Faktor-faktor Yang Mempengaruhi an Bayi

of 12/12
PENGENALAN Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting sewaktu mengandung bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan anak di dalam kandungan membesar dengan baik. Bayi membesar di dalam rahim ibu selama 9 bulan. Proses ini bermula apabila sperma telah berfertilisasi dengan ovum maka terhasilnya zigot. Zigot ini akan membesar dari semasa ke semasa dan membentuk bayi yang sempurna pada bulan ke-4. Pemakanan ibu harus dijaga semasa dalam proses penghamilan. Ini kerana semua zat-zat makanan yang di ambil ibu turut sampai kepada janin. Jika ibu mendapat penyakit sewaktu proses kehamilan keadaan ini mungkin akan membahayakan janin yang berada di dalam kandungan. Bakal ibu memainkan peranan penting sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Pemilihan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan juga perlu dititikberatkan. Protein dan karbohidrat merupakan antara zat makanan terpenting sebelum hamil.Berjumpa dengan doktor bagi memastikan ibu- ibu bebas daripada penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Hal ini bagi memudahkan proses kehamilan kelak. Jika ibu-ibu seorang perokok, hentikan amalan tidak sihat itu untuk menjamin kesihatan bayi yang dikandung. Jauhi juga perokok, dadah dan alkohol. Selain itu, umur ibu juga penting bagi menentukan sama ada tubuh sudah matang untuk hamil atau tidak. Umur yang sesuai untuk wanita hamil adalah 20 hingga 35 tahun. Jika terlalu muda, risiko untuk mendapat bayi tidak cukup bulan adalah besar. Manakala, jika terlalu berumur pula, risiko mendapat anak cacat tinggi kerana organ peranakan tidak lagi begitu aktif. Semua faktor-faktor ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada helaian yang seterusnya. 1
  • date post

    21-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    871
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Faktor-faktor Yang Mempengaruhi an Bayi

PENGENALANSeperti yang diketahui umum, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting sewaktu mengandung bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan anak di dalam kandungan membesar dengan baik. Bayi membesar di dalam rahim ibu selama 9 bulan. Proses ini bermula apabila sperma telah berfertilisasi dengan ovum maka terhasilnya zigot. Zigot ini akan membesar dari semasa ke semasa dan membentuk bayi yang sempurna pada bulan ke-4. Pemakanan ibu harus dijaga semasa dalam proses penghamilan. Ini kerana semua zat-zat makanan yang di ambil ibu turut sampai kepada janin. Jika ibu mendapat penyakit sewaktu proses kehamilan keadaan ini mungkin akan membahayakan janin yang berada di dalam kandungan. Bakal ibu memainkan peranan penting sepanjang proses sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Pemilihan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan juga perlu dititikberatkan. Protein dan karbohidrat merupakan antara zat makanan terpenting sebelum hamil.Berjumpa dengan doktor bagi memastikan ibu-ibu bebas daripada penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. Hal ini bagi memudahkan proses kehamilan kelak. Jika ibu-ibu seorang perokok, hentikan amalan tidak sihat itu untuk menjamin kesihatan bayi yang dikandung. Jauhi juga perokok, dadah dan alkohol. Selain itu, umur ibu juga penting bagi menentukan sama ada tubuh sudah matang untuk hamil atau tidak. Umur yang sesuai untuk wanita hamil adalah 20 hingga 35 tahun. Jika terlalu muda, risiko untuk mendapat bayi tidak cukup bulan adalah besar. Manakala, jika terlalu berumur pula, risiko mendapat anak cacat tinggi kerana organ peranakan tidak lagi begitu aktif. Semua faktor-faktor ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada helaian yang seterusnya.

Proses pembentukan janin1

1.0 FAKTOR PEMAKANAN

Fetus di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrient yang terdapat di dalam badan ibunya bagi membolehkan mereka terus hidup dan membesar dengan sempurna di dalam rahim. Hasil daripada kajian mendapati perempuan mengandung seharusnya mengambil 2000 hingga 2800 kalori sehari mengikut diet yang seimbang termasuklah vitamin serta mineral dengan secukupnya (Nasional Academy of Science,1989). Perempuan mengandung juga harus mengambil asid folik,yang selalunya terdapat pada sayur hijau dan buah-buahan, kalsium serta zat besi yang tinggi semasa proses kehamilan (Rosso,1990). Makanan-makanan tersebut dipercayai dapat membantu menguatkan gigi bayi (Adair,1989). Susu pula merupakan sumber kalsium yang paling baik dan perempuan mengandung digalakkan mengambil segelas susu sehari. Selain daripada menguatkan gigi, kalsium dan fosfurus amat penting untuk perkembangan tulang dan fetus. Zat besi pula diperlukan untuk pembinaan sel-sel darah merah fetus. Vitamin dapat mencegah penyakit dan menyempurnakan perkembangan fetus. Penting bagi ibu memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah :y

Buah-buahan dan sayur-sayuran target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.

y

Makanan berkanji roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

y

Makanan berprotein tinggi Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

y y

Makanan berkalsium tinggi Susu, yoghurt, cheese. Makanan berserat tinggi Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

2

2.0 FAKTOR EMOSIJika perempuan mengandung mengalami rasa takut yang amat sangat,kerisauan yang melampau atau pelbagai emosi serta berada dalam perasaan yang tidak seronok,perubahan psikologi yang berlaku mungkin mempengaruhi fetusnya sendiri (Glynn & others,2008;Talge & other,2007). Tekanan ibu mengandung mungkin mempengaruhi fetus tersebut secara tidak langsung dan ibu tersebut berkemungkinan terjerumus kepada aktiviti yang tidak sihat seperti mengambil dadah dan kurangnya penjagaan janin sebelum lahir. Emosi ibu mengandung dalam masa kehamilan juga boleh mempengaruhi proses kelahiran. Emosi ibu mengandung yang tidak keruan berkemungkinan akan menyebabkan kontraksi semasa proses kelahiran dan boleh menyebabkan kekurangan aliran oksigen ke bayi atau masalah lain selepas kelahiran. Menurut Talge & others,2007 kerisauan dan tekanan yang tinggi semasa mengandung akan meningkatkan risiko untuk mendapat anak yang mengalami masalah kognitif, hiperaktif, dan lambat pertuturan. Emosi yang positif juga akan memberikan perbezaan kepada fetus. Kajian telah menunjukkan ibu yang berhadapan dengan tekanan atau rasa sedih dari segi emosi akan melepaskan hormon seperti adrenalin yang akan melalui plasenta dan mempengaruhi aktiviti motor fetus ( Van Der Bergh,1992). Walaupun terdapat bukti-bukti yang masih tidak lengkap, beberapa kajian lain turut menemui kaitan di antara tekanan psikologi dan masalah kehamilan.

3

3.0 FAKTOR KESIHATAN SECARA UMUM

Semasa proses kehamilan selama sembilan bulan, kesihatan ibu merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan. Kadangkala para ibu akan berasa sedikit kabur tatkala berjalan atau pun bersenam. Keadaan ini menandakan tubuh badan ibu tersebut mengalami dehidrasi. Cara yang baik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara meminum lebih banyak air bagi menstabilkan kembali jumlah cecair dalam tubuh ibu-ibu yang mengandung tersebut. Pada kebiasaannya ini mungkin petanda preeklampsia. Iaitu simpton pandangan kabur yang diikuti dengan rasa sakit kepala, pening-pening, sakit ulu hati, loya dan muntah merupakan simptom tekanan darah anda yang semakin tinggi. Keadaan ini akan lebih buruk sekiranya preklampsia tadi menyebabkan bekalan darah gagal disalurkan ke plasenta. Antara gejala lain termasuklah bengkak di tangan, muka dan kaki serta adanya protein di dalam air kencing. Penyakit darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya. Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas. Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri. Jadi para ibu haruslah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan bahan makanan yang masin. Gestational diabetes adalah sejenis diabetes atau penyakit kencing manis yang timbul semasa hamil, penyakit ini mula muncul sekitar bulan kelima atau keenam masa kehamilan. Sekitar 4-5 % wanita hamil diketahui menderita gestational diabetes dan umumnya dapat ditangani dengan baik. Oleh sebab itu para ibu tidak perlu terlalu bimbang dengan masalah yang timbul. Walaubagaimana pun penjagaan yang baik perlu diberi perhatian terhadap penyakit ini kerana jika tidak dirawat dengan betul ia akan memberi implikasi kepada proses kelahiran dam memberi impak yang negatif terhadap kesihatan ibu mahupun bayi yang bakal di lahirkan.

4

4.0 FAKTOR UMURMenurut Chen & others,2007; Maconochie & others,2007, mereka yang remaja dan berumur 35 tahun ke atas amat berisiko untuk melahirkan bayi yang kurang sempurna. Satu kajian telah menyatakan bahawa kadar kelahiran oleh ibu remaja dan yang berumur 35 tahun ke atas semakin meningkat dari semasa ke semasa (Baterman & Simpson). Kadar kematian bayi yang dilahirkan oleh para remaja adalah dua kali ganda daripada ibuibu yang berumur 20-an. Masalah ini disebabkan oleh sistem peranakan yang belum mencapai kematangan,kekurangan nutrisi,kurangnya penjagaan semasa proses kehamilan dan status ekonomi yang rendah (Lendere, McElrath & Scholl,2000). Kekurangan penjagaan dan pemerhatian semasa mengandung juga akan menyebabkan ibu-ibu remaja ini berkemungkinan mendapat anak yang cacat secara fizikal. Faktor umur ibu-ibu yang mengandung juga berkait rapat dengan risiko melahirkan anak-anak yang terencat akal ( Down Syndrome) (Soergel & others,2006). Kebiasaanya kanak-kanak down syndrome ini akan mempunyai bentuk muka yang tersendiri, tangan atau kaki yang pendek dan terbantut dalam pergerakkan motor halus serta menghadapi masalah keupayaan mental yang rendah. Jika ibu tersebut mencapai umur 40 tahun, kadar untuk melahirkan anak yang mengalami down syndrome ialah1/100 dan mungkin akan mencapai 1/10 jika berusia 50 tahun ke atas. Sewaktu ibu mengandung mencapai umur 35 tahun dan ke atas, risiko untuk mendapat bayi yang kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan kematian janin adalah tinggi ( Delbaere & others,2007). Dalam satu kajian yang lain kematian janin adalah rendah bagi wanita yang berumur 30 hingga 34 tahun dan meningkat dengan mendadak bagi wanita yang berumur 35 hingga 44 tahun (Canterino & others,2004). Kita mestilah banyak mempelajari peranan umur semasa mengadung. Langkah-langkah ini akan membawa kita kepada kehidupan berkeluarga yang lebih bahagia dan tiada masalah kesihatan.

5

5.0 FAKTOR TERATOGENFaktor yang ke lima ialah faktor teratogen. Teratogen ialah agen persekitaran yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perkembangan normal dan boleh menjerumus kepada keadaan yang abnormal atau kematian. Faktor yang berkait rapat dengan teratogen termasuklah dadah dan jangkitan, radiasi dan pencemaran.

DADAH Kebanyakkan wanita mengandung di Amerika Syarikat mengambil ubat-ubatan semasa proses kehamilan seperti ubat alergik atau ubat tidur. Kebanyakkan daripada dadah-dadah ini tidak membahayakan ibu mahupun janin tetapi terdapat juga dadah-dadah yang berbahaya kepada ibu mengandung. Dianggarkan terdapat segelintir wanita yang mengambil dadah tanpa pengesahan pihak-pihak yang berkitan seperti kafein, alkohol dan bahan kimia yang terdapat dalam rokok seperti kokain dan heroin. Kebanyakkan daripada dadah-dadah ini adalah berbahaya kepada perkembangan janin dalam kandungan (Cunningham et al.,1997)

KAFEIN Dadah jenis ini dijumpai di dalam kopi, teh dan kola dan digunakan oleh kebanyakkan ibu-ibu mengandung. Tiada bukti yang menyatakan kafein boleh menyebabkan kecacatan kepada fetus. Walaubagaimana pun satu kajian telah mendapati mengambil kafein dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kandungan gugur secara tiba-tiba dan lahirnya bayi yang kurang berat badan.

6

ALKOHOL Wanita yang mengambil alkohol secara berlebihan semasa sedang hamil berkemungkinan tinggi akan mendapat bayi yang mengalami kecacatan yang serius. Dalam satu kajian mendapati 71% bayi yang lahir daripada ibu yang kerap mengambil alkohol adalah tidak normal (Niebyl,1994). Kebanyakkan daripada bayi-bayi ini menderita penyakit fetal alcohol syndrome, penyakit yang merangkumi kepala kecil yang abnormal, otak tidak berkembang, kecacatan mata. Penyakit jantung dan pembentukkan muka yang tidak normal. Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak ini juga terbantut.

KOKAIN Kokain ialah sejenis dadah yang cepat memberi ransangan dan ketagihan kepada pengguna. Dadah jenis ini boleh menyebabkan komplikasi perubatan kepada ibu-ibu seperti sakit jantung, strok, kepecahan salur darah aorta dan penyakit yang tiba-tiba menyerang otak (Cunningham et al.,1997). Bayi-bayi yang lahir daripada ibu yang ketagih kokain mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan seperti lahir pramatang, mempunyai berat badan yang kurang, strok dan kecacatan (Mebyl.1994). Menurut Alessandri et al.,1993;Benderky & lewis,1998, bayi-bayi yang lahir daripada ibu-ibu yang ketagih kokain boleh dianggap sebagai pemarah lambat bertindak kepada ransangan dan lambat belajar sesuatu perkara.7

RADIASI Dos radiasi yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan yang serius kepada perkembangan organisma dan boleh menyebabkan kematian janin serta gugur kandungan secara tiba (Moore & Persoud, 1993). Sesetengah kes yang berdos rendah mungkin dapat menyelamatkan nyawa janin tetapi perkembangan mereka akan terganggu disebabkan kecacatan selepas lahir.Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah kelahiran bayi-bayi daripada ibu-ibu yang hamil pada letupan bom di Hiroshima semasa perang dunia ke-2. Kebanyakkan daripada bayi-bayi yang lahir mempunyai kecacatan fizikal yang kekal sepanjang hayat.

PENCEMARAN Beribu-ribu bahan kimia yang digunakan dalm industri pemakanan dan kosmetik tidak pernah dicuba untuk melihat kesannya kepada perkembangan jani walaupun sesetengah daripada bahan ini dapat melepasi plasenta terus kepada janin (Jones,1997). Insiden kecacatan kelahiran banyak berlaku di kawasan yang mengalami pencemaran atmosfera yang teruk. Lebih 1000 bayi yang lahir di Cubatao meninggal akibat kegagalan otak untuk berkembang kerana bahan kimia yang dilepaskan di udara.

8

6.0 FAKTOR PENYAKITPenyakit atau jangkitan daripada ibu boleh menghasilkan zuriat yang cacat kerana penyakit-penyakit tersebut boleh melepasi halangan plasenta dan boleh mendatangkan masalah semasa kelahiran (Avgil & Ornoy,2006). Rubella (campak Jerman) ialah salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan janin. Menurut Kobayashi & others,2005, kecacatan janin yang teruk terjadi apabila ibu mengandung mendapat jangkitan ini pada minggu ketiga dan keempat. Sifilis (jangkitan daripada hubungan kelamin ialah penyakit yang berbahaya kepada perkembangan janin. Penyakit ini merosakkan organ bayi apabila ia sudah terbentuk. Kecacatan termasuklah kerosakkan mata yang berbahaya yang boleh membawa kepada kebutaan mata dan kerosakkan kulit. Selain itu penyakit yang berbahaya yang tersebar luas ialah penyakit yang disebabkan oleh virus di kemaluan. Menurut Hollier & Wendel,2008;Shapiro Mendoza & others,2008, kebanyakkan bayi mendapat penyakit ini semasa mereka dilahirkan melalui vagina ibu yang dijangkiti penyakit tersebut. Lebih daripada 1/3 bayi yang yang dilahirkan melalui saluran kelahiran yang dijangkiti meninggal dunia dan lagi mengalami kerosakkan otak. Jika penyakit ini dikesan ada pada ibu mengandung sewaktu tarikh kelahiran semakin hampir pembedahan akan dilakukan bagi mengelakkan virus tersebut menjangkiti bayi (Baler,2007). AIDS ialah penyakit seksual yang tersebar disebabkan oleh human immunodeficiency virus ( HIV) yang boleh memusnahkan sisitem imun badan. Seseorang ibu boleh menjangkitkan virus tersebut kepada zuriat masing-masing melalui 3 cara iaitu :

1. kapilari darah ibu ke bayi 2. penyusuan badan 3. plasenta9

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai AIDS ini mungkin dilahirkan dengan 3 keadaan iaitu : 1. dijangkiti dan menunjukkan simptom-simptom AIDS 2. dijangkiti tetapi tidak menunjukkn simptom-simptom AIDS 3. tidak dijangkiti langsung

RUMUSANKesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan janin dalam kehidupan seharian kita. Para-para ibu hendaklah mengambil berat tentang pemakanan seharian dan bersikap berdisiplin menjauhkan diri daripada dadah yang berbahaya. Kebanyakkan risiko kecacatan atau masalah ibu yang hamil datang daripada ibu itu sendiri. Keadaan ini terjadi kerana tiadanya penerapan sahsiah moral dalam diri setiap individu.Ibu-ibu juga diminta menjaga diri daripada mendapat penyakit yang memberi komplikasi kepada ibu dan bayi semasa proses kelahiran. Salah satu penyakit tersebut ialah darah tinggi. Ia boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan yang melampau dan akan memberi kesan kepada anak di dalam kandungan. Ibu-ibu yang mengandung juga harus mengambil makanan yang sihat kerana ia akan memastikan perkembangan janin yang sihat, mengekalkan kesihatan ibu dan memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.

10

RUJUKAN

John W. Santrock (2009), Child Developement : McGraw. Hill International Edition Michael Cole, Shiela r. Cole (2001), The Developement of Children : Worth Publishers Alison Clarke-Stewart, Marion, Perlmutter & Susan Friedman (1988), Lifelong Human Development John Willey & Son New York Chinchester Toronto Singapore Penny Tassoni (2006) Early Year 2nd Edition Helnemann Ede Publisera, Halley Court,Jordan Hill Oxfard, Part Of Harcout Education Robert V. Kail (2006) Children And Their Development Fourth Edition, Upper Saddle River, New Jersey

11

12