Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar...

download Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

of 18

Transcript of Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar...

Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam.Pendahuluan : Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi(6 Hijrah)di satu tempat bernama Hudaibiyah.Isi :Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :Genjatan Senjata 10 Tahun : Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik : Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaumkeluarganya atau kembali kepada agama asalnya.Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik : Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin : Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum MusyrikinMakkah atau pihak Islam.Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya : Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :Peluang Menunaikan Ibadat Haji : Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.Dakwah Islam Semakin Tersebar : Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah..Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy : Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi : Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh : Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.Kesimpulan :Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

Huraikan sebab-sebab termeterainya perjanjian Hudaibiyah dan implikasinya terhadap perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.A. Pengenalan : (3m)1. Perjanjian damai yang pertama dimeterai antara kaum Quraisy Makkah dengan umat Islam Madinah.2. Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) di sebuah kampung bernama Hudaibiyah,3. Ditandatangani oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi pihak umat Islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.4. Dalam jangka panjang, perjanjian ini memberi impak positif terhadap perkembangan Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab(B) Isi-isi : (21 markah)Sebab-sebab: (3x3m=9m)1. Keinginan umat Islam untuk menziarahi Makkah dan menunaikan Umrah: Umat Islam telah berhijrah ke Madinah selama 6 tahun . Mereka rindukan kampung halaman. Kaabah telah dijadikan kiblat baru bagi umat Islam, menggantikan kiblat yang lama Masjidil al-Aqsa (di Baitul Maqdis). Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi melakukan tawaf di Kaabah. Ini menambahkan tekad umat Islam untuk mengerjakannya.2. Halangan dan ancaman daripada Musyrikin Quraisy: Rombongan umat Islam (1500 orang) cuba dihalang memasuki kota Makkah oleh 200 tentera berkuda pimpinan Khalid bin al-Walid. Umat Islam melencong ke jalan lain untuk elakkan pertumpahan darah. Berhenti di Hudaibiyah .3. Tindakan menghalau umat Islam secara diplomasi: Musyrikin Quraisy berkeras menghalang kedatangan umat Islam. Mereka bimbang maruah dan kewibawaan sebagai penguasa di kota Makkah tercabar. Menghantar utusan-utusan sebanyak 4 kali untuk menghalau umat Islam secara diplomasi. Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menjelaskan sebab kedatangan kaum Muslimin.4. Bai ah al-Ridwan: Tercetus khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah ditangkap dan dibunuh. Umat Islam mengadakan ikatan sumpah setia . Dikenali sebagai Bai ah al-Ridwan untuk menebus maruah umat Islam yang datang secara aman dan tujuan yang suci. Peristiwa ini menggemparkan Quraisy - Uthman dibebaskan. Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan rundingan dengan Nabi Muhammad s.a.w.Implikasi terhadap perkembangan Islam :(4x3m=12m)1. Negara Islam Madinah diiktiraf: Persetujuan musyrikin Quraisy mengikat perjanjian damai bermakna mereka mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Negara Islam Madinah. Ia juga bererti mereka terpaksa mengiktiraf kewujudan Negara Islam Madinah kerana perundingan politik hanya akan berlaku antara dua negara yang setaraf.2. Umat Islam bebas berdakwah: Gencatan senjata selama 10 tahun memberi peluang kepada umat Islam menyebarkan Islam dengan bebas dan meluas tanpa takut ancaman Quraisy dan sekutu-sekutu mereka. Utusan dakwah dihantar ke Ghassan, Habsyah, Bahrain, Mesir, Parsi dan Oman.3. Pengislaman pahlawan-pahlawan Quraisy: Perjanjian ini memberi kesempatan kepada umat Islam dan Quraisy berhubungan dengan lebih bebas. Ramai tokoh ternama Quraisy mendapat hidayah dan memeluk Islam contohnya Khalid al-Walid, Amru al-As dan Uthman bin Talhah. Memantapkan lagi kekuatan tentera Islam dalam misi jihad dan dakwah ke seluruh Jazirah Arab.4. Pertambahan bilangan umat Islam: Kebebasan kepada kabilah Arab untuk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah menyatakan sokongan secara terang-terangan kepada umat Islam. Sebelum ini mereka takutkan ancaman Quraisy. Contohnya Bani Khuzaah dan suku Daus dari Yaman. Sebelum hijrah ke Yathrib, umat Islam dianggarkan sekitar 1500 orang sahaja. Jumlah ini meningkat kepada 10 000 orang ketika berlakunya pembukaan kota Makkah.5. Kebebasan menunaikan ibadah haji: Pada tahun-tahun berikutnya, umat Islam mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan menunaikan ibadat di Makkah. Ramai penduduk Makkah yang tertarik hati melihat cara mereka beribadat dengan penuh disiplin dan mempamerkan akhlak mulia. Kesannya semakin ramai penduduk Makkah menganut Islam .6. Penyebaran Islam di kota Makkah: Mengikut syarat perjanjian, orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mesti dipulangkan semula ke Makkah. Tetapi, kekuatan akidah Islam yang tertanam dalam jiwa mereka dapat memberi kekuatan untuk mereka bertahan dan menyebarkan Islam secara sulit di Makkah. Ini memberi kelebihan kepada umat Islam untuk meneruskan dakwah di sana.7. Merintis penaklukan kota Makkah: Kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam pada tahun 630 Masihi. Berlaku kerana sekutu Quraisy (Bani Bakar) telah memerangi sekutu Islam (Bani Khuzaah). Bermakna gencatan senjata 10 tahun telah dicabul. Nabi Muhammad memimpin 10 000 umat Islam memasuki kota Makkah dan berjaya menguasainya. Makkah dibersihkan daripada unsur-unsur jahiliah dan menjadi kota suci umat Islam sedunia.Kesimpulan: (1m) Perjanjian ini meninggalkan impak besar kepada perkembangan dan pengukuhan agama Islam di seluruh Semenanjung Arab. Menggambarkan kebijaksanaan siasah Nabi Muhammad s.a.w dalam misi dakwah baginda. Kejayaan terbesar dilihat apabila pencabulan gencatan senjata menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam. Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah. Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi(6 Hijrah)di satu tempat bernama Hudaibiyah.Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :Genjatan Senjata 10 Tahun : Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik : Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik : Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin : Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya : Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :Peluang Menunaikan Ibadat Haji : Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.Dakwah Islam Semakin Tersebar : Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah..Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy : Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi : Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh : Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.Kesimpulan :Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

Perjanjian HudaibiyahBagaimanakah syarat-syarat Persetujuan Hudaibiyah memberikan kemenangankepada umat Islam dan kaitannya kepada peristiwa pembukaan Kota Mekah.Pendahuluan (4 markah)a. Perjanjian Hudaibiyah (PH) merupakan perjanjian damai antara Islam (diwakili Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy Mekah (diwakili Suhail b. Amru) pada Zulkaedah 6H atau Mac 628M di perkampungan Hudaibiyah ( di pinggir kota Mekah).b. Peristiwa-peristiwa ke arah perjanjian:

Keinginan Rasulullah saw dan kira-kira 1500 orang pengikut untuk melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Mekah.

Salah anggap Quraisy dan tindakan cuba menghalang kedatangan umat Islam dengan menghantar tentera pimpinan Khalid al-Walid Rasulullah menggunakan laluan lain.

Isi-isi Jawapan1.Kandungan Perjanjian (3 markah)i. Gencatan senjata selama 10 tahun.ii. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain.iii. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati herta benda di antara satu dengan lain.iv. Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dikembalikan ke Mekah.v. Pengikut nabi yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak perlu dikembalikan ke Madinahvi. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun tersebut tetapi dibenarkan pada tahun berikutnya dengan syarat melaksanakan ibadat haji tidak lebih 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan memasuki Mekah setelah Quraisy keluar dari kota tersebut.2.Kemenangan-Kemenangan Yang Pihak Islam Perolehi. ( 4 isi x 3m= 12 markah )a. Kemenangan Jaminan Allah: - Firman Allah dalam Surah al-Fath : Sesungguhhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan dating serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus (Ayat 1-2). Wahyu di atas Rasulullah saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah setelah selesainya PH dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah dengan tindakan Rasulullah saw mempersetujui kandungan PH yang dikemukakan oleh Quraisy kerana pada pandangan umat Islam PH seolah-olah memberi kemenangan kepada Quraisy.b. Kemenangan dari sudut pengikhtirafan iaitu Quraisy mulai mengakui kewujudan ugama Islam, mengikhtiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul dan mengakui kewujudan Negara Islam sebelumnya Quraisy tidak mengikhtiraf kewujudan Islam dan kerasulan baginda . Ini menjatuhkan kedudukan dan maruah Quraisy.c. Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10 tahun membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatic dengan kabilah-kabilah / kerajaan luar dan menyampaikan Islam kepada mereka. Utusan-utusan diplomatik dihantar ke seluruh Tanah Arab,Kerajaan Byzantine dan Yaman. Hasilnyad. Gencatan senjata juga telah mengujudkan keamanan dan ia memberi kesempatan kepada Rasulullah saw untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dan mengatasi masalah yang timbul.e. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian: Tindakan mengembalikan semula umat Islam ke Mekah kerana pengislaman mereka tidak mendapat izin walinya juga menguntungkan Islam kerana jika mereka telah menjadi Islam sejati mereka dapat menyebarkan Islam di Mekah dan boleh menjadi pengintip terhadap sebarang perancangan Quraisy untuk menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan apabila Quraisy mendapati ia merugikan Quraisy, terutama apabila Abu Basyar yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Mekah (untuk mematuhi perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk mengganggu perjalanan kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara Mekah dan Syam. Akibatnya ekonomi Mekah mengalami kemerosotan dan akhirnya Quraisy sendiri yang meminta syarat ini digugurkan.f. Membersihkan musuh dalaman: syarat yang mengkehendaki agar orang-orang Islam yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak dikembalikan ke Madinah juga menguntungkan Islam kerana ia sekaligus dapat membersihkan musuh dalam selimut.g. Kemenangan mendapat kebenaran menunaikan ibadat haji: Pada tahun berikutnya umat Islam telah dibenarkan menunaikan ibadat haji di Baitullah. Kebenaran ini amat besar ertinya setelah tujuh tehun mereka tidak melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah laku mereka sentiasa dicuri pandang oleh Quraisy yang semakin berbelah bagi terhadap kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin ramai orang Mekah tertarik kepada Islam termasuk pemimpin Quraisy sendiri yang sebelumnya begitu kuat menentang Islam seperti Khalid al-Walid.berlaku pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari 1500 kepada 10000 orang. Ramai pemimpin Quraisy juga mula menerima Islam. Antaranya ialah Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut Quraisy mulai merosot.3.Kaitan Sahifah Madinah dengan peristiwa Pembukaan Mekah (4 markah)a. Sahifah Madinah menetapkan bahawa baik di pihak Islam mahupun Quraisy tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan lain. Setelah dua tahun persetujuan Hudaibiyah dimenterai, pihak Quraisy mendapati syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh wakil mereka ternyata merugikan pihak mereka.b. Pada 8H pihak Quraisy secara sengaja telah melanggar perjanjian PH dengan membantu sekutunya iaitu Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam iaitu Bani Khuzaah. Quraisy sengaja melakukan tindakan tersebut setelah menyedari segala kandungan perjanjian yang mereka tetapkan sebenarnya lebih menguntungkan Islam. Tindakan Quraisy itu menyebabkan Rasulullah s.a.w. berserta kira-kira 10000 orang umat Islam bergerak ke Mekah dan akhirnya berjaya menawan kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.Kesimpulan (1markah)-Perjanjian Hudaibiyah merintis kea rah pembukaan Mekah pada 8H-PH membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. berpandangan jauh.-Tentangan dan pengaruh Quraisy lenyap setelah Mekah ditakluki Islam.Peristiwa Baiah ar-Ridwan