Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

7
FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Transcript of Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

Page 1: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU

Page 2: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

Peranan Pendakwah

Perdagangan

Keistimewaan Islam

PerkahwinanPolitik dan Penaklukan

Pemerintah dan pembesar

Faktor Perkembangan Islam di Alam

Melayu

Page 3: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

1. Keistimewaan Islam Penduduk Alam Melayu mudah menerima

Islam kerana keistimewaan Islam: Islam menekankan konsep ketuhanan yg

lebih mudah dari ajaran sebelumnya Islam sebagai ajaran yang mudah difahami

dan dilaksanakan seperti pelaksanaan ibadah Islam mengutamakan persamaan hak dan

persaudaraan serta menolak konsep kasta Islam merangkumi semua aspek kehidupan

dan merangkumi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Menekankan tuntutan jasmani dan rohani

Page 4: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

2. Peranan Pendakwah

Terdapat golongan pendakwah yang berperanan menyebarkan Islam sebagai melaksanakan tuntutan Islam

Di antara pendakwah Islam dari Arab seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja Kedah dan sebagainya.

Peranan ahli-ahli Sufi dalam penyebaran Islam di Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo' yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.

Page 5: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

3. Peranan Para pedagang

Terdapatlah para pedagang yang juga berperanan sebagai pendakwah.

Pelabuhan-pelabuhan penting seperti Melaka, Perlak, Aceh, Sulu dan Mindanao adalah lokasi tumpuan para pedagang islam dan menjadikan tempat tersebut sbg tempat aktiviti ekonomi dan penyebaran ajaran Islam.

Catatan Marco Polo (1292M) – Islam tersebar di Perlak oleh pedagang Islam yang berniaga sambil berdakwah.

Kesan Perang Salib (1097-1292), pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk menyiarkan Islam.

Page 6: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

4. Faktor Perkahwinan Terdapat golongan sufi dan pedagang yang

mengahwini penduduk tempatan termasuk puteri-puteri raja dan anak pembesar

Berlaku perkahwinan di antara raja dengan puteri raja dari negeri lain yang ditakluki seperti Parameswara (Raja Melaka) berkahwin dengan puteri raja Pasai.

5. Faktor Penaklukan Perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka ke atas

Johor, Pahang, Terengganu, Kampar, Inderagiri, Siak dsb turut menyebarkan Islam ke daerah tersebut

Ulama’-ulama’ turut dihantar ke wilayah tersebut untuk mengajar ilmu Islam.

Page 7: Bab 5 Faktor an Islam Di Alam Melayu

6. Pemerintah dan Pembesar Ketaatan yang tinggi terhadap raja yang

sudah tertanam dijiwa orang2 Melayu memudahkan Islam tersebar. Apabila pemerintah / raja dan pembesar masuk Islam maka rakyat dengan mudah akan mengikut.