09 BBRC4103 Topik 5 -...

22
PENGENALAN Topik ini dimulakan dengan penerangan tentang konseptualisasi dan operasional. Definisi konsep dan kaedah pengukuran akan membantu pengkaji menentukan kaedah pengumpulan dan analisa data. Proses mentakrif konsep adalah penting dalam penyelidikan agar pembaca mempunyai kefahaman yang sama dengan pengkaji. Ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham apabila pembaca mentafsir konsep. Apabila konsep telah ditakrif, adalah penting untuk mengenal pasti kaedah pengukuran. Pengukuran pemboleh ubah melengkapi proses penyelidikan, dan merupakan aspek penting dalam reka bentuk kajian. Sekiranya pemboleh ubah tidak diukur, pengkaji tidak akan dapat menguji hipotesis dan mendapat jawapan bagi isu yang kompleks. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memberi definisi ÂkonseptualisasiÊ dan ÂoperasionalÊ; 2. Menerangkan empat jenis skala pengukuran dalam penyelidikan; 3. Menentukan kualiti pengukuran yang digunakan; dan 4. Menilai sumber ralat pengukuran. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 5 5 Pengukuran dan Skala

Transcript of 09 BBRC4103 Topik 5 -...

� PENGENALAN

Topik ini dimulakan dengan penerangan tentang konseptualisasi dan operasional. Definisi konsep dan kaedah pengukuran akan membantu pengkaji menentukan kaedah pengumpulan dan analisa data. Proses mentakrif konsep adalah penting dalam penyelidikan agar pembaca mempunyai kefahaman yang sama dengan pengkaji. Ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham apabila pembaca mentafsir konsep. Apabila konsep telah ditakrif, adalah penting untuk mengenal pasti kaedah pengukuran. Pengukuran pemboleh ubah melengkapi proses penyelidikan, dan merupakan aspek penting dalam reka bentuk kajian. Sekiranya pemboleh ubah tidak diukur, pengkaji tidak akan dapat menguji hipotesis dan mendapat jawapan bagi isu yang kompleks.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Memberi definisi ÂkonseptualisasiÊ dan ÂoperasionalÊ;

2. Menerangkan empat jenis skala pengukuran dalam penyelidikan;

3. Menentukan kualiti pengukuran yang digunakan; dan

4. Menilai sumber ralat pengukuran.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

55 � Pengukuran

dan Skala

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

61

KONSEPTUALISASI

Dalam kajian, kita menggunakan konsep yang mempunyai tahap abstraksi yang berbeza daripada konsep mudah seperti kasut, meja dan ketinggian, kepada yang paling abstrak seperti kepuasan, kebolehpasaran, cinta dan tekanan. Penjelasan maksud konsep yang digunakan adalah penting sebelum rumusan yang bermakna boleh dibuat. Dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi melalui sistem persefahaman yang kabur apabila menggunakan istilah tertentu. Dalam kebanyakan kes, orang lain tidak begitu faham apa yang kita cuba sampaikan, serta maksud istilah yang kita gunakan. Ini akan mewujudkan konflik, tetapi kita boleh mengatasinya. Dalam penyelidikan saintifik, perkara seperti ini tidak boleh diterima. Penyelidikan saintifik tidak boleh dilakukan dalam konteks yang tidak tepat. Konseptualisasi ialah proses kognitif yang menukar tanggapan tidak tepat (gambaran mental-konsep), kepada makna yang lebih spesifik bagi membantu komunikasi dan meningkatkan kesefahaman tentang maksud istilah tertentu. Proses konseptualisasi akan melahirkan penunjuk yang spesifik berkenaan konsep yang dikaji. Sebagai contoh, ada beberapa jenis konsep perikemanusiaan. Terdapat perikemanusiaan kepada manusia atau haiwan. Tambahan pula, perikemanusiaan boleh dilihat sebagai satu tingkah laku atau perasaan. Ia juga boleh dilihat dari aspek kemaafan atau belas kasihan. Kelompok konsep ini dipanggil sebagai dimensi. Oleh yang demikian, konseptualisasi melibatkan penentuan dimensi dan mengenal pasti pelbagai penunjuk bagi dimensi tersebut. Proses memperhalus konsep yang abstrak dipanggil pentakrifan. Dengan mentakrifkan konsep, kita memahami makna bagi membuat rumusan. Konsep ditentukan menggunakan: (a) Definisi Nominal Definisi kerja yang digunakan untuk tujuan penyiasatan apabila

memberikan makna kepada sesuatu istilah. Ia membantu memfokuskan kepada strategi pemerhatian dan bukannya pemerhatian sebenar.

(b) Definisi Operasi Bagaimana konsep diukur dengan menentukan apa yang perlu

diperhatikan, bagaimana pemerhatian dibuat dan bagaimana mentafsirkan pemerhatian. Definisi operasi digunakan untuk mengukur konsep.

5.1

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

62

Konseptualisasi mungkin berbeza di antara pengkaji tetapi definisi adalah spesifik dan jelas. Oleh itu, walaupun seseorang individu tidak bersetuju dengan definisi tertentu, beliau tetap mempunyai idea yang baik bagaimana untuk mentafsirkan dapatan kajian kerana definisi yang diberikan adalah jelas dan spesifik.

OPERASIONAL

Apabila konsep telah dikenal pasti, proses seterusnya melibatkan pembangunan prosedur penyelidikan yang spesifik dan operasi yang membolehkan pemerhatian empirikal mewakili konsep dalam realiti sebenar. Proses mengaitkan definisi konsep kepada satu set teknik dan prosedur pengukuran dipanggil operasional. Ini ialah prosedur untuk mengukur konsep melalui pengumpulan data kajian tinjauan, atau kajian pemerhatian. Berikut adalah penjelasannya:

Contoh 5.1

Operasional konsep individu/seorang � Pemboleh ubah � Individu Ciri-ciri � Jantina Lelaki/Perempuan Definisi Nominal � Individu adalah lelaki atau perempuan Definisi Operasi � Sekiranya B mewakili seorang individu Pemetaan Ciri-ciri: � 1 mewakili individu lelaki � 0 mewakili individu perempuan Oleh itu, bagi B1, B2, B3, B4, B5, B6: B1 diukur sebagai 1 jika B1 ialah lelaki B2 = 0 jika B2 ialah perempuan B3 diukur sebagai 1 jika B3 ialah lelaki B4 = 0 jika B4 ialah perempuan B5 = 1, B6 = 0

5.2

Bagaimanakah anda mentakrifkan konsep status sosioekonomi dalam bentuk definisi nominal dan operasi?

AKTIVITI 5.1

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

63

Pengukuran yang bermakna perlu dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan memberi nilai pada objek realiti.

PEMBOLEH UBAH

Pada peringkat teoretikal, konsep dan konstruksi digunakan. Pada peringkat empirikal, konstruksi berubah kepada pemboleh ubah. Oleh itu, pemboleh ubah adalah konstruksi atau sifat yang ingin dikaji. Pemboleh ubah mengandungi kumpulan atau satu set ciri-ciri/nilai-nilai yang logik. Sifat merujuk kepada kekuatan perkaitan sesuatu sikap, kepercayaan dan tingkah laku dengan konsep. Ia ialah ciri-ciri atau kualiti sesuatu konsep/ simbol di mana nombor atau nilai diberi. Dua ciri utama pemboleh ubah ialah: (a) Ciri-ciri dalam pemboleh ubah mestilah menyeluruh; dan

(b) Ciri-ciri di dalam pemboleh ubah mestilah berbeza antara satu sama lain. Berikut adalah lima jenis pemboleh ubah: (a) Pemboleh ubah Bersandar DDV (pemboleh ubah kriteria) adalah pemboleh

ubah yang menjadi tumpuan utama oleh pengkaji. Tujuan utama adalah untuk memahami dan menjelaskan pemboleh ubah bebas.

(b) Pemboleh ubah Bebas IV (pemboleh ubah ramalan) mempengaruhi

pemboleh ubah bersandar dengan cara negatif atau positif. Varian di dalam pemboleh ubah bersandar disebabkan oleh pemboleh ubah bebas.

(c) Pemboleh ubah Penyederhana MV adalah pemboleh ubah bebas kedua

yang mempunyai kesan yang sama kuat ke atas hubungan di antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar

(d) Pemboleh ubah Luaran EV adalah pemboleh ubah rawak yang mempunyai

kesan tidak ketara terhadap hubungan. (e) Pemboleh ubah Pengantara IVV menunjukkan perkaitan antara pemboleh

ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Ia boleh menjadi pemboleh ubah bebas kepada pemboleh ubah bersandar dan sebaliknya.

5.3

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

64

PENGUKURAN

Konsep yang digunakan dalam penyelidikan boleh dibahagikan kepada objek dan sifat. Objek ialah benda seperti baju, tangan, komputer, kasut, buku dan kertas. Benda yang tidak berapa konkrit seperti gen, nitrogen, sikap, stok dan tekanan rakan sebaya juga termasuk sebagai objek. Walau bagaimanapun, sifat atau atribut ialah ciri-ciri sesuatu objek. Ciri-ciri fizikal individu diperlihatkan dari segi berat, tinggi dan postur. Atribut psikologi individu pula ditunjukkan dalam bentuk sikap dan kecerdasan. Ciri-ciri sosial seseorang pula termasuklah keupayaan kepimpinan, status sosial dan kedudukan. Objek dan ciri-ciri boleh diukur dalam penyelidikan. Pengukuran penunjuk bagi sifat atau ciri-ciri objek adalah lebih wajar dibandingkan dengan konsep. Adalah lebih mudah melihat sekiranya A lebih tua daripada B atau C, lebih banyak melibatkan diri dari D, dalam perbincangan kumpulan. Penunjuk seperti umur, pengalaman bekerja dan jumlah laporan yang disediakan lebih mudah diukur. Oleh yang demikian, Ia diterima sebagai sifat yang boleh dilihat secara terus. Walau bagaimanapun, sifat seperti kebolehan individu menyelesaikan masalah, motivasi untuk berjaya, fahaman politik, dan perasaan simpati lebih sukar untuk diukur. Oleh sebab ia tidak boleh diukur secara terus, ia mestilah diukur dengan cara membuat inferens sama ada tingkah laku atau sikap wujud ataupun tidak dengan memerhatikan penunjuk atau pengukuran petunjuk. Pada dasarnya, proses pengukuran terdiri daripada pemberian nombor, atau simbol kepada peristiwa empirikal berdasarkan panduan tertentu. Proses pengukuran mengandungi tiga langkah; memilih objek atau sifat yang boleh diperhatikan; menggunakan nombor atau simbol untuk mewakili aspek peristiwa atau objek; dan mengaplikasikan peraturan pemetaan untuk mengaitkan pemerhatian dengan simbol. Peraturan pemetaan digunakan untuk menukarkan pemerhatian kepada penunjuk.

5.4

Apakah hubungan antara IV, DV dan IVV? Bagaimanakah MV mengubah atau mempengaruhi hubungan sekiranya ia dimasukkan?

AKTIVITI 5.2

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

65

Peraturan yang diterima pakai menggunakan nombor untuk memeta pemerhatian penunjuk adalah: (a) Turutan nombor � satu nombor adalah lebih besar dari, lebih kecil dari

atau sama dengan nombor yang lain;

(b) Perbezaan antara nombor � perbezaan antara pasangan nombor adalah lebih besar, lebih kecil atau sama dengan perbezaan pasangan nombor yang lain; dan

(c) Siri nombor mempunyai punca yang unik ditunjukkan dengan nombor sifar.

5.4.1 Tahap Pengukuran

Apabila operasional konsep telah dilakukan, konsep perlu diukur. Skala adalah alat atau mekanisme di mana individu dibezakan berdasarkan pemboleh ubah yang ingin dikaji. Skala atau alat mungkin dalam bentuk kasar ataupun yang telah diperhalusi. Skala kasar mengkategorikan individu mengikut pemboleh ubah secara umum. Skala yang diperhalusi dapat membezakan individu mengikut pemboleh ubah pada kadar sofistikasi yang berbeza. Menggunakan peraturan susunan, jarak dan punca, data dikategorikan kepada jenis-jenis skala berikut: (a) Ukuran Nominal (Skala) Data nominal digunakan secara meluas dalam penyelidikan sosial sains. Ia

mempunyai satu set kategori yang eksklusif dan menyeluruh. Apabila data nominal digunakan, satu-satunya operasi aritmetik yang boleh dilakukan hanyalah memberi nombor kepada ahli di dalam setiap kumpulan. Sekiranya nombor digunakan untuk mengenal pasti kategori, ia hanyalah sebagai label sahaja dan tidak mempunyai sebarang nilai kuantitatif. Ukuran nominal ialah bentuk pengukuran yang paling rendah kerana ia tidak memberikan susunan, jarak hubungan dan tiada punca aritmetik. Tambahan pula, pengukuran tidak mempunyai sebarang maklumat tentang perbezaan tahap sifat yang diukur.

Mengapakah konsep perlu ditakrifkan dengan jelas?

SEMAK KENDIRI 5.1

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

66

Walaupun data nominal adalah lemah, ia masih berguna. Dalam penyelidikan eksplorasi, di mana objektifnya adalah untuk mengetahui hubungan daripada pengukuran yang tepat, data nominal boleh digunakan. Kajian untuk mendapatkan kefahaman tentang corak data juga dapat dicapai menggunakan data nominal.

(b) Ukuran Ordinal (Skala) Skala ordinal tidak hanya mengkategorikan pemboleh ubah bagi

memperlihatkan perbezaan antara kategori, tetapi juga menyusun kategori mengikut susunan yang bermakna. Skala ordinal boleh digunakan untuk menyusun siri-siri hubungan. Keutamaan akan disusun dan diberi nombor 1, 2 atau 3. Skala ordinal membantu pengkaji menentukan peratusan keutamaan � paling utama, kedua dan seterusnya. Skala ordinal memberikan lebih maklumat berbanding skala nominal. Ia bukan sahaja memberi perbezaan antara kategori, tetapi turut memberi maklumat bagaimana responden berbeza menurut turutan tertentu. Walau bagaimanapun, data ordinal tidak memberi magnitud perbezaan antara tahap. Contoh berikut menjelaskannya.

Contoh 5.2 Sila nyatakan pilihan anda di antara reka bentuk peperiksaan menggunakan skala berikut: 1. Yang Paling Tidak Digemari 2. Digemari

3. Amat Digemari Jenis Soalan Kedudukan Utama

(a) Soalan Objektif 3

(b) Soalan Subjektif 1

(c) Kombinasi keduanya 2

Berikan tiga contoh skala nominal.

SEMAK KENDIRI 5.2

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

67

(c) Ukuran Selang (Skala) Skala selang membenarkan pengkaji melakukan operasi aritmetik dan

mengukur jarak antara dua titik pada skala. Ia membolehkan pengiraan min dan sisihan piawai berdasarkan respons terhadap pemboleh ubah. Skala selang bukan sahaja meletakkan individu dalam kategori tertentu dan menunjukkan susunan kumpulan, tetapi juga mengukur magnitud perbezaan antara individu. Contoh berikut menjelaskannya:

Skala Silang mempunyai magnitud perbezaan yang sama pada titik skala. Magnitud perbezaan diwakili oleh jarak di antara 1 dan 2 pada skala yang sama, seperti magnitud perbezaan diwakili oleh jarak 4 dan 5 atau mana-mana dua titik. Sebarang nombor boleh ditambah atau ditolak dari nombor pada skala. Sekiranya 6 ditambah kepada semua lima titik pada skala, magnitud perbezaan antara 7 dan 8 masih sama seperti magnitud perbezaan antara 10 dan 11. Oleh itu, punca atau titik permulaan boleh menjadi mana-mana nombor atau arbitrari. Skala selang menunjukkan perbezaan, susunan dan kesamaan magnitud perbezaan dalam pemboleh ubah. Ia lebih tinggi daripada skala nominal dan skala ordinal. Ia membolehkan pengukuran kecenderungan memusat, min, serakan, langkau, sisihan piawai dan varians.

Contoh 5.3 Menggunakan skala berikut, sila nyatakan pilihan anda bagi setiap item dengan membulatkan nombor yang paling menggambarkan perasaan anda. 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju

3. Berkecuali 4. Setuju

5. Sangat Setuju (a) Fasiliti di sini mencukupi 1 2 3 4

(b) Perkhidmatan yang disediakan adalah mencukupi

1 2 3 4

(c) Orang di sini ramah 1 2 3 4

(d) Harga di sini murah 1 2 3 4

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

68

(d) Ukuran Nisbah (Skala) Kelemahan utama skala selang ialah punca yang arbitrari. Ini boleh diatasi

dengan menggunakan skala nisbah kerana ia mempunyai punca yang mutlak atau titik sifar, iaitu titik pengukuran yang bermakna. Oleh itu, skala nisbah bukan sahaja mengukur magnitud perbezaan antara titik pada skala tetapi juga menunjukkan kadar perbezaan. Skala nisbah adalah skala yang paling berkuasa antara keempat-empat skala kerana ia mempunyai punca sifar yang unik dan mempunyai sifat-sifat yang ada pada skala-skala lain (lihat Jadual 5.1).

Jadual 5.1: Ciri-ciri Skala

Skala

Ciri-ciri Pengukuran Kecenderunga

n Memusat

Pengukuran Serakan Perbezaan Susunan Jarak

Punca Sifar

Nominal Ya No Tidak Tidak Mod �

Ordinal Ya Ya Tidak Tidak Median Julat separa interkuartil

Selang Ya Ya Ya Tidak Min Aritmetik Sisihan piawai, varians, pekali varians

Nisbah Ya Ya Ya Ya Min Aritmetik Sisihan piawai, varians, pekali varians

Kecenderungan memusat bagi skala nisbah adalah min aritmetik. Pengukuran serakan adalah sisihan piawai dan varians.

Contoh 5.4 (a) Berapa banyakkah buku yang anda baca dalam tempoh dua minggu

yang lepas?

(b) Berapa kali anda melawat kompleks membeli belah dalam tempoh sebulan yang lepas?

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

69

TEKNIK PEMBINAAN SKALA

Terdapat empat jenis skala yang boleh digunakan bagi operasional dimensi dan elemen pemboleh ubah. Adalah penting untuk mengetahui kaedah pembinaan skala, iaitu proses memberikan nombor atau simbol bagi mendapatkan respons subjek terhadap objek, peristiwa atau seseorang. Terdapat dua kategori utama skala, iaitu skala penarafan dan skala kedudukan.

5.5.1 Skala Penarafan

Terdapat beberapa jenis skala penarafan yang digunakan untuk mendapatkan respons terhadap sesuatu objek, peristiwa dan individu yang dikaji. Berikut ialah beberapa contoh skala penarafan yang biasa digunakan dalam penyelidikan sosial sains. (a) SSkala Dikotomi (Skala Kategori Mudah)

Skala dikotomi ini digunakan untuk mendapat respons YYa atau TTidak. Skala nominal digunakan untuk mengukur respons tersebut. Adakah anda membeli produk A? Ya _____ Tidak _____

5.5

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pengukuran dalam penyelidikan? Nyatakan tiga langkah proses pengukuran.

2. Apakah asas tahap pengukuran konsep?

AKTIVITI 5.3

Apakah perbezaan utama antara skala nominal, ordinal, selang dan nisbah?

SEMAK KENDIRI 5.3

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

70

(b) SSkala Kategori (Pelbagai Pilihan � Skala Respons Tunggal)

(c) SSkala Kategori (Pelbagai Pilihan � Skala Pelbagai Respons)

(d) SSkala Rating Antara aplikasi paling popular skala rating ialah Skala Likert. Skala Likert

direka untuk mengenal pasti sejauh mana subjek bersetuju atau tidak bersetuju dengan sesuatu kenyataan pada lima skala. Respons yang didapati dari skala dijumlahkan bagi setiap responden bagi mengukur konsep atau pemboleh ubah. Ini adalah skala selang dan perbezaan respons antara dua titik adalah sama.

Di antara majalah ringan disenaraikan berikut, yang manakah yang anda suka baca? (i) Time

(ii) ReaderÊs Digest

(iii) National Geographic

(iv) Far Eastern Economic Review

(v) Vogue

(vi) Family

(vii) Lain-lain (Jelaskan)

Kategori ini menggunakan item pelbagai pilihan untuk mendapatkan respons; skala nominal digunakan untuk mengukur respons tunggal.

Di manakah anda membeli tiket anda?

(i) Stesen kereta api

(ii) Kedai Runcit

(iii) Restoren Makanan Segera

(iv) Pam Minyak

(v) Lain-lain

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

71

(e) SSkala Perbezaan Semantik Beberapa atribut bipolar diletakkan pada dua hujung ekstrem dan

responden di minta memberi respons mereka tentang individu, objek, peristiwa bagi setiap atribut yang berkenaan. Skala perbezaan semantik digunakan untuk menilai sikap responden terhadap sesuatu jenama, iklan, objek atau individu. Respons diplot bagi mendapatkan idea tentang persepsi mereka dan diukur pada skala selang.

(f) SSkala Berangka Skala berangka adalah sama dengan skala semantik. Perbezaannya ialah

nombor bagi 5 skala atau 7 skala diberikan dengan adjektif bipolar pada setiap hujung skala. Skala ini menggunakan data selang.

Apakah yang anda rasa tentang peperangan?

Tidak Baik 1 2 3 4 5 Baik

Adil 1 2 3 4 5 Tidak Adil

Bersih 1 2 3 4 5 Kotor

Moden 1 2 3 4 5 Tradisional

Apakah yang ada rasa tentang peperangan?

Tidak Baik ________________ Baik

Adil ________________ Tidak Adil

Bersih ________________ Kotor

Moden ________________ Tradisional

Penggunaan sistem komputer membantu meningkatkan prestasi pelajar (i) Sangat Setuju 1

(ii) Setuju 2

(iii) Tidak pasti 3

(iv) Tidak Setuju 4

(v) Sangat Tidak Setuju 5

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

72

(g) SSkala Jumlah Tetap Bagi jenis skala ini, responden diminta mengagihkan nombor pada item

yang pelbagai. Skala ini menggunakan ukuran ordinal. Dalam memilih fasiliti kediaman, nyatakan kepentingan bagi setiap aspek berikut dengan memberi markah pada setiap aspek dengan jumlah keseluruhan markah 100.

(h) SSkala Utama Skala utama memberikan ukuran dan juga arah intensiti sikap terhadap

item yang dikaji. Ciri-ciri yang dikaji diletakkan di tengah dan skala berangka dari +3 ke �3 diletakkan di kiri kanan item. Skala ini memberikan idea jurang antara respons individu. Ia tidak mempunyai sifar mutlak, oleh itu, ia ialah skala selang.

5.5.2 Skala Kedudukan Responden membuat perbandingan antara dua atau lebih objek/item dan membuat pilihan antaranya (bersifat ordinal). Selalunya responden akan diminta memilih yang paling baik atau disukai. Kedudukan begini mungkin muktamad sekiranya hanya dua pilihan diberi. Sekiranya terdapat lebih dari dua pilihan, ia menjadi seri dan ini tidak begitu membantu. Sekiranya 35% dari responden memiliki produk A, 25% memilih produk B dan 20% memilih produk C dan D. Manakah produk yang lebih disukai? Merumuskan produk A lebih disukai tidak

Sila nyatakan bagaimana anda menilai restoran dari segi ciri-ciri berikut, dengan membulatkan nombor yang berkenaan:

Perkhidmatan �3 �2 �1 +1 +2 +3

Kebersihan �3 �2 �1 +1 +2 +3

Harga �3 �2 �1 +1 +2 +3

Ruang Bilik

Dekorasi bilik

Kebersihan

Servis pengemasan

Jumlah markah 100

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

73

tepat kerana 65% responden tidak memilih produk ini. Kekeliruan ini boleh dielakkan sekiranya kaedah kedudukan alternatif digunakan. (a) Perbandingan Berpasangan Apabila skala ini digunakan, responden perlu memilih antara pasangan

objek pada masa yang sama. Ini membantu menilai pilihan kerana responden boleh mempamerkan sikap yang jelas apabila membuat pilihan. Jumlah perbandingan pasangan yang perlu dilakukan oleh responden untuk n objek ialah [n(4)(n � 1)/2]. Sekiranya n = 4, maka jumlah perbandingan berpasangan yang perlu dibuat ialah [(4)(4 �1 )/2) = 6]. Semakin besar jumlah objek, semakin besar jumlah perbandingan berpasangan yang perlu dibuat. Ini boleh memenatkan responden. Teknik ini baik sekiranya jumlah objek adalah kecil.

(b) Pilihan Paksa Skala jenis ini membenarkan responden menyusun objek mengikut

kedudukan antara pilihan yang tersedia. Cara ini lebih mudah untuk responden terutamanya apabila pilihan yang perlu di kedudukan adalah terhad.

Contoh 5.5 Bagi setiap pasangan taman negara, tandakan taman negara yang paling anda gemari sekiranya anda perlu memilih antara keduanya.

(i) Taman Negara Malaysia Taman Negara Endau Rompin

_________________

(ii) Taman Negara Mulu Taman Negara Sabah

_________________

(iii) Taman Negara Malaysia Taman Negara Sabah

_________________

(iv) Taman Negara Mulu Taman Negara Endau Rompin

_________________

(v) Taman Negara Malaysia Taman Negara Mulu

_________________

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

74

(c) Skala Pembandingan Skala ini memberikan titik rujukan untuk menilai sikap terhadap sesuatu

objek, peristiwa atau situasi yang ingin dikaji. Teknik ini ideal sekiranya responden biasa dengan piawaian tertentu.

KUALITI PENGUKURAN

Pengukuran yang baik memberi penunjuk yang tepat bagi sesuatu konsep yang ingin diukur. Ia mestilah senang dan efisien. Ukuran yang tepat menunjukkan perbezaan antara atribut pemboleh ubah. Walaupun ukuran yang tepat lebih baik daripada ukuran yang kurang tepat, ketepatan bukanlah satu kemestian. Adalah penting untuk mengetahui bahawa ketepatan bukan bermaksud kejituan. Ukuran yang jitu bermaksud sejauh mana ukuran itu mengukur perkara/nilai sebenar.

5.6

Contoh 5.7 Dibandingkan dengan lawatan terakhir anda di lokasi percutian berikut, lawatan yang terkini adalah:

Lebih Menyeronokkan

Lebih

Kurang Sama

Kurang

Menyeronokkan

1 2 3 4 5

Contoh 5.6 Sila pilih surat khabar harian yang anda akan langgan mengikut keutamaan, dengan memberikan nombor 1 untuk yang paling digemari dan nombor 5 bagi yang paling kurang digemari.

(i) New Straits Times __________________

(ii) Utusan Malaysia __________________

(iii) The Star __________________

(iv) Malay Mail __________________

(v) Harian Metro __________________

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

75

Pengukuran terdedah kepada ralat dan bias rawak dan juga sistematik. Oleh yang demikian, penyelidikan bukanlah 100% tepat. Ujian kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu pengukuran adalah penting.

5.6.1 Kebolehpercayaan, Kesahan dan Kepraktisan

Tiga kriteria utama yang sering digunakan untuk menentukan kualiti alat pengukuran; kebolehpercayaan, kesahan dan praktikal. Kebolehpercayaan dan kkesahan menunjukkan sejauh mana ukuran yang dibuat benar-benar mengukur konstruksi. Kebolehpercayaan dan kesahan yang sempurna tidak mungkin dapat dicapai. Memastikan dapatan kajian adalah benar, mempunyai kredibiliti, boleh dipercayai dan tidak mengandungi ralat rawak ataupun sistematik adalah penting. Oleh itu, kebolehpercayaan dan kesahan ialah kriteria saintifik pengukuran. Kebolehpercayaan berkait dengan konsistensi pengukuran. Sekiranya satu teknik diaplikasikan berulang kali pada objek yang sama, dan mendapat keputusan yang sama setiap kali, ini menunjukkan konsistensi. Kriteria ini mengambil kira sejauh mana pengukuran bebas dari kesilapan rawak. Kebolehpercayaan boleh dinilai dengan bertanyakan soalan-soalan berikut (Easterby-Smith et al., 2002): (a) Adakah ukuran memberikan keputusan yang sama dalam keadaan lain?

(b) Adakah pemerhatian yang sama juga diperoleh oleh pengkaji lain?

(c) Adakah terdapat ketelusan bagaimana data kasar diberi makna? Kesahan berkaitan dengan kebenaran � padanan antara konstruksi, atau bagaimana idea dikumpulkan di bawah definisi konseptual dan ukuran. Ia menggambarkan sejauh mana idea tentang realiti padan dengan realiti sebenar. Iaitu sejauh mana pengukuran empirikal membawa maksud sebenar konsep. Dalam erti kata lainnya, ia mengukur apa yang sepatutnya diukur. Gangguan utama terhadap kesahan termasuklah: (a) Sejarah Sekiranya sesuatu peristiwa atau faktor yang mempunyai impak terhadap

hubungan terjadi secara tiba-tiba semasa kajian sedang dilakukan, dan sejarah peristiwa ini mengganggu hubungan sebab-akibat di antara pemboleh ubah, kesahan dapatan kajian akan terjejas.

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

76

(b) Kesan Kematangan Masa yang berlalu dalam hubungan akan mempengaruhi sebab-akibat

antara pemboleh ubah dan tidak boleh dikawal. Kesan kematangan berkait dengan proses yang berlaku dalam diri responden dalam tempoh masa berlalu. Contoh proses kematangan termasuklah menjadi tua, menjadi penat, menjadi bosan dan terasa lapar.

(c) Kesan Pengujian Pra-ujian yang diberikan pada subjek untuk memperbaiki instrumen yang

digunakan boleh memberi kesan terhadap ujian sebenar atau ujian pasca. Responden yang telah terdedah pada pra ujian akan mempengaruhi respons mereka.

(d) Kesan Instrumentasi Kesan pada kesahan mungkin berlaku apabila terdapat perubahan pada

instrumen pengukuran di antara pra ujian dan ujian pasca.

Kepraktisan berkaitan dengan keperluan operasi dalam proses pengukuran. Kriteria praktikal melibatkan aspek ekonomi, kemudahan dan kebolehtafsiran. Untuk mencapai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi, kos yang tinggi yang melebihi bajet penyelidikan mungkin terjadi. Oleh itu, perlu ada keseimbangan antara ukuran yang ideal dan bajet. Teknik pengumpulan data selalu ditentukan oleh kekangan bajet dan faktor-faktor ekonomi yang lain. Alat pengukuran mestilah senang untuk digunakan. Reka bentuk instrumen perlu senang difahami, lengkap dan mempunyai arahan yang jelas. Sekiranya instrumen akan digunakan oleh orang lain, ia mestilah senang untuk ditafsirkan.

Contoh 5.8 Hubungan di antara kebolehpercayaan dan kesahan ditunjukkan dalam contoh berikut: Anda menggunakan penimbang berat untuk mengukur berat anda. Sekiranya ia menimbang berat anda dengan betul, maka penimbang berat tersebut boleh dipercayai dan sah. Sekiranya penimbang berat telah diganggu tetapi memberi keputusan yang konsisten lebih 6 kg setiap kali, maka ia boleh dipercayai tetapi tidak sah. Sekiranya penimbang berat memberikan berat yang berbeza-beza setiap kali, maka ia tidak boleh dipercayai dan tidak sah.

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

77

PUNCA RALAT PENGUKURAN

Dalam situasi yang ideal, reka bentuk kajian seharusnya dapat mengawal ketepatan dan kejelasan sesuatu pengukuran. Walau bagaimanapun, situasi yang ideal tidak mungkin berlaku. Oleh itu, cara terbaik ialah dengan mengurangkan ralat. Pengkaji perlu peka sumber-sumber ralat seperti ralat sistematik dan ralat rawak. (a) Responden sebagai Punca Ralat Ralat ini berlaku hasil dari perbezaan respons yang diberikan oleh

responden. Sesetengah respons berkait dengan ciri-ciri responden mungkin boleh diandaikan dan lebih stabil tetapi kesan ciri-ciri lain mungkin tidak ketara. Individu yang melalui peristiwa trauma mungkin mempunyai pandangan yang berbeza. Responden ini mungkin teragak-agak untuk menyatakan pendapat atau perasaan dan mungkin juga tidak mempunyai maklumat situasi tertentu. Ini menyebabkan beliau meneka dalam memberi respons. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi responden seperti kepenatan, kebosanan, kebimbangan, kurang sabar dan emosi yang berubah-ubah boleh mempengaruhi respons.

(b) Faktor-faktor Situasi Keadaan boleh memberi tekanan kepada temu bual dan mempunyai kesan

yang serius pada hubungan penemubual-responden. Kehadiran orang lain semasa sesi temu bual boleh mengganggu respons yang diberikan. Respons boleh diputarbelitkan oleh individu yang hadir, temu bual boleh terganggu dengan kehadiran mereka dan gangguan-gangguan lain mungkin terjadi. Sesetengah orang mungkin merasakan diri dicerobohi dan berkemungkinan memberi respons tanpa rela.

(c) Pengukur sebagai Punca Ralat Sekiranya penemubual atau pembanci menukar ayat, parafrasa atau

menyusun kembali soalan-soalan, maka ia boleh menyebabkan kesilapan. Tanggapan pertama penemubual kepada responden boleh menyebabkan berat sebelah. Nada suara penemubual boleh menggalakkan jawapan tertentu dan sebaliknya. Kegagalan perakam suara untuk merekodkan keseluruhan perbualan mungkin mencacatkan dapatan kajian. Apabila data tidak dimasukkan dengan betul untuk analisa ataupun analisa statistik yang salah digunakan, ini akan menyebabkan semakin berat sebelah.

5.7

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

78

(d) Instrumen sebagai Punca Ralat Sekiranya instrumen yang digunakan defektif, dua sumber utama

kesilapan boleh berlaku. PPunca ralat pertama, penggunaan ayat-ayat yang kompleks, sintaks, jargon yang tidak difahami oleh responden akan menyebabkan kekeliruan dan kesamaran. Soalan yang tidak mematuhi reka bentuk tinjauan yang baik akan menyebabkan responden memberikan jawapan yang berat sebelah. Soalan yang dipandu, makna yang samar-samar dan soalan pelbagai adalah sebahagian dari contoh-contoh sumber ralat dalam instrumen. PPunca ralat kedua dalam instrumen ialah kandungan yang tidak lengkap. Walaupun tidak semua perkara boleh dimasukkan ke dalam instrumen, kadangkala sesetengah perkara sengaja tidak dimasukkan.

Apakah empat punca utama ralat pengukuran? Berikan contoh bagi setiap sumber yang boleh mempengaruhi hasil pengukuran dalam temu bual bersemuka?

SEMAK KENDIRI 5.4

Tandakan BBetul atau SSalah pada setiap kenyataan berikut:

No. Soalan Betul Salah

1. Dimensi masa adalah asas mengelaskan reka bentuk kajian.

2. Sebenarnya, apa yang diukur adalah penunjuk.

3. Skala selang mempunyai susulan dan jarak tetapi tidak mempunyai sumber asal yang unik.

4. Sekiranya ukuran mempunyai kebolehpercayaan, ia mestilah mempunyai kesahan.

5. Ukuran nominal hanya mempunyai dua kategori.

6. Mengelaskan individu sebagai bekerja dan tidak bekerja adalah pemboleh ubah nominal.

SEMAK KENDIRI 5.5

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

79

Pilih jawapan yang betul

1. Yang manakah di antara berikut mempunyai klasifikasi skala yang salah?

(a) Sikap diukur menggunakan skala selang.

(b) Berat diukur menggunakan skala nisbah.

(c) Jantina diukur menggunakan skala ordinal.

(d) Kedudukan dalam peperiksaan diukur menggunakan skala ordinal.

2. Pengukuran mestilah memenuhi kriteria praktikal yang bermaksud:

(a) Ekonomi, tepat dan kebolehtafsiran.

(b) Mudah, ekonomi dan kebolehtafsiran.

(c) Ekonomi, konsistensi dan kebolehtafsiran.

(d) Mudah, ekonomi dan konsistensi. 3. Dalam proses operasional, pengkaji perlu menetapkan:

(a) Apa yang perlu diukur.

(b) Apakah pengukuran yang akan digunakan.

(c) Bagaimana untuk mengukur.

(d) Semua di atas.

� TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA

80

� Dalam penyelidikan saintifik, pengukuran mestilah tepat dan terkawal.

� Dalam proses pengukuran, apa yang dibuat ialah mengukur sifat sesuatu objek dan bukannya objek itu sendiri.

� Apa yang diukur sebenarnya adalah penunjuk sifat-sifat.

� Pengukuran biasanya menggunakan skala tertentu untuk mengelaskan dan menyatakan kuantiti bagi data yang dikumpulkan.

� Terdapat empat jenis skala yang mempunyai kedudukan dari paling rendah kepada paling tinggi untuk digunakan; nominal, ordinal, selang dan nisbah.

� Skala nominal menjelaskan perbezaan dengan mengelaskan objek atau individu ke dalam kumpulan, dan memberikan maklumat paling sedikit berkenaan pemboleh ubah.

� Skala ordinal memberikan maklumat tambahan dengan memberi kedudukan pada kategori skala nominal. Skala selang juga memberi maklumat tentang magnitud perbezaan pemboleh ubah.

� Skala nisbah menunjukkan magnitud dan kadar perbezaan.

� Data menjadi lebih tepat apabila skala berubah dari nominal ke nisbah dan ujian statistik yang lebih berkuasa boleh digunakan.

� Pengukuran yang baik mestilah memenuhi kriteria kebolehpercayaan, kesahan dan praktikal.

� Kesahan menunjukkan sejauh mana instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur.

� Ukuran boleh dipercayai sekiranya ia memberikan keputusan yang sama setiap kali ia digunakan.

� Kebolehpercayaan hanya menyumbang sebahagian dari kesahan. Sesuatu alat boleh dipercayai walaupun tidak sah.

� Ukuran mestilah memenuhi kriteria praktikalnya iaitu ekonomi, mudah dan boleh ditafsirkan.

TOPIK 5 PENGUKURAN DAN SKALA �

81

Definisi nominal

Definisi operasi

Konseptualisasi

Operasional

Pemboleh ubah

Skala dikotomi

Skala kedudukan

Skala nisbah

Skala utama

Ukuran

Ukuran dalaman

Ukuran nominal

Ukuran ordinal