-Isu-PBS

13
KANDUNGAN BAB KANDUNGAN MUKA SURAT 9.0 PENDAHULUAN 9.1 PENGENALAN 9.2 KONSEP PBS 9.3 KEPENTINGAN PBS 9.4 ISU-ISU BERKAITAN PBS 9.5 CADANGAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PBS 9.6 KESIMPULAN 1 JADUAL 9.1 3 3 GAMBARAJAH/RAJAH LAMPIRAN

description

mnb

Transcript of -Isu-PBS

Page 1: -Isu-PBS

KANDUNGAN

BAB KANDUNGANMUKA SURAT

9.0 PENDAHULUAN

9.1 PENGENALAN

9.2 KONSEP PBS

9.3 KEPENTINGAN PBS

9.4 ISU-ISU BERKAITAN PBS

9.5 CADANGAN BAGI PENAMBAHBAIKAN PBS

9.6 KESIMPULAN

1

JADUAL

9.1

3

3

GAMBARAJAH/RAJAH

LAMPIRAN

Page 2: -Isu-PBS

BAB 9

PENDAHULUAN

9.1 Pengenalan

Di dalam sistem pendidikan kini setiap murid perlu menduduki peperiksaan awam pada tahap

yang tertentu. Ini kerana melalui keputusan peperiksaan awam ini lah sesebuah sekolah akan

ditentukan `ranking`, diiktiraf dan diberi anugerah. Namun demikian penilaian ini hanya menilai

kebolehan dan pengetahuan murid dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sangat terhad.

Pentaksiran yang diberikan sebahagiannya hanya menguji kemampuan murid menghafal

kandungan mata pelajaran yang diajar. Situasi pembelajaran di dalam kelas juga sangat

terpengaruh dengan sistem peperiksaan awam. Apabila kesan pendidikan dinilai melalui gred

para pendidik menjadikan gred yang baik bagi setiap murid sebagai matlamat pembelajaran.

Dengan ini falsafah pendidikan yang berteraskan perkembangan intelek, emosi, rohani, jasmani

dan sosialisasi (JERIS) terabai. Pengajaran di dalam kelas yang menjurus kepada peperiksaan

juga akan menyebabkan matlamat murid ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan

menambah pengetahuan secara holistik tidak akan dicapai sepenuhnya. Sistem pendidikan yang

terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai

kecemerlangan peperiksaan dan murid terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam

peperiksaan sahaja (Sidek et al, 2012).

Oleh yang demikian, bermula pada tahun 2011, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mengorak langkah yang drastik dengan melakukan transformasi terhadap sistem

penilaian pelajar di sekolah dengan memperkenalkan suatu bentuk penilaian baharu bagi

memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Bnetuk

penilaian yang dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ini telah mendapat

sentuhan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan suatu kaedah pentaksiran yang

memerlukan perancangan, pentadbiran, penskoran dan pelaporan dari sekolah. Sehubungan

dengan itu, LPM akan bertanggungjawab dalam menyediakan instrumen merangkumi piawai,

kriteria, panduan dan peraturan perlaksanaan PBS (Sidek et al, 2012). Melalui laporan ini,

perbincangan akan diteruskan dengan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti konsep, kepentingan, isu-isu yang berkaitan serta

cadangan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

1

Page 3: -Isu-PBS

9.2 Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang

bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif  (emosi dan rohani)  dan

psikomotor  (jasmani)  selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua

bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang

akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP),

manakala  bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua  bidang ini

memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir

murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-

murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS)   yang memainkan peranan.

Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor

di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga

peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran

Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang

mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan

pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis

pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid

menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian

sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru

tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan

kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh

digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,

tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung

pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam

meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif

2

Page 4: -Isu-PBS

mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah 

ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid

dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan

dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid

sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Pentaksiran Sekolah

adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta

mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai

dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh

guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan

item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan

dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting  untuk menentukan

keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni

dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang

menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak 

sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran

bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat

pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang

sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri

daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur

penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan

ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam

aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut

keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di

Malaysia  supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu

Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi

murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3

Page 5: -Isu-PBS

Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan

mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh

(acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang

digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri

(trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan

personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian

Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur

kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal

pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti

kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid.

Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang

struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian

Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan

oleh Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan

pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai sembilan

kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik,

interpersonal, intrapersonal dan logik matematik.

Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk

mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu

mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti

personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah

dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam

pendidikan dan perkembangan individu murid-murid.

Konsep penilaian berasaskan sekolah terdiri daripada konsep berikut;

a. Dirancang

b. Ditadbir

c. Diskor

d. Dilaporkan

e. Kerangka

4

Page 6: -Isu-PBS

f. Dimoderasikan

g. Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan

h. Pelaporan positif

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa

yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen

pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah

dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat

pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam

pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada

perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru

pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan

dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan

penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran

Berasaskan Sekolah.

Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir

berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan

dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi

menjamin kualiti.

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan terangkum dalam

Huraian Sukatan Pelajaran.

Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan

tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui

pelaksanaan mekanisme penyelarasan dan pemantauan.

Pelaporan positif.

Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh

diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5

Page 7: -Isu-PBS

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor

mentah seperti 81% atau pun gred A,B,C,D.

Sistem Band PBS

Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau

memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di

Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi

atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan

faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu

kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah

menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid yang telah mencapai

Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti

tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti

menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi

baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti

Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur

berharga 20 sen?

6

Page 8: -Isu-PBS

Pada akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan

inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan

serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan

menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan

menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah

seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi

diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga

RM20.00. Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka

aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.

9.3 Kepentingan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi

maklumat keseluruhan tentang  pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta

pengamalan nilai murni murid-murid. Di samping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu

berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga

bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan

kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard

kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan

memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun terdapat

kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem

ini di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan

dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan

Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam

pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk

melihat  kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang

murid. Di samping itu, ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang

sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid

lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard

prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard

diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4,   Band

5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang

7

Page 9: -Isu-PBS

menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan

prestasi individu murid-murid.

Dalam pada itu, antara kelebihan lain PBS sistem ini tidak membandingkan

pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam

pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut

dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai

secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,

kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.

Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam

bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri

seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,

memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang

berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan

negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu,

Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan

sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.

Rasional penilaian berasaskan sekolah terdiri daripada rasional berikut;

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

2. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid lebih awal dan

berterusan

3. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru

4. Dapat merancang dan pengubahsuaian pengajaran guru

5. Tindakan susulan dapat dijalankan serta merta

6. Membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan

negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan

kecekapan.

8

Page 10: -Isu-PBS

9.4 Isu-isu Berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

9.4.1 Membebankan Guru

9.4.2 Perbandingan PBS Di Malaysia dengan Negara Luar

9.4.3 Kesulitan Dalam Merekod Markah PBS

9.4.4 Keprihatinan Guru Terhadap Pelaksanaan PBS

9.4.5 Sistem Perekodan Markah Yang Lemah

9.5 Cadangan Bagi Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah sesuatu sistem pentaksiran yang masih baru lagi

diperkenalkan di Malaysia, dan Malaysia sedang menuju kearah menggunakan PBS

sebagai satu cabang pentaksiran dalam mentaksir para pelajar. Dalam usaha tersebut

terdapat pelbagai masalah yang bakal timbul. Dalam sistem PBS sains sekarang markah

yang diperolehi hanya dinyatakan dalam bentuk tahap pelajar sahaja akan tetapi pada

masa akan datang peratus PBS adalh sebanyak 40% dan peperiksaan awam adalah 60%.

Setiap guru yang akan membuat pentaksiran perlulah diberikan kursus atau bengkel atau

kursus dalaman berkaitan pengendalian PBS, ianya bertujuan memudahkan mereka

menjalankan pentaksiran dan pelajar dapat menghasilkan laporan atau projek yang

dikehendaki dengan baik. Dengan adanya bengkel seperti itu maka ia dapat

meningkatkan lagi keyakinan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Selain dari itu

pengetua atau ketua bidang perlu selalu memantau perjalanan PBS agar pelaksanaannya

dilakukan mengikut standard yang telah ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM).

Proses penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memastikan kaedah pemarkahan dan

penandaan yang dijalankan oleh guru adalah sama bagi setiap pelajar di Malaysia.

Pelantikan penyelaras daerah ataupun penyelaras negeri perlulah dari golongan mereka

yang benar – benar arif dengan sistem PBS.

Setiap guru juga perlu memastikan setiap pelajar yang ingin ditaksir perlulah sedia dan

benar – benar memahami setiap element yang ingin ditaksir keatas mereka. Oleh yang

demikian persediaan awal perlu dilakukan oleh guru. Dengan cara itu pelajar dapat

melakukan tugasan mereka mengikut kemahiran – kemahiran saintifik yang betul.

9

Page 11: -Isu-PBS

Kemudahan infrastruktur makmal dan alatan yang ingin digunakan juga perlu berada

dalam keadaan baik, ini bagi mengelakkan berlakunya perkara – perkara yang tidak

diingini berlaku disamping mengelakkan ketiadaan alatan ketika pelajar melakukan

tugasan mereka.

9.6 Kesimpulan

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi

murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal

insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran

menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti

UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian

murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid

yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada

peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga

merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas

yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala

aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung

jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik

sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .

Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan

keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh

membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran.

10