Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

download Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

of 7

Transcript of Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/7

    1223/2 PENDIDIKAN ISLAM

    PENDIDIKAN ISLAM2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Soalan diambil dari Sukatan Tingkatan 4 dan 5. Soalan kertas Pendidikan Islam

    1223/2 mengandungi 5 soalan iaitu Ayat Kefahaman, Hadis Kefahaman, Ayatbacaan [tajwid], Ayat Hafazan dan menjawikan. Calon wajib menjawab kelima-limasoalan tersebut. Masa yang diperuntukkan kepada calon untuk menjawab kesemuasoalan di atas adalah selama 1 jam 40 minit atau 100 minit. Soalan dicetak dalamdua versi iaitu rumi dan jawi. Calon dibenarkan menjawab sama ada dalam tulisanrumi atau jawi.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Secara keseluruhan, calon yang berprestasi cemerlang mampu menjawab soalandengan jelas, tepat dan mengikut kehendak soalan. Mereka juga mampumempersembahkan jawapan mengikut teknik yang betul, menguasai sukatanpelajaran, isi kandungan dan kemahiran soalan yang dikemukakan. Walaubagaimana pun masih terdapat calon yang gagal memahami soalan, menguasai isikandungan pelajaran dan kurang menguasai kemahiran al-Quran, hukum tajwid danmenulis jawi.

    PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

    Kumpulan Tinggi

    Menjawab setiap ceraian soalan dengan tepat, padat, jelas dan kemas sebagaimanakehendak soalan. Mereka juga mengemukakan alternatif jawapan yang melebihitugasan yang diminta dengan teknik yang baik. Calon juga dapat menulis isi jawapandengan huraian yang lengkap dan menarik serta olahan yang tersusun. Mereka bolehmenulis jawi dengan baik, menyusun ayat hafazan dengan betul dan tepat sepertidalam al-Quran. Tulisan calon kemas, mudah dibaca dan dapat menguasai pelbagaiaras soalan termasuk ayat kefahaman dalam aplikasi tinggi. Jawapan calonmenunjukkan mereka mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang jelas sertamenguasai tajuk-tajuk dalam Pendidikan Islam. Mampu menjawab soalan pengajaranayat dan hadis kefahaman, dengan mengemukakan isi serta huraian yang tepat.

    Kumpulan Sederhana

    Dapat menjawab soalan dengan baik serta menguasai teknik menjawab dengan betul.Walau bagaimanapun demikian terdapat sebahagian soalan yang gagal dijawab olehcalon, khususnya dalam bahagian ayat dan hadis kefahaman serta hukum tajwid.Calon gagal memberi olahan jawapan yang lengkap kerana tidak memahami katatugas soalan. Terdapat juga sebahgian calon yang dapat memberi alternatif jawapantetapi faktanya berulang-ulang.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Rendah

    Tidak dapat menjawab soalan dengan tepat sebagaimana kehendak soalan. Merekatidak menguasai isi pelajaran, pengetahuan dan kemahiran dengan baik seperti soalandefinisi. Calon tidak menghafaz ayat hafazan menyebabkan mereka tidak dapatmemberi jawapan yang tepat . Mereka juga tidak menguasai kemahiran tajwid danmenulis jawi. Sebahagian calon hanya menyalin soalan tanpa mengemukakanjawapan. Terdapat calon cuba menjawab soalan tetapi jawapan yang diberikanmenyimpang daripada jawapan sebenar. Bahasa yang digunakan tidak jelas dan tidakdifahami. Tulisan mereka tidak kemas dan sukar dibaca.

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1a (i) Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah membinasakan umat

    terdahulu kerana tidak bersyukur nikmat kurniaan-Nya.Senaraikan dua bentuk kebinasaan tersebut.

    a (iii) Terangkan duapengajaran daripada ayat di atas

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    b(ii) Jelaskan cara mendapatkan ibadat yang berkualiti sebagai bekalankehidupan di akhirat

    Jawapan terbaik dapat menjawab setiap soalan dengan tepat, jelas, lengkap danmenepati kehendak soalan. Calon juga memberi pilihan jawapan yang banyak danmemahami kata tugas soalan dengan baik.

    Soalan 2a (ii) Nyatakan maksud kalimah yang bergaris

    b (i) Nyatakan dua sifat selain daripada berpaling muka ( )

    b (ii) Jelaskan dua akibat jika mengamalkan sifat berpaling muka dalammasyarakat

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Jawapan yang kurang tepat dan tidak memberi pilihan jawapan yang lebih dari yangdikehendaki. Isi jawapan yang diberi oleh calon berulang-ulang (fakta yang sama).Calon juga tidak dapat menguasai bahasa Arab (soalan berkaitan maksud kalimah)dengan baik.

    Soalan 3b (ii) Jelaskan tujuan Allah SWT memberi ancaman memerangi orang yang

    memusuhi wali-Nya

    b (iii) Terangkan dua pengajaran daripada hadis di atas

    Tidak memahami kata tugas soalan dan memberi isi jawapan sahaja tanpa huraian.Calon juga tidak dapat membezakan antara ayat pernyataan dengan ayatpengajaran.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4a (iii) Terangkan dua hikmah terhadap anak-anak yang menunaikan kewajipantersebut.

    c Tulis semula petikan di bawah dalam tulisan jawi

    Jawapan yang tepat dan mengikut kehendak soalan. Mereka dapat memberipelbagai pilihan jawapan dan dapat mengemukakan jawapan dengan lengkapbeserta isi dan huraian. Calon juga dapat menulis petikan rumi dalam tulisan jawimengikut kaedah jawi Dewan Bahasa dan Pustaka. Tulisan calon kemas dan mudahdibaca.

    Soalan 5a (ii) Terangkan t iga hikmah menutup aurat

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    (b) Tulis t iga potongan kalimah daripada potongan ayat al-Quran di atas yang

    mengandungi hukum mim mati(.) dan nyatakan cara bacaannya

    c Tulis semula pernyataan di bawah dalam tulisan rumi.

    Jawapan yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki soalan. Mereka hanyamenulis isi jawapan sahaja tanpa huraian. Calon juga tidak menguasai hukumtajwid, cara bacaan menyebabkan jawapan mereka tidak tepat.

  • 7/27/2019 Pendidikan Islam K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/7

    PENDIDIKAN ISLAM2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Membaca soalan dan arahan dengan teliti2. Memahami isi kandungan ayat kefahaman dan hadis dengan baik3. Memahami kata tugas soalan4. Menjelaskan setiap jawapan yang diberi bukan sekadar memberi fakta sahaja5. Menghafaz ayat hafazan6. Menguasai hukum tajwid dan cara bacaan7. Menulis jawi dengan mengikut kaedah jawi dewan Bahasa dan Pustaka8. Membezakan cara menjawab soalan pengajaran ayat dan hadis, hikmah, sebab

    larangan, sebab suruhan dan kesan9. Memberi jawapan melebihi kehendak soalan10. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan11. Membuat nota dalam bentuk peta minda supaya mudah mengingat12. Membiasakan menjawab soalan KBKK13. Persembahan jawapan hendaklah teratur dan sistematik14. Memulakan jawapan dengan menulis kata kunci soalan

    15. Membaca soalan dengan menggunakan nada yang betul supaya mudahmemahami kehendak soalan16. Menggunakan pen dakwat hitam dan biru yang terang17. Tulisan hendaklah kemas dan boleh dibaca

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Gunakan buku teks sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.2. Mengajar mengikut objektif sukatan pelajaran yang terkandung dalam Huraian

    Sukatan Pelajaran (HSP).

    3. Selesaikan sukatan pelajaran lebih awal.4. Pastikan semua tajuk dalam sukatan pelajaran dipelajari oleh murid.5. Pastikan murid dapat membezakan konsep-konsep asas dalam Pendidikan Islam

    seperti maksud, ciri, contoh, sebab berlaku, sebab larang, hikmah larangan,pengajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan baik.

    6. Beri pendedahan yang jelas dan tepat tentang istilah-istilah Bahasa Arab yangterdapat di dalam buku teks untuk mengelakkan kekeliruan murid.

    7. Lakukan program latihtubi terutamanya soalan pengajaran dan maksud potonganayat ,kemahiran jawi dan tajwid secara berterusan.

    8. Menyediakan soalan mengikut JSU dan menanda skrip jawapan murid mengikutkaedah penandaan yangbetul.