dan
penyalahgunaan atas nama mereka serta boleh berlaku jika ada dalam kalangan mereka ingin
sabotaj atau menganiaya sesama mereka atas nama atau kata laluan seseorang. Dalam
penggunaan pula, doktor pelatih pernah terlibat dalam penggunaan kata laluan pengguna lain
semasa bekerja iaitu sebanyak (70.0%). Antara faktor yang mungkin berkait rapat adalah
memudahkan dan mempercepatkan urusan atau mungkin sesetengah doktor pelatih tidak
dapat kata laluan lagi atau mungkin kata laluan nya tidak dapat di akses dan mungkin juga
30
menjimatkan masa dengan menggunakan kata laluan doktor pelatih yang sedia ada atau
masih terbuka di komputer wad yang masih aktif untuk sebarang urusan.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, beberapa cadangan dapat diberikan bagi
memperluaskan lagi skop kajian. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah:
i. Kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif di mana jumlah responden dapat
ditambah dan maklum balas daripada kajian dapat diperolehi dalam pelbagai
bentuk.
ii. Bilangan soalan diperbanyakkan dan diperincikan.
iii. Mengadakan promosi dan kempen untuk kesedaran kepentingan penggunaan
sistem maklumat dikalangan doktor-doktor pelatih PPUKM.
iv. Mengadakan seminar dan latihan dalaman kepada doktor-doktor pelatih di
PPUKM bagi memperkenalkan dan menggalakkan penggunaan sistem maklumat
kesihatan yang ada di PPUKM.
v. Menyediakan kemudahan dan capaian internet yang cepat bagi menggalakkan
penggunaan sistem maklumat di PPUKM.
6.0 KESIMPULAN
Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab persoalan kajian antaranya ialah
dapat mengetahui tahap pengetahuan, mengenalpasti tahap amalan dan mengetahui etika-
31
etika ketika menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi semasa bekerja dalam
kalangan doktor pelatih di PPUKM.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara amalan,
etika dan pengetahuan dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai
kemudahan bagi doktor-doktor pelatih di PPUKM.
Hasil kajian dalam pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan
doktor menunjukkan bahawa seramai 21 orang responden (70%) sangat bersetuju bahawa
media elektronik dapat membantu doktor-doktor pelatih dalam melaksanakan tugas mereka.
Mereka berpendapat bahawa tanpa media elektronik mereka tidak dapat bekerja dengan
sempurna dan mungkin akan berlaku pembaziran masa. Manakala seramai 8 orang responden
(26.7%) berpendapat bersetuju terhadap pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi melalui media elektronik dapat meningkatkan akses maklumat dengan
mudah dan cepat.
Secara keseluruhan responden tidak setuju jika menggunakan aplikasi ini tanpa
bantuan orang lain. Doktor pelatih di PPUKM belum seratus peratus dapat menguasai
penggunaan sistem ini. Mungkin memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah ini
seperti mengadakan kelas teknologi ataupun bantuan dari rakan sekerja.
Bagi keputusan untuk tahap amalan teknologi maklumat dan komunikasi adalah dapat
ditafsirkan bahawa penggunaan ini dapat meningkatkan kemahiran antara doktor pelatih di
PPUKM. Selain itu teknologi juga memainkan peranan penting seperti penggunaan yahoo
mail, google dan youtube. Hampir keseluruhan semua responden memberi jawapan setuju
dan sangat setuju dengan soalan soal selidik di bahagian amalan. Secara tidak langsung,
seramai 17 orang responden (56.7%) sangat bersetuju bahawa daripada kecanggihan
teknologi dapat mengurangkan risiko semasa pemberian ubat-ubatan kepada pesakit.
Amalan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini memberikan
kesan yang positif kerana responden bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Hampir
80% responden menggunakan aplikasi seperti whatsapp, messenger dan selain daripada itu
untuk berkomunikasi semasa mereka sedang bekerja. Tidak lain juga seperti teleconference
32
juga diperlukan dalam sesi pembelajaran dan kelebihannya dapat mengakses dengan lebih
cepat serta boleh digunakan dalam keadaan jarak jauh.
Tambahan lain, kesimpulan yang boleh dibuat untuk etika penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi adalah positif. Ini kerana seramai 9 orang responden (30%) tidak
bersetuju menggunakan laman sosial semasa waktu bekerja. Daripada hasil kajian ini,
responden dapat mengasingkan antara hal peribadi dan hal kerja. Etika penggunaan teknologi
ini dapat ditingkatkan dengan adanya disiplin terhadap diri sendiri. Majoriti responden
memberikan jawapan sangat tidak setuju berkaitan dengan penggunaan internet untuk
kepentingan diri sendiri. Dengan ini, kajian ini telah mencapai objektif dalam etika
penggunaan teknologi semasa waktu bekerja atau tidak.
Ini dapat dibuktikan melalui soal selidik bahawa seramai 25 orang responden
(83.3%) sangat tidak bersetuju bahawa sering melanggan dan memuat turun lagu-lagu dan
video dengan menggunakan komputer di wad secara haram.
Setelah menjalankan kajian ini, kumpulan kami dapat memahami lebih dalam tentang
Tahap Pengetahuan, Amalan Dan Etika Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam
Kalangan Doktor Pelatih PPUKM yang berlaku di PPUKM. Hasilnya, kami lebih peka dan
menggunakan teknologi dengan berhemah serta memupuk pengetahuan yang lebih untuk
kesejahteraan antara pesakit dan doktor-doktor pelatih.
7.0 RUJUKAN
Abdul Manan, M.D.,Mohd Kamil, H.& Jamaluddin. 2000. Kajian TahapPengetahuanTeknologi Maklumat Di Kalangan Anggota Jabatan Kesihatan. JournalArtic Buletin Kesihatan Masyarakat Isu Khas
33
Aniza Ismail, A. T. 2010. The Implementation Of Hospital Information System (HIS) inTertiary Hospital In Malaysia: A Qualitative Study. Malaysian Journal of PublicHealth Medicine, 10(2), 16-24.
Blois, M. 1986. What is Medical Informatics? The Westerns Medical Journal of Medicine,45:6.
Collen M.F. 1986. Origin of Medical Informatics. The Western Journal of Medicine , 145:6,78-785.
Jamil, A. T. 2002. Tahap dan Pola Penggunaan Teknologi Maklumat di kalangan DoktorPerubatan Primer Kerajaan dan Swasta di Negeri Selangor.
Lun, K.. 1999. Health Informatics in the Asia Pacific Region . International Journal ofMedical Informatics , 55(1999)3-7.
Medical Tribune. 2000. Are Doctor and Pharmacy computer savy?
Thakker, N., 1999, Computer Literacy Rate in India:Results from a Recent survey, TheCybeMed Catalyst: Journal of the Alliance of Medical Internet Profesional, 1999:http://www.amip.org/catalyst/cc_thakker_html
Mohamad, D. S. 2001. PerhimpunanTeknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) untukEkonomi. Perhimpunan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) untuk Ekonomi.Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif.
Zainudin, M. 2012. Leveraging IT Implementation in UKM Medical Center PPUKM., (pp. 1-33). Cheras
34