39639785-Refleksi

download 39639785-Refleksi

of 2

Transcript of 39639785-Refleksi

  • 7/29/2019 39639785-Refleksi

    1/2

    Refleksi

    Kerja khusus ini merupakan Tugasan Kerja Khusus Pendek Hubunagn Etnik (WAJ

    3106).Saya sama kumpulan dengan Wen Hui,Kai Ceat,dan Ying Chin.Sebelum memulakan kerja

    khusus ini,pensyarah kami, telah menerangkan kerja khusus

    kepada kami dengan jelas.Kami juga tanya kepada beliau apabila menghadapi masalah smasa

    membuat tugasan ini. telah banyak memebri tunjuk ajar dan bimbingankepada kami.Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.

    Dalam kerja khusus ini,kami dikehendaki membina peta minda untuk menerangkan matlamat

    dan strategiDasar Ekonomi Baru (DEB).Selain itu,salah satu bentuk perbandingan tentang

    keadaan ekonomi mengikut kumpulan etnik di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan perlu

    dibuat dalam bentuk digital.Kami juga pelu menghasilkan satu laporan lengkapan yang berkaitan

    denagn pencapaian DEB dari tahun 1970-1990

    Kerja khusus ini mendatangkan benyak manfaat.setelah membuat kerja khusus ini,sayalebih faham tentang sejarah pembangunan ekonomi di Malaysia,Dasar Ekonomi Baru

    (DEB),pencapaian DEB,dan perbandingan keadaanekonomi mengikut kumpulan etnik di

    Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan DEB bertindak sebagai satu polisi sosioekonomi

    yang komprehensif bertujuan untuk membina perpaduan nasional selepas perkecaian stuktur

    sosial akibat rusuhan kaum 13 Mei 1969.

    Hal yang demikian,subjek sejarah merupakan subjek teras dan para pelajar sekolah wajib

    mengambil sejarah sebagai salah satu subjek pembelanjaran.Maka,kami sebagai bakal guru

    dikehendaki mempunyai pengetahuan berkaitan sejarah kerana kami mempunyai kewajipan

    untuk mengajar mereka.Hal ini supaya generasi akan datang dapat mengetahui peristiwa-peristiwa masa lampau dan tokoh-tokoh yang terkorban untuk Negara.Memang tidak dapat

    dinafikan bahawa sejarah sangat penting kepada semua warga Malaysian sebagai tanda

    penghargaan kepada tokoh-tokoh yang sanggup berkorban diri untuk Negara dan memupuk nilai

    Cinta Kepada Negaradalam kalangan murid.

    Selain itu,kami juga haruslah berasa bangga dan bertuah dapat mendiami di Negara yang

    aman dan damai dari beberapa segi terutamanya segi ekonomi.Walaupunkadar kemiskinana

    penduduk sebelum merdeka atau tahun 1970 sangat tinggi,tetapi keadaan telah berubah menjadi

    baik akibat pelaksaan DEB dengan strategi serampang dua mata.Pembangunan ekonomi negara

    menjadi semakin maju.Oleh itu,kami haruslah berganding bahu untuk memajukan Negara kita

    kerana ini bukan tanggungjawab individual tetapi satu masyarakat.

    Dalam proses menghasilkan photoshop,saya telah belajar teknik membuat

    animasi,menunjukkan gambar-gambar dengan pelbagai bentuk,dan saya memilih lagu di

    dan lain-lain lagi.Tugasan ini juga telah menyedari kami bahawa bahan bantu mengajar (BMM)

    boleh disediakan dalam pelbagai bentuk seperti power point,movie-maker,kad imbasan dan

    sebagainya.Tambahan pula,kami sebagai bakal guru pemulihan haruslah tahu bahawa BMM

  • 7/29/2019 39639785-Refleksi

    2/2

    yang berbentuk audio-visual ataw berwarna-warni lebih menarik perhatian murid-murid

    pemulihan.Ini kerana zaman sekarang semakin maju dengan dunia ICT.

    Selain itu,kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kerja seperti kerja khusus adalah

    sangat penting.Kita dapat memebantu antara satu sama lain apabila menghadapi masalah dalam

    pelajaran.Selain itu,kemahiran berkomunikasi juga dapat dikuasai ketika berbincangan

    dijalankan.Memandangkan kerja khusus ini membawa kebaikan yang banyak kepada kami,maka

    kami haruslah pandai mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dijana untuk mendidik anak-anak

    murid kami selaras dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK) supaya insan yang

    seimbang dan harmoni dari segi emosi,intelek,rohani dan jasmani dapat dilahirkan.

    Kesimpulannya,dengan adanya pelbagai bentuk dan animasi yang dibuat oleh para

    guru,dapat membuat lai pelajar belajar dengan berkesan dan ini akan bertambahkan lagi minat

    pelajar-pelajar terutamanya pelajar pemulihan.Dan ia akan menabahkan lagi minat untuk pelajar

    belajar dengan berkesan dan lebih baik lagi.