2. 3108

5
2. Sejauh manakah permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan dapat membantu penguasaan kemahiran yang diajar. Berikan justifikasi anda berdasarkan contoh yang menyokong hujah. Menerusi aktiviti ‘Ayuh Terbang Bersama Saya!’, sememangnya permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan ini dapat membantu penguasaan kemahiran yang diajar. Aktiviti ‘Ayuh Terbang Bersama Saya!’ ini sememangnya sesuai dilaksanakan kerana ianya adalah untuk murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Aktiviti yang tidak berfokuskan kepada satu keupayaan sahaja sememangnya mampu menjadikan objektif pembelajaran akan lebih mudah tercapai. Hal ini bertepatan dengan kenyataan iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya melihat kepada tahap keupayaan murid terlebih dahulu (Sufean Hussin, 2004). Seperti mana yang kita sedia maklum, setiap murid tidak mempunyai tahap keupayaan yang sama. Ada di antara murid itu mempunyai tahap keupayaan yang tinggi, manakala ada juga murid yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah. Maka, sekiranya permainan yang dirancang tersebut tidak menepati tahap keupayaan, objektif pengajaran tidak mampu dicapai dengan sempurna, murid akan mudah berasa bosan. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa tahap penerimaan murid memainkan peranan penting dalam penyampaian prose pengajaran dan pembelajaran (Maimunah Hj Daud, 2006). Selain itu, sekiranya aktiviti pemainan yang dirancang tidak menitikberatkan aspek tahap keupayaan murid, maka aktiviti permainan tersebut akan menjadi semakin panjang. Hal ini akan akan menggangu proses

description

bn

Transcript of 2. 3108

2. Sejauh manakah permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan dapat membantu penguasaan kemahiran yang diajar. Berikan justifikasi anda berdasarkan contoh yang menyokong hujah.Menerusi aktiviti Ayuh Terbang Bersama Saya!, sememangnya permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan ini dapat membantu penguasaan kemahiran yang diajar. Aktiviti Ayuh Terbang Bersama Saya! ini sememangnya sesuai dilaksanakan kerana ianya adalah untuk murid yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan. Aktiviti yang tidak berfokuskan kepada satu keupayaan sahaja sememangnya mampu menjadikan objektif pembelajaran akan lebih mudah tercapai. Hal ini bertepatan dengan kenyataan iaitu aktiviti pengajaran dan pembelajaran seharusnya melihat kepada tahap keupayaan murid terlebih dahulu (Sufean Hussin, 2004). Seperti mana yang kita sedia maklum, setiap murid tidak mempunyai tahap keupayaan yang sama. Ada di antara murid itu mempunyai tahap keupayaan yang tinggi, manakala ada juga murid yang mempunyai tahap keupayaan yang rendah. Maka, sekiranya permainan yang dirancang tersebut tidak menepati tahap keupayaan, objektif pengajaran tidak mampu dicapai dengan sempurna, murid akan mudah berasa bosan. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa tahap penerimaan murid memainkan peranan penting dalam penyampaian prose pengajaran dan pembelajaran (Maimunah Hj Daud, 2006). Selain itu, sekiranya aktiviti pemainan yang dirancang tidak menitikberatkan aspek tahap keupayaan murid, maka aktiviti permainan tersebut akan menjadi semakin panjang. Hal ini akan akan menggangu proses pembelajaran tersebut. Maka, sebelum melaksanakan aktiviti permainan ini, guru akan mengenalpasti terlebih dahulu tahap keupayaan murid tersebut.Justikfikasi yang seterusnya adalah dari aspek kelebihan yang terdapat pada aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini. Terdapat banyak kelebihan yang ada pada aktiviti permainan ini. Kelebihan yang pertama adalah dari aspek reka bentuk bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan. Reka bentuk yang telah dihasilkan ini sememangnya bersifat mudah dibawa dan mudah alih. Ianya juga tidak terlampau berat dan mudah dibawa ke mana sahaja. Selain itu, bahan bantu mengajar bagi aktiviti permainan ini juga menawarkan pelbagai tahap kemahiran menulis kepada murid. Ianya tidak hanya berfokuskan kepada peringkat pra tulisan semata-mata, tetapi ianya juga melibatkan peringkat mekanis. Maka, ianya menguntungkan murid itu kerana mereka mampu melaksanakan dua peringkat kemahiran menulis dalam satu masa. Kelebihan seterusnya ialah aktiviti permainan ini juga dilaksanakan seperti sebuah permainan interaktif. Murid akan seolah-oleh merasa seperti membawa kapal terbang. Dengan cara ini, minat murid untuk terus kekal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan meningkat. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa minat murid perlu dipupuk ketika proses pnp sedang berjalan (Noraini idris, 1998).Di samping itu, kos yang digunakan bagi membuat bahan bantu mengajar bagi aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini juga adalah tidak membebankan dan setiap guru boleh menyediakannya dengan senang. Hal ini kerana bahan yang digunakan untuk membuat bahan bantu mengajar bagi aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini mudah didapati di pasaran.Kemudian, antara kelebihan lain bagi aktiviti permainan ini adalah kerana aktiviti permainan Ayuh Terbang Bersama Saya! ini dijalankan secara berperingkat mengikut turutannya. Sebagai contoh, aktiviti permainan ini dimulakan dengan peringkat pra tulisan terlebih dahulu, kemudian barulah diteruskan dengan peringkat mekanis. Dengan adanya perlaksanaan secara berperingkat, maka murid akan dapat menghadam objektif permainan ini secara peringkat demi peringkat. Hal ini akan sedikit sebanyak membantu murid tersebut. Obejktif pemngajaran dan pembelajaran juga akan mampu dikecapi dengan baik dan lebih teratur. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa perlaksanaan pnp secara berperingkat membantu melicinkan lagi proses pnp (Mook Son Sang, 2005).Seterusnya, antara sebab lain mengapa permainan yang dilaksanakan ini adalah terbaik adalah kerana aktiviti yang dilaksanakan ini dilakukan mengikut langkah-langkah yang teratur. Untuk aktiviti pertama iaitu bagi peringkat pra tulisan, guru akan memainkan peranannya terlebih dahulu dengan memberikan penerangan terlebih dahulu berkenaan dengan bahan bantu mengajar yang akan digunakan. Maka di sini jelas kita dapat lihat bagaimana pembelajaran berpusatkan guru telah dipraktikkan terlebih dahulu. Kemudian, berpandukan arahan yang dilekatkan pada papan kawalan papan terbang tersebut, murid akan melaksanakan misi pertama iaitu bermain-main dengan tombol yang terdapat pada papan kawalan kapal terbang tersebut. Di sini jelas kita dapat lihat bagaimana murid memainkan peranannya dalam sesi pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan murid berjaya diterapkan dengan baik pada sesi ini. Seterusnya, murid akan melaksanakan kesemua arahan yang diberikan mengikut turutannya. Kaedah main peranan juga berjaya diterapkan bagi aktiviti untuk sesi ini. Murid-murid akan berinterpretasi dengan bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru. Hal ini bertepatan dengan kenyataan bahawa bahan bantu mengajar adalah bahan sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Mook Soon Sang, 2003).

Manakala, untuk akviti kedua yang dijalankan di dalam set permainan Ayuh Terbang Bersama Saya ini pula, murid dikehendaki untuk menulis contoh perkataan yang telah diberikan. Hal ini adalah kesinambungan dengan aktiviti terdahulu. Guru akan dapat mengenalpasti kemajuan yang telah dikecapi oleh murid tersebut. Murid kemudiannya dikehendaki menggerak-gerakkan terlebih dahulu tombol yang disediakan bagi mendapatkan langkah yang betul dalam menulis perkataan. Murid secara tidak telah berjaya mengetahui teknik dan kaedah yang betul bagi menulis sesuatu perkataan. Melalui langkah ini juga, guru secara tidak langsung dapat mengenalpasti kelemahan murid terutamanya dalam aspek penulisan. Seterusnya, murid dikehendaki oleh guru untuk menulis perkataan tersebut di atas papan manila kad yang disediakan oleh guru.

Melalui langkah ini, guru dapat memupuk semangat berani dalam kalangan murid. Hal ini dapat diterapkan ketika murid itu sendiri. Setelah selesai menulis perkataan tersebut, murid dikehendaki untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut dengan kuat dan lancar. Hal ini bersesuaian dengan kenyataan bahawa guru perlu membuat kesimpulan dan teguran di akhir sesi pembelajaran (Husaini Mahmud, 2004). Sekiranya murid melakukan kesilapan, guru akan membetulkan kesilapan tersebut.

Kesimpulannya, permainan yang dilaksanakan dalam pengajaran kumpulan pemulihan ini sememangnya dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis yang diajar oleh guru. Pendekatan sebegini rupa seharusnya dipraktikkan oleh guru bagi menarik minat murid untuk terus fokus dalam sesi pengajaran.