Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 26

Transcript of Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/26

    1103/2 BAHASA MELAYU 2

    Bahasa Melayu 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Bahasa Melayu 1103/2 mengandungi empat soalan:

    Soalan 1 - RumusanSoalan 2 - PemahamanSoalan 3 - Pengetahuan dan Kemahiran BahasaSoalan 4 - Novel

    Calon diberi masa dua jam tiga puluh minit dan wajib menjawab semua soalan.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Kualiti jawapan calon pada keseluruhannya pada tahap baik. Calon dapatmenguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Jawapan calon memenuhi kehendakatau tugasan soalan. Pada amnya calon dapat menguasai sistem ejaan yangterdapat dalam Bahasa Melayu. Penguasaan aspek tatabahasa dan pembinaan ayatjuga dikuasai oleh calon dengan baik. Calon juga dapat menguasai aspek komponensastera dengan baik. Penyampaian jawapan calon menunjukkan kematanganberfikir dan isi yang dikemukakan jelas mengikut kehendak soalan.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan tinggi

    Calon mengemukakan jawapan yang menepati kehendak soalan. Calonmenghuraikan jawapan dengan terperinci, jelas dan tepat. Jawapan mudah difahamikerana penyampaiannya lancar dan gramatis serta kurang kesalahan bahasa.

    Kumpulan sederhana

    Jawapan masih memenuhi kehendak soalan tetapi kurang terperinci dan tidaklengkap. Penyampaian masih baik tetapi terdapat beberapa kesalahan dari segitatabahasa.

    Kumpulan rendah

    Calon hanya menjawab beberapa soalan. Jawapan pula tidak tepat atau samar-samar serta bercampur-aduk. Terdapat jawapan yang menyimpang daripadakehendak sebenar soalan. Penyampaian kurang lancar dan kurang tersusun.Terdapat juga tulisan yang sukar dibaca dan mengandungi banyak kesalahan ejaandan tatabahasa. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk memahami maksud jawapansebenar yang ditulis.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/26

    Bahasa Melayu 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI BAGI SETIAP SOALAN

    Soalan 1 (rumusan)

    Kekuatan isi pendahuluan

    Tugasan soalan ini meminta calon membaca, memahami dan memproses maklumatyang terdapat dalam petikan dan membuat satu pernyataan yang tepat berdasarkanfokus atau isu utama yang dibangkitkan dalam soalan. Dalam hal ini, caloncemerlang berjaya mengemukakan fokus isi yang lengkap dan tepat selari dengankehendak tugasan soalan.

    Kelemahan isi pendahuluan

    Masih ada calon yang salah tafsir kehendak sebenar soalan. Keadaan inimenunjukkan calon berkenaan gagal untuk memahami idea keseluruhan dalampetikan yang perlu dirumus dalam satu pernyataan pada perenggan pendahuluan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/26

    Bahasa Melayu 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan isi tersurat

    Kebanyakan calon dapat mengenal pasti dan seterusnya mengeluarkan isi tersuratdaripada petikan dan menulis dengan jelas dalam satu perenggan. Jawapan calonmenunjukkan bahawa calon memahami isi tersurat yang menyokong pernyataanidea utama dalam pendahuluan sebagai hujah untuk memperkukuh pernyataanpendahuluan tersebut. Jawapan isi tersirat juga dinyatakan dengan ayat yanggramatis.

    Kelemahan isi tersurat

    Calon lemah yang tidak dapat mengenal pasti isi yang dikehendaki dan terdapatjuga calon yang tersalah memilih isi tersurat. Selain itu, terdapat juga calon yangtidak dapat mengemukakan enam isi tersurat yang dikehendaki.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/26

    Bahasa Melayu 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan isi tersirat

    Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan mengemukakan isi tersiratyang tepat berdasarkan kemampuan calon untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

    Kelemahan isi tersirat

    Calon lemah tidak dapat mengemukakan isi tersirat yang tepat atau memberikan isitersirat kurang lengkap. Terdapat juga calon yang hanya mengemukakan satu isitersirat

    Kekuatan kesimpulan

    Calon cemerlang berjaya mengemukakan isi kesimpulan dengan memberikancadangan atau harapan yang tepat sebagai penutup dengan diikuti oleh implikasatau kesan cadangan tersebut.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/26

    Bahasa Melayu 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan kesimpulan

    Terdapat calon yang mengemukakan satu unsur sahaja dalam kesimpulan atau ayatkesimpulan yang langsung tidak menggambarkan satu pernyataan penutup yangtepat berdasarkan isu dalam petikan.

    Soalan 2 (Pemahaman)

    Soalan 2 (a) Petikan umum

    Kekuatan

    Calon cemerlang menjawab soalan dengan menggunakan bahasa yang cukupgramatis baik dari segi imbuhan, pemilihan kosa kata, binaan frasa, struktur ayatmahupun penggunaan tanda baca dan sistem ejaan baru. Isi jawapan lengkap, jelasdan tepat kerana kemahiran calon menggunakan bahasa yang betul. Calon jugabenar-benar faham maksud, idea dan isi dalam petikan serta dapat memprosesmaklumat. Calon berkebolehan mengolah dan menyusun jawapan dengan carayang teratur.

    Kekuatan jawapan soalan 2 (a) (i)

    Calon dapat memberikan makna rangkai kata dengan tepat dengan menggunakanayat yang gramatis.

    Kelemahan jawapan soalan 2 (a) (i)

    Calon mengemukakan jawapan menggunakan ayat yang tidak gramatis iaitu hanyamakna rangkai kata sahaja. Terdapat juga calon gagal memahami maksud rangkaikata dan tidak dapat mengemukan jawapan yang betul. Calon lemah jugamengemukakan jawapan dalam bentuk huraian.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/26

    Bahasa Melayu 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 2(a) (ii)

    Calon cemerlang dapat mengemukakan jawapan yang tepat menggunakan ayatyang gramatis. Calon dapat Calon juga boleh mengemukakan lebih daripada dua isiyang dikehendaki dengan tepat.

    Kelemahan jawapan soalan 2(a) (ii)

    Calon lemah memberikan isi jawapan yang tidak lengkap. Calon hanya menyatakan

    satu atau dua isi sahaja.

    Kekuatan jawapan soalan 2(a) (iii)

    Calon cemerlang dapat mengemukakan tiga atau lebih isi jawapan daripada pilihanjawapan dengan tepat. Calon dapat memberikan sebab-sebab rakyat membeli coklatimport. Calon juga memberikan jawapan menggunakan ayat sendiri yang baik darisegi susunan bahasanya.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/26

    Bahasa Melayu 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan Soalan 2(a) (iii):

    Calon lemah salah dalam mentafsirkan kehendak sebenar soalan. Terdapat calonyang membuat perbandingan antara coklat tempatan dengan coklat import. Jawapancalon juga tidak menepati sebab-sebab rakyat membeli coklat import.

    Soalan 2 (b) Petikan cerpen

    Kekuatan jawapan soalan 2(b) (i)

    Calon cemerlang dapat memberikan jawapan yang tepat berdasarkan petikan. Halini kerana kehendak soalan sangat jelas. Calon yang baik dapat mengesan jawapanyang terdapat dalam petikan. Jawapan yang diberikan juga lengkap dengan ayatyang gramatis. Calon juga mampu memberikan lebih daripada dua isi.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/26

    Bahasa Melayu 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan 2(b) (i)

    Calon yang lemah hanya memberikan jawapan yang bersifat setara.

    Kekuatan jawapan soalan 2(b) (ii)

    Calon cemerlang dapat memahami arahan soalan dengan baik dan memahamikandungan cerita petikan cerpen. Pemahaman terhadap cerita memudahkan calonuntuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan. Jawapan calon menepatikehendak soalan dan berjaya memberikan beberapa pilihan jawapan yang berkaitandengan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup di kawasan tersebut.

    Selain itu, calon dapat menggunakan ayat yang betul dan gramatis untukmenyampaikan jawapan tersebut. Calon dapat menggabungkan jawapannya dalam

    satu ayat dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Calon menggunakanpenanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan hubung kait antara satu jawapandengan jawapan yang lain.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/26

    Bahasa Melayu 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 2(b) (ii)

    Calon lemah tidak mengemukakan isi yang mencukupi. Kebanyakan calon hanyamenjawab satu atau dua isi sahaja walaupun dikemukakan dalam ayat yanggramatis.

    Kekuatan jawapan soalan 2(b) (iii)

    Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan seterusnya dapatmemberikan nilai kemanusiaan dan huraian yang tepat berdasarkan petikan. Caloncemerlang juga dapat dapat mengutarakan nilai kemanusiaan yang terdapat dalamkeseluruhan cerpen berserta huraian atau bukti yang relevan. Hal ini menunjukkancalon memahami dan menguasai kandungan cerpen tersebut.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/26

    Bahasa Melayu 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 2(a) (iii)

    Calon lemah hanya berupaya menghuraikan nilai kemanusiaan yang tepat dalampetikan sahaja. Calon gagal menyatakan nilai kemanusiaan yang tepat berdasarkankeseluruhan cerpen. Hal ini kerana calon tidak dapat mengingati cerita atau tidakmenguasai kandungan cerita.

    Soalan 2(c) Petikan prosa klasik

    Kekuatan jawapan soalan 2(c) (i)

    Calon cemerlang dapat memberikan maksud rangkai kata dengan tepatmenggunakan ayat yang lengkap dan gramatis.

    Kelemahan jawapan soalan 2(c) (i)

    Calon lemah memberikan maksud rangkai kata berdasarkan tafsiran maksud yangkurang tepat. Hal ini disebabkan calon gagal memahami maksud yang sebenarberdasarkan ayat dalam petikan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/26

    Bahasa Melayu 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 2(c) (ii)

    Calon cemerlang dapat memahami kehendak soalan dan berupaya mengesanjawapan dalam petikan prosa klasik. Calon juga dapat menulis jawapan dengan ayatsendiri yang lengkap dan gramatis. Calon juga berupaya memberikan lebih daripadatiga faktor yang terdapat dalam petikan.

    Kelemahan jawapan soalan 2(c) (ii)

    Calon lemah gagal memahami kehendak soalan. Oleh sebab itu, jawapan-jawapanyang dikemukakan tidak tepat.

    Kekuatan jawapan soalan 2(c) (iii) :

    Calon cemerlang dapat menjawab soalan kemahiran berfikir ini dengan tepat danmenggunakan bahasa yang baik. Calon berjaya menyatakan cara-cara yang relevanuntuk menyelesaikan masalah. Jawapan calon menunjukkan kematangan berfikiryang tinggi.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/26

    Bahasa Melayu 2 12 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 2(c) (iii)

    Calon lemah gagal mengemukakan jawapan yang bernas. Cara penyelesaian yangdiberikan kurang tepat. Hal ini disebabkan tidak memahami kandungan cerita.Jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak soalan.

    Soalan 2(d) Petikan syair

    Kekuatan jawapan soalan 2(d) (i)

    Calon cemerlang dapat menjawab soalan dengan tepat menggunakan ayat yanggramatis. Calon dapat memahami maksud keseluruhan puisi. Isi-isi jawapan yangdikemukakan mencukupi dan menepati kehendak soalan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/26

    Bahasa Melayu 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 2(d) (i)

    Calon lemah kurang memahami maksud puisi ini. Calon gagal menyatakankelebihan ilmu yang cukup kerana tidak memahami isi kandungan puisi.

    Kekuatan jawapan soalan 2(d) (ii)

    Calon cemerlang mudah memahami kehendak soalan. Calon boleh menggunakankematangan fikiran untuk menyatakan isi-isi jawapan yang tepat dan relevan.Jawapan disusun dengan kemas dan menggunakan ayat yang betul dan gramatis.

    Kelemahan jawapan soalan 2(d) (ii)

    Ramai calon tidak memberikan jawapan yang mencukupi. Calon hanyamengemukakan satu atau dua isi sahaja.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/26

    Bahasa Melayu 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 2(d) (iii)

    Calon cemerlang dapat mengemukakan jawapan dengan teknik jawapan yang betul.Calon dapat menyatakan tiga pengajaran dengan tepat berdasarkan puisimenggunakan ayat yang gramatis.

    Kelemahan jawapan soalan 2(d) (iii)

    Calon lemah masih dapat mengemukakan pengajaran. Namun jumlah isi yangdiberikan tidak mencukupi.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/26

    Bahasa Melayu 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 3 (Pengetahuan dan kemahiran bahasa)

    Kekuatan jawapan soalan 3(a)

    Calon cemerlang memahami maksud perkataan yang diuji dengan tepat. Hasilnya,calon dapat membina ayat dengan tepat, gramatis, logik dan aplikatif menggunakanperkataan yang diuji. Tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan yang dilakukan olehcalon. Penggunaan kosa kata sesuai untuk menjelaskan maksud perkataan.Kesimpulannya, perkataan yang diuji dapat digunakan dalam ayat dengan betul danbermakna oleh calon.

    Kelemahan jawapan soalan 3 (a)

    Calon yang lemah tidak dapat memahami maksud kata yang diuji. Terdapat jugacalon yang sengaja menukar atau meninggalkan imbuhan. Calon lemah jugamembina ayat yang kurang gramatis.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/26

    Bahasa Melayu 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 3(b)

    Calon cemerlang dapat menjawab dengan tepat dan dapat membina ayat tanyadengan menggunakan kata tanya yang betul dan meletakkan tanda soal pada akhirayat tanya. Calon juga dapat menggunakan kata tanya yang bersesuaian denganrangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi. Hal ini bermaknacalon memahami dan menguasai ciri-ciri dan konsep ayat tanya dalam bahasaMelayu.

    Kelemahan soalan 3 (b)

    Calon lemah jelas kurang menguasai konsep ayat tanya. Calon tidak dapat membinaayat tanya dengan tepat. Terdapat juga calon yang tidak memahami kehendaksoalan dan hasilnya ayat tanya yang dibina mempunyai maksud yang salahberbanding kehendak sebenar soalan. Calon juga menambah atau memasukkanperkataan lain dalan ayat tanya yang dibina.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/26

    Bahasa Melayu 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 3(c)

    Calon cemerlang dapat mengesan dan mengenal pasti satu kesalahan ejaan dansatu kesalahan imbuhan yang terdapat dalam petikan soalan. Calon dapatmengaplikasikan penggunaan ejaan dan imbuhan yang sesuai dan tepat dalamkonteks ayat. Calon menjawab dengan cara yang tepat seperti arahan soalan.

    Kelemahan jawapan soalan 3(c)

    Calon lemah gagal membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. Calon yang lemahjuga gagal membetulkan kesalahan ejaan meskipun telah dapat mengesan

    kesalahan tersebut terutamanya kata pinjaman seperti perkataan ambulans(ambulan) dan ekspedisi (ekspedesi). Hal ini kerana calon tidak menguasai ejaanperkataan pinjaman bahasa Inggeris serta pengaruh bahasa lisan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/26

    Bahasa Melayu 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 3(d)

    Calon yang cemerlang mampu menjawab soalan dengan tepat. Calon berupayamengesan kesalahan istilah dalam ayat dan menggantikannya dengan perkataanyang lebih tepat penggunaannya. Calon juga dapat mengenal pasti kesalahantatabahasa dan membetulkan kesalahan itu dengan tepat. Calon menjawab dengancara yang dikehendaki oleh soalan.

    Kelemahan jawapan soalan 3(d)

    Calon lemah tidak dapat mengesan kesalahan penggunaan kata atau istilah.Terdapat juga calon yang berjaya mengesan istilah yang salah namun gagalmenggantikan istilah yang salah dengan istilah yang lebih tepat. Calon lemah jugatidak dapat memberikan jawapan kesalahan tatabahasa dengan tepat. Hal ini keranacalon kurang menguasai asas tatabahasa.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/26

    Bahasa Melayu 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kekuatan jawapan soalan 3(e)

    Calon cemerlang memahami situasi yang dikemukakan dalam soalan. Calon dapatmengemukakan peribahasa yang tepat dan sesuai diisi dalam tempat kosong padasoalan.

    Kelemahan jawapan soalan 3(e)

    Calon lemah tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat. Calon juga hanyamemberikan satu atau dua jawapan sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa calonkurang menguasai aspek peribahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/26

    Bahasa Melayu 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4 (Novel)

    Kekuatan jawapan soalan 4(a)

    Jawapan calon cemerlang menepati kehendak soalan. Bahasa yang digunakan

    gramatis, huraian jelas dan menepati isi kandungan novel yang dikaji. Calon-calondapat memberikan jawapan tentang sebab-sebab novel yang dipilih bolehmenimbulkan kesedaran kepada pembaca dengan huraian atau contoh yang tepatdan relevan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/26

    Bahasa Melayu 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 4(a)SALAH WATAK

    Calon lemah memberikan jawapan menepati kehendak soalan. Calon memahamitugasan soalan dan menggunakan bahasa yang gramatis. Kelemahan calon ialahwatak yang dikemukakan tidak tepat dan tidak berkaitan dengan watak dalam novelyang dikaji.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/26

    Bahasa Melayu 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    TIDAK CUKUP ISI

    Calon memahami tugasan soalan. Jawapan tepat, ayat yang digunakan gramatis.Namun, kelemahan calon ialah isi jawapan tidak mencukupi kerana calon hanyamemberikan sebahagian isi sahaja.

    Kekuatan jawapan soalan 4(b)

    Calon dapat memberikan jawapan dengan tepat, memahami tugasan soalan denganbaik dan dapat mengemukakan peristiwa yang berkaitan dengan nilai keberaniandengan tepat. Calon menggunakan bahasa yang gramatis dan lancar. Jawapanyang diberikan oleh calon menepati kehendak soalan.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/26

    Bahasa Melayu 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kelemahan jawapan soalan 4(b)

    Bahasa Kurang Baik

    Calon memahami tugasan soalan dan dapat mengemukakan peristiwa yangmemaparkan nilai keberanian berkaitan novel yang dikaji. Kelemahan calon ialahterdapat kesalahan bahasa yang merangkumi aspek kesalahan penggunaan ejaandan struktur ayat yang tidak tepat.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/26

    Bahasa Melayu 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan Berdasarkan Satu Novel

    Soalan 4(b) berdasarkan dua buah novel. Calon dapat mengemukakan jawapandengan ayat yang gramatis. Kelemahan calon ialah jawapan yang diberi hanyaberdasarkan satu novel sahaja. Oleh itu isi jawapan tidak lengkap.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/26

    Bahasa Melayu 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Isi Jawapan Negatif

    Jawapan yang diberikan oleh calon berbentuk negatif. Dari sudut moral, contohjawapan yang dikemukakan oleh calon tidak diterima walaupun terdapat nilai

    keberanian.

  • 7/27/2019 Bahasa Melayu K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/26

    Bahasa Melayu 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Banyakkan latihan.2. Menguasai teknik menjawab soalan.3. Menggunakan perkataan dan ayat sendiri semasa menjawab soalan

    pemahaman.4. Jumlah markah pada setiap soalan perlu dijadikan panduan semasa menjawab.5. Membaca dengan teliti dan memahami dengan jelas setiap arahan soalan.6. Menguasai perbendaharaan kata dan asas tatabahasa.7. Menguasai sistem ejaan bahasa Melayu.8. Menjadikan Kamus dan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan.9. Membaca buku teks komponen sastera dan menguasai isi kandungannya.10. Banyakkan membaca akhbar dan majalah ilmiah untuk menambahkan kekuatan

    kemahiran berfikir.11. Menjadikan kamus peribahasa sebagai rujukan tambahan agar dapat

    menguasai aspek peribahasa.

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Gunakan bahan pelajaran yang boleh menjana minda pelajar terutamanyapenggunaan akhbar, majalah dan sebagainya.

    2. Sentiasa mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran kendiri.3. Menguasai format dan teknik menjawab soalan yang betul.4. Banyakkan latihan untuk memberi bimbingan lanjut berdasarkan Kemahiran

    Berfikir.5. Sentiasa merujuk buku Tatabahasa Dewan.

    6. Sentiasa menggunakan kamus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.7. Teks komsas perlu diberikan penekanan terutama aspek kajian sastera yang

    dijadikan soalan peperiksaan.8. Soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir perlu diperbanyakkan supaya

    pelajar dapat memberikan pendapat yang bernas.9. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.10. Membentuk soalan peperiksaan dalaman yang mencapai tahap peperiksaan

    sebenar.11. Sentiasa mengikuti perkembangan bahasa terkini.12. Sentiasa mengikuti isu-isu semasa untuk merangsang percambahan fikiran dan

    Idea.

    13. Menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.14. Buku Kupasan Mutu Jawapan Calon terbitan LPM mesti dihayati oleh semua

    guru Bahasa Melayu