2014-07-18- PA II - PH - D - Melukis Carta Pai Berbanding

4
Tarikh : 16 Ogos 2010 Hari : Isnin (1130-1250 ) Pengajian Am II Tingkatan 6 Bawah 2 Tajuk : Melukis Carta Pai Berbanding Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mendapatkan angka yang betul dari petikan yang diberikan 2. Mengenalpasti data yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam jadual 3. Melukis CartaBerbanding mudah berdasarkan kepada data dalam soalan yang diberi. Isi Pelajaran : Melukis Carta Pai Berbanding Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas carta pai tunggal 2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis carta pai berbanding yang betul. 3. Melukis Carta Pai Berbanding Nilai : Rajin dan Berusaha KBKK: Pelajar dapat melukis carta pai berbanding beradasarkan maklumat yang diberikan. Refleksi :

description

Pengajian Am

Transcript of 2014-07-18- PA II - PH - D - Melukis Carta Pai Berbanding

Page 1: 2014-07-18- PA II - PH - D - Melukis Carta Pai Berbanding

Tarikh : 16 Ogos 2010 Hari : Isnin (1130-1250 )

Pengajian Am IITingkatan 6 Bawah 2

Tajuk : Melukis Carta Pai Berbanding

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :1. Mendapatkan angka yang betul dari petikan yang diberikan2. Mengenalpasti data yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam jadual3. Melukis CartaBerbanding mudah berdasarkan kepada data dalam

soalan yang diberi.

Isi Pelajaran : Melukis Carta Pai Berbanding

Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas carta pai tunggal2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis carta pai berbanding yang betul.3. Melukis Carta Pai Berbanding

Nilai : Rajin dan Berusaha

KBKK: Pelajar dapat melukis carta pai berbanding beradasarkan maklumat yang diberikan.

Refleksi :

Page 2: 2014-07-18- PA II - PH - D - Melukis Carta Pai Berbanding

Soalan

Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan peruntukan pembangunan kerajaan persekutuan mengikut sektor utama bagi tempoh tahun 1991 hingga tahun 2000.

Dalam tampoh Rancangan Malaysia Ketujuh, sektor ekonomi akan diberikan peruntukan yang terbesar, iaitu sebanyak RM33.7 bilion daripada jumlah peruntukan sebanyak RM67.5 bilion. Sektor ekonomi juga merupakan sektor yang mendapat peruntukan yang terbesar dalam Rancangan Malaysia Keenam. Sektor ini menerima peruntukan sebanyak RM29.8 bilion daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Keenam, iaitu sebanyak 58.4 bilion. Peruntukan lebih besar untuk sektor ekonomi menunjukkan usaha kerajaan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi selaras dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan.

Dalam sektor ekonomi, sektor kecil pengangkutan dan komunikasi diperuntukan sebanyak 15.8 bilion atau 24.4% daripada peruntukan pembangunan. Sektor kecil pembangunan pertanian pula diperuntukan sebanyak RM5.5 bilion. Sektor kecil perdagangan dan industri mendapat peruntukan sebanyak RM5.9 bilion ; sektor utiliti diperuntukan sejumlah RM 5.1 bilion atau 7.6 peratus daripada peruntukan pembangunan dengan memperuntukan 6.0 peratus daripadanya kepada projek tenaga.

Dalam sektor sosial, Rancangan Malaysia Ketujuh memperuntukan RM19.8 bilion. Ini merupakan bahagian yang tertinggi pernah diperuntukan berbanding dengan beberapa rancangan yang lalu. Dalam Rancangan Malaysia Keenam , sektor ini diperuntukan sebanyak RM14.8 bilion. Sektor pendidikan dipentingkan. Namun demikian , sektor kesihatan tidak diabaikan dan sektor kecil ini mendapat peruntukan sebanyak RM2.7 bilion. Sebahagian besar peruntukan adalah untuk program pencegahan dan pemulihan.

Sektor keselamatan diperuntukan sebanyak RM9.2 bilion daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia Ketujuh. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sektor ini menerima peruntukan sebanyak RM11.1 bilion. Peruntukan itu adalah untuk pembelian kelengkapan ketenteraan. Hanya RM2.2 bilion diagihkan untuk sektor keselamatan dalam negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Polis DiRaja Malaysia .

Sektor pentadbiran am diperuntukan sebanyak RM4.8 bilion dalam Rancangan Malaysia Ketujuh , iaitu pertambahan sebanyak 77.8 peratus daripada peruntukan Rancangan Malaysia Keenam. Dalam Rancangan Malaysia Keenam, sektor pentadbiran am diperuntukan sebanyak RM2.7 bilion. Pertambahan ini mencerminkan usaha kerajaan dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000)

Page 3: 2014-07-18- PA II - PH - D - Melukis Carta Pai Berbanding

Sektor Rancangan Malaysia Keenam Rancangan Malaysia KetujuhRM(bilion) Peratus (%) Sudut RM(bilion) Peratus (%) Sudut

S.Ekonomi 29.8 51.03 183.70 33.7 49.93 179.73S.Sosial 14.8 25.34 91.23 19.8 29.33 105.60S.Keselamatan 11.1 19.01 68.42 9.2 13.63 49.07S.Perkhidmatan 2.7 4.62 16.64 4.8 7.11 25.60Jumlah 58.4 100.00 360.00 67.5 100.00 360.00